You are on page 1of 10

BUSINESS LAW

BUSINESS LAW

NUR AIN NISHA


JOEL ALVIN
Akta 1950 tidak menyatakan apa-apa tentang prinsip doktrin
priviti dan jus quaesitum tertio. Walaupun begitu, doktrin priviti
BUSINESS LAW

BUSINESS LAW
telah diisytiharkan kewujudannya di Malaysia. Secara amnya,
kedudukannya kelihatan sama seperti di United Kingdom
sebelum penerimaan pakai contracts (Right of Parties) Act 1999.
Dengan demikian, tidak dapat dinafikan bahawa wujud lakuna
(tiada peruntukan) dalam kerangka undang-undang kontrak di
Malaysia mengenai pemakaian prinsip jus quaesitum tertio. Kes
Kepong Prospecting Ltd. v Schmidt [1968] merupakan kes
ulung mengenai pemakaian doktrin priviti di Malaysia.
DOKTRIN PRIVIT JUS QUAESINTUM TERTIO
Isu penting dan patut diteliti
Hak yang terletak hak
kerana ia adalah isu yang
BUSINESS LAW

pada, atau diperoleh oleh,


sangat nyata dan premis
orang ketiga yang timbul
penting dalam undang-
melalui kontrak.
undang inggeris
kontrak common law menyatakan
1 istilah latin ini tidak bahawa suatu kontrak tidak boleh
diiktiraf dalam undang- memberikan hak atau memaksakan
undang kontrak inggeris kewajiban yang timbul berdasarkan
sejak dahulu lagi. kontrak itu pada seseorang atau agen
kecuali yang terbabit dengannya.
BUSINESS LAW
BUSINESS LAW
Schmidt telah membantu menubuhkan Syarikat Kepong Prospecting Ldt
dan telah dilantik sebagai Pengarah Urusan. Selepas penubuhan
syarikat, satu perjanjian telah dibuat di mana syarikat bersetuju
membayar Schmidt, 1% daripada harga jualan semua bijih yang didapati
daripada lombong tersebut sebagai balasan kepada segala khidmat yang
telah diberikan oleh Schmidt bagi pihak dan atas nama syarikat sebelum
dan selepas penubuhannya dan bagi khidmat-khidmat yang akan datang.
Tidak lama selepas itu, perselisihan berlaku dan Schmidt membuat
tuntutan berdasarkan perjanjian tersebut.

S.26(b) ak1950: Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah


batal, kecuali ianya suatu janji untuk memampas, sama ada secara
keseluruhan atau sebahagian. Merujuk kepada perbuatan yang telah
dilakukan secara sukarela sebelum sesuatu janji dibuat.
Mungkin peruntukan yang membuka ruang yang
lebih positif bagi pemakaian jus quaesitum tertio di

BUSINESS LAW
Malaysia terkandung dalam Akta 1999, khusus bagi
kontrak perdagangan yang melibatkan pengguna.
Dalam kontrak yang melibatkan pengguna ia
sangat ketara kerana ianya merupakan satu
halangan besar terhadap tindakan menuntut ganti
rugi dari penjual atau pihak pengeluar. Menurut
Sakina (2003), dalam keadaan priviti mendatar
hanya pihak-pihak yang berkontrak sahaja yang
boleh menuntut apa-apa faedah di bawah kontrak.
Akta ini tidak terpakai jika pembeli membeli barang-barang atau perkhidmatan untuk
tujuan perniagaan. Secara mudah kita boleh melihat bahawa pengguna dan konsep
kepenggunaan dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Satu perkara
yang memberansangkan ialah pemansuhan doktrin priviti kontrak yang terdapat dalam
akta ini melalui definisi ‘pengguna’. Mengikut pemakaian doktrin, hanya pihak- pihak
yang terlibat dalam kontrak sahaja yang boleh menguatkuasakan kontrak tersebut.
Dengan kata lain kontrak jualan hanya mengikat penjual dan pembeli dan ia tidak
sama sekali mengikat pihak ketiga. Daripada perspektif pengguna, doktrin priviti
kontrak ialah salah satu doktrin dalam pembentukan undang-undang jualan barang
yang menjadi satu halangan utama dalam tindakan gantirugi terhadap penjual atau
pengeluar. Pemansuhan doktrin priviti ini melalui definisi ‘pengguna’ dan perluasan
hubungan kontraktual yangmerangkumi pengilang dalam situasi tertentu merupakan
peruntukkan perlindungan pengguna yang sangat dialu-alukan.
Hubungan Kontraktual adalah hubungan berdasarkan kontrak
antara 2 pihak atau lebih yang terlibat dalam berkerjasama.

BUSINESS LAW
BUSINESS LAW

Kontrak merupakaan kesepakatan ( perjanjian ) secara sukarela


anatar 2 pihak yang mempunyai kekuatan hukum.
Dalam bidang undang-undang yang melibatkan ilmu ekonomi
seperti kontrak, adalah amat penting untuk meneliti pergerakan
BUSINESS LAW

BUSINESS LAW
‘iklim’ ekonomi global kerana perubahan yang sering berlaku
memerlukan perundangan yang anjal dan berupaya memenuhi
keperluan semasa. Kecanggihan teknologi yang memungkinkan
perhubungan yang bersifat spontan telah mengubah tatacara
berkomunikasi yang sekaligus turut memberi impak kepada
kaedah perdagangan atau perniagaan dikendalikan di merata
pelosok dunia. Kini kontrak antara dua atau lebih pihak boleh
dimeterai dengan sekelip mata dan di mana jua mereka berada,
baik dalam urusan perniagaan yang bersifat global, serantau
mahupun nasional.
Kebebasan ini haruslah dikawal agar tidak menjadi punca penindasan
berleluasa kelompok pengguna. Justeru itu, kebebasan berkontrak secara
bentuk seragam dengan memasukkan terma yang tidak adil dalam pengguna
haruslah dikekang dengan peruntukan perundangan perlindungan pengguna
yang lebih berkesan; mempamerkan penerapan. Berlandaskan perkembangan

BUSINESS LAW
terkini yang telah dan sedang mengambil tempat di serata pelosok dunia dalam
urusan kontrak, kajian semula doktrin priviti kontrak sebagai doktrin landasan
pembentukan undang-undang kontrak di Malaysia merupakan satu langkah
yang perlu diberikan perhatian serius. Pemansuhan doktrin ini di persada
undang-undang kontrak negara luar seperti England dan Amerika Syarikat jelas
sebagai bukti bahawa kelonggaran doktrin ini tidak menimbulkan masalah
dalam sistem perundangan negara-negara tersebut. Kekaburan autoriti
statutori tentang aspek ini dalam Akta 1950, mungkin boleh dijadikan titik tolak
satu kajian menyeluruh reformasi pemakaian doktrin priviti kontrak di
Malaysia.

You might also like