You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TIMBANG BATU

XBA 5115

PETI SURAT 30 89107 KOTA MARUDU

TEL : 088-663253 FAX : 088-663253 E-MEL : sktbkm1996 @hotmail.com 3

No. Rujukan Tarikh

: XBA5115/600-2(01) : 06 September 2011

Kepada : Semua Ibubapa dan pengusaha kereta / van / bas sekolah Tuan /puan, MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU PERSEKOLAHAN PADA HARI RABU DAN KHAMIS Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Mesyuarat kokurikulum pada 24 Ogos 2011 telah memutuskan perubahan waktu persekolahan pada hari Rabu dan Khamis, manakala pada hari lain sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Perubahan waktu persekolahan ini akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai minggu peperiksaan UPSR iaitu bermula 19 September 2011. 3. Pada hari Rabu murid yang terlibat ialah murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6 manakala pada hari Khamis turut melibatkan murid tahun 3, 4,5 dan 6. Murid-murid lain yang tidak terlibat bersekolah seperti biasa. 3. Untuk makluman tuan/puan, perubahan ini mengambil kira arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan penyelarasan pihak sekolah dalam melaksanakan kegiatan ko-kurikulum seperti Unit Beruniform, Kelab Sukan dan Persatuan serta program 1 MURID 1 SUKAN yang diselaraskan dalam waktu persekolahan. 4. Waktu persekolahan pada hari Rabu akan bermula jam 7.20 pagi dan waktu pulang pada pukul 2.10 petang. Manakala pada hari Khamis waktu persekolahan bermula jam 7.20 pagi dan berakhir jam 1.40 petang. 5. Oleh yang demikian, pihak sekolah mengharapkan kerjasama yang sebaiknya daripada semua pihak demi melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran muridmurid SK Timbang Batu dan juga kecemerlangan mereka dalam bidang kokurikulum. Sekian dan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

JUBILI BIN INTANG Guru Besar, SK Timbang Batu, 89107 Kota Marudu.
sk. PPD Kota Marudu Pengerusi PIBG SK Timbang Batu

You might also like