You are on page 1of 22

ANCAMAN KEPADA

KESAHAN DALAMAN
DAN LUARAN
KUMPULAN 12:
TG MIRA MIRZA BINTI TENGKU FATIMI
SHAKILA ZAZA BINTI KAMUNI
FARIZA BINTI SAID
SITTI NURBAYA BINTI ABD HASNAH
KESAHAN DALAMAN
&
KESAHAN LUARAN
KESAHAN
Asal dari perkataan Latin Kamus The New Collins
“ VALIDUS bermaksud KUAT (1997),-mengesahkan sesuatu
secara rasmi

(Kerlinger ,1986 )
Dalam konteks penyelidikan
merujuk apa yang sepatutnya
diukur

• Berasal dari perkataan Latin ‘validus’ yang bermaksud kuat (strong)


• Kamus The New Collins (1997),-mengesahkan sesuatu secara rasmi
• Dalam konteks penyelidikan: merujuk kepada mengukur apa yang sepatutnya di ukur (Kerlinger,1986
• Secara amnya, penyelidikan yang mempunyai kesahan yang tinggi bererti dapatan yang diperoleh adalah berdasarkan fakta@bukti dan mampu
memberi justifikasi yang tepat
JENIS-JENIS KESAHAN DALAM
PENYELIDIKAN KUANTITATIF

• KESAHAN LUARAN
Merujuk kepada generalisasi iaitu sejauh mana sesuatu dapatan
@kesimpulan penyelidikan boleh digunakan kepada sample lain
ditempat lain@pada masa yang berbeza.
- Ditentukan oleh pensampelan
- Cthnya: dalam penyelidikan tinjauan, sample rawak yang bersaiz
besar akan memberikan kesahan luar yang tinggi dan penyelidikan
itu boleh di generalisasikan.
• Kesan luaran merupakan elemen yang penting dalam
eksperimen.
• Secara amnya, bagi memastikan kesahan luaran yang tinggi,
penyelidik harus memberi perhatian terhadap ancaman-ancaman
yang berikut:
1) Sample penyelidikan kurang mewakili populasi
yang disasarkan

2) Kesan tikus putih

3) Penyelidikan yang melibatkan isu


@maklumat yang sesnsitif

4) Kegagalan menerangkan
pembolehubah bebas secara eksplisit.
• Sample penyelidikan kurang mewakili populasi yang
disasarkan
- Pemilihan peserta daripada populasi tidak dilakukan secara
rawak menyebabklan sebarang dapatan penyelidikan tidak
dapat digeneralisasikan kepada populasi yang berkaitan
ekoran tiada kesahan luaran.
• Kesan Hawthorne atau kesan tikus putih
- Sample mungkin menunjukkan tingkahlaku yang berbeza
daripada kebiasaan kerana wujud kesedaran akan peranan
yang dimainkan dalam penyelidikan berkaitan.
Cth:sample menunjukkan usaha yg lebih kerana terpilih.
Perlakuan ini boleh mencemari rawatan eksperimen
• Penyelidikan yang melibatkan isu @ maklumat yang
sensitif
- sample mungkin keberatan untuk memberi maklumat yang
berbaur isu @ maklumat sensitif seperti gaji bulanan atau jenis
pekerjaan.
• Kegagalan menerangkan pemboleh ubah bebas secara
eksplisit
- Kegagalan ini akan menjejaskan kesahan luaran. Replikasi
masa depan syarat-syarat eksperimen juga akan menjadi suatu
yang mustahil melainkan pemboleh ubah bebas diterangkan
dengan jelas oleh penyelidik.
KESAHAN DALAMAN
• Adalah suatu anggaran induktif tentang hubungan sebab-akibat
yang dapat dibina berasaskan alat ukur, keadaan penyelidikan dan
reka bentuk keseluruhan penyelidikan.

• Oleh itu, ia hanya relevan kepada penyelidikan yg cuba membina


hubungan sebab-akibat dan sangat dititikberatkan dalam
penyelidikan eksperimental
• Kesahan dalaman menentukan sejauh manakah dapatan
itu dapat di inteprestasikan dengan tepat.
• Untuk meningkatkan kesahan dalaman, penyelidik harus
mengawal semua pemboleh ubah yang berupaya
mempengaruhi fenomena berkaitan.
• Bg penyelidikan yg bersifat tinjauan,kesahan dalaman dapat
ditingkatkan dengan mengawal pemboleh ubah yang boleh
mempengaruhi fenomena yang diselidik secara
langsung(endogenus) mahupun secara tidak langsung
(eksogenus).
• Cthnya: untuk menyelidik faktor yang mempengaruhi
pencapaian matematik pelajar, faktor endogenus adalah
seperti sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik yang
mengajar pula merupakan contoh faktor eksogenus.
• Terdapat beberapa faktor atau penyebab yang boleh
mengancam kesahan dalaman:

1)SEJARAH:
peristiwa spesifik yang berlaku antara pengukuran
pertama (misalnya ujian pra) dan pengukuran kedua
(cthnya ujian pasca) mungkin mempengaruhi keputusan.

2) KEMATANGAN:
Proses yang dilalui peserta dan berubah mengikut
peredaran masa, misalnya meningkat tua, semakin letih
atau bertambah lapar dan sebagainya.
3) KESAN UJIAN:
Ujian pertama yang diberi kepada peserta pada permulaan
penyelidikan mungkin memberi kesan ke atas skor ujian .kedua
perbezaan antara skor ujian pertama dan skor ujian kedua
mungkin disebabkan oleh rawatan eksperimen sepenuhnya tetapi
disebabkan kesedaran peserta akan tujuan sebenar rawatan.

4) INSTRUMENTASI:
Sebarang perubahan dalam skala alat ukur ataupun pertukaran
pemerhati atau pemberi skor mungkin menyebabkan perbezaan
dalam ukuran.
5) PEMILIHAN:
Pemilihan peserta bagi kumpulan perbandingan yang berat
sebelah atau cenderung kepada pihak tertentu.

6) KECICIRAN PESERTA:
Kehilangan peserta disebabkan keciciran yang sering
berlaku dalam penyelidikan atau eksperimen yang
memakan masa yang panjang.
UJIAN

UJIAN SATU HUJUNG UJIAN DUA HUJUNG


UJIAN BERARAH
• Apabila penyelidik meramalkan arah khusus untuk
kesan rawatan (kenaikan atau penurunan). Ia adalah
dibolehkan untuk menggabungkan ramalan berarah ke
dalam ujian hipotesis.
• Keputusan dipanggil ujian berarah atau ujian satu
hujung. Ujian satu arah adalah termasuk ramalan arah
dalam kenyataan hipotesis dan di lokasi rantau
kritikal.
UJIAN BERARAH
(SAMB…)
• Sebagai contoh, jika populasi mempunyai min μ = 80 dan rawatan
adalah diramalkan akan meningkatkan markah, maka hipotesis nol
akan menyatakan bahawa selepas rawatan:
• H0: μ ≤ 80 (tiada peningkatan)
• Dalam kes ini, seluruh rantau kritikal akan terletak di ekor kanan
taburan kerana nilai-nilai yang besar untuk M akan menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan dan akan cenderung untuk menolak
hipotesis nul.
UJIAN TIDAK BERARAH
(UJIAN DUA HUJUNG )
• Ujian Nondirectional, atau ujian dua hujung, adalah ujian hipotesis
di mana hipotesis alternatif dinyatakan sebagai tidak sama(≠).
• Penyelidik berminat dalam mana-mana alternatif dari hipotesisnol
RALAT JENIS 1
yang merupakan sebahagian daripada ujian
statistik hipotesis, merujuk kepada ralat yang
berpunca daripada enggan menerima hipotesis
nol walaupun ia benar.

RALAT JENIS II
ialah ralat yang disebabkan dalam kes hipotesis
nol diterima walaupun ia tidak benar.
RALAT JENIS I DAN RALAT JENIS
II DALAM PENGUJIAN HIPOTESIS
• Kesilapan mungkin berlaku dalam membuat keputusan
daripada satu pengajian hipotesis.
• Ini boleh terjadi kerana ujian yang dijalankan hanya
melibatkan sampel dan bukannya keseluruhan populasi.
• Kesilapan boleh berlaku apabila pengujian menolak Ho.
Kesilapan ini dinamakan Ralat Jenis 1
• Kesilapan boleh berlaku apabila pengujian gagal menolak
Ho. Kesilapan ini dinamakan Ralat Jenis 11.
RALAT JENIS I
• Kesilapan boleh berlaku apabila pengujian menolak Ho.
• Contoh: Ali SEBENARNYA tidak bersalah dalam kes pecah
amanah. Satu pengujian hipotesis dijalankan (di mahkamah)
dengan pendakwaan yang Ali bersalah.
• Ho : Ali tidak bersalah
• H1: Ali bersalah
• Setelah maklumat dikumpulkan daripada sampel pengujian
hipotesis dilakukan ke atas Ali, keputusan pengujian telak menolak
Ho yang sebenarnya Ali adalah tidak bersalah.
• Oleh itu, kesilapan ini dinamakan Ralat jenis 1
RALAT JENIS II
• Kesilapan boleh berlaku apabila keputusan pengujian gagal
menolak Ho
• Contoh Abu SEBENARNYA bersalah dalam kes pecah Amanah.
Satu pengujian hipotesis dijalankan (di mahkamah) dengan
pendakwaan dijalankan yang Abu bersalah.
• Ho : Abu tidak bersalah
• H1 : Abu bersalah
• Setelah maklumat dikumpulkan daripada sampel dan pengujian
hipotesis dijalankan ke atas Abu, keputusan pengujian telah gagal
menolak Ho yang sebenarnya Abu adalah bersalah.
• Oleh itu, kesilapan ini dinamakan Ralat jenis 11.

You might also like