You are on page 1of 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Sir Faiz dan rakan-rakan sekalian,

Forum 1 ( CUK 2011- Taekwondo 1)


1. What is taekwondo? Where is the origin of taekwondo?
Taekwondo adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari Korea. Taekwondo juga
merupakan sukan rasmi Korea dan sukan tersebut juga berada di dalam Sukan Olimpik.
Perkataan-perkataan dari Taekwondo mempunyai maknanya tersendiri. Antaranya ialah Tae
bermaksud “ menumbuk ‘’ ; Kwon Bermaksud ‘’ menendang ‘’ ; dan Do bermaksud “ seni ‘’
atau ‘’ cara ‘’. Maka penggabungan perkataan Taekwondo membawa istilah ‘’ seni menendang
serta menumbuk ‘’

2. How the development of Taekwondo?


Taekwondo telah dibangunkan pada tahun 1940- an dan 1950-an. Pembangunan ini adalah
hasil daripada pelbagai seniman bela diri Korea iaitu sebagai gabungan gaya pertempuran Korea
asli taekkyeon, gwonbeop dan subak. Tambahan pula, ia juga merupakan penghasilan gabungan
dari pengaruh seni bela diri asing seperti Karate dan seni mempertahankan diri China.

3. What is the fundamental techniques of Taekwondo?


Antara teknik asas Taekwondo ialah “ Holding the fist (Jumok) “, “ Knife hand (Sonnal) “, “
Horse riding Stance (Joo-chum Sohgi) “, “ Forward Stance (Ap Gubi) “, “ Walking stance (Ap
Sohgi) “, ‘’ Back stance (Dit Gubi)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Sir Faiz dan rakan-rakan sekalian,
Forum 2 ( CUK 2011- Taekwondo 1)
1. Taekwondo is one of the popular martial arts around the world, likewise as a sports also,
so what is the different between martial arts and sports in Taekwondo?

Perbezaan antara seni mempertahankan diri dengan sukan di dalam Taekwondo ialah
berdasarkan dalam kaedah latihan-latihan tersendiri. Dari sudut mempertahankan diri, ia
merupakan suatu asas latihanbagi pelajar mempelajarinya. Sebagai contoh, pelajar dapat
melaksanakan latihan memecahkan papan dengan kemampuannya iaitu ia dapat disamakan
sebagai latihan asas untuk menumbuk pihak musuh. Di dalam konteks sukan, Taekwondo
merupakan suatu pertandingan yang terdiri di antara diri pelajar tersebut dengan pihak
musuh. Ketika di dalam sukan, pelajar dapat menghasilkan pergerakan semula jadi iaitu
secara pantas refleksinya dengan mengaplikasikan daya kekuatan untuk menentang pihak
lawan malah turut juga memikirkan strategi untuk memperolehi kemenangan.

2. There are few federations that governing the Taekwondo as sport and also as a Martials
arts, how many Taekwondo federations around the world and what is the difference?

Persekutuan Taekwondo terbahagi kepada dua iaitu Word Taekwondo Federation (WTF),
International Taekwondo Federation (ITF) and American Taekwondo Association (ATA).
Perbezaan antara WTF dengan ITF ialah WT(sebelum penubuhan WTF) adalah merupakan
badan penguatkuasa Taekwondo yang memfokuskan pada peraturan-peraturan di dalam
pertandingan Taekwondo manakala ITF berfungsi segala institusi di mana pelajar-pelajar
dapat mempelajari seni Taekwondo. Dari sudut pemarkahan sistem Taekwondo, format
pemarkahan bagi WTF adalah Regular punch to the chest area (1 points), Regular kick to
the chest area (2 points), Regular kick to the head( 3 points), Technical kick (spinning or
turning) to the chest area(4 points) dan Technical kick to the head (5 points) manakala ITF
pula Punch to the body ot the head (1 points), Jumping punch or kick to the body (2 points)
dan Jumping kick to the head (3 points).

3. List downs the national athletes of your country based on weight category and the world
ranking.
- Pei Ying LIAN (MAS-1589) (W-49 kg) : world ranking 319
- Nurul Farah Alisa ROSLAN (MAS-1590) (W-57 kg) : world ranking 236
- IMAN HAKIM BIN RAKIB (MAS-1703) (M-68 kg) : world ranking 128
- MUHAMMAD SYAFIQ ZUBER (MAS-1830) (M-80 kg) : world ranking 188
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Sir Faiz dan rakan-rakan sekalian,
Forum 3 ( CUK 2011- Taekwondo 1)

1. What is the definition of self-defense based on your thoughts?


Pada pendapat saya, seni mempertahankan diri (martial art) adalah merupakan satu
kesenian yang wujud bagi seseorang mempertahankan diri daripada ancaman musuh. Ia
adalah merupakan seni pertahanan diri secara tradisi iaitu tanpa senjata sama ada
menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain.
2. Nowadays many technologies facilitate in our life including protection from harm, so
does learning self-defense now is necessary to protect ourself from any harm? Please
elaborate

Masih diperlukan kerana seni mempertahankan diri merupakan suatu perlindungan asas
yang diperlukan oleh seseorang. Selain itu, penggunaan teknologi adalah secara terhad di
mana ia boleh digodam atau mudah diakses.

3. Does learning self-defense via online or face to face more effective and beneficial?
Please stand your opinion and elaborate

Pada pandangan saya, pembelajaran seni mempertahankan diri secara bersemuka adalah
lebih bermanfaat kerana mudah dipelajari serta memahami yang ditunjuk oleh guru. Ini
bermaksud jika ada sebarang kesalahan, ia mudah ditegur oleh guru. Di dalam keadaan
pandemik covid 19, pembelajaran seni mempertahankan diri Taekwondo perlu
dilaksanakan juga kerana tiada kekangan atau masalah yang tidak dapat diselesaikan
untuk mempelajarinya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Sir Faiz dan rakan-rakan sekalian,
Forum 4 ( CUK 2011- Taekwondo 1)

In the context of sports, does Taekwondo have benefit in building the child according to
cognitive and psychomotor ability? What is the impact when you learn about Taekwondo?
Pelbagai manfaat yang diperolehi di dalam Taekwondo untuk membina anak mengikut
kemampuan kognitif dan psikomotor. Kanak-kanak akan mengalami suatu proses kognisi iaitu
dapat mentafsir, mempelajari serta memahami sesuatu latihan-latihan asas serta teknik-teknik di
dalam Taekwondo. Dari sudut psikomotor, perkembangan kemahiran dan kebolehan otot fizikal
dan afektif oleh seseorang kanak dapat ditafsirkan melalui latihan yang diberi di dalam
Taekwondo. Kesan yang saya perolehi selepas mengetahui Taekwondo ialah Taekwondo
merupakan seni mempertahankan diri yang mempunyai keseniannya tersendiri malah ia
menekankan konsep disiplin yang membawa maksud “ pertahankan diri merupakan suatu
amanah pada diri dan ia tidak sewenang-wenangnya untuk disalah mengaplikasikannya ’’

You might also like