You are on page 1of 11

1.

Pengenalan kepada Etika Perniagaan

a) Bincangkan tentang sejarah etika perniagaan dengan menggunakan ilustrasi anda sendiri.
Lukis ilustrasi dengan cara kreatif.
b) Tuliskan etika perniagaan mengikut pandangan anda sendiri.

Pada pandangan saya etika perniagaan ialah satu set nilai moral yang mengkaji sama ada perbuatan itu betul
atau salah dari sudut perniagaan atau satu organisasi yang berada dalam satu perusahaan dengan menilai
pengorganisasian dan pengoperasian bagi merangkumi kesemua aspek perniagaan daripada sebuah organisasi
yang besar sehinggalah ke peringkat individu.

c) Terangkan secara ringkas tentang hubungan etika dan dunia perniagaan beserta
contohnya.

Etika merupakan suatu prinsip atau nilai yang diamalkan oleh manusia.Sejarah etika sudah dimulai sejak
manusia diturunkan di dunia ini.Etika mempunyai sejarah yang sangat tua sekali yang dimulai semenjak
manusia lahir.Dunia perniagaan bukan sahaja kaitan hubungan anatara pengusaha dengan pengusaha tetapi
mempunyai kaitan secara nasional bahkan antara bangsa.Dalam erti kata lain, untuk mewujudkan etika dalam
perniagaan memerlukan perbincangan yang telus antara semua pihak,baik usahawan,kerajan,masyarakat dan
bangsa lain agar jangan hanya satu pihak sahaja yang menjalankan etika dan berpegang apa yang mereka
inginkan.Contohnya pelanggan lebih mesra jika peniaga mengetahui etika pernigaan_

d) Perniagaan adalah fardhu kifayah. Buktikan.

Etika merupakan suatu prinsip atau nilai yang diamalkan oleh manusia.Sejarah etika sudah dimulai sejak
manusia diturunkan di dunia ini.Etika mempunyai sejarah yang sangat tua sekali yang dimulai semenjak
manusia lahir.Dunia perniagaan bukan sahaja kaitan hubungan anatara pengusaha dengan pengusaha tetapi
mempunyai kaitan secara nasional bahkan antara bangsa.Dalam erti kata lain, untuk mewujudkan etika dalam
perniagaan memerlukan perbincangan yang telus antara semua pihak,baik usahawan,kerajan,masyarakat dan
bangsa lain agar jangan hanya satu pihak sahaja yang menjalankan etika dan berpegang apa yang mereka
inginkan.Contohnya pelanggan lebih mesra jika peniaga mengetahui etika pernigaan.

e) Mengapakah etika perniagaan adalah penting kepada manusia dan juga organisasi?

Kepentingan etika perniagaan terbahagi kepada empat.Pertama etika membantu mempromosikan imej awam
yang kukuh.Maksudnya organisasi yang memberi perhatian kepada etikanya boleh menggambarkan imej yang
kuat dan positif kepada orang yang ramai.organisasi menilai ornag lebih daripada keuntungan.Kedua
peningkatan prestasi kepada pekerja iaitu perhatian kepada etika di tempat kerja membantu pekerja
menghadapi realiti,baik dan buruk dalam organsasi dan memperoleh keyakinan untuk menangani situasi kerja
yang rumit.Ketiga masyarakat yang bertambah baik seperti masyarakat bertindak balas dan menuntut agar
perniagaan meletakkan nilai yang tinggi terhadap etika,keadilan dan hak yang sama. Terahkir program etika
membantu untuk mengelakkan perbuatan jenayah “peninggalan”dan boleh mengurangkan denda contohnya
program etika dapat membantu mengesan isu isu etika dan pelanggaran awal,supaya mereka dapat dilaporkan
dan ditangani.

f) Pada pendapat anda, apakah etika perniagaan dalam perspektif Islam ?

Kepentingan etika perniagaan terbahagi kepada empat.Pertama etika membantu mempromosikan imej awam
yang kukuh.Maksudnya organisasi yang memberi perhatian kepada etikanya boleh menggambarkan imej yang
kuat dan positif kepada orang yang ramai.organisasi menilai ornag lebih daripada keuntungan.Kedua
peningkatan prestasi kepada pekerja iaitu perhatian kepada etika di tempat kerja membantu pekerja
menghadapi realiti,baik dan buruk dalam organsasi dan memperoleh keyakinan untuk menangani situasi kerja
yang rumit.Ketiga masyarakat yang bertambah baik seperti masyarakat bertindak balas dan menuntut agar
perniagaan meletakkan nilai yang tinggi terhadap etika,keadilan dan hak yang sama. Terahkir program etika
membantu untuk mengelakkan perbuatan jenayah “peninggalan”dan boleh mengurangkan denda contohnya
program etika dapat membantu mengesan isu isu etika dan pelanggaran awal,supaya mereka dapat dilaporkan
dan ditangani
2. Memahami Etika Perniagaan
a) Dengan menggunakan peta minda, terangkan tentang kedudukan komuniti perniagaan
dan etika perniagaan, secara kreatif.

KEDUDUKAN KOMUNITI
HUBUNGAN DENGAN HUBUNGAN DENGAN
PERNIAGAAN DAN ETIKA
PELANGGAN PEMBEKAL
PERNIAGAAN

Hubungan baik dengan


Pelanggan merupakan aspek yang HUBUNGAN DENGAN pembekal adalah perlu untuk
sngat penting dalam perniagaan PEKERJA menjamin operasi sesebuah
organisasi tidak terganggu dan
terus berkembang
Menurut kolter dan Pekerja adalah orang yang bekerja
amstrong ,mengatakan “tingkat di atau membantu seorang dalam
mana menyakinkan anggapan menjayakan perniagaannya
Sebagai umat islam
produk sesuai kemahuan pembeli seharusnya sikap jujur dan
menepati janji diamalkan
dalam dunia perniagaan dan
Hubungan yang baik antara sesama dalam kelangan masyarakat
manusia adalah diiktiraf sebagai
sebahagian daripada urusan ibadat
HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Dengan menjaga hubungan dengan


Peniaga harus menjaga hubungan
Allah, maka hubungan dengan
dengan Allah serta mengikut perintah
pelanggan, pekerja dan pembekal
Allah seperti menunaikan solat, zakat
dapat menjaga menjaga keimanan
dan menjauhi larangan Allah
kita kepada Allah

b) Bincangkan tentang beberapa percanggahan untuk mendapatkan keuntungan secara


beretika.

Pada pendapat saya,terdapat banyak cara untuk mendapatkan keuntungan secara beretika antaranya ialah
dengan mempelbagaikan pilihan produk,mengembangkan perniagaan ke pasaran asing,meningkatkan
pengalaman pelanggan dan dengan menaikkan harga barangan mengikut harga yang telah ditetapkan.Selain
itu,pihak yang menjalankan perniagaan ini perlulah memberikan perlindungan kepada pelbagai kumpulan yang
terlibat dalam perniagaan seperti pengguna,kerajaan,pemiutang,pemegang saham dan lain
lain.Seterusnya,setiap organisasi harus berusaha untuk bekerja demi kepentingan terbaik pelanggannya,
pelanggan dan keperluan mereka harus diberi keutamaan dan di bidang kewangan, penting untuk menjaga
kerahsiaan maklumat pelanggan mengenai baki Akaun kewangannya, penyata akaun, dll., Atau maklumat
sensitif lain dari pelanggannya. Maklumat ini tidak boleh dibocorkan dan disebarkan di khalayak ramai.Selain
itu,setiap organisasi yang menginginkan keuntungan perlulah mempunyai sifat kejujuran contohnya dalam soal
kewangan,seseorang individu perlulah bertindak dengan penuh kejujuran dan berintegriti kerana ia
merangkumi hal-hal kewangan.Seterusnya,perlu mematuhi semua peraturan undang undang mengenai
kedudukan individu dan syarikatnya. _

c) Bincangkan tentang isu organisasi yang tidak beretika dalam perniagaan.

Isu mengenai perbuatan tidak beretika (rasuah, menipu, pecah amanah) di dalam dunia perniagaan bukanlah
sesuatu yang baru. Malaysia juga tidak terkecuali dengan isu-isu yang melibatkan pecah amanah, rasuah dan
berbagai lagi kes penyelewengan yang sekaligus telah meletakkan skor CPI (Corruption Perceptions Index)
Malaysia menurun dan menjadiakan negara ke tangga 62 berbanding 180 negara yang lain.Hal ini kerana
terdapat organisasi yang menjalankan perniagaan secara haram dan tidak berdaftar.Berdasarkan kajian pula
mengenai sikap beretika pelajar pengurusan perniagaan adalah masih di tahap kurang.Hal ini juga kerana
pelajar berpandangan mereka adalah lebih beretika daripada mereka yang menyeleweng di dalam dunia
perniagaan dan pelajar merasakan menipu dalam aspek pembelajaran adalah biasa namun mereka yang
menyeleweng dalam perniagaan adalah dianggap tidak beretika.Oleh itu,pihak kerajaan perlu mengambil
langkah yang sepatutnya untuk menangani isu ini.

d) Menyatakan dua amalan perniagaan yang beretika dan dua amalan perniagaan yang tidak
beretika.

Amalan perniagaan yang beretika:


1)Pengasingan barangan yang berbeza kualiti untuk mengelak unsur-unsur gharar
2)Memastikan ketepatan alat timbang sukat

Amalan perniagaan yang tidak beretika:


1)Menjalankan perniagaan secara salah dari segi undang undang negara.
2)Memberi layanan buruk kepada pelanggan

e) Apakah yang anda faham tentang kod etika dalam pengurusan perniagaan.

Berdasarkan pengetahuan saya kod etika dalam pengurusan perniagaan ialah suatu panduan untuk membantu
kita menjalankan perniagaan dengan cara yang betul dan melakukan kerja dengan mematuhi undang undang
dan peraturan yang berkenaan dengan kerja yang kita lakukan dan negara di mana kita menjalankan
perniagaan.Selain itu memberikan kita membuat keputusan secara beretika terutamanya perkara yang betul
untuk dilakukan tidak jelas.Kesimpulannya,ianya membantu kita untuk sentiasa mematuhi peraturan.
3. Etika dan Tanggungjawab Sosial
a) Bagaimanakah melakukan pembangunan moral dan etika dalam sesebuah organisasi?

Pembangunan moral dan etika melalui Organisasi dapat mewujudkan sebuah organisasi yang stabil, kukuh
dan berkembang maju. Menurut Abdullah Zhidi bin Omar (2014), etika organisasi ialah garis panduan
untuk menjalankan tugas seperti berpegang kepada perinsip bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus,
bertanggungjawab dan adil. Seseorang ahli organisasi haruslah memahami dan melaksanakan etika dan
nilai moral seperti melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik, menghormati ahli organisasi lain,
sentiasa bekerjasama dalam melakukan tugasan dan sebagainya

b) Anda adalah seorang pengurus di sebuah syarikat pelaburan hartanah. Sebagai seorang
pengurus, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mewujudkan persekitaran kerja
yang beretika dan bermoral. Apakah kaedah yang akan anda lakukan untuk
merealisasikan persekitaran kerja tersebut?

Antara kaedah saya untuk merialisasikan persekitaran yang beretika dan bermoral yang pertama ialah
memantau etika kelakuan pekerja kepada pekerja yang lain.Kerana ini akan memastikan tiada tingkah laku
yang tidak beretika atau mengganggu pekerja dalam melakukan tugas seperti diskriminasi dan gangguan
seksual dan akan memberikan hukuman keras terhadap perbuatan yang tidak beretika tersebut.Yang ke dua
ialah memastikan tiada ketegangan antara para pekerja kerana sebarang ketegangan atau salah faham antara
pekerja boleh menjurus kepada perbuatan tidak beretika.

c) Sebagai seorang pengurus, anda juga bertanggungjawab untuk membuat keputusan-


keputusan penting bagi organisasi anda. Apakah langkah yang akan anda ambil sebelum
membuat sesuatu keputusan?

Antara langakah yang akan diambil sebelum membuat keputusan yang pertama ialah dengan
mengenalpasti keperluan, situasi seta masalah. Ramai pemimpin diluar sana gagal dalam langkah
pertama atau mereka melangkaui langkah ini dalam menyelesaikan masalah. Akhirnya masalah tidak
selesai tetapi perbelanjaan telah dikeluarkan. Kebiasaanya ia dilihat dalam bentuk masalah dan peluang.
la boleh kita nilai dari sudut kawalan kita terhadap masalah tersebut, kepentingannya, kerumitannya serta
jangka masa yang perlu diambil dan tidak lupa juga sumber-sumber yang diperlukan untuknya.
Mengenalpasti masalah yang betul adalah penting kerana ia akan mempengaruhi keputusan yang dibuat.
Selain itu ,tugas-tuga untuk membuat diagnosis dan menganalisa data. Adalah penting untuk kita
memastikan segala data yang diperlukan ada bersama agar mudah untuk dijadikan rujukan dan
makluman dalam proses keputusan untuk dibuat. Seterusnya proses pembentukan alternatif yang mana ia
bole dikembangkan, disatukan alternatif atau diciptakan alternatif baru. Amat disarankan supaya kita
berwaspada dengan alternatif yang tersedia supaya pertimbangan yang dibuat merujuk kepada batasan
dan peluang dalam membincangkan setiap idea dan tidak lupa juga pertimbangan alternatif lama kepada
masalah yang mungkin ada persamaan. Akhir sekali ‚adalah dengan membuat pemilihan alternatif
4. Konsep Moral dan Etika
a) Dengan perspektif anda sendiri, bincangkan tentang etika, moral dan nilai.

Pada pandangan saya, etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan
perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Etika merupakan tingkah laku dan
kelakuan moral yang dijangka dikuti ole manusia sejagat. Etika merupakan satu disiplin ilmu yang
mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
Moral pula bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan
serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila tau
peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga
bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contonya seperti sistem sosial, kelas
sosial dan kepercayaan yang dianuti. Akhir sekali, Nilai adalah prinsip, kebajikan atau kualiti yang
menjadi ciri seseorang, tindakan atau objek yang dianggap positif atau sangat penting oleh kumpulan
sosial. Nilai juga menunjukkan sifat-sifat yang menonjol dalam dir setiap individu dan pada gilirannya
mendorong mereka untuk bertindak dalam satu atau lain cara kerana mereka adalah sebahagian daripada
kepercayaan mereka, menentukan tingkah laku mereka dan menyatakan minat dan perasaan mereka

b) Terangkan secara ringkas tentang Teori Kemoralan Sosial beserta contoh.

_Teori kemoralan sosial berkait dengan peraturan masyarakat; tatahukum, tatasusila, tatatertib, norma,
tradisi, kebiasaan, nilai, pantang larang dan ianya juga nilai yang pentingkan masyarakat, bukan individu
untuk mencapai matlamat serta dikenali juga sebagai; kemoralan konvensional dan tradisionalisme atau
konservatisme dalam kemoralan.

c) Terangkan secara ringkas tentang Teori Keperibadian Mulia beserta contoh.

_Teori keperibadian mulia menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Matlamatnya
adalah untuk mengetahui kualiti dan taraf kehidupan yang diingini, menjadi satu piawai untuk
menentukan kita hendak menjadi insan yang bagaimana.Contohnya Menghargai masa, Nikmat mencipta,
Keseronokan bekerja, Pengaruh tauladan dan Keutamaan kesabaran
5. Etika dalam Perspektif Islam
a) Berikan kata-kata anda sendiri tentang perniagaan dari perspektif Islam.

Agama Islam menghalalkan jual beli dan menggalakkan perniagaan supaya umat Islam dapat
memakmurkan dunia serta mampu menjana kekuatan ekonomi mereka. Di samping itu, ia menjauhkan
diri daripada makan harta secara haram atau memiliki barang secara batil.

b) Terangkan secara ringkas tentang sumber-sumber etika perniagaan Islam.

Sistem etika Islam mempunyai empat sumber iaitu Al-quran , kata-kata dan tingkah laku Nabi
Muhammad , contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat dan tafsiran ulama Islam daripada sumber-
sumber ini umat islam dapat menjana ekonomi meraka dengan cara yang baik di sisi allah

c) Berikan pandangan anda sendiri tentang perniagaan Halal dan Haram dengan contoh
senario di Malaysia.

Pada pandangan saya, perniagaan Halal ialah perniagaan yang dijalankan dengan jujur. Jujur membawa
maksud benar dari setiap perkara atau pernyataan, kata-kata tau perbuatan iaitu benar tapa penipuan.
Sebagai contoh, seorang peniaga yang menjual produk kecantikan tidak menipu tentang kandungan di
dalam produk tersebut kepada pelanggan. Manakala, perniagaan yang Haram ialah perniagaan yang tidak
menepati syarak seperti berniaga yang berunsurkan rasuah. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah
menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek
syarikat milik kontraktor berkenaan.
7. Etika Islam dalam Jual Beli
a) Nyatakan prinsip etika Islam dalam proses jual beli.

1) Niat
2) Menyediakan dan menjual hanya yang halal 3) Tidak memonopoli barangan
4) Jujur dalam perniagaan
5) Menghindari riba’

b) Terangkan etika jual beli berserta contoh.

Jual beli bermaksud menjual, mengganti dan menukar (sesuatu dengan sesuatu yang lain).Secara
terminologi terdapat beberapa definisi para ulama diantaranya oleh
ulama Hanafiyah memberi pengertian dengan ‘saling menukarkan harta dengan harta melalui cara
tertentu’, atau dengan makna ‘tukar menukar sesuatu yang diingini dengan sepadan melalui cara tertentu
yang bermanfaat.Ulama Hanafiyah menjelaskan bahwa makna khusus pada pengertian
pertama tadi adalah ijab dan kabul , atau juga saling memberikan barang dan menetapkan harga antara
pembeli dan penjual. Sedangkan pada pengertian kedua menjelaskan bahawa harta yang diperjual-belikan
itu harus bermanfaat bagi manusia, seperti menjual
bangkai, minuman keras dan darah adalah tidak dibenarkan. Sayid Sabiq mendefinisikan jual beli dengan
arti ‘saling menukar harta dengan harta atas dasar suka sama suka.contohnya seorang nelayan
menginginkan ayam dari seorang penternak ayam laku menukarkannya dengan seekor ikan yang
penternak tersebut suka dan seorang yang datang ke kedai lalu membayar wang dengan harga barang
yang di belinya dari pemilik kedai tersebut

c) Apakah yang berlaku sekiranya manusia mengelak daripada menggunakan Islam dalam jual beli?

perkara yang berlaku sekiranya manusia mengelak daripada menggunakan islam dalam jual beli ialah jual
beli mereka mungkin tidak sah dan akan berlakunya perbuatan yang haram seperti riba'.Perbuatan ini juga
boleh menganaiya penjual atau pembeli seperti penjual yang mengenakan harga yang terlalu tinggi untuk
dibeli oleh orang susah dan pembeli yang mengambil baki lebih dari penjual ketika penjual melakukan
kesilapan walau pembeli menyadarinya.

d) Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara jual beli dalam etika Islam dan jual beli dalam
etika perniagaan secara umum?

Pada pendapat saya perbezaan antara jual beli dalam etika islam dan jual beli dalam etika perniagaan
secara umum ialah islam telah menetapkan akad dan peraturan serta larangan manakal secara umum
berlawanan dengan islam dari segi peraturan dan pelatakan harga.Contohnya islam telah mengharamkan
riba dan juala beli benih binatang.Pada pandangan umum selagi ia boleh meraih untung dan perkara yang
diinginkan perkara tersebut boleh dilakukan mana mana pihakPada pendapat saya perbezaan antara jual
beli dalam etika islam dan jual beli dalam etika perniagaan secara umum ialah islam telah menetapkan
akad dan peraturan serta larangan manakal secara umum berlawanan dengan islam dari segi peraturan
dan pelatakan harga.Contohnya islam telah mengharamkan riba dan juala beli benih binatang.Pada
pandangan umum selagi ia boleh meraih untung dan perkara yang diinginkan perkara tersebut boleh
dilakukan mana mana pihak..

You might also like