You are on page 1of 2

Jimat Air Tips Terbaik Melalui 6 Cara

Bagaimana untuk menjimatkan air? Dengan krisis air sering berlaku akibat daripada peningkatan permintaan dan pencemaran sungai yang makin berleluasa, kita boleh menjimatkan penggunaan air dengan lebih efisyen.

1) Baiki Paip Bocor Ok, kebocoran paip itu mungkin kecil tetapi apabila air dibazirkan tanpa berhenti 24 jam dam 7 hari seminggu, ini menyebabkan pembaziran air dan duit. Kita boleh mengetahui paip bocor yang tersembunyi melalui bacaan meter, dengan menutup semua paip di rumah selama beberapa jam. Jika bacaan meter itu mempunyai perbezaan yang besar, itu bermakna ada paip bocor tersembunyi. Dengan meletakkan sedikit pewarna sebelum flush di dalam mangkuk tandas, kita boleh tahu kebocoran sekiranya pewarna ada di luar mangkuk tandas. 2) Gunakan Air Hujan Kita boleh menggunakan air hujan untuk menyiram pokok-pokok di laman secara percuma ! Ianya lebih menjimatkan apabila kita mempunyai kawasan pokok yang dekat dan menyiram kepada akar daripada daun pokok tersebut. 3) Basuh Apabila Penuh Daripada kita membasuh baju berkali-kali, ianya membasuh baju sekali sehaja di dalam mesin basuh apabila sudah penuh, ini dapat menjimatkan air dengan banyak. 4) Mandi Mandi dengan shower sebenarnya adalah lebih menjimatkan daripada menggunakan gayung atau tub kerana jumlah titisan air yang sedikit yang keluar. Kurangkan masa mandi anda, ianya boleh membawa perubahan kepada bil anda. Tutup pili air ketika memberus gigi atau bercukur. 5) Gunakan Aerator atau Penyekat Span Pada Paip Aerator atau penyekat span akan memperlahan kelajuan jumlah air yang keluar pada paip dan penggunaan air dengan lebih efisyen apabila membasuh tangan dan pinggan.

6) Gunakan Baldi Daripada Hos Kita boleh membasuh kereta dengan menakung air baldi daripada membiarkan air mengalir daripada hos kerana kita mungkin boleh membasir sehingga 1000L/sejam hanya untuk membasuh kereta sahaja !

Terdapat banyak lagi cara untuk menjimatkan air,dan ianya bergantung kepada kita untuk melakukan perubahan. Selamat mencuba !

Kesimpulan - Jimat air, duit boleh dijimatkan - Baiki paip bocor secepat mungkin - Ambil perhatian kepada isu air di kawasan anda, anda boleh bersedia apabila krisis air berlaku

Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.

You might also like