You are on page 1of 10

KANDUNGAN

1. Pengenalan
2. Maklumat peribadi
3. Biodata
4. Penglibatan dalam Bola Sepak
5. Fakta menarik
6. Garis masa karier Mokhtar Dahari
7. Anugerah
8. Pencapaian
9. Sumber rujukan

PENGENALAN
Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai
1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor.
Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan

banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972
hinggalah 1985.

MAKLUMAT PERIBADI
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamad Mokhtar bin Dahari
Tarikh lahir

13 November 1953

Setapak,
Tempat lahir Malaysia

Kuala Lumpur,

Tarikh
kematian

11 Julai 1991 (umur 37 tahun)

Tempat
kematian

Subang,
Malaysia,

Posisi
permainan

Penyerang

Nombor

10

Selangor,

Kerjaya remaja
1970-1971

Selangor

Kerjaya senior*
Tahun

Pasukan

Kmncln

(Gol)

1972-1987

Selangor

375

(177)

Pasukan kebangsaan
1972-1985

Malaysia

BIODATA
Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Selangor ketika itu. Mokhtar mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan
Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley.
Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan
Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik
Bank (sekarang Bank RHB).

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971


PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di
Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang
pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

PENGLIBATAN DALAM BOLA SEPAK

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya
sudah bersemadi lama dahulu.
Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi
hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang
mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah

dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan
kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah
World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan
sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki Supermokh banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen
penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah
ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca
gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi
pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak
dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat
skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini
sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi
apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama
walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di
Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah
sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil
menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang
kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya
di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi
sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi
meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

FAKTA MENARIK

MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh


ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih
tepat dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasut itulah dia menempa nama

sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Abdul Ghani


Minhat dan Arthur Koh.

Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: "Kasut but yang
diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna
dalam kerjaya bola sepak saya.

GARIS MASA KARIER MOKHTAR DAHARI

1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di
Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya
pada perlawanan itu.

1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari
Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak
3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia
Asia, di Bangkok.
1972- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala
Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.

1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola
Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar
jaringkan dua gol.

1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan
lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.

1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan
kedua-dua gol itu.

1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.

1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.


1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan
Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan
berkesudahan seri 1-1.

1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang
Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang
selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas
Sukan Asia Tenggara dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.

1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas
tewas kepada Maghribi di final.
1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang
Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara
ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan
persaraannya bagi kali kedua.

1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.

1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang
Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali
ketiga dan terakhir.

1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain
Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan
jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.

1987: Menyertai Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB) dan membawa kelab itu menjadi
juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989: Disahkan mengidap penyakit Distrofi otot. - berlepas ke London untuk mendapat
rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.

1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.

1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi

ANUGERAH

1975: Penyerang Terbaik Asia (World Soccer)

1976 : Olahragawan Kebangsaan

1977 : Ahli Mangku Negara (A.M.N)

2000 : Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P), Pahang yang membawa gelaran
Dato'

2001 : Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A), Selangor yang
membawa gelaran Dato'Mokhtar Dahari

PENCAPAIAN
- Kelab
Selangor FA

Piala Malaysia (10): 1972, 1973, 1975, 1976, 1978, 1979, 1981, 1982,
1984, 1986

Piala Sumbangsih (3): 1984, 1985, 1987

Liga Super Malaysia (1): 1984

- Antarabangsa
Malaysia

Pestabola Merdeka (4): 1973, 1974, 1976, 1979

Sukan Sea (2): 1977, 1979

SUMBER RUJUKAN: Wikipedia ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Dahari )


: Google Images ( https://images.google.com/ )
: ( http://samuel-wilke.jimdo.com/cool-symbols-to-copyand-paste/ )

You might also like