You are on page 1of 2

SEJARAH TAEKWON-DO Taekwondo merupakan seni bela diri yang berasal dari Korea hasil kombinasi dari beberapa

seni bela diri tradisional negara ginseng tersebut. Pada ketika ini Taekwondo merupakan salah satu seni bela diri yang popular di dunia. Pada zaman dahulu, di Negara Korea terdapat beberapa kumpulan atau keluarga seni mempertahankan diri purba. Enam kumpulan yang benar-benar terkenal ketika itu ialah dari keluarga Taekyon, Subak, Kwonbaek, Tagyok, Subyokta dan Bayon. Kini, terdapat dua aliran besar dalam Taekwondo yang masing-masing dinaungi oleh dua organisasi dunia, yaitu World Taekwondo Federation (WTF) dan International Taekwondo Federation (ITF). Uniknya, kedua aliran ini secara fundamental pendirinya adalah satu orang, yakni Jeneral Choi Hong Hi. Jeneral Choi Hong Hi merupakan salah seorang ahli seni mempertahankan diri dari keluarga Taekyon. Dengan bakat dan keberaniannya, beliau telah membuat kajian yang menyeluruh tentang kaedah seni bela diri Taekyon ini sehingga dapat menghasilkan ciptaan pelbagai jenis tendangan dan tumbukan. Dengan kekuatan dan halaju yang berbeza dari kesinambungan dan penyusunan semula seni bela diri Taekyon , maka terhasillah teknik-teknik atau gerakan-gerakan badan yang unik dan menarik. Hasil daripada penyusunan semula ini juga, hari ini kita dapat melihat pattern-pattern Taekwon-Do, iaitu satu seni bela diri yang baru lahir Taekwon-DO telah tersebar dan mula mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Korea. Pada 14 September 1961, Korea Taekwon-Do Association (KTA) telah ditubuhkan buat julung-julung kalinya di Seoul dengan Jeneral Choi Hong Hi diangkat sebagai Presiden pertama. Selaku Presiden KTA, Jeneral Choi telah menghantar jurulatih-jurulatihnya untuk membuat demonstrasi di seluruh dunia pada tahun 1962. Hasil yang mengagumkan dalam seni bela diri telah berjaya dicapai oleh Jeneral Choi apabila Taekwon-Do telah dijadikan seni mempertahankan diri rasmi Negara Korea. Ahli-ahli kumpulan seni bela diri Subak, Kwonbaek, Tagyok, Byon dan Taekyon telah bergabung menjadi ahli kepada KTA dan menggunakan nama Taekwon-Do. Taekwon-DO telah berkembang pesat di seluruh dunia dan International Taekwon-Do Federation (ITF) telah ditubuhkan di Seoul, Korea pada 22 Mac 1966. Sekitar tahun yang sama, beberapa percubaan untuk merampas kuasa telah dilakukan oleh bekas ahli KTA namun Berjaya dipatahkan oleh Jeneral Choi. Selaku pengasas taekwon-Do, Jeneral Choi merasakan bahawa kedudukan dan dirinya tidak dihormati, lantas beliau mengambil keputusan untuk memberi

sepenuh perhatian kepada ITF. Taekwon-Do ITF terus mendapat sambutan di seluruh dunia. Hal ini mendorong ahli-ahli gabungan ITF mencadangkan supaya ibu pejabat rasmi dipindahkan ke negara berkecuali bagi meluaskan pengaruh Taekwon-Do secara profesional dan memudahkan urusan pentadbiran. Pada tahun 1972-1984, ibu pejabat ITF dipindahkan ke Toronto, Kanada dan pada awal tahun 1984, ITF beroperasi secara rasmi di Vienna, Austria sehingga ke hari ini. Taekwon-Do ITF terus mendapat sambutan di seluruh dunia. Hal ini mendorong ahli-ahli gabungan ITF mencadangkan supaya ibu pejabat rasmi dipindahkan ke negara berkecuali bagi meluaskan pengaruh Taekwon-Do secara profesional dan memudahkan urusan pentadbiran. Pada tahun 1972-1984, ibu pejabat ITF dipindahkan ke Toronto, Kanada dan pada awal tahun 1984, ITF beroperasi secara rasmi di Vienna, Austria sehingga ke hari ini. Teknik pengajaran dan sukatan pelajaran Taekwon-Do ITF yang diasaskan Jeneral Choi tidak berganjak dengan pendirian bahawa Taekwon-Do merupakan seni budaya yang menerapkan nilai moral untuk mempertahankan diri meskipun dengan penubuhan WTF sebagai pesaing. Jeneral Choi berharap agar ahli-ahli serta jurulatih-jurulatih dapat memahami sepenuhnya akan erti Taekwon-Do terutamanya makna perkataan Do. Taekwon-Do tidak terhad sebagai sukan semata-mata kerana didikan nilai moral dan kesabaran diri adalah sangat penting bagi melahirkan individual yang berdisiplin dan berakhlak mulia. Dalam ITF, pelatih menggunakan sarung tangan(hand glove) dan sarung kaki (leg glove) khas untuk aktiviti free sparring untuk mengurangkan risiko kecederaan terhadap lawan. Perlindungan lain untuk kepala (head gear), mulut dan tulang yang diperbuat daripada bahan lembut juga dibenarkan. Tumbukan ke arah muka dan badan dibenarkan. Manakala larangan untuk menumbuk ialah dibahagian belakang kepala, belakang tubuh dan bawah paras tali pinggang. Konsep light contact digunakan iaitu tidak dibenarkan menjana teknik dengan daya yang melampau atau tinggi yang boleh mencederakan lawan. Acara dalam pertandingan pula tidak terhad kepada free sparring sahaja tetapi pattern, teknik khas, pecahan dan acara berkumpulan. Uniform putih ITF menggunakan zip dari bawah hingga ke tengah untuk baju. Pemegang tali pinggan hitam akan menggunakan uniform berjalur hitam pada bahagian bawah baju. Pemegang tali pinggang hitam 4th Dan dan ke atas mempunyai tambahan jalur pada lengan baju dan seluar. System tahap dalam ITF mempunyai 10 gred tali pinggang warna dan 9 tahap tali pinggang hitam dikenali sebagai Dan. Panggilan Master hanya untuk mereka yang memperolehi 7Dan ke 8Dan. Panggilan GrandMaster pula untuk mereka yang mencapai 9Dan.

You might also like