You are on page 1of 7

Mokhtar Dahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Dato'
Mokhtar Dahari

Maklumat peribadi

Nama penuh Mokhtar Dahari

Tarikh lahir 13 November 1953

Tempat lahir    Setapak, Selangor, Malaysia

Tarikh kematian    11 Julai 1991 (umur 37 tahun)

Tempat kematian    Subang, Selangor, Malaysia

Posisi Penyerang

Kelab remaja

Selangor FA

Kelab senior 1

Tahun Kelab App (Gol)*

1971 - 1987 Selangor FA  ? (177)   

Pasukan kebangsaan2

1972-1985  Malaysia 167 (125)

1
 Penampilan dan gol kelab senior

dikira untuk liga domestik sahaja dan

tepat semasa 1987.

2
 Penampilan dan gol pasukan kebangsaan adalah tepat

semasa 1985.

* Penampilan (Gol)

Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah


legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi
gelaranSuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang
kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.
Isi kandungan
 [sorokkan]

1 Biodata Mokhtar Dahari

2 Penglibatan Dalam Bola Sepak

3 Tahukah Anda

4 Garis Masa Karier Mokhtar Dahari

5 Anugerah

6 Pautan luar

[sunting]Biodata Mokhtar Dahari


Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak
kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada
tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola
sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.

Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang
anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di


Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978


PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang
pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

[sunting]Penglibatan Dalam Bola Sepak


Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun
hayatnya sudah bersemadi hampir 21 tahun lalu.

Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu,
tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat
semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia.
Paling ketara adalah dikancahPestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia
mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf
Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaikAsia dan ketika itu jugalah dia
dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi
elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol
negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya
penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan


tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga
kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa
bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya
sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah
padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala
Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang
tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut
di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati
dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola
sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke
gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran
dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling
diminati.

Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya
ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya
sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti
sebelumnya.

[sunting]Tahukah Anda
Bahagian trivia
adalah tidak
digalakkan di
bawah garis
panduan Wikipedia.
Rencana ini boleh
diperbaiki
dengan menyatukan bahan
relevan dan membuang
bahan yang kurang sesuai.

 MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh


ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat
dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris
dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur
Koh.

 Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “Kasut but yang
diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna
dalam kerjaya bola sepak saya.”

[sunting]Garis Masa Karier Mokhtar Dahari


1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak),
di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol
pertamanya pada perlawanan itu.

1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang


Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika
Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula
mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.
- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala
Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.

1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi


di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang
3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.

1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila


menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan AsiaTeheran.

1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar


menjaringkan kedua-dua gol itu.

1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola


Merdeka.

1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila
menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.

1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan


berkesudahan seri 1-1.

1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala


Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan
tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina
Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan SEAdengan
mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan
persaraan arena bola sepak antarabangsa.

1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib


juara selepas tewas kepada Maghribi di final.

1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika
menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman
Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana
gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.

1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego


Maradona.

1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala


Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar
mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.

1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai


`Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan
menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.

1987: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga
Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke London untuk


mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.

1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.

1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25


pagi

[sunting]Anugerah

 1976 : Olahragawan Kebangsaan


 1977 : Ahli Mangku Negara (A.M.N)
 2000 : Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P), Pahang yang membawa
gelaran Dato'
 2001 : Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A), Selangor
yang membawa gelaran Dato'

[sunting]

You might also like