You are on page 1of 20

EDUP2072

FALSAFAH DAN
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
DASAR DAN HALA TUJU
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
MASA KINI

HAK KEPADA PENDIDIKAN


3
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN II - KEBEBASAN ASASI

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.


(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana
warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir--
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak
berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran
fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi
penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi
pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada
di dalam atau di luar Persekutuan).

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi
pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi
semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan
institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah
bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu
dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau
membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan
sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil
bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya
sendiri.

(4) Bagi maksud Fasal (3), agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah
ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaga. 4
HAK mendapat pendidikan
Hak untuk mendapat pendidikan adalah hak bagi setiap
manusia dan hak dasar setiap warganegara. Sebelum itu,
kita terangkan apa itu hak mendapat pendidikan.

Hak pendidikan adalah salah satu hak asasi manusia


dalam Peruntukan Perlembagaan Perseketuan mengenai
Hak Asasi Manusia di Malaysia iaitu dalam Perkara 12.

Hak mendapat pendidikan ialah salah satu aspek yang


penting untuk membangunkan pendidikan negara.
Tetapi hakikatnya usaha ini seperti dasar
mengembangkan kepribadian dan kemampuan
seseorang itu sahaja.

5
Namun, adakah semua anak-anak di negara kita
mendapat hak tersebut ? 

Sejak akhir-akhir ini sering kali saja media massa


negara mengeluarkan isu mengenai anak yang tidak ke
sekolah untuk mendapat pendidikan secara formal. 

Hal ini seakan akan melanggar hak asasi manusia


apabila mereka mula ponteng dari mendapat
pendidikan. Adakalanya terpaksa disebabkan ingin
mencari wang dengan bekerja. Tidak kurang pula saja
saja untuk dengan sengaja pontengkan diri dari
menghadiri ke sekolah.

6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

You might also like