You are on page 1of 7

Pendekatan Hak

Moral
Adibah Sew
Eunice Chan
How Hui Ting
Lee Chui Ling
Wong Qiao Wei
Pendekatan Hak Moral
● Pendekatan ini mencadangkan bahawa setiap keputusan
yang dibuat oleh pengurus harus mengambil kira
kebebasan yang dimiliki oleh seseorang individu atau
hak-hak asasi individu.

● Untuk membuat keputusan yang beretika, pengurus


harus mengekalkan dan melindungi hak-hak setiap
individu supaya hak itu tidak terjejas akibat daripada
keputusan yang diambil.

● Contohnya, seseorang majikan perlu menghormati hak


pekerja walaupun in bertentangan dengan keperluan
majikan untuk melihat pekerja-pekerja lebih cemerlang
dan lebih proaktif.
Terdapat enam hak moral individu utama yang perlu
dipertimbangkan oleh pengurus semasa membuat
keputusan iaitu:
1. Hak peribadi atau privasi
2. Hak untuk hidup dan
keselamatan
3. Hak untuk dibicarakan atau
menuntut keadilan
4. Hak untuk kebebasan bersuara
5. Hak untuk memberi persetujuan
6. Hak untuk kebebasan suara hati
atau menurut pertimbangan
sendiri
• Oleh itu, pengurus harus
membandingkan dan membezakan
kesan daripada setiap alternatif
terhadap hak moral pihak
berkepentingan yang terlibat.

• Seterusnya mereka akan memilih


alternatif yang paling melindungi hak
moral pihak berkepentingan tersebut.

• Contoh lain, keputusan untuk


menjaga kesihatan dan keselamatan
pengguna akibat daripada
penggunaan sesuatu produk
merupakan keputusan yang beretika.
Pendekatan Keadilan
-Merujuk kepada pembuatan keputusan yang berdasarkan kesamarataan dan keadilan kepada setiap
individu dalam pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi dan perundangan.
-Keputusan dan gelagat beretika dinilai dari segi keadilan semasa mengagihkan kos dan faedah
dikalangan individu dan kumpulan.
-Contohnya, pekerja lelaki dan wanita tidak harus menerima gaji yang berlainan jika mereka
melakukankerja yang sama.
-Jenis-jenis keadilan perlu dipertimbangkan oleh pengurus semasa membuat keputusan iaitu

1) Keadilan prosedur
-Merujuk kepada polisi dan peraturan pengurusan yang adil dan saksama, dinyatakan dengan jelas dan
dikuatkuasakan secara konsisten.
2) Keadilan pengagihan
Memberikan layanan yang sama kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan dari segi
Jantina, umur, agama, bangsa dan tempat lahir.

3) Keadilan Interaksi
Menghormati dun mementingkan harga diri setiap manusia.

4) Keadilan pertukaran
Mengutamakan pertukaran atau transaksi yang adil. Sesuatu transaksi dikatakan adil sekiranya
semua pihak bebas untuk terlibat, mudah untuk mendapatkan maklumat yang relevan dan
dapat memperoleh manfaat tertentu daripada transaksi tersebut.

5)Keadilan pampasan
-Setiap individu harus diberi pampasan sekiranya mendapat kecederaan oleh pihak yang
bertanggungjawab.
-Individu tidak harus dipertanggungjawabkan untuk perkara perkara di luar bidang kuasa
mereka.
Terima Kasih

You might also like