You are on page 1of 1

Hak Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan perkara yang telah dibincangkan secara meluas.

Mereka
merupakan antara kumpulan rentan dalam masyarakat. Malaysia telah meratifikasikan Konvensyen
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 6 Julai
2010, dengan reservasi ke atas Artikel 15 dan 18. Malaysia belum lagi menandatangani Protokol
Pilihan kepada Konvensyen ini. Walaubagaimanapun, ratifikasi CRPD merupakan satu langkah yang
membuktikan kesediaan Malaysia untuk melaksanakan hak asasi yang terkandung dalam CRPD
menerusi tindakan.

Aduan dan isu-isu berkaitan OKU terus dibawa kepada perhatian Suruhanjaya. Ini termasuk
pendaftaran OKU, sistem pendidikan, akses kepada kemudahan, perkhidmatan dan bangunan
awam, kemudahan pengangkutan awam, peluang pekerjaan dan perkhidmatan penjagaan
kesihatan.

Suruhanjaya sentiasa menyeru Kerajaan memenuhi obligasinya di bawah CRPD dengan memastikan
agar OKU dapat menikmati hak asasi mereka kepada kehidupan, tidak diskriminasi, hak sama rata,
akses kepada keadilan serta penyertaan dalam arena politik. OKU berhak untuk menikmati hak sivil,
politik, sosial, ekonomi serta kebudayaan mereka secara sama rata dengan orang lain.

Suruhanjaya kini sedang mengkaji isu-isu berkaitan hak kepada pendidikan bagi Kanak-kanak dengan
Masalah Pembelajaran (CWLD) menerusi penganjuran aktiviti untuk mengumpul maklumat dan
mengenal pasti isu-isu berkenaan CWLD. Ini termasuk lawatan lapang ke sekolah-sekolah yang
mempunyai program integrasi dan sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Badan-badan Bukan
Kerajaan (NGO) bagi memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran CWLD; forum awam
berkaitan hak kepada pelajaran bagi CWLD; dan bengkel latihan untuk guru.

Suruhanjaya juga telah menganjurkan satu siri bengkel mengenai Hak Asasi Manusia bagi Guru
Pendidikan Khas yang mengajar SES (Masalah Penglihatan dan Pendengaran) dan SEIP (Masalah
Pembelajaran) berdasarkan kawasan di Semenanjung Malaysia. Bengkel tersebut membekalkan
mereka dengan maklumat mengenai hak kanak-kanak dan mengenalpasti keperluan pendidikan
yang berkaitan.

You might also like