You are on page 1of 17

CERAI MELALUI

LAFAZ TA’LIQ
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
SHA 5213
DIPLOMA LANJUTAN UNDANG-UNDANG
PENTADBIRAN KEHAKIMAN ISLAM
(DAIJ)

DR ROSLINA CHE SOH


AIKOL IIUM

1
CERAI TA’LIQ
Definisi
Dalil
Syarat-syarat ta’liq
Peruntukan undang-undang
Jenis-jenis/bentuk ta’liq
Kes

2
DEFINISI CERAI TA’LIQ
DIBAWAH HUKUM
SYARA’
Dari sudut bahasa: untuk menggantung.
Secara teknikal ia merujuk kepada penceraian yang berlaku
apabila syarat-syarat atau janji telah dipenuhi.
Penceraian akan berlaku apabila seorang isteri melanggari
syarat yang telah ditetapkan oleh suaminya.
Sebagai contoh suami berkata kepada isterinya : “jika awak
pulang ke rumah ibu dan ayah awak, maka jatuhlah talaq ke
atas awak.”

3
DALIL
Surah al-Maidah (5) : 1
Surah al-Ahzab (33) : 28
Surah al-Nisa’ : 128
Hadith Rasulullah s.a.w

4
AL-MAIDAH : 1

“Wahai orang-orang yang


beriman, penuhilah serta
sempurnakanlah janji dalam
aqad-aqad itu.”

5
AN-NISA’ :128
“Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari
suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya,
maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat
perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-
baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka
daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak
suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula
jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik
(dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan
kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
akan apa yang kamu lakukan.”

6
HADITH
“Muslim itu terikat dengan janji-janji dan syarat-syarat yang
telah mereka persetujui.”

7
KITAB AL-SHARKAWI
‘ALA TAHRIR
“Barang siapa yang melafazkan ta'liq untuk penceraian
atas beberapa syarat dan syarat itu berlaku, maka
penceraian tersebut akan dilaksanakan mengikut lafaz yang
disebutkan itu.”

8
SYARAT-SYARAT CERAI
TA’LIQ
Suami
Isteri
Isteri adalah dalam keadaan dimana dia boleh
diceraikan oleh suaminya
Isteri adalah dalam keadaan boleh diceraikan oleh
suami, dalam kedua-dua keadaan iaitu ketika ta’liq
dilafazkan dan ketika syarat-syarat ta’liq berlaku.
Mestilah ada ikatan perkahwinan yang sah
Syarat-syarat ta’liq tidak berlaku ketika suami
melafazkan ta’liq
Suami itu sendiri yang melafazkan ta’liq.
Ta’liq dan perkataan talaq mestilah selari

9
KESAN-KESAN TA’LIQ
Talaq raj’ie ( talaq 1)
Talaq yang boleh di ruju’ ( ketika waktu iddah)
Walaubagaimanapun, sekiranya lafaz ta’liq jelas
memberitahu bahawa isteri boleh mengadu kepada
hakim/Qadhi dan boleh membayar sejumlah wang
sebagai pampasan/gantirugi/i’wad, maka, jatuhlah talaq
satu ke atas isteri dan suami tidak boleh meruju’
kembali.
Aqad baru adalah diperlukan sekiranya mereka
mengambil keputusan untuk kembali bersama. Ini adalah
kerana bayaran yang dibuat oleh isteri dikira sebagai
cerai melalui jalan khulu’.

10
ISU : ADAKAH TA’LIQ
BOLEH DITARIK BALIK?
Jumhur Fuqaha’ : Tidak boleh, kuasa yang diberikan kepada
isteri tidak boleh ditarik balik/diambil daripadanya (anologi
kepada Tawfid al-Talaq)

Kitab I’anah al-Talibiin – “Harus ta’liq talaq seperti


membebaskan hamba dengan syarat. Tidak harus menarik
balik padanya sebelum wujud sifat. Tidak jatuh talaq sebelum
wujud syarat.”

Kes: Marziana Marzuki v Mohd Afandi Mohd Yusoff [2009] 3


ShLR 145

11
PENCERAIAN MELALUI
TA’LIQ DI MALAYSIA
Tertakluk kepada prosedur di Malaysia.
Sejurus selepas akad nikah, suami akan melafazkan
ta’liq.
Ini adalah berdasarkan bentuk asal ta’liq di bawah
Hukum Syara’.
Alasan/sebab-sebab ta’liq ditentukan oleh undang-
undang e.g. menyebabkan kecederaan, gagal
memberi nafkah, mengabaikan tanggungjawab dan
meninggalkan isteri tanpa sebab yang munasabah.
Khusus diberikan kepada isteri untuk mengadukan
kepada mahkamah.
Penceraian boleh disahkan dan efektif selepas semua
syarat-syarat yang dilafazkan ketika ta’liq dipenuhi.

12
TUJUAN/OBJEKTIF PENCERAIAN
MELALUI TA’LIQ DI MALAYSIA
Untuk melindungi isteri daripada didera ataupun dimalukan
oleh suami.
Isteri mempunyai hak mutlak sama ada untuk mengambil
tindakan membubarkan perkahwinan tersebut ataupun tidak.
Suami tertakluk/terikat kepada janji, maka dia seharusnya
berhati-hati dalam setiap kata-katanya.

13
PERUNTUKAN UNDANG-
UNDANG
Seksyen 50 IFLA, Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 22(1)
Seksyen 26(2)

14
JENIS/BENTUK TA’LIQ
“ Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama
isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih
dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada
memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut
padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat
kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta
bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu
kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau
mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada
kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia
dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri
saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau
wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak
tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya,
nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

15
KES –KES YANG MELIBATKAN
PENCERAIAN TA’LIQ DI
MAHKAMAH SYARI’AH

Kes-kes yang melibatkan


pengabaian atau pihak suami
gagal memberikan nafkah
sedangkan dia ada.
Kes dimana pihak suami gagal
memberikan nafkah dan dia tiada.
Kes-kes mencederakan isteri

16
Salemawegam v Mohd Anuar
Khatijah v Ismail
Aisny v Haji Fakro
Hasnah v Borhan
Syam Sarah v Kasim
Hasnah v Saad
Dah v Abdullah
Norani bte Abd Rahman v Mohd Taib bin Hanafi
Mohd Razali bin Mat Seman v Norshidah binti Nik
Man
Marziana Marzuki v Mohd Afandi Mohd Yusoff
Arfah Yusof v Mohd Bakiri Abu Bakar
Abdul Rahman Ishak v Syarliza Zainal Abidin

17

You might also like