You are on page 1of 41

19hb & 20 hb Sept 2016

Ir Ishak Arshad (IA)

KULIAH 2
1. Tragedi kapal terbang DC 10 terhempas,

2. Dilema Moral,
3. Etika Kejuruteraan,

4. Profesion & Profesional,


5. Profesion Kejuruteraan & Jurutera

Profesional,
6. Kod Etika & Kod Etika Kejuruteraan,
7. Syarikat dan Tanggung jawab
2

LECTURE 2
1.
2.

3.
4.
5.
6.
7.

Tragedy DC 10 plane crashed,


Moral Dilemma,
Engineering Ethics,
Profession and the Professional,
Professional Engineering and Professional Engineer,
Code of Ethics, Code of Engineering Ethics,
Companies and responsibility

[1] TRAGEDI KAPAL TERBANG DC-10


TERHEMPAS

Kenapa pelajar kejuruteraan perlu bincang tragedi ini ?


4

TRAGEDI KAPAL TERBANG DC-10 TERHEMPAS

Pada 3 Mac 1974, sebuah kapal terbang DC-10, Turkish

Airlines Flight 981 (Paris-London) yang sarat dengan


penumpang terhempas di Paris, 10 minit selepas berlepas
dan semua 346 orang mati
Kemalangan ini sudah dijangka oleh pembuat badan kapal
terbang ini, lambat laun akan berlaku
Badan kapal terbang ini dibina oleh Convair untuk
McDonnel Douglas
5

TRAGEDI KAPAL TERBANG DC-10


TERHEMPAS
Dua tahun sebelum tragedi iaitu-1972, seorang

jurutera kanan Convair, Dan Applegate telah


memberitahu Naib Presidennya melalui memo
tentang - bahaya pintu kargo mudah terbuka ketika
penerbangan dan akan menyebabkan :
a)
lantai kabin penumpang runtuh,
b)
talian kawalan di dalamnya rosak,
c)
kapal terbang kehilangan kawalan dan
d)
akan terhempas (kejadian di Ontario)
DC10Crash- March74.pdf
6

TRAGEDI KAPAL
TERBANG DC-10 TERHEMPAS
Applegate mencadangkan pintu itu direka bentuk semula dan

lantai kabin perlu diperkukuhkan lagi


Walau pun pihak pengurusan tidak menyangkal kebenaran
tegurannya, akan tetapi mereka tidak memberitahu McDonell
Douglas atas alasan, ini akan merugikan kedua-dua syarikat
1) Sebagai pekerja setia, beliau mempunyai tanggung
jawab terhadap syarikatnya
2) Sebagai seorang jurutera beliau bertanggungjawab
melindungi keselamatan pengguna
Oleh itu beliau menghadapi dilema moral - iaitu pertentangan di
antara dua tanggung jawab (1) & (2). Yang mana beliau pilih ?
7

MORAL- rujuk Kuliah 1


Moral yang terlibat dalam amalan kejuruteraan
bermakna:
1. tanggung jawab, keunggulan, kelakuan, sifat,
dan hubungan yang baik di antara individu dan
organisasi korporat yang terlibat dalam kegiatan
teknologi
2. keyakinan atau sikap terhadap moral yg diterima
oleh sekumpulan orang (Lembaga Jurutera Malaysia
& Institut Jurutera Malaysia) seperti yg dirumuskan
dalam kod etika kejuruteraan
3. tanggung jawab, hak dan keunggulan yang
seharusnya dipersetujui oleh semua orang terutama
oleh para jurutera

[2] DILEMA MORAL


Contoh Dan Applegate itu menunjukkan sebab-sebab moral

juga sering bertentangan menyebabkan timbulnya dilema


moral
Dilema moral timbul apabila dalam sesuatu masalah terdapat
dua atau lebih prinsip moral yang saling bertentangan
Dilema moral juga timbul apabila satu prinsip mempunyai dua
atau lebih kegunaannya yang tidak sesuai dalam sesuatu
masalah
Sebagai pekerja yg setia beliau bertanggung jawab mengikut arahan

syarikat tetapi
sebagai jurutera beliau juga mempunyai tanggung jawab terhadap orang
awam dan dalam kes tertentu kedua-dua prinsip moral ini saling
bertentangan

Memandangkan sebab moral boleh saling bertentangan maka

sukar untuk merumuskan aturan yg mutlak iaitu yg tidak boleh


dikecualikan
9

TAKRIF MORAL
Penentuan moral

adalah penentuan tentang


kebaikan atau keburukan,
betul atau salah,
bermanfaat atau tak bermanfaat, dan sepatutnya
atau tidak sepatutnya - apa yang dilakukan dalam
sesuatu situasi di segi moral

Tindakan moral

- melibatkan sikap adil kepada


semua orang, menghormati hak asasi mereka,
mematuhi janji, mengelak daripada menimbulkan
kemarahan mereka dan mengelak daripada melakukan
penipuan dan ketidakjujuran

DILEMA MORAL
Semua prinsip moral boleh mempunyai pengecualian

apabila terdapat konflik dengan prinsip moral lain yg lebih


penting
Penyelesaian dilema moral memerlukan penilaian moral yg
baik dalam menimbangkan prinsip moral yg bertentangan
dan lazimnya melibatkan;
Penjelasan konsepsi iaitu dlm menjelaskan idea moral dan

pemikiran moral yg relevan


Kajian fakta saintifik, kejuruteraan, kewangan atau undangundang yg relevan kepada isu moral untuk menyelesaikan
dilema moral
Ketidaksetujuan antara individu merupakan kontroversi di
antara kumpulan atau dalam diri jurutera itu sendiri tentang
bagaimana nak menyelesai kan dilema moral itu
Cara yg terbaik - dialog yg rasional antara kumpulan sama ada
melalui perspektif yg menguntungkan semua pihak ATAU
melalui kompromi bersama.
11

LANGKAH DALAM MENGHADAPI DILEMA MORAL


1.

2.

3.
4.
5.
6.

Camkan faktor atau hujah moral yang relevan iaitu apakah


tanggung jawab yg bertentangan, hak yg bersaing,
isu/dilema yg bertembung dan kebaikan & keburukan yg
terlibat
Kumpulkan semua fakta yang relevan dengan faktor moral
yg terlibat
Aturkan faktor moral mengikut kepentingan yg kadangkadang tidak boleh dilakukan kerana kepentingan yg sama
Pertimbangkan tindakan alternatif untuk menyelesaikan
dilema ini dan ramalkan implikasinya
Berbincang dengan rakan sekerja untuk mendapatkan
perspektif lain
Simpulkan hujah moral dengan mempertimbangkan semua
hujah dan fakta dengan teliti
12

[3] KAJIAN ETIKA KEJURUTERAAN- TUJUAN


Kajian etika kejuruteraan penting bagi mengelakkan akibat

yg disebabkan pertimbangan etika yg silap & bagi memberi


makna kpd usaha kejuruteraan
Kajian ini juga kompleks & tidak dapat diselesaikan dengan
mudah
Tujuan utama ialah meningkatkan keupayaan untuk
mengendalikan dengan berkesan dilema moral yg rumit dlm
kejuruteraan
Memberi kuasa kpd jurutera sebagai individu utk berfikir
dengan lebih jelas & teliti terhadap masalah moral iaitu
meningkatkan autonomi moral (kebebasan menentukan
nasib sendiri)
Kebolehan berfikir dan kebiasaan berfikir secara rasional
tentang isu-isu moral berasaskan keprihatinan moral

13

AUTONOMI MORAL (ms 98-99 Ref No 4)


Autonomi bermaksud keupayaan menentukan

sendiri / tanpa dipaksa


Kemahiran mengecam masalah & isu moral dlm
kejuruteraan
Kemahiran memahami, menjelaskan, dan
menimbangkan secara kritis hujah daripada dua
belah pihak yg berlawanan
Kebolehan membentuk pandangan yang konsisten
dan lengkap berdasarkan fakta yang relevan
Keprihatinan tentang pandangan alternatif
terhadap isu dan penyelesaian kreatif kesukaran
praktikal
14

AUTONOMI MORAL
Kejituan (ketepatan) dalam penggunaan bahasa

etika yg lazim, supaya boleh mempertahankan


pandangan moral dengan baik
Kepekaan kepada kesukaran & kehalusan yg benar
iaitu kesediaan menerima ketidakpastian dlm
membuat penentuan moral yg bermasalah
Pentingnya menyepadukan kehidupan profesional
dgn keyakinan peribadi iaitu mengekalkan
kesepaduan moral sendiri
Pemahaman yang meningkat tentang penggunaan
dialog yang rasional dalam menyelesaikan konflik
moral dan keperluan toleransi perbezaan pendapat
di kalangan orang bermoral
15

[4] PROFESION (IKHTISAS) DAN


PROFESIONAL (AHLI IKHTISAS)
Ganjaran?
Upah, kepuasan diri, phormatan
Balasan nikmat di akhirat

Cari
duit

Khidmat
organisasi

Belajar
16

PROFESION (IKHTISAS)
DAN PROFESIONAL (AHLI IKHTISAS)
Suatu ibadah:
Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan
yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang
berjihad di jalan Allah (Riwayat al-Bukhari)

Kerja dengan kemampuan yang berbagai-bagai:


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai

dengan apa yang terdaya olehnya (Surah al-Baqarah 2:286)

Tingkatkan prestasi
Merancang dan merencana secara sistematik

17

PROFESION (IKHTISAS)
DAN PROFESIONAL
Profesion (Kamus DBP) = pekerjaan yg memerlukan
pelajaran yg tinggi dan latihan khas (spt dlm bidang
kejuruteraan, senibina, undang-undang, perubatan,
perakaunan, dll).
Profesional (Kamus DBP)=
1) ahli/gulungan yg bergiat dgn dlm bidang
profesion tertentu Jurutera Profesional ;

Akauntan Bertauliah etc


2) berasaskan atau memerlukan kemampuan atau
kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap
(teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu
18

PROFESION (IKHTISAS) DAN


PROFESIONAL (AHLI IKHTISAS)
Profesion (ikhtisas) sebenar melibatkan 3 aspek:
1)kepakaran termaju, 2) pengaturan sendiri & 3)
perkhidmatan untuk kebaikan umum
Kepakaran termaju:
Sebarang profesion memerlukan kemahiran yg canggih &

ilmu pengetahuan utk menjalankan budi-bicara yg tidak


lazim & tidak boleh dirumuskan dalam bentuk peraturan
atau tata cara lazim
Sebarang profesion memerlukan pendidikan yg lama dan
isi pendidikan ini termasuklah kemahiran teknikal dalam
salah satu bidang ilmu ikhtisas dan juga kajian kemanusian
dan kemasyarakatan yang perlu dikemaskini oleh
pendidikan seumur hidup (kemanusiaan, sains, seni)
19

PROFESION (IKHTISAS)
DAN PROFESIONAL (AHLI IKHTISAS)
Pengaturan sendiri:
Persatuan profesional yg mantap dibenarkan oleh

masyarakat utk menentukan piawai kemasukan ke dalam


profesion, penggubalan kod etika amalan profesion,
penguatkuasaan salah laku dan perwakilan profesion
dalam sektor kerajaan & awam

Kebaikan umum:
Profesion memberi khidmat pada aspek tertentu kebaikan

umum seperti perubatan pada kesihatan awam, undangundang pada perlindungan hak undang-undang awam dan
kejuruteraan pada penyelesaian masalah teknologi
untuk keselesaan, kesihatan & keselamatan awam

20

[5] PROFESION KEJURUTERAAN DAN


JURUTERA PROFESIONAL
Dianugerah ijazah sarjanamuda dalam bidang kejuruteraan

tertentu atau Seni Bina(JKEES, JKKP, JKAS, JKMB)


Menjalankan tugas yang lazimnya dilakukan oleh jurutera seperti
juruperunding, pengurus projek, pengurus pengendalian dsb.
Perlu mendaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia untuk
profesion kejuruteraan
Untuk Jurutera Profesional jurutera perlu berdaftar dengan
Lembaga Jurutera Malaysia dan Institut Jurutera Malaysia dan
setelah;
Berdaftar sebagai Graduate Engineer BEM & IEM IEM-Graduate

Application.pdf
berpengalaman sebagai jurutera siswazah berdaftar selama tidak kurang
daripada 4 tahun
berjaya dalam temuduga profesional yang dijalankan oleh Institut
Jurutera Malaysia dan layak menjadi Corporate Member of IEM
PI Guidelines for PE- Revised.pdf
Bertindak secara bermoral ketika mengamal kejuruteraan

mengikut kod etika profesion tersebut

21

[6] KOD ETIKAPERANAN KOD ETIKA


Kod etika jurutera/arkitek terdiri daripada prinsip-prinsip

tanggung jawab yang menggalakkan kebaikan awam


Kod etika merupakan panduan & sokongan bagi jurutera yg
bertanggungjawab & menentukan piawai minimum yang
dikongsi bersama
Piawai yang dikongsi bersama
Perbezaan pandangan tentang nilai moral kerana perbezaan tradisi dan

agama memerlukan suatu piawai yang dikongsi bersama yang jelas


dalam sesuatu profesion supaya masyarakat boleh mengharapkan
piawai kecemerlangan minimum dalam amalan profesion itu

Sokongan
Kod etika memberi sokongan positif kepada jurutera yang ingin

bertindak secara beretika


Jurutera mendapat sokongan kumpulan jurutera dalam
mempertahankan keputusan bermoral

22

PERANAN KOD ETIKA

Panduan

Kod merupakan panduan tentang tugas dan tanggung jawab

utama jurutera untuk kelakuan beretika


Kod yang pendek dan padat merupakan panduan umum dan
perlu ditafsirkan dengan betul

Inspirasi
Kod menjadi motivasi bagi jurutera untuk bertindak secara

beretika kerana ia merupakan iltizam bersama profesion


terhadap etika

Pendidikan & kefahaman bersama


Kod boleh digunakan oleh persatuan profesional di dalam kelas

untuk menggalakkan perbincangan tentang isu-isu moral


Kod juga menggalakkan kefahaman bersama di kalangan
profesional, masyarakat & kerajaan tentang tanggung jawab
moral jurutera

23

PERANAN KOD ETIKA


Pencegahan drpd bertindak secara tidak beretika dan
disiplin jurutera
Kod boleh digunakan sebagai asas yg formal dalam siasatan

kelakuan jurutera yang tak beretika oleh Institusi Jurutera


Malaysia dan/atau Lembaga Jurutera Malaysia yg jika
bersabit kesalahan boleh disingkirkan daripada Institusi
dan disingkirkan daripada daftar jurutera profesional oleh
Lembaga Jurutera Malaysia

Peningkatan imej profesion di kalangan org awam


Kod boleh menunjukkan imej yg positif profesion yang

beriltizam kepada etika kepada masyarakat dan boleh


memberi lebih banyak pengaturan sendiri bagi profesion
24

BATASAN KOD ETIKA


Penyalahgunaan Kod
Kadang-kadang kod disalahgunakan oleh pemimpin institusi

kejuruteraan kerana ingin menjaga nama baik dan maruah


profesion dengan mengorbankan kerjaya jurutera yg benarbenar memperjuangkan kelakuan etika
Cara yg paling baik untuk mendapat kepercayaan masyarakat
ialah dengan menggalakkan jurutera mengemukakan
pandangan dengan bebas tentang keselamatan dan keselesaan
awam

Kod terhad kepada pernyataan umum


Oleh yg demikian, kod ini mungkin tidak boleh digunakan

dalam semua keadaan


Sebaliknya kod yg umum merupakan cara yg terbaik untuk
menghadapi perkembangan teknologi baru
25

BATASAN KOD ETIKA

Klausa kod kadang-kadang bertentangan contohnya

apabila tanggung jawab kepada keselamatan awam


bertembung dengan kesetiaan kepada majikan

Seseorang Jurutera hendaklah tidak mendedahkan sebarang

maklumat berkenaan perniagaan majikannya atau majikannya


pada masa lampau
Seseorang Jurutera hendaklah sentiasa memastikan kerjanya
dan hasil kerjanya tidak mengenakan bahaya kematian,
kecederaan atau kesihatan buruk yang boleh dielakkan kepada
sesiapapun

Kod tidak boleh menjadi penentu moral terakhir


Kod mungkin salah kerana ia merupakan kompromi berbagai

fahaman yg dirumuskan oleh jawatankuasa ketika debat yg


hangat
Oleh yg demikian kod tidak boleh dianggap terlalu sempurna
sehingga tidak boleh dikritik dan diubah mengikut keperluan
zaman

26

KOD ETIKA KEJURUTERAAN


[i] Institusi Jurutera Malaysia ada 15
[ii] Lembaga Jurutera Malaysia
http://www.myiem.org.my
1. Seseorang Jurutera hendaklah sentiasa memastikan kerjanya dan hasil

kerjanya tidak menyebabkan bahaya kematian, kecederaan atau


kesihatan buruk yang boleh dielakkan kepada sesiapapun
2. Seseorang Jurutera hendaklah mengambil semua langkah yang
munasabah untuk mengelakkan pembaziran sumber tabii, kerosakan
alam sekitar, dan kerosakan atau kebinasaan yang membazir hasil
kemahiran manusia dan industri
3. Seseorang Jurutera hendaklah mengambil semua langkah yang
munasabah untuk mengekalkan dan mengembangkan kelayakan
profesionalnya dengan mengikuti perkembangan baru dalam sains dan
kejuruteraan yang relevan dengan bidang amalan profesionalnya dan
sekiranya beliau adalah majikan, juga menggalakkan pekerja
profesionalnya melakukan perkara yang sama

27

KOD ETIKA KEJURUTERAAN


Institusi Jurutera Malaysia
4. Seseorang Jurutera tidak seharusnya menanggung tanggung jawab

sebagai Jurutera Profesional yang diyakininya tidak layak


dijalankannya.
5. Seseorang Jurutera hendaklah menerima tanggung jawab peribadi
semua kerja yang dilakukan olehnya atau kerja yang di bawah
penyeliaannya atau arahannya, dan hendaklah mengambil semua
langkah yang munasabah untuk memastikan orang yang bekerja di
bawahnya adalah layak menjalankan kerja yang diberikan kepada
mereka dan mereka menerima tanggung jawab peribadi untuk kerja
yang dilakukan dengan kuasa yang diberikan kepada mereka
6. Seseorang Jurutera yang diundang untuk memberi pendapatnya
sebagai seorang profesional hendaklah berusaha sedaya upaya
memberi pendapat yang objektif dan yang boleh diharap

28

KOD ETIKA KEJURUTERAAN


Institusi Jurutera Malaysia
7. Seseorang Jurutera yang nasihat profesionalnya tidak diterima

hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk


memastikan orang yang menolak nasihatnya tahu tentang sebarang
bahaya yang diyakininya terhasil daripada penolakan nasihat itu
8. Seseorang Jurutera hendaklah tidak membuat sebarang kenyataan
umum sebagai seorang profesional tanpa memastikan bahawa
kelayakannya untuk mengeluarkan kenyataan dan sebarang hubungan
beliau dengan sebarang pihak yang mungkin mendapat manfaat
daripada kenyataannya didedahkan kepada mereka yang menerima
kenyataan itu
9. Seseorang Jurutera hendaklah tidak mengiklan atau menulis makalah
untuk penerbitan, atau mengarahkan iklan atau makalah seperti itu
ditulis atau diterbitkan oleh seseorang lain dalam bahasa yang memuji
diri atau dengan cara lain yang menjatuhkan maruah profesion
kejuruteraan
29

KOD ETIKA KEJURUTERAAN


Institusi Jurutera Malaysia
10. Seseorang Jurutera hendaklah tidak dengan jahat atau ganas merosakkan

atau cuba merosakkan, sama ada secara langsung atau tak langsung,
kewibawaan, harapan atau perniagaan seorang Jurutera lain
11. Seseorang Jurutera hendaklah memaklumkan majikannya secara bertulis
sebarang pertembungan antara kepentingan peribadi dan perkhidmatan
setia untuk majikannya
12. Seseorang Jurutera hendaklah tidak mendedahkan sebarang maklumat
berkenaan perniagaan majikannya atau majikannya pada masa lampau
13. Seseorang Jurutera hendaklah tidak menerima secara sumbang sebarang
imbuhan berhubung dengan perkhidmatan profesionalnya terhadap
majikannya selain daripada majikannya atau dengan kebenaran
majikannya. Beliau juga hendaklah tidak menerima secara langsung atau
tak langsung sebarang royalti, hadiah atau upah terhadap sebarang barang
atau proses yang digunakan dalam atau untuk tujuan kerja yang beliau
lakukan untuk majikan melainkan atau sehingga royalti, hadiah atau upah
itu telah diluluskan secara bertulis oleh majikannya
30

KOD ETIKA KEJURUTERAAN


[i] Institusi Jurutera Malaysia
14. Seseorang Jurutera hendaklah tidak secara sumbang meminta kerja

sebagai penasihat bebas atau perunding sama ada secara langsung atau
melalui seorang agen, atau membayar seseorang upah atau dengan cara
lain, untuk memperkenalkan kerjanya
15. Seseorang Jurutera yang bertindak sebagai penasihat bebas atau
perunding hendaklah tidak menjadi saluran pembayaran yang
dilakukan untuk majikannya kecuali jika diminta oleh majikannya
untuk berbuat demikian, atau memesan sesuatu barang berhubung
dengan kerjanya, kecuali dengan kuasa atau untuk majikannya

[ii] Kod Etika Lembaga Jurutera Malaysia


BEM/RD/PPC/08 - ada 5 Kod Utama
BEM- Code of Prof Conduct.pdf
31

[7] SYARIKAT DAN TANGGUNG


JAWAB
Selepas era jurutera besar pada zaman Revolusi Industri

pada akhir abad ke-19 , kebanyakan jurutera bekerja


dalam syarikat besar kerana kejuruteraan moden yg
menghasilkan produk yang gah dan selamat memerlukan
input banyak jurutera dalam berbagai bidang dalam
sebuah syarikat
Profesion tradisi seperti peguam dan doktor yg
merupakan profesion individu kini pun telah berubah
kepada profesion yg terlibat dalam syarikat besar
Profesional kini berhadapan dengan cabaran antara
perniagaan dengan kepentingan profesional
32

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB


Kebanyakan syarikat yg mengabaikan etika pada

lazimnya syarikat besar yg dikuasai oleh beberapa


individu berego besar yg hanya berminat mengekal
imej sendiri & bermain politik supaya dapat terus
berkuasa dalam syarikat daripada membangunkan
produk yg selamat
Kejuruteraan yang baik bermakna perniagaan yang
dilaksanakan dengan etika yang baik
Oleh itu syarikat perlu mempunyai suasana etika
yg baik melalui program etika yg berterusan
33

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB


Sifat-sifat program etika yg baik;
Nilai-nilai etika hendaklah diiktiraf dan dihargai
oleh seluruh warga syarikat termasuk pemegang
saham, pengurus dan pekerja biasa
Ini tidak bermakna keuntungan diabaikan kerana kebaikan

awam boleh diperolehi bersama-sama dengan kepentingan


dan keuntungan syarikat

Etika digunakan dengan jujur dan diiktiraf


sebagai dialog korporat yang sah
Perlu suatu kod etika korporat
Masukkan tanggung jawab etika dalam pemerihalan kerja

untuk semua lapisan pengurusan

34

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB


Pengurus tertinggi hendaklah menunjukkan contoh

etika yang terbaik melalui perkataan, dasar dan


teladan
Dasar tentang kelakuan beretika di seluruh syarikat

hendaklah dilunaskan dgn sokongan bagi jurutera yg


mengamal kejuruteraan mengikut kod profesionalnya

Perlu ada tata cara untuk menyelesaikan


pertentangan moral
Melantik ombudsman etika yg berbincang dengan pekerja

secara sulit tentang sebarang keprihatinan moral


Pengurus juga hendaklah dilatih untuk menyelesaikan
pertentangan moral
35

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB


Tanggung Jawab Syarikat Terhadap Masyarakat;
Syarikat mempunyai tanggung jawab terhadap: pekerja,

klien, penjual, pembekal, masyarakat setempat dan


masyarakat awam
Syarikat yg bertanggungjawab berusaha menjadi jiran yg baik dengan

menyokong sekolah, kumpulan persatuan bukan kerajaan dan


persatuan kebajikan tempatan

Meskipun demikian masih ada pendapat seperti pendapat

Milton Friedman bahawa tujuan utama syarikat ialah


memaksimumkan keuntungan untuk manfaat pemegang
saham dan tidak sepatutnya menyokong kegiatan sosial lain yg
akan mengurangkan keuntungan (bukan badan kebajikan)
Pendapat ini merugikan

Etika yg bagus dan perniagaan yg bagus seharusnya bersama


36

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB


Tanggung Jawab Moral Syarikat;
Mengaitkan tanggung jawab moral dengan syarikat & individu

melibatkan budi bicara moral:

Akhlak, tugas, keupayaan moral umum, pertanggung jawaban

Apabila seseorang itu dikatakan mempunyai tanggung jawab moral,

yang dimaksudkan ialah beliau sebenarnya mempunyai sifat akhlak


yang baik

Beliau sentiasa prihatin melakukan perkara yg betul, sentiasa menjalankan

tugas, boleh diharap menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa


bertimbang rasa dengan orang lain
Syarikat juga boleh dikatakan mempunyai akhlak yg baik jika ia
beriltizam utk menyempurnakan tugas etika nya

Apabila seseorang dikatakan mempunyai tanggung jawab moral, yg

dimaksudkan beliau mempunyai tugas moral

Tugas utk berlaku adil, bercakap benar dan menggalakkan keadilan


Seseorang jurutera keselamatan mempunyai tugas memeriksa sebuah tapak

pembinaan
Syarikat juga mempunyai tugas umum yg harus dijalankan

37

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB


Tanggung Jawab Moral Syarikat;
Apabila seseorang dikatakan mempunyai tanggung jawab moral, yg

dimaksudkan ialah beliau mempunyai keupayaan / pengetahuan utk


bertindak secara moral yg sesuai
Syarikat juga mempunyai keupayaan sebagai agen yang bertanggung jawab

moral

Apabila seseorang dikatakan mempunyai tanggung jawab moral, yg

dimaksudkan ialah beliau dipertanggungjawabkan utk melakukan


sesuatu tugas moral
Seseorang yg mempunyai tanggung jawab moral bermakna beliau boleh

diminta menjelaskan tindakannya, memberikan alasan atau


mewajarkannya, dan terbuka kepada pujian atau cemuhan atau permintaan
pampasan
Syarikat juga dipertanggungjawabkan kepada masyarakat awam, pekerja,
kelayan dan pemegang saham
Jika salah laku yg dipertimbangkan, seseorang yg dikatakan mempunyai

tanggung jawab moral, yg dimaksudkan ialah beliau boleh disalahkan dan


sebaliknya jika kelakuan baik yg dipertimbangkan maka beliau boleh
dipuji. Syarikat juga begitu.
38

SYARIKAT DAN TANGGUNG JAWAB


Tanggung Jawab Penyebab dan Undang-Undang;
Dua lagi tanggung jawab yg tidak seharusnya dikelirukan

dengan tanggung jawab moral:


Tanggung jawab penyebab
Tanggung jawab undang-undang

Seseorang kanak-kanak yg menyebabkan kebakaran dengan

bermain api hanya bertanggung jawab menyebabkan kebakaran


akan tetapi ibu-bapanya lah yg bertanggungjawab moral kerana
membiarkan mancis diperolehi oleh kanak-kanak itu dengan mudah
Seseorang jurutera atau syarikat kejuruteraan masih boleh
dikenakan tanggung jawab undang-undang utk sebarang
kecederaan atau kerosakan walaupun tidak ada langsung masalah
tanggung jawab moral
Seorang pengguna yg menggunakan tukul tercedera di mata oleh

serpihan tukul walaupun tukul itu tidak mempunyai sebarang


kecacatan sebelum peristiwa ini tetapi mahkamah masih mengenakan
pampasan terhadap pembuat tukul itu atas alasan pertanggung jawaban
undang-undang yang ketat
39

TUGASAN KELAS
Milton Freidman menyatakan tanggung jawab tunggal

pengurus hanya terhadap pemegang saham iaitu


memaksimumkan keuntungan mereka dalam batasan
undang-undang tanpa melakukan penipuan manakala
pendapat alternatif ialah pengurus bertanggung jawab
kepada semua orang yg terlibat dgn syarikat termasuk
pekerja, klien, pembekal, kerajaan dan masyarakat setempat.
Jelaskan pendapat mana yg boleh dipertahankan bagi menentukan

keputusan untuk pindah bagi mengurangkan kos gaji pekerja.

Tiga orang jurutera menguji bersama suatu produk akan tetapi

gagal memberitahu tentang suatu kecacatan yg tidak akan tampak


sehingga kemudian.
Bolehkah menuduh kesalahan untuk kesilapan ini secara berbeza bagi

setiap jurutera berkadaran dengan kerja ujian yg mereka lakukan atau


tiada perbezaan kesalahan semua jurutera kerana ketiga-tiga mereka
mendiamkan diri?
40

RUJUKAN
Nota Kuliah Etika Kejuruteraan oleh Wan Ramli Wan
Daud, Mohd Jailani Mohd Nor & Ahmad Jais Alias, FKAB,
UKM 2006 dan Nota Kuliah Mardina Abdullah 2012.
2. Harris, C. E., Pritchard, M. S. and Rabins, M. J. 2009.
Engineering Ethics: Concepts and Cases, 4nd edition,
Belmont: Wadsworth/ Thomson Learning.
3. Martin, M. W. and Schinzinger, R. 2009. Introduction to
Engineering Ethics, New York: McGraw-Hill.
4. Martin, M. W. and Schinzinger, R. 2005. Ethics in
Engineering, 4th Ed., New York: McGraw-Hill.
5. Mohd Janib Johari-Etika Profesional.2007. Penerbit Univ
Teknologi Malaysia.
1.

41

You might also like