You are on page 1of 17

DMB2413

PRINSIP
INSTITUSI
KEWANGAN
Dr Zarina Kassim
Tel: +60-11 1147 9487
Email: zarina.kassim@upnm.edu.my
Jabatan Pengurusan Logistik dan Pentadbiran Perniagaan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP)
BAB 6
Peraturan Institusi
Kewangan
Pengenalan
• Mandat Bank adalah untuk memastikan kestabilan kewangan kondusif
untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan.
• Bank melaksanakan mandat ini dengan memastikan sistem kewangan
kekal berdaya
tahan sepanjang kitaran ekonomi dan berupaya menghadapi kejutan.
• Dalam hal ini, Bank perlu memastikan institusi kewangan yang berdaya tahan dan
diurus dengan baik, membangunkan sistem penjelasan dan penyelesaian yang
selamat dan boleh diyakini, serta memastikan pasaran kewangan berfungsi
dengan teratur.

3
• Hal ini seterusnya membolehkan aktiviti kewangan dijalankan dengan cara yang
selamat, cekap dan berkesan serta memberikan keyakinan kepada pengguna
apabila berurusan dengan institusi kewangan.
• Peraturan institusi kewangan adalah tertakluk di bawah akta undang-undang
Malaysia (melalui parlimen) yang telah dipersetujui oleh Yang Dipertuan
Agong (YDP) dan diwartakan.
• Akta-akta yang diadakan bertujuan untuk mengawal selia institusi
kewangan termasuklah dari aspek sistem pembayaran, pengawasan
pasaran, penetapan perjanjian, entiti berkaitan, pasaran pertukaran
asing yang bertujuan untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan
sebagainya.

4
Akta-akta Berkaitan
• Akta Bank Negara Malaysia 2009
• Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
• Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
• Akta Insurans 1996
• Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002
• Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
• Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)
• Akta Mata Wang 2020

5
Akta Bank Negara Malaysia
2009
• Krisis kewangan 2008 (krisis subprima) telah memberi kesan krisis
kewangan global.
• Sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, ekonomi Malaysia
terjejas dengan ketara oleh kejatuhan itu dalam perdagangan
dunia yang bermula pada separuh kedua 2008.
• Sehubungan itu, Akta Bank Negara Malaysia 2009, yang dikuatkuasakan
pada 25 November 2009,meletakkan Bank pada asas undang-undang
baharu.

6
• Akta Bank Negara 20009 memberi mandat kepada institusi kewangan
untuk mempromosikan kestabilan monetari yang kondusif kepada
pertumbuhan mampan ekonomi negara.
• Bagi mencapai mandat ini, rangka kerja akauntabiliti dan struktur
tadbir urus telah dipertingkatkan dengan ketara.
• Ini telah dicapai dengan menginstitusikan amalan terbaik yang telah
diterima pakai untuk beberapa tahun sekarang oleh institusi
kewangan.
• Secara keseluruhannya, ekonomi Malaysia pada 2009 menguncup
sebanyak 1.7%, telah menunjukkan pemulihan yang lebih baik
daripada jangkaan.

7
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 &
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam
2013
• Berkuat kuasa mulai 30.6.2013.
• Kedua-dua akta ini merupakan kemuncak dalam usaha untuk
memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan
penyeliaan institusi kewangan di Malaysia.
• Ini bagi memastikan undang-undang ini terus relevan dan berkesan
untuk mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong
pertumbuhan inklusif dalam sistem kewangan dan ekonomi, di
samping menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk
pengguna.

8
• Ciri-ciri utama undang-undang baru ini adalah:

1. Kejelasan dan ketelusan yang lebih tinggi dalam pelaksanaan dan


pentadbiran undang-undang ini. Ini termasuk objektif pengawalseliaan
yang jelas tafsirannya dan akauntabiliti Bank Negara Malaysia bagi
melaksanakan matlamat utamanya untuk memelihara kestabilan
kewangan, keadaan yang jelas bagi membolehkan tindakan diambil oleh
Bank Negara Malaysia untuk melaksanakan kuasa dan fungsi di bawah
undang-undang ini, dan kriteria penilaian yang telus bagi institusi yang
diberikan kuasa untuk terus mengawal selia perniagaan kewangan, dan
untuk kesesuaian pemegang syer;
2. Tumpuan yang jelas terhadap pematuhan dan tadbir urus Syariah
dalam sektor kewangan Islam. Secara khususnya, IFSA
menyediakanmrangka kerja undang-undang yang menyeluruh,myang
selaras sepenuhnya dengan Syariah dalam semua aspek pengawalan dan
penyeliaan, daripada pelesenan hingga pembubaran sesebuah institusi;
3. Peruntukan bagi keperluan pengawalseliaan berbeza yang
mencerminkan aktiviti pengantaraan kewangan dan risiko masing-
masing kepada sistem kewangan secara keseluruhan;
4. Peruntukan untuk mengawal selia syarikat pemegangan kewangan dan
entiti tidak dikawal selia perlu mengambil kira risiko sistemik yang boleh
muncul daripada interaksi antara institusi yang dikawal selia dengan
institusi tidak dikawal selia, aktiviti dan pasaran.
5. Memperkukuh perlakuan perniagaan dan keperluan perlindungan
pengguna untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap
perkhidmatan dan produk kewangan;
6. Peruntukan yang lebih kukuh bagi penguatkuasaan dan campur tangan
penyeliaa yang berkesan dan awal.
Akta Insurans 1996
• Sesetengah orang menyatakan, insurans ini satu perjudian. Lebih-lebih lagi apabila kita
mengambil insurans ke atas nyawa orang lain, dengan harapan untuk mendapatkan duit
apabila dia meninggal dunia. Bukankah ia satu perjudian?
• Sebenarnya, jika anda tidak mendalami ilmu insurans, memang dengan mudahnya, anda
akan membuat andaian sebegitu rupa. Tetapi, hakikat sebenar membuktikan, insurans
dan perjudian itu adalah 2 perkara yang jauh berbeza.
• Faktor utama yang membezakan insurans dari perjudian adalah kewujudan prinsip
Kepentingan Boleh Diinsurans. Prinsip asas ini diterangkan dengan jelas sekali, di dalam,
Subseksyen 152, Akta Insurans 1996 dan buku Panduan Insurans, terbitan Malaysian
Insurance Institute (MII).
• Kepentingan Boleh Dinsuranskan ialah satu hak yang sah terhadap kehidupan seseorang
yang anda miliki kepentingan kewangan ke atasnya, di mana kecacatan atau kematian
kepada diri individu tersebut, akan menyebabkan anda mengalami kerugian kewangan.

11
• Mengikut Subseksyen 152 (1) Akta Insurans 1996, prinsip kepentingan
boleh diinsuranskan hanya perlu wujud pada permulaan kontrak
insurans hayat, iaitu apabila polisi insurans tersebut berkuat-kuasa.
Ketika membuat tuntutan, ketiadaan kepentingan tersebut tidak
membatalkan kontrak insurans.
• Ini bermakna, sekiranya isteri bercerai setelah mengambil insurans ke
atas suaminya, polisi insurans tersebut masih berkuat-kuasa dan tidak
terbatal. Jika bekas suaminya meninggal dunia, si isteri boleh
membuat tuntutan insurans untuk membantu dirinya dan anak-anak
meneruskan kehidupan seperti biasa

12
Akta Institusi Kewangan Pembangunan,
2002
• Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Bahasa Melayu: Akta
Institusi Kewangan Pembangunan 2002), ialah undang-undang
Malaysia yang digubal untuk membuat peruntukan bagi
pengawalseliaan dan penyeliaan institusi kewangan pembangunan
dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
• Contoh Institusi Kewangan Pembangunan: Tekun Nasional, Malaysian
Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Bank Simpanan
Nasional (BSN), Agro Bank, SME Bank, Perbadanan Usahawan
Nasional Berhad (PUNB).

13
Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
• Akta Perniagaan Perkhidmatan Kewangan 2011 mula berkuat kuasa pada 2011
dan pada masa yang sama, Akta Pengurupan Wang 1998 dimansuhkan.
• Akta ini menyokong pembangunan industri perniagaan perkhidmatan wang
yang lebih dinamik, berdaya saing dan profesional sambil memperkukuh
perlindungan daripada pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan
aktiviti haram.
• Akta ini juga menyediakan satu rangka kerja tunggal yang seragam untuk
pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengurupan wang, perniagaan
pengiriman wang dan perniagaan wang secara borong yang mana pada masa
ini ditadbir di bawah tiga akta berasingan

14
Akta Matawang 2020
• Bank Negara Malaysia merupakan pengeluar tunggal wang kertas ringgit
dan duit syiling iaitu mata wang tunggal yang sah diperlakukan di
Malaysia.
• Akta Matawang 2020 adalah mandat kepada bank untuk memastikan
bekalan wang kertas ringgit dan duit syiling sentiasa mencukupi bagi
memenuhi permintaan orang ramai selain mengekalkan kualiti dan
integriti mata wang dalam edaran.
• Akta Mata Wang 2020 berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2020. Akta ini
menetapkan rangka kerja pengawalseliaan dan operasi yang menyeluruh
untuk pengurusan operasi mata wang.
• Dalam melaksanakan mandat ini, bank berusaha menguruskan operasi
mata wang secara berkesan dari segi kos.
• Undang-undang baharu ini akan melengkapkan Akta Bank Negara
Malaysia 2009 yang sedia ada. Antara lain, undang-undang ini
menghendaki mana-mana entiti yang terlibat dalam perniagaan
pemprosesan mata wang untuk memenuhi keperluan yang
dinyatakan dalam Perintah Mata Wang (Kehendak Pendaftaran) 2021
yang akan diwartakan tidak lama lagi.
• Mereka juga perlu berdaftar dengan bank untuk menjalankan
perniagaan tersebut. Selaras dengan peruntukan undang-undang
baharu ini, bagi memastikan kualiti yang tinggi dan integriti mata
wang dalam edaran, semua pemproses mata wang yang berdaftar
perlu mematuhi standard kualiti dan integriti yang akan
diumumkan oleh bank pada tahun 2021.

16
THANK
YOU

You might also like