You are on page 1of 52

Bab 2 : Trend Semasa Dalam

Perniagaan
2.1 Peranan Kerajaan Dalam Menangani Isu-isu
Tempatan, Negara Dan Serantau
Bank Negara Malaysia (BNM)
- Merupakan bank pusat
- Peranan Bank Negara Malaysia (BNM)
a. Untuk memantau dan mengawal keadaan
ekonomi negara termasuklah dalam bidang
perniagaan.
b. Untuk meningkatkan kestabilan kewangan
c. Untuk mengawal selia infrastruktur sistem
pembayaran negara
2.1.1 Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan
Tempatan
Isu - Isu Huraian
Tempatan Berkaitan dengan perniagaan di kawasan setempat seperti
hubungan perniagaan dengan komuniti, pengguna tempatan,
tanggungjawab sosial dengan masyarakat sekeliling dan faktor
sosiobudaya masyarakat setempat.

Negara Berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara


seperti jumlah pendapatan, inflasi, kemelesetan ekonomi dan kadar
pertumbuhan ekonomi.

Serantau Melibatkan hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti


Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam.
a. Peranan Kerajaan Pusat
- Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan terletak di
Putrajaya.
(i) Aspek Perundangan
1. Penggubalan Undang-undang
Contoh Akta dalam perniagaan:
- Akta Kontrak 1950
- Akta Jualan Barangan 1957
- Akta Sewa Beli 1967
- Akta Perkongsian 1961
- Akta Syarikat 1965
- Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980)
a. Peranan Kerajaan Pusat
- Bertujuan untuk mengawal perjalanan aktiviti perniagaan.
- Untuk memastikan setiap perniagaan yang dijalankan mesti didaftarkan.
2. Perlindungan Pengguna
Matlamat undang-undang perlindungan pengguna:
- Keselamatan pengguna dalam aspek makanan, ubat-ubatan serta
sebarang amalan dan perkhidmatan yang tidak selamat.
- Kesihatan pengguna bertujuan untuk melindungi pengguna daripada
tindakan perniagaan yang boleh mengancam kesihatan pengguna
- Hak pengguna mendapat ganti rugi jika pengguna tidak menerima
barangan atau perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan oleh peniaga
- Melindungi hak pengguna mendapat alam sekitar yang bersih
a. Peranan Kerajaan Pusat
3. Pelepasan Cukai
Jenis Pelepasan Cukai Huraian
Taraf Perintis Dikecualikan pembayaran cukai selama lima tahun.
Elaun Cukai Pelaburan Pelepasan cukai ekoran daripada pelaburan modal yang
diberikan kepada perniagaan berstatus Koridor Raya
Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah
tempatan.

Potongan Cukai Diberikan kepada pengeksport yang menjual barangan


tempatan pada kadar potongan bergantung pada jenis
perbelanjaan yang terlibat.

Pengecualian Cukai Diberikan kepada syarikat status MSC dan terlibat dalam
industri teknologi tinggi.
Elaun Pelaburan Semula Diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan
pengeluar makanan, pembinaan jalan dan pembukaan
tanah untuk pembelian aset tanah.
a. Peranan Kerajaan Pusat
(ii) Aspek Kewangan
Definisi kewangan: sumber pembiayaan yang diperlukan
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi.
- Contoh agensi berkaitan dengan bantuan kewangan
kepada usahawan:
a. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
b. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
c. TEKUN Malaysia
a. Peranan Kerajaan Pusat
(ii) Aspek Perkembangan Aktiviti Perniagaan
a. Aktiviti Promosi
- Contoh : Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia (MATRADE) 1993
- Peranan MATRADE:
1. Mencari dan membangunkan kawasan perdagangan
baharu serta mengenal pasti pasaran baru di luar
negara.
2. Menemukan pengeksport Malaysia dengan
pengimport dari luar negara.
3. Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan
pengeksport berdaftar.
a. Peranan Kerajaan Pusat

(ii) Aspek Perkembangan Aktiviti Perniagaan


b. Aktiviti Latihan Dan Pembangunan
- Contoh: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
- Peranan MPC:
1. Untuk menyediakan input dalam bidang produktiviti
dan kuantiti.
2. Mempertingkatkan pembangunan sumber tenaga
manusia
3. Menerajui pergerakan produktiviti dan kualiti.
a. Peranan Kerajaan Pusat
(ii) Aspek Perkembangan Aktiviti Perniagaan
C. Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan
- Contoh agensi yang terlibat dalam R&D: MARDI,
SIRIM, MPOB dan TNB RESEARCH.
- Tujuan:
1. Memastikan produk di pasaran menepati piawaian
yang ditetapkan dan bermutu tinggi
2. Menjalankan kajian bagi memastikan tiada
penyelewengan dari segi kualiti
3. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyampaikan
maklumat yang berkaitan dengan pembangunan dan
perubahan dalam teknologi
b. Peranan Kerajaan Negeri
- Pembentukan kerajaan negeri termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, iaitu terdapat
pembahagian kuasa antara kuasa kerajaan Pusat
dengan Kerajaan Negeri.
- Bidang kuasa kerajaan negeri: bahan galian dan
tanah
- Contoh Perbadanan Kemajuan Negeri:
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP),
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah
(SEDCO)
c. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

- Merupakan pelaksana dasar pada peringkat


akar umbi dalam menyampaikan
perkhidmatan kepada warga tempatan.
- Contoh: Majlis Bandar raya, Majlis
Perbandaran dan Majlis Daerah
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
1. Memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam
keadaan selamat.
2. Merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan
sempurna dan sesuai dengan keadaan masyarakat
setempat.
3. Penyediaan kemudahan infrastruktur yang dapat
menjamin keselesaan kehidupan masyarakat setempat.
4. Pewujudan pusat-pusat perniagaan.
5. Pengawalan terhadap kesihatan awam dan selamat.
6. Pelaksanaan tanggungjawab sosial yang meliputi
pembangunan kemudahan awam.
2.1.2 Peranan Kerajaan Dari Aspek
Pertumbuhan Ekonomi
Definisi pertumbuhan ekonomi: Peningkatan
dalam sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan
ekonomi terutama dalam pembangunan
ekonomi berbentuk fizikal yang menyebabkan
pertambahan dalam Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) dalam ekonomi sesebuah negara.
- Contoh inisiatif kerajaan: Program Transformasi
Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi
(ETP)
2.1.2 Peranan Kerajaan Dari Aspek Pertumbuhan
Ekonomi
Peringkat-peringkat Peranan Kerajaan
Tempatan - Akan membantu meningkatkan pendapatan penduduk
setempat.

Negara -Memperkukuh pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan


dasar tertentu seperti dasar fiskal dan dasar kewangan.
-Dasar fiskal dilaksanakan melalui tindakan perbelanjaan pihak
kerajaan dan pelaksanaan cukai tertentu yang boleh
mempengaruhi permintaan.
-Dasar kewangan dilaksanakan melalui peranan bank , pusat,
iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) berupaya untuk
mengurangkan kadar faedah bagi menggalakkan penduduk
berbelanja dan aktiviti pelaburan oleh perniagaan.

Antarabangsa - Menyediakan elaun eksport untuk menggalakkan perniagaan


mengeksport lebih banyak barang dan perkhidmatan yang lebih
banyak ke luar negara.
2.1.3 Peranan Kerajaan Dari Aspek
Guna Tenaga

- Definisi guna tenaga: tenaga buruh yang


terlibat dalam sesuatu kegiatan ekonomi
untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan.
- Definisi pengangguran geseran: berlaku
apabila pekerja berhenti kerja dan mencari
pekerjaan tetapi tidak mendapat pekerjaan
dengan serta-merta; dan ketika itu mereka
dikira sebagai penganggur.
Jenis Pengangguran
Dimensi Pengangguran Bermusim Pengangguran Kitaran
Definisi Berlaku apabila seseorang pekerja Keadaan ekonomi yang meleset
bekerja dalam jangka masa menyebabkan perniagaan
pendek pada setiap tahun. sebahagian pendapatan dan
tidak mampu membayar gaji
kepada pekerja.

Cara mengatasi - Kerajaan boleh memberi insentif - Kerajaan boleh menjalankan


pengangguran kepada pihak perniagaan. dasar fiskal dan dasar kewangan
- Contoh: pengecualian cukai atas dalam mengekang kemelesetan
pembayaran gaji pekerja ekonomi.
Jenis Pengangguran
Dimensi Pengangguran Struktur Pengangguran Teknologi
Definisi Berlaku ekoran perubahan dalam Boleh berlaku disebabkan oleh
industri secara keseluruhan yang sektor perniagaan
tidak memerlukan kemahiran mengutamakan penggunaan
pekerja. teknologi menggantikan
pekerja.

Cara mengatasi -Kerajaan boleh membuat -Penggunaan mesin-mesin


pengangguran perancangan ekonomi sesuai moden hanya digunakan proses
dengan trend perubahan ekonomi tertentu sahaja yang tidak dapat
dan perniagaan. dilaksanakan oleh tenaga buruh.
-Kerajaan perlu peka tentang -Maklumat berkaitan peluang
perubahan global yang boleh pekerjaan juga perlu diberi dan
mempengaruhi hala tuju dan corak dikongsi dengan semua tenaga
perniagaan pada jangka masa buruh.
pendek dan jangka masa panjang.
2.1.4 Peranan Kerajaan Dari Aspek
Ekonomi
Dimensi Inflasi Deflasi
Definisi Satu fenomena kenaikan harga Satu keadaan kejatuhan harga
barang dan perkhidmatan secara barang dan perkhidmatan
berterusan. secara berterusan.

Kesan -Kenaikan kos sara hidup yang -Membantutkan aktiviti


semakin meningkat perniagaan
-Pendapatan boleh guna menurun -Penduduk kehilangan
pekerjaan
-Kuasa beli penduduk menurun

Cara mengatasi - meningkatkan kadar faedah -Menurunkan kadar cukai


-Dasar kerajaan -Memberi khidmat nasihat dan
-Pelaksanaan dasar galakan perundangan
pelaburan -Dasar kewangan negara
-Memberikan subsidi kepada
pengeluar jika inflasi berlaku
disebabkan oleh tolakan kos.
2.2 Trend Persekitaran Perniagaan
- Definisi trend persekitaran perniagaan: suatu
arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan.
- Definisi faktor dalaman: faktor yang boleh
dikawal oleh organisasi yang dikenali sebagai
faktor persekitaran tugas.
- Definisi Faktor Luaran: dikenali sebagai
persekitaran umum, iaitu faktor ekonomi,
politik dan perundangan, pelanggan,
masyarakat, persaingan dan jaringan.
2.2.1 Trend Meningkat
2.2.1 Trend Meningkat
Dimensi Trend Meningkat
Definisi Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin
meningkat.
Faktor Dalaman -Pekerja yang bermotivasi tinggi, kreatif, inovatif, rajin,
berdisiplin dan berkemahiran tinggi
-Peniaga dapat menawarkan lebih banyak barang dan
perkhidmatan.
-Pengurusan yang cekap dan sistematik,

Faktor Luaran -Keadaan ekonomi berada dalam keadaan berkembang pesat.


-Kemampuan sesebuah perniagaan untuk menjana keuntungan
hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan
-Situasi politik dan perundangan yang stabil.
-Kewujudan persaingan dan jaringan perniagaan yang positif
2.2.2 Trend Menurun
2.2.2 Trend Menurun
Dimensi Trend Meningkat
Definisi Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin menurun.
Faktor Dalaman -Gaya pengurusan yang tidak bersesuaian dengan keadaan pekerja
-Sumber manusia yang kurang produktif
-Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan
-Pengeluaran yang tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan
teknologi maklumat dan penyelidikan

Faktor Luaran -Keadaan ekonomi yang lembap atau perlahan.


-Keadaan politik dan perundangan sesebuah negara yang tidak
stabil.
-Bencana alam
2.2.3 Trend Mendatar
2.2.3 Trend Mendatar
- Menggambarkan keadaan konsisten dalam
perniagaan.
- Berlaku disebabkan tiada perubahan yang
ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan
faktor luaran perniagaan.
- Perkembangan perniagaan berada dalam
keadaan malar
2.2.4 Pasaran
- Definisi pasaran: suatu keadaan berlakunya
urus niaga antara penjual dengan pembeli,
pada suatu tingkat harga dan masa yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Jenis Pasaran Huraian
Pasaran untuk semua Produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan
kepada semua pengguna seperti sabun pencuci dan sos
tomato.

Pasaran produk Berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua


jenis produk seperti makanan, pelancongan dan
perumahan.

Pasaran kewangan Berkaitan dengan jual beli saham dan sekuriti,


pertukaran wang asing, pinjaman dan pelaburan.
2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan
Dan Pertumbuhan Ekonomi
(a) Trend Guna Tenaga
- Guna tenaga: Pekerja yang menyumbangkan
tenaga fizikal dan mental dalam sesuatu
pekerjaan.
- Contoh : bidang profesional dan aktiviti
pembinaan
2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan Dan
Pertumbuhan Ekonomi
(a) Trend Guna Tenaga
i. Pembangunan Negara
- Aktiviti pengeluaran dan bidang penyelidikan
ii. Perubahan Dalam Guna Tenaga

Kepakaran guna
Penambahan Perkembangan tenaga
bilangan pekerja Teknologi berkemahiran
tinggi
2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan Dan
Pertumbuhan Ekonomi
(b) Trend Pendapatan
- Perniagaan akan memperoleh peningkatan
pendapatan melalui peningkatan hasil jualan.
- Perniagaan juga boleh mendapat sumber
pendapatan daripada aktiviti sampingan yang
lain seperti penyewaan bangunan, dividen
daripada pelaburan saham dan faedah
daripada simpanan wang di bank.
Contoh Penyata Kewangan
2.2.5 Trend Guna Tenaga, Pendapatan Dan
Pertumbuhan Ekonomi
Kitaran Ekonomi
Fasa-fasa Huraian
Fasa I : Fasa -Penduduk tidak mempunyai wang atau pendapatan yang mencukupi
Kemelesetan untuk membeli produk.
-Pendapatan kerajaan juga merosot
-Kadar pengangguran meningkat

Fasa II: Fasa -Perniagaan akan menambah pengeluaran produk untuk memenuhi
Melambung peningkatan penggunaan produk yang semakin meningkat.
-Perniagaan memerlukan pekerja yang banyak serta mampu
membayar gaji dan upah yang tinggi.
-Perniagaan juga akan mengorak langkah ke tahap antarabangsa
termasuk aktiviti eksport dan pelaburan di luar negara.
2.2.6 Undang-undang Perniagaan
- Definisi Undang-undang: suatu peraturan
yang termaktub dan ditentukan oleh sesebuah
masyarakat untuk mengawal tingkah laku
anggota sendiri.
Kesihatan Dan
Keselamatan Pekerjaan Maklumat

Perancangan Perlindungan Pengguna Persaingan

Pengiklanan Persekitaran
Undang-undang Syarikat
Persekitaran Perniagaan Dari Aspek
Undang-undang
 Akta Kontrak 1950
 Akta Jualan Barangan 1957
 Akta Sewa Beli 1967
 Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974)
 Akta Syarikat 1965 (Pindaan 1992)
 Akta Kerja 1955 ( Pindaan 1980)
 Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980)
 Akta Hak Cipta 1987
2.3 Analisis Faktor-faktor Yang Membawa Perubahan
Kepada Persekitaran Perniagaan

2.3.1 Faktor Dalaman


- Definisi Faktor Dalaman: Faktor-faktor yang
dimiliki oleh syarikat yang boleh memberi
kekuatan dan kelemahan sesebuah
organisasi.
- Contoh: gaya pengurusan, sumber manusia,
pemasaran, pengeluaran, kewangan dan
teknologi maklumat serta penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
(a) Gaya Pengurusan
- Merupakan teknik mengurus sesebuah perniagaan yang akan
memacu pertumbuhan perniagaan.
Gaya Pengurusan Huraian
Laissez-faire (1,1) Menujukkan majikan terlalu memberi ruang atau
kebebasan kepada pekerja mereka.

Sokongan (1,9) Tahap perhubungan yang baik telah terjalin antara majikan
dengan pekerja.

Sederhana (5,5) Menunjukkan tindakan majikan yang bijak dalam menjaga


hubungan dengan pekerja mereka.

Autokratik (9,1) Menunjukkan tindakan majikan yang tegas dalam mencapai


matlamat yang telah ditetapkan.

Demokratik (9,9) Menunjukkan tindakan majikan mengamalkan toleransi dan


menjalinkan hubungan yang baik.
(b) Sumber Manusia
- Definisi sumber manusia: fungsi perniagaan yang
memberi fokus kepada keperluan tenaga kerja
semasa termasuk pengurusan pembahagian kerja
dan menambah baik tenaga kerja sedia ada.
- Dibahagikan kepada 2, iaitu: sumber manusia
dalaman dan sumber manusia luaran.
Sumber Manusia Dalaman
- Definisi sumber dalaman: pekerja yang
sedang berkhidmat dalam sesebuah organisasi
perniagaan.
Kelebihan Kekurangan
Memotivasikan pekerja Tidak membawa idea baharu

Pekerja lebih memahami budaya Kekosongan jawatan


organisasi

Maklumat pekerja sedia ada Pengetahuan stereotaip


Sumber Manusia Luaran
- Definisi sumber luaran : pengambilan pekerja
dari luar organisasi
Kelebihan Kekurangan
Melahirkan idea baharu Memerlukan program induksi

Kemahiran baharu Mengambil masa untuk memahami


budaya organisasi

Semangat Kos merekrut yang tinggi


(c) Pemasaran
- Definisi pemasaran: satu sistem aktiviti sesebuah
perniagaan yang dibentuk dalam merancang dan
melaksanakan strategi produk, penentuan harga,
promosi dan pengedaran barang atau perkhidmatan.
- Elemen-elemen campuran pemasaran:
Elemen Keterangan
Produk Tahap kualiti, reka bentuk ,
Pembungkusan, saiz produk
gaya dan jenama dan jaminan produk
Pengedaran Saluran pengedaran dan
Kadar inventori,
kawasan pengedaran pengangkutan dan lokasi
syarikat
Promosi Kaedah pengiklanan dan Aktiviti promosi dan program
pendekatan jualan publisiti
Harga Harga yang ditetapkan dan Tempoh bayaran jualan kredit
kadar diskaun dan kemudahan kredit
(d) Pengeluaran
- Merupakan satu proses menghasilkan barang
atau perkhidmatan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia yang tidak
terhad.
- Mengubahkan input kepada output
(e) Kewangan
- Faktor kewangan dan perakaunan bergantung
pada kaedah perniagaan menjalankan urus
niaga dan sistem kewangan yang diamalkan
dalam perniagaan.
- Berkaitan sumber pendapatan serta peluang-
peluang pelaburan perniagaan.
(f) Teknologi Maklumat
- Membolehkan proses pencapaian,
penghantaran dan penyimpanan maklumat
menjadi lebih teratur.
(g) Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Merupakan aktiviti kreatif dan inovatif yang
dijalankan secara sistematik bagi
meningkatkan pengetahuan dan hasil sedia
ada kepada pembangunan dan penciptaan
produk baharu yang bermanfaat.
2.3.2 Faktor Luaran
- Definisi Faktor Luaran: faktor yang boleh
memberi peluang dan ancaman kepada
sesebuah syarikat.
- Contoh:

Politik Ekonomi Sosiobudaya

Teknologi Ekologi Undang-undang


2.3.3 Analisis Faktor Dalaman Dan Faktor
Luaran
- Definisi Analisis SWOT: satu kaedah yang menganalisis
persekitaran keseluruhan yang melibatkan organisasi dalam
aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
- Objektif analisis SWOT: untuk menilai kesan perubahan
persekitaran dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi
aktiviti organisasi perniagaan.
- Analisis Faktor Dalaman: penilaian secara terperinci tentang
kekuatan dan kelemahan dalam sesebuah organisasi
perniagaan.
- Analisis Faktor Luaran: penilaian yang berkaitan dengan
peluang dan ancaman yang wujud di persekitaran luaran
perniagaan.
2.3.3 Analisis Faktor Dalaman Dan Faktor Luaran

Kekuatan (Strengths) Kelemahan (Weaknesses)


-Keupayaan dan kemampuan yang -Kekurangan yang wujud dari aspek
dimiliki oleh perniagaan untuk sumber tenaga, kepakaran dan bahan
Analisis Faktor

bersaing. mentah.
Dalaman

-Contoh: jenama yang popular, -Contoh: pekerja kurang berkemahiran


paten, hubungan baik dengan
pelanggan, sumber kewangan yang
kukuh dan lain-lain.

Peluang (Opportunities) Ancaman (Threats)


-Kelebihan yang diperoleh kesan -Sesuatu perubahan daripada
Analisis Faktor

daripada perubahan yang berlaku persekitaran luaran perniagaan yang


dalam persekitaran luaran boleh membantutkan perkembangan
Luaran

perniagaan. perniagaan.
-Contoh: Kewujudan teknologi -Contoh: Pesaing
baharu dan perubahan cita rasa
pelanggan
Cara Menggunakan Matriks SWOT
Strategi Huraian
Kekuatan – Peluang Kekuatan dalam sesebuah organisasi dapat
( S O) digunakan untuk merebut peluang yang wujud
ekoran daripada perkembangan faktor luaran.
Kelemahan – Peluang Pihak pengurusan perniagaan perlu mengambil
(W O) langkah yang proaktif supaya peluang perniagaan
yang wujud disebabkan faktor luaran dapat
direbut oleh perniagaan.
Kekuatan – Ancaman Kekuatan yang wujud di organisasi dapat
(S T) digunakan salam strategi menghadapi cabaran.

Kelemahan – Ancaman Perniagaan perlu menjalinkan kerjasama dengan


(W T) pihak lain supaya setiap kelemahan dapat diatasi.
2.4 Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap
Organisasi Perniagaan
2.4.1 Kesan Perubahan Dari Aspek Pasaran

Perubahan
Lambakan
Fesyen Dan Gaya
Hidup Pengguna Barang Import

Pembangunan
Dalam Teknologi
2.4 Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap
Organisasi Perniagaan
2.4.2 Kesan Perubahan Dari Aspek Trend

Guna Tenaga Pendapatan

Pertumbuhan
Ekonomi
2.4 Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap
Organisasi Perniagaan
2.4.3 Kesan Perubahan Dari Aspek Undang -
Undang
a. Melindungi Perniagaan Daripada Sebarang
Penipuan
- Contoh: Akta Kontrak 1950
b. Mewujudkan Sistem Perniagaan Secara Adil
- Contoh : Akta Persaingan 2010
c. Melindungi Hak Semua Pihak Di Dalam
Perniagaan
- Contoh: Akta Hak Cipta 1987

You might also like