You are on page 1of 1

Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: L zng wi, lahir pada 21 Oktober 1982

di Bagan Serai, Perak) ialah seorang pemainbadminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 , maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan. Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

KEHIDUPAN AWAL
Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

PERKAHWINAN
Beliau telah berkahwin dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo pada 9 November 2012. Majlis perkahwinan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 9 dan 10 November.

You might also like