You are on page 1of 1

ATLET BADMINTON MALAYSIA

Lee Zii Jia merupakan anak kelahiran


Alor Setar, Kedah. Beliau dilahirkan pada 29
Mac 1998. Beliau telah mengharumkan nama
negara dalam bidang sukan badminton.
Beliau mula berjinak-jinak dalam sukan
badminton sejak berumur enam tahun.
Beliau mula mempamerkan aksi cemerlang
dalam pertandingan bawah 12 tahun,
sebelum bermain secara profesional pada
umur 13 tahun. Pada 2015, beliau berjaya
memenangi Kejohanan Badminton
Tebuka Remaja di negeri Perak dan
Selangor. Pencapaian seterusnya
membawa beliau terpilih untuk
melayakkan diri ke Persatuan Badminton
Malaysia.
Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton
Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di
peringkar separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir
di Siri Antarabangsa India. Kemudian, beliau berjaya melayakkan diri ke separuh akhir
Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon
Wangcharoen dari Thailand. Pada September 2017, beliau juga berjaya menjuarai
Kejohanan Badminton pertama di Antarabangsa Poland. Seterusnya, Zii Jia juga
melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger.
Pada Januari 2022, terdapat spekulasi bahawa Lee telah menyatakan hasratnya
untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dengan alasan beliau tidak
berpuas hati dan gembira dengan persatuan itu. Beliau akhirnya secara rasmi meletak
jawatan pada 19 Januari, beralih menjadi pemain bebas. Beliau merupakan atlet
badminton yang disegani pada masa kini kerana beliau banyak memberikan sumbangan
kepada negara.

You might also like