You are on page 1of 35

LITAR-LITAR

PENGGUNA

1
LITAR PENGGUNA

Definasi
Litar pengguna ialah litar yang
dimiliki oleh pengguna atau
pelanggan yang mana sebarang
kerosakkan litar / alat itu perlu
dibaiki oleh pengguna itu atas
tanggungannya sendiri.

2
Keperluan Kawalan Pengguna

Pada amnya, bahaya elektrik boleh dibahagikan kepada


tiga jenis, iaitu:

(a). Bahaya Arus Lebih - Boleh menyebabkan


kerosakkan alat, kabel dan kebakaran.

(b). Bahaya Arus Bocor ke Bumi - Boleh


menyebabkan kejutan dan kebakaran.

(c ).Bahaya
). Kejutan elektrik – Boleh
menyebabkan kejutan dan maut ( semasa
membaiki, menyelenggara atau membuat
tambahan litar).
3
Kawalan Pengguna ( sambungan )

Bagi mengatasai bahaya-bahaya tersebut,


setiap pemasangan pengguna mestilah
mengadakan kawalan yang mencukupi dan
mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan:
1. Pengasingan dan pemencilan.
2. Perlindungan kebocoran arus ke bumi.
3. Perlindungan arus lebih.

4
Kawalan Pengguna ( Sambungan )
1. Pemencilan dan penyuisan.
Pemencilan ialah pemotong litar atau pemasangan
dan kelengkapan elektrik dari bekalan elektrik.

Ia merupakan suis berangkai (suis utama) atau


pemutus litar berangkai.

Tugas utamanya ialah untuk mengasingkan litar


yang rosak atau yang hendak dibaiki dengan litar
yang elok bagi tujuan keselamatan.

Pemencil mestilah dipasang disetiap permulaan


pemasangan bagi memastikan kesemua bekalan di
pemasangan itu dapat diputuskan apabila
berlakunya bahaya.
5
Kawalan Pengguna ( Sambungan )
2. Perlindung arus bocor ke bumi.
Arus bocor ke bumi amat bahaya dan boleh
menyebabkan kejutan elektrik jika tersentuh.
Peranti yang digunakan untuk mengelakkan
bahaya ini ialah - Pemutus litar bocor ke bumi
(PLBB).
Peranti tersebut akan memutuskan bekalan
elektrik ke pemasangan secara automatik apabila
berlakunya arus bocor ke bumi.

6
Kawalan Pengguna ( Sambungan )
3. Perlindung Arus Lebih.

Arus lebih mungkin berlaku akibat Litar pintas


atau pertambahan beban berlebihan.
Arus lebih boleh menyebabkan kerosakkan alat
dan penebatan kabel ( panas ).
Peranti yang digunakan untuk melindungi arus
lebih ialah – Fius ( akan melebur apabila arus
berlebihan mengalir melaluinya ) atau Pemutus
Litar (putuskan litar secara automatik jika arus
lebih mengalir melaluinya ).

7
Jujukan Kawalan Pengguna

1 3
FIUS
PERKHIDMATAN SUIS UTAMA

LITAR
AKHIR
5

METER KWJ PEMUTUS LITAR


2 4

RAJAH : LITAR SKEMATIK JUJUKAN KAWALAN PENGGUNA


8
Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )

BEKALAN METER PLBB


MASUK KWJ

FIUS SUIS PFA / KFA


PERKHIDMATAN UTAMA (LITAR AKHIR)

RAJAH: GAMBARAJAH PENDAWAIAN JUJUKAN KAWALAN

9
Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )

1. Fius Perkhidmatan.

Fius perkhidmatan
berfungsi sebagai
perlindungan arus
lebihan dan
menghadkan arus
pengguna.
Kadaran 60A – untuk
rumah kediaman dan
80A & 100A – untuk
rumah banglo / kilang
perusahaan.
10
Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )

4 Pemutus Litar Bocor


Ke Bumi (PLBB).
Berfungsi sebagai alat
pelindungan
kebocoran arus.
Pengasing litar.

11
Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )

2. Meter Kilowatt Jam.

Berfungsi untuk
mengukur jumlah
tenaga elektrik yang
digunakan oleh
pengguna.
bagi menetapkan
kadar bayaran tarif.

12
Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )

3. Suis Utama.

Berfungsi sebagai
pengasing / penyuisan
litar.
Perlindungan arus
lebihan ( fius ).

13
Jujukan kawalan pengguna ( sambungan )

5. Kotak Fius Agihan

Sebagai pengagih litar


akhir.
Pelindungan arus
lebihan ( fius ).

14
Litar Akhir
Litar akhir ialah litar yang disambungkan di antara
kotak fius agihan (KFA) dengan satu atau lebih poin
lampu, soket alur keluar atau poin-poin lain tanpa
perantaraan mana-mana papan agihan lagi.
( Litar / sambungan terakhir bagi pemasangan
pengguna ).
Setiap litar akhir mempunyai alat-alat kawalan
tersendiri seperti fius, pemutus litar miniatur dan
pemencilan.

Contoh Litar Akhir ialah – litar akhir Lampu / kipas,


soket, pemanas air, pemasak, penyaman udara,
motor dan loceng.
15
Litar Akhir ( Sambungan )

Litar akhir boleh dibahagikan kepada beberapa


jenis berdasarkan permintaan arus setiap
kelengkapan atau poinnya:

(a). Litar akhir pada kadaran arus kurang 15A


(b). Litar akhir pada kadaran arus lebih 15 A.
(c). Litar akhir pada kadaran arus lebih 15 A
tetapi tertumpu kepada soket keluaran 13 Amp.
(d). Litar akhir Pemasak dan Pemanas Air
(e). Litar akhir Lampu Nyahcas.
(f). Litar akhir Motor.

16
Litar Akhir ( Sambungan )

Bagi memudahkan penerangan tentang


litar akhir, litar-litar tersebut di bahagikan
kepada dua kumpulan litar akhir sahaja,
iaitu:

1. Litar akhir Pada kadaran arus kurang


15A
2. Litar akhir Pada kadaran arus lebih
15A.

17
Litar Akhir ( Sambungan )

1. Litar akhir Pada kadaran arus kurang


15A.

Contoh litar akhir ini ialah:


i. Jam elektrik
ii. Loceng elektrik
iii. Pencukur elektrik
iv. Litar Lampu dan Litar Kipas
v. Soket 2A, 5A, 10A 13A (kurang drpd
15A).
18
Litar Akhir ( Sambungan )

2. Litar akhir Pada kadaran arus lebih 15A.

Contoh Litar akhir ini ialah:


i. Soket Alur Keluar 15 A
ii. Alat Penyaman Udara ( 15A / 20A )
iii. Alat Pemanas Air ( 15A / 20A )
iv. Alat Pemasak ( 20A/30A/45A )
v. Motor ( 15A/20A )

19
1. Litar Akhir - Lampu
Litar akhir lampu termasuklah litar lampu pijar,
lampu Nyahcas dan kipas siling / kipas dinding.

Litar akhir lampu Nyahcas boleh dipasang


bersama-sama dengan lampu pijar dengan syarat
permintaan arus setiap lampu itu dikira
berasingan.

Kadaran maksima litar akhir lampu biasanya 5A.

Litar akhir lampu biasanya berakhir di terminal


ros siling atau di pemegang lampu.
20
2. Litar Akhir - Soket Alur Keluar
Terdapat beberapa jenis soket alur keluar yang
biasa digunakan di dalam pendawaian, iaitu:

(a). Soket alur keluar BS 1363.


Soket Alur Keluar 13 A dan biasanya digunakan di
rumah kediaman.
(b).Soket
). alur keluar BS 196.
Soket yang berkadaran 5A, 15A & 30A dan
biasanya digunakan di industri / makmal.
(c).Soket
(c). alur keluar BS 4343.
Soket yang berkadaran 16A, 32A & 63A dan
digunakan untuk industri dalam litar jejari sahaja
(satu fasa atau tiga fasa ).
21
Soket Alur Keluar ( sambungan )
Litar akhir bagi soket alur keluar boleh
disambung dengan dua cara, iaitu:

(i). Litar Jejari ( BS 196, BS 1363 & BS


4343 )
(ii). Litar Gelang ( BS 196 & BS 1363 sahaja )

Litar ini juga boleh dipasang bersama-sama


dengan Sulur / Taji.

22
Soket Alur Keluar ( sambungan )

(i). Litar Jejari.

Litar jejari ialah sambungan soket yang disambung


secara jejari atau selari.

Bilangan soket yang dipasang bergantung kepada


kadaran arus yang dibekalkan dan jenis soket yang
digunakan.

PFA S/K S/K


23
Soket Alur Keluar ( sambungan )

(ii). Litar Gelang.

Litar dimana soket disambungkan dalam bentuk


gelang ( sambungan bermula dan berakhir pada
tempat yang sama di dalam PFA ).

S/K S/K
PFA

24
Soket Alur Keluar ( sambungan )

Sulur ( Taji ).

Sulur / taji ialah cabang kabel yang keluar dari


litar jejari atau gelang untuk sambungan
tambahan ke soket alur keluar atau peralatan
tetap.

Sulur ini boleh disambung dari;


i. Punca soket alur keluar atau
ii. Kotak sambungan atau
iii. Peti Fius Agihan.
Terdapat dua jenis sulur, iaitu:
(a). Sulur Berfius.
(b). Sulur Tidak Berfius 25
Soket Alur Keluar ( sambungan )

(a). Sulur Tidak Berfius.

Sulur tidak berfius bererti sulur yang tidak


mempunyai fius tambahan bagi melindunginya.

Jumlah sulur tidak berfius tidak boleh melebihi


daripada jumlah soket keluaran dan alat pegun
dalam litar itu.

Sulur tidak berfius hanya boleh dipasang;


i. 1 soket alur keluar atau
Ii. 1 soket kembar atau
Iii. 1 alat pegun ( kelengkapan tetap ).
26
Soket Alur Keluar ( sambungan )

(b). Sulur Berfius.

Jumlah sulur berfius yang boleh disambung tidak


dihadkan.

Sambungan sulur ini dibuat melalui kotak / peti


berfius.

Kadaran fius tidak boleh melebihi kadaran arus


kabel dan jika ada persamaan ianya tidak lebih
13A.

27
3. Litar Akhir – Alat Pemasak.

Litar ini membekalkan suis kawalan atau unit


kawalan pemasak sama ada yang dilengkapkan
dengan soket alur keluar atau tidak.

Alat pemasak mudahalih mestilah disambung


dengan menggunakan kord atau kabel mudah
lentur ke soket alur keluar, melainkan alat
pemasak yang lebih dari 4kW.

Alat pemasak yang lebih dari 4kW boleh


disambung dengan menggunakan litar akhir
sendiri.

28
Litar Akhir – Alat Pemasak ( sambungan )

IEE Berkaitan – Alat Pemasak:

1. Litar pemasak yang melebihi 15A tetapi tidak


melebihi 50A boleh membekalkan dua atau
lebih peralatan pemasak jika dipasang dalam
bilik yang sama.
2. Jika dua atau lebih pekakas memasak ( hob &
oven ) dipasang dalam bilik yang sama –
jaraknya hendaklah berada dalam 2 meter.
3. Setiap alat pemasak pegun mestilah dikawal
oleh suis yang terpisah daripada alat tersebut
dalam jarak tidak lebih 2 meter.

29
4. Litar Akhir – Alat Pemanas

Alat Pemanas yang digunakan hanya boleh


disambungkan kepada bekalan AU sahaja iaitu ke
dandang elektrod pemanas itu.

Alat pemanas yang berkuasa besar hendaklah


dikawal oleh panel kawalannya sendiri yang
dapat memutuskan bekalan secara serentak (fasa
hidup dan neutral ).

30
Litar Akhir – Pemanas ( sambungan )

IEE Berkaitan – Alat Pemanas:

1. Bekalan alat pemanas hendaklah dikawal oleh


suis berangkai yang boleh memutuskan
bekalan serentak.
2. Alat pemanas hendaklah dipasang alat
kawalan automatik pengelak kenaikan suhu.
3. Alat pemanas yang mempunyai dandang
hendaklah mempunyai sambungan bumi yang
baik.
4. Jika pemanas bersentuhan terus dengan air,
hendaklah dibuat dari logam agar pembumiannya
terjamin.
5. Bekalan hendaklah terus tanpa soket dan
mudah dikawal.
31
5. Litar Akhir – Alat Penyaman Udara

Bekalan bagi litar akhir bagi penyaman udara


yang berkadaran kuasa tidak melebihi 1.2 kW,
motor itu boleh disambung ke Litar Akhir dengan
menggunakan soket alur keluar 15A.

Bagi motor yang berkuasa antara 1.3kW – 1.9kW


litar akhirnya hendaklah dipasang terus ke litar
akhir 30A bersama-sama dengan pemencil,
pemula dan pelindung tanpa voltan yang
dipasang berhampiran.

32
Litar Akhir – Alat Pegun ( Tetap )
Peralatan yang tidak mudah di pindah-pindahkan
sesuka hati atau alat yang dipasang kukuh
seperti diskru pada lantai. ( Tetap )

Litar akhir alat pegun yang berkadar lebih


daripada 3 kW tidak boleh disambungkan terus
ke soket alur keluar, litar akhir yang berasingan
perlu diagihkan untuk beban tersebut.

Contoh alat pegun – Pemanas tangki air, unit


pendingin udara pusat, mesin pengering, pam air
dll.

33
Istilah-istilah berkaitan

1. Unit Pengguna- Papan agihan yang


mempunyai suis
pemencilan dua kutub.
2. Papan Agihan - Papan untuk sambungan
beberapa litar akhir.
3. Papan Suis - Tempat pemasangan suis-
suis utama dan suis tambahan.
4. Pembeza Layan- Susunan pelindungan arus
lebih dalam
sesebuah litar yang
mempunyai kendalian
mengikut hieraki dari segi
kadaran arus yang dilindungi
dan masa berkendali.
34
Istilah-istilah berkaitan ( sambungan )

5. Pemutus litar - Peranti yang memutuskan litar


apabila arus yang mengalir
melebihi kadarannya
6. Arus bocor - Arus yang mengalir ke bumi
apabila ke Bumi berlaku
kebocoran arus pada pengalir
7. Arus Beban Lebih- Arus yang berlebihan dalam litar
itu disebabkan oleh pertambahan
beban.
8. Peralatan Tetap - Peralatan yang tidak mudah di -
( Alat Pegun ) pindah-pindahkan sesuka hati atau

dipasang kukuh seperti diskru


pada lantai.

35

You might also like