You are on page 1of 6

BIOLOGI

10.4 MEKANISME
PEMBEKUAN DARAH
Ahli Kumpulan :
1. FADHILAH AMANINA
2. NUR ZAHRA BATRISYA
3. NURUL AFIQAH
4. ALYA LIYANA
MENGAPAKAH DARAH PERLU
MEMBEKU PADA TEMPAT LUKA?

Pembekuan darah menghentikan atau meminimumkan kehilangan darah pada


bahagian salur darah yang terluka. Pembekuan darah juga mencegah
kemasukan mikroorganisma seperti bakteria ke dalam darah melalui salur
darah yang rosak . Tekanan darah juga dapat dikekalkan kerana kehilangan
darah yang terlalu banyak boleh menurunkan tekanan darah ke paras yang
berbahaya.
Mekanisme pembekuan darah

Pembekuan Darah melibatkan satu siri tindak balas kimia yang berlaku dalam darah apabila
seseorang terluka bagi menghalang pendarahan berlebihan

Platlet yang tergumpal , sel yang rosak dan faktor pembeku dalam
plasma darah membentuk bahan pengaktif (trombokinase).
Trombokinase , dengan bantuan ion kalsium dan vitamin K,
menukarkan protrombin kepada trombin

TROMBIN (protein plasma akif yang


Protrombin (protein bertindak sebagai enzim) . Trombin
plasma tak aktif) seterusnya memangkinkan penukaran
fibrinogen kepada fibrin

Fibrinogen (larut) Fibrin (tak larut)


Fibrin ialah sejenis gentian protein berupa
bebenang yang membentuk jaringan pada
permukaan luka untuk menjerat eritrosit dan
menutup luka bagi menghalang kehilangan darah
ISU KESIHATAN YANG
BERKAITAN PEMBEKUAN DARAH
APAKAH AKIBATNYA SEKIRANYA MEKANISME PEMBEKUAN DARAH SESEORANG INDIVIDU TIDAK
BERFUNGS ATAU TERGANGGU?

01 Hemofilia
• Penyakit keturunan di mana darah tidak beku secara normal.

• Kekurangan gen untuk penghasilan faktor pembeku tertentu.

• Boleh mati disebabkan kehilangan darah berlebihan, walaupun hanya luka yang
ringan atau lebam.

• Boleh mengalami pendarahan dalaman secara spontan, walaupun tiada kecederaan


berlaku.
02 Trombosis

• Merujuk kepada pembentukan darah beku (trombus) dalam salur darah yang tidak
terluka.
• Trombosis boleh disebabkan oleh kerosakan dalam salur darah atau pengaliran
darah terlalu perlahan.
Embolisme
• Kadang-kala, darah beku iaitu trombus boleh menepis dan
bergerak dalam saluran darah.

03
• Pergerakan darah yang beku ini dipanggil embolus

• Embolus boleh menghentikan pengaliran darah dalam arteri


yang sempit jika tersekat.

You might also like