You are on page 1of 18

PENGARUH LUAR YANG

MEMBENTUK SISTEM
KERAJAAN AWAL ASIA
TENGGARA
 Pembentukan sistem kerajaan Asia Tenggara
pada zaman tradisional telah dibentuk hasil
penyerapan pengaruh-pengaruh luar.

 Pengaruh utama ini termasuk agama Hindu,


Buddha Theravada, Islam, fahaman Neo-
Konfusianis dan Sepanyol (kristian).

 Pengaruh ini banyak terdapat dalam sistem


pentadbiran dan budaya istana.

 Setelah kedatangan pengaruh Islam upacara


istana dan amalan dari zaman Hindu-Buddha
masih ada yang kekal.
PENGARUH LUAR DAN SISTEM KERAJAAN
 Pengaruh India yang meresapi Asia Tenggara sejak abad ke-5 SM, telah
membentuk landasan sistem politik keseluruhan wilayah ini kecuali
Vietnam dan Filipina.
 Pengaruh agama utama yang datang kemudian telah membawa
pengubahsuaian, adaptasi dan asimilasi terhadap sistem sebelumnya
berdasarkan keperluan masing-masing.
 Ahli-ahli sejarah telah merujuk negara Asia Tenggara mengikut tradisi
agama yang paling menonjol;

BUDDHA THERAVADA ISLAM


Burma, Siam, Indonesia
Kampuchea, Laos
PENGARUH
AWAL/LUAR

KONFUSIANISME/CHINA KRISTIAN
Vietnam Filipina /Indonesia
PENGARUH HINDU-BUDDHA.
 Konsep asas yang menjadi teras sistem politik berbentuk
Hindu-Buddha ialah POLITI GALAKTIK , satu istilah yang
telah dicipta oleh S.J. Tambiah.
 Asas Politi Galaktik;

Pegangan kepada angka


Kepercayaan wujud
33 yang mewakili 33
keselarian antara makro-
dewa yang mendiami
kosmos dan mikro-
syurga di puncak
kosmos
Gunung Meru.

Devaraja / Devine
Mandala
Kingship
MAKRO-KOSMOS DAN MIKRO-KOSMOS
 Wujud keselarian antara kedua-duanya iaitu alam
semesta dan alam manusia.

 Kuasa ini boleh membawa kemakmuran atau


bencana kepada Raja, @ masyarakat.

 Kesejahteraan sesuatu negara boleh dicapai


dengan menyusunkannya dalam bentuk yang sesuai
dengan dunia semesta. (Heine-Geldern, 1958:1).

 Dalam doktrin Hindu (Brahmin) mahupun Buddha,


dunia ini digambarkan dalam bentuk bulatan2
sepusat dengan Gunung Meru di tengah-tengahnya.
 Dalam alam duniawi pula, kerajaan (kingdom)
dan ibu kota, sebagai makrokosmos, juga
dibentukkan sedemikian dengan istana atau
quil sebagai Gunung Merunya.

 Istana dianggap tempat yang suci. Pengesahan


kuasa raja juga datang daripada tarafnya
sebagai penghuni istana.

 Sekiranya pemberontak berjaya menduduki


istana, mereka boleh mengisytiharkan
bahawa seluruh empayar itu telah ditakluki.
PEGANGAN KEPADA ANGKA 33
 Prinsip kosmologi Hindu-Buddha yang sering
memandu susun atur negara dan amalan
pihak pemerintahan ialah pegangan kepada
angka 33 yang mewakili 33 dewa yang
mendiami syurga di puncak Gunung Meru.

 Justeru itu, kerajaan-kerajaan di Tanah


Besar Asia Tenggara terutamanya, sering
dibahagikan kepada 32 wilayah dan raja
sebagai Indra (menepati jumlah 33 dewa
tersebut).
 Antara lain, kerajaan Mon (Burma)
dibahagikan kepada tiga wilayah dan setiap
wilayah ini mengandungi 32 pekan di
samping ibukota wilayah, dan dengan itu
akur kepada angka 33.
 
 Skema ini juga dibayangkan dalam amalan
diraja seperti raja utama yang diiringi oleh
32 orang putera raja, pengambilan 33
permaisuri daripada 33 keturunan yang
berlainan, pemilikan 33 gajah puteh dan
sebagainya. (Tambiah, 1976: 108-109)
 Kosmologi India pula berasaskan gandaan
empat yang mewakili empat arah utama.

 Pematuhan kepada prinsip ini dicerminkan


dalam susun atur ibu kota dan juga dalam
hirarki pemerintahan.
 
 Contohnya, raja sering mempunyai empat
permaisuri utama dan empat permaisuri
rendah. (Heine-Gelden, 1958: 5)
 
 Empat orang menteri utama dilantik untuk
tugas-tugas khas disamping menguasai
empayar berkenaan. (Steinberg, 1985: 61-63)
DEVARAJA /DEVINE KINGSHIP
 Menurut agama Hindu, raja dianggap sebagai
penjelmaan dewa, kebanyakan percaya ia
dari dewa Siva, seperti yang dipercayai di
Jawa dan Kampuchea purba.

 Bagi negara yang menerima pengaruh Buddha


Theravada yang tidak menerima konsep
penjelmaan itu menganggap raja telah
dianugerahi wahyu berdasarkan "karma" dan
jasa kepada agama mereka dalam kehidupan
sebelumnya. (Heine-Geldern 1958: 7-9)
 Sebagai pengantara antara makrokosmos dan
mikrosmos, dan sebagai dhammaraja tugas
utama raja dianggap sebagai pemelihara dan
pemulih ketenteraman serta pencegahan
bencana sosial seperti wabak, kemarau dan
banjir.
 
 Tugas ini dilakukan dengan memenuhi
pelbagai upacara serta pengumpulan pahala
(merit) yang dipanggil hpon di Burma dan
bun di Siam.
 Antara kewajipan raja ialah berfungsi
sebagai penaung dan pengembang agama,
menjamin pengekalan adat resam.

 Raja yang mempunyai banyak pahala akan


mendatangkan keamanan dan kesuburan
kepada negaranya, manfaat seperti ini yang
dinikmati oleh rakyat jelata akan memberi
pengesahan kepada pemerintahannya.
 
 Hura-hara, bencana alam dan penyakit
dianggap sebagai tanda bahawa raja tidak
mempunyai moral yang tinggi atau keupayaan
memerintah.

  Raja juga berperanan sebagai cakkavatti atau


raja sejagat yang didakwa sebagai pemerintah
yang terulung di dunia dan justeru itu semua
manusia harus patuh kepada baginda.

 Cakkavatti perlu membuktikan kehandalannya


sebagai penakluk dunia melalui kemenangan
ketenteraan yang berterusan.
 
 Satu lagi unsur Buddha Theravada ialah kewujudan golongan
sangha yang dianggap berupaya mengawal kuasa raja
berdasarkan teladan dan ajaran mereka.
 
 Pengetahuan sangha ini dalam bidang kosmologi juga
merupakan suatu faktor yang memperkuatkan pengaruh
mereka dalam bidang politik.

 Di Siam dan Burma misalnya, setiap lelaki diwajibkan tinggal


di biara untuk mendalami pengetahuan agama, anak raja
atau golongan bangsawan tidak terkecuali.

 Kuil-kuil telah menjudi pusat pendidikan dan kegiatan sosial


di kawasan desa

 
MANDALA
 
 Wilayah di bawah penguasaan seseorang raja merupakan sebuah
mandala.

 Mandala ini biasanya mengandungi tiga bulatan sepusat yang mewakili


wilayah-wilayah yang menerima darjah penguasaan yang berlainan.
 
 Di tengah-tengah mandala ialah ibu kota dan kawasan di bawah
penguasaan langsung raja.

 Di sekelilingnya ialah wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-


putera dan gabenor-gabenor yang dilantik oleh raja.

 Di sekeliling wilayah-wilayah ini pula ialah jajahan-jajahan takluk yang


terikat kepada kuasa pusat melalui hubungan ufti.

 Penguasaan raja terhadap wilayah-wilayah ini bergantung kepada


jarak antara wilayah itu dengan ibu kota.
 Susunan mandat ini kelihatan dalam kerajaan Ayuthya seperti
digambarkan oleh Abu Talib seperti di bawah:

 
 "Di pusat bulatan-bulatan ini terdapat ibu kota dan di
tengahnya istana raja. Kawasan ibu kota ini dikelilingi oleh
wilayah diraja yang dikuasai secara terus oleh raja dari
istananya. Di bulatan yang kedua pula yakni di empat sudut
utama (timur, barat, selatan dan utara) terdapat muang atau
provinsi yang diperintah oleli anak-anak raja ataupun
keturunan mereka. Wilayah yang diperintah oleh anak-anak
raja boleh disifatkan sebagai negeri-negeri yang hampir bebas
tetapi dianggap juga sebagai mempunyai taraf anak-anak
kepada provinsi ibu kota. Wilayah ini merupakan pemberian
daripada raja yang memerintah dan berikutnya ditadbirkan
dengan cara yang sama seperti yang dilakukan di wilayah
diraja (ibu kota). Di samping itu anak-anak raja juga perlu
memberikan kerjasama kepada ayah mereka dari segi
pertahanan bersama dan penaklukan.
 Di luar daripada kedua-dua bulatan ini terdapat pula
bulatan ketiga yang mengandungi negeri-negeri yang
bebas tetapi apabila negeri-negeri ini ditakluk,
negeri-negeri itu dikehendaki membayar ufti.

 Ringkasnya, di bulatan ketiga ini tidak terdapat


penguasaan politik dari pusat secara terus tetapi
sebaliknya hubungan di mana wilayah mengakui
ketuanan pusat.

 Sehubungan dengan konsep mandala ini didapati


bahawa kerajaan-kerajaan ini tidak menpunyai
birokrasi yang kukuh, terutamanya untuk
menguruskan hal-hal wilayah.
  Ciri politik zaman ini

• Perikatan yang pasang surut


• Penguasaan wilayah yang berubah
• Perebutan takhta
• Kerap berlaku pemberontakan

 Tidak mempunyai sempadan yang tetap /jelas.

 Walaupun adanya ideologi yang menegaskan raja berkuasa


mutlak, tetapi hakikatnya kewujudan pusat kekuasaan
menyebabkan mereka saling bersaing.

 Thank you

You might also like