You are on page 1of 13

PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 3 STPM 2023

PERNIAGAAN ANTARABANGASA
DISEDIAKAN OLEH CIKGU KARTHIK
GURU PP ANDA
KPU KTEDM

SUKATAN PELAJARAN
Etika perniagaan
(a) mentakrifkan etika perniagaan dan etika kerja
(b) menjelaskan maksud ‘dilema etika’ dan menghuraikan pendekatan tindakan beretika yang merangkumi
utilitarian, individualisme, hak moral, dan keadilan
(c) menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus dan
organisasi
(d) mentakrifkan maksud jenayah kolar putih (jenayah perdagangan)
(e) menjelaskan jenis-jenis jenayah kolar putih seperti rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik
kepentingan, dan penyalahgunaan kuasa (Contoh: Akta Pencegahan Rasuah 1997)
(f) menjelaskan hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih.

Tanggungjawab sosial
(a) mentakrifkan maksud tanggungjawab social
(b) menjelaskan pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial termasuk
(i) primer (pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong)
(ii) sekunder (kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak)
(c) menjelaskan tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan tersebut
(d) membincangkan kebaikan dan kelemahan terhadap organisasi yang menjalankan tanggungjawab social
(e) menjelaskan maksud warga korporat
(f) menyatakan peranan warga korporat
(i) gelagat beretika dalam perniagaan
(ii) komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja, pelabur, dan
pembekal
(iii) komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang.

Kepenggunaan
(a) menjelaskan hak-hak pengguna
(b) menjelaskan peranan agensi berkaitan iaitu:
(i) Persatuan pengguna termasuklah FOMCA, Persatuan Pengguna Muslim (PPM), dan lain-lain
(ii) Kementerian/Agensi yang berkenaan
(iii) Better Business Bureau
(iv) Tribunal pengguna

Bahagian 1: Etika perniagaan

(a) mentakrifkan etika perniagaan dan etika kerja


Etika perniagaan Etika kerja
Maksud Maksud
Menerangkan perlakuan / tindakan betul atau salah  Tindakan etika pegawai-pegawai organisasi yang
seorang peniaga semasa menjalankan aktiviti berkaitan dengan budaya organisasi itu sendiri yang
perniagaan telah diterapkan oleh pihak pengurusan atasan.
Contoh  Peraturan kerja/ tingkah laku dalam bidang
Jual produk dengan harga berpatutan, memberikan pekerjaannya atau profession
maklumat yang betul kepada pelanggan Contoh
Menepati masa ,Kejujuran , Kerahsiaan ,Kesabaran ,
Kesopanan
(b) menjelaskan maksud ‘dilema etika’ dan menghuraikan pendekatan tindakan beretika yang merangkumi
utilitarian, individualisme, hak moral, dan keadilan
Maksud dilema etika
 Keadaan yang memaksa seseorang untuk mengenalpasti tindakan mana yang betul atau salah apabila
bercanggah dengan nilai-nilai moral
 Dua atau lebih pilihan tindakan yang bertentangan dengan nilai-nilai moral
Jenis pendekatan tindakan beretika
Utilitarian  Model ini menilai kesan gelagat dan keputusan Contoh: Pembinaan sebuah empangan
seseorang individu terhadap pihak lain. menyebabkan pemindahan 50 rumah
 Tindakan yang dipilih mesti memberi kebaikan atau orang asli tetapi dapat menyelesaikan
faedah kepada majoriti individu dalam masyarakat . masalah bekalan air untuk 1 juta penduduk
dianggap sebagai tindakan beretika
Individuali  Keputusan yang memberi kebaikan jangka panjang Contoh: Jika seseorang pengeluar
sme kepada seseorang individu itu dianggap tindakan makanan menggunakan bahan mentah
yang betul. yang murah untuk untuk kepentingan diri
 Kepentingan individu perlu diutamakan dan menjadi dalam jangka pendek boleh
kayu pengukur dalam membuat sesuatu keputusan mempengaruhi rakan-rakan pengeluar lain
juga akan membuat penipuan yang sama
yang merugikan semua orang dalam
jangka panjang
Hak moral  Menyatakan bahawa setiap individu mempunyai Contoh: Seseorang majikan perlu
hak-hak asasi dan kebebasan yang tidak boleh menghormati hak moral pekerja walaupun
dicabuli oleh keputusan yang dibuat seseorang ini bertentangan dengan keperluan
individu. majikan untuk inginkan pekerjanya lebih
 Keputusan beretika adalah langkah yang terbaik proaktif dan cemerlang
diambil untuk mengekalkan hak-hak setiap individu
yang terlibat.
 Hak asasi individu spt hak bersuara, hak privasi,
hak persetujuan dan hak untuk hidup
keadilan  Keputusan moral yang hendak dibuat berdasarkan Contoh: seorang pekerja lelaki atau
piawaian ekuiti, keadilan dan kesaksamaan. wanita yang melakukan kerja yang sama
 Keputusan dan gelagat beretika dinilai dari segi tidak sepatutnya menerima gaji yang
keadilan semasa mengagihkan kos dan faedah di berlainan
kalangan individu dan kumpulan.
 Tiga jenis keadilan: pampasan,prosedur,
pengagihan

(c) menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus dan
organisasi

faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus


1. Rangka kerja  Nilai yang dipegang oleh pengurus Contohnya seorang pengurus kilang
moral yang mempengaruhi keputusannya apabila pakaian yang mementingkan kesaksamaan,
wujud dalam menghadapi sesuatu situasi memilih pendekatan keadilan dalam
diri seseorang menentukan ganjaran pekerja
pengurus
2. Kekuatan  Seorang pengurus percaya kepada Contohnya jika pengurus percaya, layanan
pegangan balasan yang mungkin diterima di akhirat saksama kepada semua pekerja akan
agama akibat tindakan yang dilakukan. membawa balasan baik, dia akan
pengurus menggunakan pendekatan keadilan.
3. Ekonomi  Faktor ekonomi menentukan sama ada Contohnya, sebuah syarikat perabot yang
pengurus membuat keputusan untuk mencatat jumlah keuntungan yang tinggi
menyediakan barang yang sesuai dan mengeluarkan perabot berkualiti
berkualiti kpd pengguna serta
menyediakan tugas serta kemudahan
yang sesuai kpd pekerja.
4. Peraturan dan  Memastikan pengurusan perniagaan Contohnya: Pengurus memastikan penyata
undang- mematuhi peraturan dan undang-undang kewangan syarikat disediakan dengan
undang sedia ada menggunakan maklumat yang betul untuk
 Memastikan keperluan pihak mengelak tindakan undang-undang
berkepentingan seperti pekerja dipenuhi
ikut keperluan undang-undang

faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh organisasi


1. Matlamat  matlamat yang ditetapkan oleh organisasi Contohnya, jika matlamat syarikat
organisasi menentukan hala tuju pekerja dan menjadi automobil ialah menyediakan kereta
panduan untuk pekerja menetapkan strategi berkualiti, pengurus pengeluaran perlu
untuk mencapai matlamat tersebut . memastikan operasi pengeluaran
 Ini bermaksud setiap keputusan yang diambil menggunakan komponen kereta yang
oleh pekerja tidak boleh bercanggah dengan berkualiti
matlamat organisasi
2. Budaya  Budaya kerja organisasi yang beretika tinggi Contohnya, sebuah restoren
kerja menggambarkan bahawa organisasi tersebut memastikan pekerjanya melaksanakan
sentiasa menekankan nilai etika dan akan tugas mereka dengan beretika akan
dipandang tinggi oleh masyarakat serta memberi kesan positif kepada pulangan
menerima pulangan yang positif dalam jangka restoren dalam jangka panjang
masa panjang
3. Peraturan  Setiap organisasi perniagaan secara amnya Contohnya, sebuah syarikat
dan menyedari dan mengetahui bahawa mereka perlu memastikan bahan buangan kilang
undang- mematuhi peraturan dan undang-undang yang diuruskan dengan baik untuk
undang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan mengelakkan tindakan undang-undang
sebarang tindakan pihak berkuasa
4. Keuntungan  organisasi yang mendapat keuntungan yang Contohnya, sebuah syarikat yang
organisasi tinggi cenderung untuk melaksanakan aktiviti mendapat untung tinggi, menyediakan
yang berkait dengan tindakan beretika pelbagai faedah tambahan kepada
pekerjanya

Latihan
1. Jelaskan maksud
a. Etika perniagaan [2]
b. Etika pekerjaan [2]
2. Berikan maksud dilema etika dan nyatakan tiga pendekatan tindakan beretika [4]
3. Nyatakan empat pendekatan tindakan beretika [4]
4. Jelaskan dua pendekatan tindakan beretika oleh seorang pengurus [6]
5. Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh seseorang pengurus
[6]
6. Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh sesebuah
organisasi[6]
7. Jelaskan bagaimana factor berikut mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh seseorang
pengurus
a. kekuatan pegangan agama [2]
b. ekonomi [2]
8. Jelaskan bagaimana factor berikut mempengaruhi pilihan
pendekatan tindakan beretika oleh seseorang pengurus
a. undang-undang [2]
b. keuntungan organisasi [2]

(d) mentakrifkan maksud jenayah kolar putih (jenayah perdagangan)


Perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pengurusan pertengahan atau atasan yang bersangkutan
dengan bidang tugas atau yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam organisasi

(e) menjelaskan jenis-jenis jenayah kolar putih seperti rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik
kepentingan, dan penyalahgunaan kuasa (Contoh: Akta Pencegahan Rasuah 1997) dan menjelaskan
hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih.

Rasuah  Dengan niat salah menerima Contoh: meminta dan Hukuman: Penjara
daripada seseorang atau memberi menerima rasuah, untuk tempoh tidak
kepada seseorang apa-apa suapan memberi suapan, kurang 14 hari dan
sebagai dorongan atau upah untuk mengemukakan tuntutan tidak lebih 20 tahun
melakukan sesuatu/tidak melakukan palsu dan salah guna dan didenda tidak
sesuatu perbuatan yang berkaitan kuasa kurang daripada lima
dengan urusan rasmi atau urusan kali ganda nilai suapan
prinsipal berkenaan atau RM10,000 atau
mana-mana yang tinggi
Penyelewengan  Tindakan seseorang atau sesuatu Contoh: penyalahgunaan Hukuman: Hukuman
pihak menyalahgunakan harta atau asset, pemalsuan atau penjara tidak kurang
wang dengan curang atau penipuan penyata, daripada lima tahun
menggunakan harta atau wang mendedahkan rahsia dan tidak lebih enam
orang lain atau pihak lain yang telah syarikat , Penggelapan tahun, sebatan dan
diamanahkan hak penjagaan wang syarikat denda
kepadanya demi kepentingan diri
sendiri
 Seseorang harus mempunyai kuasa
yang sah ke atas harta/wang yang
diamanahkan kepadanya dalam
tempoh orang itu melakukan
penyelewengan
Pecah amanah  Seseorang yang diberi kuasa untuk Contoh: menggelapkan Hukuman: Hukuman
menjalankan tanggungjawab telah wang pelaburan, ubah penjara tidak kurang
meletakkan kepentingan peribadi wasiat, guna maklumat daripada satu tahun
atau kepentingan lain melebihi beli saham, meniru dan tidak lebih sepuluh
kepentingan amanah yang diberikan. tandatangan tahun, serta sebatan
 Penyalahgunaan harta atau wang
syarikat untuk diri sendiri
Penyalahgunaan  Berlaku apabila seseorang contoh:lulus tender utk  Hukuman: Gagal
kuasa mengambil tindakan atau membuat tender untuk syarikat menzahirkan
keputusan melanggar peraturan, sendiri, guna harta utk kepentingan dalam
prosedur dan undang-undang yang kepentingan sendiri, beri kontrak, harta jawatan
ditetapkan untuk kepentingan diri kerja utk saudara, salah dll : hukuman penjara
sendiri guna maklumat yg ada, tujuh tahun atau denda
 Mempunyai kuasa yang luas atau RM150 000
mengetahui maklumat dalaman
sesebuah syarikat dan
disalahgunakan
Konflik  Berlaku apabila seseorang yang contoh: utamakan Hukuman: Hukuman
kepentingan mempunyai kuasa dan autoriti kepentingan peribadi, pembatalan kontrak
tertentu dalam organisasi dan bercanggah dgn sekiranya wujud
tindakannya menunjukkan tanda- kepentingan organisasi, kontrak yang mengikat
tanda percanggahan antara guna maklumat sykt utk kedua belah pihak
kepentingan peribadi dengan kepentingan peribadi
kepentingan tugasnya terhadap
organisasi perniagaan tersebut
 Mengambil atau menyimpan
sebarang untung rahsia iaitu
ganjaran yang diterima bagi pihak
syarikat

Latihan
1. Nyatakan lima jenis jenayah kolar putih [5]
2. Huraikan dua jenis jenayah kolar putih. [4]
3. Jelaskan jenis jenayah kolar putih yang berikut:
a. Rasuah [2]
b. Konflik kepentingan [2]
4. Jelaskan dua jenis jenayah kolar putih yang mungkin dilakukan oleh seorang pengurus belian syarikat
pengeluaran perabot. [6]
5. Jelaskan lima jenis jenayah kolar putih [20]

Bahagian 2: Tanggungjawab sosial

(a) mentakrifkan maksud tanggungjawab sosial


maksud tanggungjawab sosial
kewajipan pihak pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan demi menjaga
kebajikan dan kepentingan masyarakat serta organisasi.

(b) menjelaskan pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial termasuk


(iii) primer (pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong)
(iv) sekunder (kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak)
(c) menjelaskan tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan tersebut

(1) Pihak berkepentingan primer


 Maksud: kepentingan secara langsung, amat mempengaruhi perniagaan
 Terdiri daripada pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong (7P)

a. Pekerja
 Maksud:
pihak yang menyumbang kepakaran fizikal dan mental kepada perniagaan
 Tanggungjawab perniagaan kepada pekerja ialah
(i) dasar upah dan gaji mengikut daya pengeluaran dan kecekapan
(ii) mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil
(iii) Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat
(iv) Memberi jaminan kerja dan ganti rugi mencukupi apabila pekerja berhenti
 Contoh:
Sebuah syarikat perabot memastikan pembayaran ganjaran kepada pekerja berdasarkan pengalaman dan
kemahiran yang dimiliki
b. Pemegang saham
 Maksud:
Menyumbang wang pelaburan kepada perniagaan
 Tanggungjawab perniagaan kepada pemegang saham ialah
(i) Menentukan kadar pulangan yang mencukupi dan memastikan pelaburan terjamin.
(ii) Menggunakan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab dan cekap.
(iii) Memberi maklumat yang perlu dengan syarat tidak menjejaskan keselamatan dan kecekapan perniagaan.
(iv) Memastikan objektif tercapai selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam etika.
 Contoh:
Sebuah syarikat perabot menyediakan maklumat terperinci tentang kedudukan kewangan syarikat dalam laporan
tahunan di laman web

c. Pembiaya
 Maksud:
Pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan
 Tanggungjawab perniagaan kepada pembiaya ialah
(i) Membayar balik pinjaman tepat pada masa dan jumlah seperti dalam perjanjian.
(ii) Memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur.
(iii) Menggunakan sumber kewangan dengan sewajarnya untuk menghasilkan keuntungan
 Contoh:
Syarikat perabot menyediakan maklumat kewangan yang tepat dan terkini kepada pihak bank apabila memohon
pembiayan modal sebanyak RM500 000.
d. Pembekal
 Maksud:
Pihak yang membekalkan bahan mentah kepada perniagaan
 Tanggungjawab perniagaan kepada pembekal ialah
(i) Memastikan supaya semua kontrak dinyatakan dengan jelas dan tidak meragukan.
(ii) Memastikan bahawa penyalahgunaan kuasa ekonomi dalam hubungan urusniaga dengan pembekal kecil
dielakkan
(iii) pembayaran dibuat dengan segera seperti dijanjikan.
(iv) Memastikan supaya pembekal tidak menggunakan sumbernya untuk menerima pesanan jangka panjang
kecuali ada jaminan yang munasabah bahawa pesanan tidak dibatalkan sewenang-wenangnya
 Contoh
Syarikat perabot memastikan bayaran untuk bekalan bahan mentah dibuat tepat pada masa ikut perjanjian
e. Pelanggan
 Maksud:
Pihak yang membeli produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan
 Tanggungjawab perniagaan kepada pelanggan ialah
(i) Menjaga mutu barang-barang dan perkhidmatan supaya terjamin penggunaannya yang cekap
(ii) Tidak menghasilkan atau menjual barang-barang palsu atau bermutu lebih rendah atau barang seludup atau
barang yang membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna.
(iii) Memastikan ejen atau wakil yang dilantik tidak mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga yang
disyorkan.
(iv) Menentukan dan memelihara ketepatan timbangan dan sukatan bagi barang-barang yang dijual.
 Contoh:
Sebuah syarikat makanan segera memastikan penggunaan bahan berkualiti dan mengutamakan kebersihan
semasa memproses produk makanan
f. Peruncit
 Maksud:
Pihak yang membeli daripada pengeluar atau pemborong dan jual secara kecil-kecilan kepada pengguna
 Tanggungjawab perniagaan kepada peruncit ialah
(i) Membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti dan kualiti yang ditetapkan
(ii) Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat
(iii) Mendapatkan maklum balas dari peruncit
(iv) Memberi ganjaran kepada peruncit untuk meningkatkan motivasi
 Contoh
Syarikat makanan segera memastikan bekalan produk yang dipesan oleh peruncit disediakan tepat pada masa
mengikut kuantiti yang diperlukan.
g. Pemborong
 Maksud:
Pihak yang beli secara pukal daripada pengeluar dan jual kepada peruncit
 Tanggungjawab perniagaan kepada pemborong ialah
(i) Membekalkan barang yang diperlukan oleh pemborong
(ii) Mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai
(iii) Memberikan maklumat yang lengkap dan cukup
 Contoh
Syarikat makanan segera memastikan perjanjian bekalan dengan pemborong adalah adil dan menyediakan
semua maklumat yang diperlukan oleh pembekal

(2) Pihak berkepentingan sekunder


 Maksud: mempengaruhi perniagaan secara tidak langsung
 Terdiri daripada media, masyarakat, kumpulan pendesak dan kerajaan (2M2K)

a. Masyarakat
 Maksud:
Komuniti yang tinggal di kawasan perniagaan beroperasi
 Tanggungjawab perniagaan kepada masyarakat ialah
(i) Memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti biasiswa, pinjaman kepada pelajar tempatan.
(ii) Mengenalpasti keperluan masyarakat dan dapat membekalnya mengikut permintaan
(iii) Membiayai projek-projek sosial seperti taman permainan, pondok bas dan tempat rekreasi.
(iv) Memastikan aktiviti perniagaan tidak memudaratkan alam sekitar
 Contoh
Sebuah bank komersil menyediakan biasiswa bernilai RM10 juta untuk pelajar cemerlang lepasan STPM untuk
melanjutkan pelajar ke universiti awam
b. Kerajaan
 Maksud:
Pihak yang mentadbir negara serta menguatkuasakan undang-undang
 Tanggungjawab perniagaan kepada kerajaan ialah
(i) Mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai undang-undang yang dicadangkan
(ii) Memberikan sumbangan yang positif ke arah penggunaan sumber tenaga manusia dan bahan-bahan mentah
negara yang lebih baik.
(iii) Menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan
 Contoh:
Sebuah pasar raya menghentikan pemberian beg plastik percuma selaras dengan kempen kerajaan
mengurangkan penggunaan plastik
c. Media
 Maksud:
Pihak yang mendapatkan maklumat dan menyebarkan maklumat kepada orang awam
 Tanggungjawab perniagaan ialah
(i) Membekalkan maklumat yang benar kepada media untuk disebarkan 2M
(ii) Menggunakan media dengan jujur dan bukan untuk kepentingan peribadi
(iii) Memberikan kerjasama dan hubungan yang baik dan dengan pihak media
(iv) Sentiasa membekalkan maklumat yang dikehendaki media tepat pada masanya
 Contoh
Sebuah syarikat makanan segera menganjurkan lawatan kilang untuk sekumpulan pemberita untuk memberi
gambaran sebenar tentang proses penyediaan makanan dikilang tersebut
d. Kumpulan pendesak
 Maksud: NGO
Organisasi tidak bermotifkan keuntungan yang memperjuangkan hak atau kepentingan kumpulan tertentu atau
masyarakat umum
 Tanggungjawab perniagaan ialah
(i) Memberikan maklumat yang benar kepada kumpulan pendesak tentang satu-satu isu yang tepat.
(ii) Memberikan kerjasama yang diperlukan oleh kumpulan pendesak
(iii) Menyediakan ruang dan kemudahan kepada kumpulan pendesak untuk menyuarakan pendapat tentang produk
atau perkhidmatan syarikat
 Contoh:
Sebuah syarikat pembinaan membekalkan maklumat yang tepat dan benar tentang isu tanah runtuh yang
dikatakan berpunca daripada projek pembinaan syarikat tersebut

(d) membincangkan kebaikan dan kelemahan terhadap organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial

Kebaikan terhadap organisasi yang menjalankan kelemahan terhadap organisasi yang menjalankan
4 4
tanggungjawab sosial tanggungjawab sosial
(i) Meningkatkan imej atau jenama organisasi (i) Organisasi merasakan kurang
 sebuah syarikat mempunyai imej atau jenama yang bertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap
baik dari perlaksanaan tanggungjawab sosial dan masyarakat awam
 Ini kerana tiada saluran dan masa untuk berbuat
akan dipandang tinggi berbanding pesaing.
demikian
 Firma akan dilabelkan sebagai organisasi baik dan  keputusan dilaksanakan dalam syarikat datangnya
bersih. daripada para pengurus, bukan oleh syarikat.
 Ini sangat diperlukan untuk meningkatkan jualan  Oleh itu kesilapan akan ditanggung oleh individu
dan sokongan orang ramai bukan firma.

(ii) Menikmati keuntungan jangka masa panjang (ii) Tanggungjawab sosial melibatkan kos yang
tinggi
 Ini disebabkan oleh sokongan masyarakat ke atas
 organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial
organisasi terbabit atas imej baik yang ditunjukkan. akan menyerapkan kos tersebut kepada pengguna
 Jadi tidak menjadi masalah syarikat menanggung dengan meletakkan harga yang tinggi
kos untuk menjalankan tanggungjawab social  Ini akan mengurangkan permintaan dan
menjejaskan keuntungan syarikat.
(iii) Memberi keyakinan kepada pelabur dalam
negeri dan pelabur asing (iii) Pelanggaran matlamat mencapai keuntungan
maksimum
 Syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial
 Tanggungjawab sosial bukan antara matlamat
dianggap sebagai syarikat bertanggungjawab, syarikat dan tidak termasuk dalam agenda aktiviti
beretika dan telus dalam operasinya. yang diutamakan
 Pelaksanaan tanggungjawab sosial akan
(iv) Syarikat berupaya membetulkan masalah sosial melemahkan matlamat utama perniagaan.
dan persekitaran disebabkan operasinya
(iv) Setiap organisasi mempunyai kepakaran dalam
 Syarikat berusaha mewujudkan persekitaran yang
bidang perniagaan atau ekonomi sahaja
lebih baik agar masyarakat hidup dalam
 Organisasi kurang kepakaran menangani isu-isu
persekitaran yang bersih dan selamat. sosial dan boleh meningkatkan kos organisasi.
(v) Pelaksanaan tanggungjawab sosial dengan baik (v) Faedah daripada tanggungjawab sosial
akan menyebabkan harga saham perniagaannya dinikmati oleh masyarakat luar
meningkat dalam jangkamasa panjang  Tidak memberi faedah kepada perniagaan
 organisasi dilihat sebagai kurang berisiko dan
(vi) Syarikat telah pun membayar cukai korporat
menghasilkan pulangan yang tinggi kepada kepada kerajaan
pemegang-pemegang saham  kerajaan yang sepatutnya menggunakan cukai
 syarikat kurang terdedah kepada kritikan awam dan tersebut untuk menyediakan kemudahan untuk
kurang risiko imej terjejas. masyarakat.

Latihan
1. Berikan maksud tanggungjawab sosial dan nyatakan empat pihak berkepentingan primer sesebuah
perniagaan [5]
2. Senaraikan empat pihak berkepentingan sekunder [4]
3. Huraikan tiga pihak berkepentingan primer [6]
4. Jelaskan dua pihak berkepentingan sekunder untuk sebuah syarikat makanan dingin beku [6]
5. Jelaskan lima pihak berkepentingan primer untuk sebuah perniagaan pengeluaran makanan segera [20]
6. Nyatakan empat kelebihan sesebuah organisasi menjalankan tanggungjawab sosial [4]
7. Nyatakan empat kelemahan sesebuah organisasi menjalankan tanggungjawab sosial [4]
8. Huraikan tiga kelebihan sesebuah organisasi menjalankan tanggungjawab sosial [6]
9. Huraikan tiga kelemahan sesebuah organisasi menjalankan tanggungjawab sosial [6]

(e) menjelaskan maksud warga korporat


(f) menyatakan peranan warga korporat Fakta Khusus
(i) gelagat beretika dalam perniagaan
(ii) komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja, pelabur, dan
pembekal
(iii) komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang.
warga korporat
 Maksud:
Satu pengiktirafan bahawa organisasi perniagaan mempunyai tanggungjawab sosial , budaya dan persekitaran
kepada masyarakat
 Terdiri dpd: pemegang saham (pelabur yang menyumbangkan modal) , lembaga Pengarah (mereka yang dilantik
oleh pemegang saham & menentukan dasar dan halatuju syarikat), pihak pengurusan (golongan profesional
menjalankan fungsi pengurusan untuk mencapai matlamat perniagaan)
1. Peranan warga korporat
a. Gelagat beretika dalam perniagaan
 Melibatkan diri dalam perhubungan dengan pihak pelbagai kepentingan secara adil dan jujur
 Menetapkan piawaian gelagat yang tinggi antara semua pekerja
 Melaksanakan pemantauan etika terhadap eksekutif atasan dan para pengarah
 menghapuskan penyelewengan
 menghormati hak pengguna
 Menyediakan maklumat tepat
 Bersikap jujur dan bertanggungjawab
 Tidak memburukkan pesaing
b. Komited terhadap terhadap pihak berkepentingan
(i) Masyarakat
 Mengukuhkan hubungan dua hala antara firma dengan masyarakat
 Melabur untuk kepentingan masyarakat di mana firma beroperasi
 Menggunakan sumber untuk memberikan faedah optimum kepada masyarakat tanpa wujud percanggahan seperti
pembaziran sumber dan pencemaran.
(ii) Pelanggan
 Menawarkan keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti
 Menyediakan maklumat yang berguna dan benar
 Menghormati pelanggan sebagai pengguna yang sentiasa berhak menuntut haknya
(iii) Pekerja
 Menyediakan persekitaran kerja yang mesra keluarga
 Melaksanakan pengurusan sumber manusia yang bertanggungjawab
 Menyediakan ganjaran dan sistem upah yang adil
 Menyediakan suasana komunikasi yang terbuka dan fleksibel
 Melabur untuk pembangunan kerjaya para pekerja
(iv) Pelabur
- Berusaha untuk mendapatkan pulangan ke atas pelaburan yang berdaya saing
- Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan penuh tanggungjawab
- Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat
(v) Pembekal
- Melaksanakan amalan perniagaan yang adil dimana sentiasa mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui
- Memastikan pembekal akan membekalkan keperluan tepat pada masanya.
- Memastikan bayaran yang dibuat kepada pembekal menepati masa
c. Komited terhadap persekitaran dalam jangka panjang
- Menjamin kelestarian persekitaran dalam jangka panjang iaitu sentiasa kekal lama dan tidak pupus
- Memastikan persekitaran bebas dari sebarang masalah pencemaran seperti mengurangkan kesan rumah hijau
- Menggunakan bahan mentah atau bahan semulajadi secara optimum bagi mengelakkan pembaziran
Mengelakkan masalah terhadap persekitaran seperti banjir dan tanah runtuh
Latihan
1. Berikan maksud warga korporat dan nyatakan tiga peranan warga korporat [5]
2. Huraikan tiga pihak yang dianggap warga korporat [6]
3. Huraikan tiga tindakan syarikat yang menunjukkan komited terhadap persekitaran jangka masa
panjang[6]
4. Huraikan komitmen warga korporat terhadap pihak berkepentingan yang berikut:
a. Pekerja [2]
b. Masyarakat [2]
c. Pembekal [2]
5. Huraikan komitmen warga korporat terhadap pelabur dan pelanggan [6]
Bahagian 3: Kepenggunaan
(a) menjelaskan hak-hak pengguna

Hak pengguna huraian contoh


a. Hak untuk  Pengguna berhak mendapatkan keperluan asas bagi Contohnya, penduduk di sebuah
mendapat meneruskan kehidupan yang memuaskan kampung berhak untuk
keperluan  Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi mendapatkan keperluan asas
asas pakaian, tempat tinggal, kemudahan kesihatan dan seperti baju, tempat tinggal,
pendidikan makanan dan pendidikan di sekolah
b. Hak untuk  Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, Contohnya, barang yang dibeli
mendapat proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh seperti alat solekan tidak
keselamatan membahayakan kesihatan atau kehidupan memberikan kesan yang negatif
 Hal ini bagi memastikan pengguna tidak mendapat kesan kepada pengguna
yang negatif selepas menggunakan barangan tersebut
c. Hak untuk  Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang Contohnya, apabila pengguna ingin
mendapat diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan membeli barangan seperti produk
maklumat yang tepat kecantikan, mereka berhak untuk
 Pengguna dilindungi daripada pengiklanan serta mengetahui kesan sampingan
pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan daripada menggunakan produk
tersebut
d. Hak untuk  Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai jenis Contoh: seorang pengguna berhak
membuat barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga untuk memilih dapur elektrik yang
pilihan yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan diingininya berdasarkan harga dan
 Pilihan dibuat oleh pengguna adalah kerana fungsi dapur elektrik tersebut tanpa
pertimbangan yang telah dilakukan oleh pengguna paksaan penjual
sebelum membuat sebarang pembelian
e. Hak untuk  Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan Contohnya, apabila ada pelanggan
menyuarakan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang yang tidak berpuashati dengan
pendapat sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar layanan jurujual kereta, maka
kerajaan serta dalam pembangunan barangan dan mereka boleh menyuarakan
perkhidmatan oleh pengeluar perkara tersebut kepada pemilik
 Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak pusat pengedaran kereta tersebut
puashati terhadap barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh peniaga
f. Hak untuk  Pengguna berhak mendapat penyelesaian yang adil Contohnya, pengguna boleh
mendapat termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mendapatkan gantirugi daripada
ganti rugi mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, pemilik kedai runcit sekiranya susu
kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak segar yang baru dibeli sudah rosak
memuaskan
 Pengguna juga berhak mendapat gantirugi sekiranya
barang yang dibeli tidak mencapai kualiti dagang
g. Hak untuk  Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan Contohnya, pelajar di universiti
mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka berhak untuk mendapatkan
pendidikan membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan maklumat mengenai barangan yang
kepenggunaan dan perkhidmatan serta mengamalkan hak dan selamat kepada mereka melalui
tanggungjawab mereka sebagai pengguna Persatuan Pengguna di universiti
 Pengguna boleh mendapatkan pendidikan berkenaan
kepenggunaan melalui pelbagai sumber seperti risalah
atau melayari laman web
h. Hak untuk  Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam Contohnya, penduduk yang tinggal
hidup dalam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada berdekatan dengan kawasan
alam sekitar generasi masa kini dan akan datang perindustrian berhak untuk hidup
yang sihat  Alam sekitar yang sihat boleh menjamin kesejahteraan selamat daripada pencemaran alam
pengguna untuk jangka masa panjang seperti pencemaran udara dan
pencemaran bunyi

Latihan
1. Nyatakan empat hak pengguna [4]
2. Huraikan tiga hak pengguna [6]
3. Jelaskan dua hak pengguna ketika membeli barang elektrik [6]
4. Jelaskan hak pengguna yang berikut:
a. Hak mendapat keperluan asas [2]
b. Hak mendapat keselamatan [2]
5. Jelaskan lima hak pengguna [15]

(b) menjelaskan peranan agensi berkaitan iaitu:


(i) Persatuan pengguna termasuklah FOMCA, Persatuan Pengguna Muslim (PPM), dan lain-lain
(ii) Kementerian/Agensi yang berkenaan
(iii) Better Business Bureau
(iv) Tribunal pengguna
Agensi maksud Peranan
Persatuan Sebuah pertubuhan  Menerima aduan daripada pengguna, menyiasat, membuat kajian
pengguna sukarela, tidak dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar
mementingkan  Memberi dan menyebarkan maklumat kepenggunaan
keuntungan, bukan politik  Memberi pendidikan kepada semua pengguna
dan pertubuhan sivik  Melindungi pengguna daripada amalan perniagaan yang
bertujuan menjaga dan melanggar hak-hak pengguna – memperjuangkan hak pengguna
membela hak para  memperjuang hak-hak pengguna
pengguna.  Bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjalankan
pemantauan atau serbuan ke premis tertentu bagi menyelesaikan
masalah kepenggunaan
FOMCA sebuah pertubuhan  Memberikan pendidikan kepnggunaan dan menyedarkan
sukarela, tidak pengguna terhadap kuasa dan tanggungjawab mereka
mementingkan  Menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperoleh
keuntungan, bukan politik maklumat yang benar mengenai isu kepenggunaan
dan pertubuhan sivik. Ia  Memberi dan menyebarkan maklumat kepada pengguna supaya
dapat membuat pilihan dengan bijak dan berupaya mengelak
menjadi payung bagi daripada amalan perniagaan yang curang
persatuan pengguna  Memberi perlindungan kepada pengguna atau mewakili
gabungannya. kepentingan pengguna
Persatuan Organisasi bukan  Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan
Pengguna kerajaan (NGO) yang tanggungjawab diri sendiri bagi memperjuangkan hak
Muslim mahukan perubahan kepenggunaan Islam
dalam landskap  Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab
mereka tentang tuntutan Islam dari segi kepenggunaan
kepenggunaan Islam
 Menjadi pemangkin kepada permasalahan ekonomi umat Islam,
khasnya dan ekonomi Malaysia amnya
 Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam
melalui aktiviti-aktiviti terancang dan proaktif
 Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus
pembangunan negara secara positif
Kementerian Matlamat penubuhan (i) Peranan KPDNHEP dalam kawal selia perniagaan
Perdagangan untuk menggalak  Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-
Dalam Negeri pembangunan ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan,
Dalam Negeri perdagangan dalam francais, jualan langsung, dan sektor hiliran petroleum;
 Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
Dan Hal negeri yang beretika dan
 Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu,
Pengguna melindungi kepentingan barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan
(KPDNHEP) pengguna. langsung;
(Kementerian Menggubal dasar, strategi  Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
Perdagangan dan mengkaji perkara-  Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan
Dalam negeri perkara yang berkaitan perniagaan mengikut akta berkaitan;
dan Kos Sara dengan pembangunan  Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
Hidup) perdagangan dalam  Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta
negeri dan Intelek.
(ii) Peranan KPDNHEP dalam melindungi pengguna
kepenggunaan.
 Melaksanakan program pendidikan pengguna
 Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan
perlindungan pengguna
 Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan
(https://www.kpdn.gov.my/ms/info-korporat/fungsi-kpdn)
Better Persatuan/pertubuhan (i) Membekalkan maklumat syarikat kepada pengguna.
Business yang ditubuhkan oleh (ii) Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna
Bureau para peniaga bagi supaya pengguna boleh membuat keputusan pembelian yang
membantu pengguna tepat.
mengelak atau (iii) Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada media massa.
mengambil tindakan ke (iv) Memaklumkan kepada pengguna supaya berjaga-jaga tentang
atas firma yang amalan perniagaan dan pengiklanan yang tidak sihat.
menjalankan perniagaan (v) Membantu menyelesaikan sesuatu aduan pengguna tanpa
secara tidak beretika. bayaran dan khidmat timbang tara.
(vi) Menyiasat tempat perniagaan yang menjalankan aktiviti tidak
beretika.

Tribunal Merupakan satu badan Peranan


pengguna bebas untuk mendengar  Mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh
dan mengadili tuntutan- pengguna
tuntutan yang difailkan  Menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada
oleh pengguna di bawah seorang pengguna untuk menuntut ganti rugi dengan cara mudah,
murah dan cepat
 Menerima aduan/laporan dan menyiasat
Akta Perlindungan Bidang kuasa: Tribunal
Pengguna 1999.  Tuntutan untuk tebus rugi bagi pembelian barangan dan
Menyediakan satu perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa Tribunal
saluran atau kemudahan sepertimana diperuntukkan di bawah Akta 599
 Tuntutan yang jumlah amaunnya tidak melebihi RM50,000.00; dan
alternatif kepada seorang
 Tuntutan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tarikh kejadian
pengguna untuk menuntut Jenis-jenis tuntutan
gantirugi dengan cara  Mana-mana pengguna boleh menfailkan tuntutan di TTPM
mudah, murah dan cepat. menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung berhubung
apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan pengguna iaitu
- Perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan
jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti.
- Keselamatan barang dan perkhidmatan yang digunakan
- Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat
dengan pembekalan barang-barang seperti mematuhi perihal,
mematuhi sampel dan harga munasabah
- Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata
berkaitan dengan pembekal perkhidmatan seperti ketelitian
dan kemahiran munasabah, masa siap yang munasabah,
harga yang munasabah.
- Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata
berkaitan dengan pembekalan barang-barang seperti kualiti
prestasi atau ciri-ciri barang, pemberian perkhidmatan yang
diperlukan dan pemulangan wang atau balasan sekiranya
barang tidak memenuhi apa-apa akujanji.

Latihan
1. Huraikan tiga peranan persatuan pengguna [6]
2. Senaraikan empat agensi berkaitan kepenggunaan [4]
3. Nyatakan empat peranan KPDNHEP dalam perdagangan dalam negeri [4]
4. Huraikan tiga peranan KPDNHEP dalam kepenggunaan [6]
5. Nyatakan empat jenis tuntutan yang boleh dikemukakan kepada KPDNHEP [4]

You might also like