You are on page 1of 2

Rosni Zamuddin Shah bin Sidek

No 6 Jalan BP 17

Taman Bayu Permai

48000 Rawang, Selangor

__________________________________________________________________________________

Yang Berbahagia Datuk V. Subramaniam 28 September 2020

Presiden

Persatuan Badminton Selangor,

No 39, Jalan Kampung Attap,

50460 Kuala Lumpur

Yang Berbahagia Datuk,

Memohon Menyertai Latihan Badminton Bersama Pasukan Negeri

Merujuk kepada perkara di atas, saya ROSNI ZAMUDDIN SHAH merupakan ayah kepada pelajar
bernama NUR IZZ DANISH (10 tahun) yang bersekolah di SJKC Kota Emerald, Rawang, Selangor ingin
memohon jasa baik pihak Datuk untuk membenarkan anak saya menyertai latihan bersama pasukan
negeri.

2. Untuk pengetahuan Datuk, Nur Izz Danish mempunyai bakat dalam sukan badminton. Ketika
kejohanan MSSD Gombak 2020 yang berlangsung pada 20hb - 21hb Januari 2020 bertempat di SJKC
Selayang Baru, Nur Izz Danish mengikuti acara perseorangan lelaki kategori bawah 10 tahun dan
menjadi johan kategori tersebut selain mendapat tempat ketiga dalam acara perseorangan bawah
12 tahun.

3. Beliau juga berjaya ke peringkat separuh akhir perseorangan dalam kejohanan Selangor
Junior Closed 2019 (2-6 Disember 2019) dan Program Pembangunan Bakat Badminton Peringkat
Negeri Selangor (PERODUA) pada 17-18 September 2019.

4. Pada ketika ini, anak saya berlatih bersama Muhaimin Badminton Academy (MBA) sejak
2019 dan perkembangan beliau senantiasa dipantau oleh jurulatih Encik Abdul Muhaimin Razali,
bekas pemain kebangsaan dan pemain Selangor.
5. Saya sangat berharap agar permohonan saya ini diberi pertimbangan sewajarnya dan
kerjasama dari pihak Datuk dalam isu ini sangatlah saya hargai.

Terima kasih

Yang benar,

(Rosni Zamuddin Shah bin Sidek)

011-14134237

s/k:

Encik Seto Danu Kusuma

Jurulatih Badminton Selangor

You might also like