You are on page 1of 6

PERSARAAN DARIPADA PERKONGSIAN (S.

28)
& PENERUSAN PERKONGSIAN SELEPAS
TAMAT TEMPOH (S. 29)
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MAHMUD (19BI01019)
28. BERSARA DARIPADA PERKONGSIAN MENGIKUT KEHENDAK

(1) Jika tiada tempoh tetap dipersetujui bagi jangka masa perkongsian itu,
mana-mana pekongsi boleh menamatkan perkongsian itu pada bila-bila masa
dengan memberi notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian kepada
semua pekongsi lain.
(2) Jika pada asalnya perkongsian itu telah ditubuhkan melalui dokumen
bertulis, sesuatu notis bertulis, yang ditandatangani oleh pekongsi yang
memberinya, adalah mencukupi bagi maksud ini.
29. JIKA PERKONGSIAN BAGI TEMPOH DITERUSKAN, PENERUSAN
ATAS TERMA LAMA DIANGGAPKAN

(1) Jika suatu perkongsian yang dibuat bagi suatu tempoh tetap diteruskan
setelah habis tempoh itu, dan tanpa apa-apa perjanjian baru yang nyata, hak
dan kewajipan pekongsi adalah sama seperti pada masa tempoh itu habis,
setakat yang selaras dengan insiden perkongsian mengikut kehendak.
(2) Penerusan urusan oleh pekongsi atau mana-mana daripada mereka yang
lazimnya bertindak dalamnya semasa tempoh itu, tanpa apa-apa
penyelesaian atau likuidasi akan hal ehwal perkongsian, dianggap sebagai
penerusan perkongsian itu.
Dua perkara penting yang dimuatkan dalam seksyen ini ialah:
(a) Diperuntukkan bahawa penerusan sesuatu perkongsian selepas
tamat tempoh yang ditetapkan baginya, tanpa perjanjian baharu,
bererti perkongsian yang diteruskan itu dianggap sebagai
perkongsian mengikut kehendak.
(b) Sesuatu perkongsian yang diwujudkan bagi sesuatu tempoh tetap,
maka selepas tempoh yang ditetapkan itu tamat dan perkongsian
diteruskan oleh ahli-ahlinya tanpa perjanjian baharu, maka
perkongsian yang diteruskan itu serta hak-hak dan kewajipan
pekongsi di dalamnya, dianggap tertakluk kepada perjanjian yang
lama, iaitu yang wujud sebelum tamat tempoh, setakat mana syarat-
syarat dalam perjanjian lama itu tidak bercanggah dengan
perkongsian mengikut kehendak.
Sama ada sesuatu perkongsian yang tamat
tempohnya diteruskan atau tidak, dapat
ditentukan berpandukan seksyen kecil (2) iaitu
penerusan perniagaan atau urusan perkongsian
itu oleh pekongsi-pekongsi atau mana-mana
pekongsi yang lazim bertindak bagi perkongsian
tanpa penyelesaian atau penggulungan urusan
perkongsian dianggap sebagai penerusan
perkongsian.
KES-KES
• SUKHINDERJIT SINGH MUKER v ARUMUGAM DEVA
RAJAH, [1998] 2 MLJ 117
• MICHAEL SIM HANG CHUANG v SYARIKAT SRI PUSPA
& ORS, [2000] 6 MLJ 189

You might also like