You are on page 1of 2

Pengenalan (Hubungan Etnik) Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan

terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian etnik seperti kaum Melayu, Cina, India, serta kaum pribumi di Sabah dan Sarawak. Selain itu terdapat kepelbagaian agama yang wujud dalam komuniti Malaysia. Penduduk asal Malaysia sebelum berlakunya penjajahan dari Negara luar seperti Portugis, Belanda dan British adalah berbangsa Melayu. Malaysia sebelum ini lebih dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu . Pada 18 Januari 1956, wakil-wakil Kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC dan wakil-wakil Raja-raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London bermesyuarat selama 3 minggu untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Delegasi menuntut kemerdekaan ini diketuai oleh Ketua Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selepas itu Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Kemudian Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak untuk menjadi sebuah negara baru iaitu Malaysia. Di sepanjang tempoh 132 tahun ini telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan negara termasuklah perhubungan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehingga kini 31 Ogos 2012, Malaysia telah menikmati kebebasan selama 55 tahun kemerdekaan. Ini merupakan satu tempoh yang agak lama bagi sesebuah Negara yang bebas bagi membentuk acuan pemerintahan sendiri dan terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu (termasuk masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India. Kepelbagaian kaum ini terhasil daripada proses migrasi, perdagangan, hubungan diplomatik, dan perkahwinan. Pencapaian Malaysia dalam aspek-aspek ini berteraskan kepada keamanan dan perpaduan etnik secara kseluruhannya di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Dalam era globalisasi yang serba canggih dan berteknologi tinggi serta dunia tanpa sempadan ini, pelbagai cabaran telah dihadapi dalam memupuk perpaduan kaum. Pelbagai cara telah diambil dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan berterusan seperti penubuhan agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Perpaduan Negara dimana agensi bertanggungjawab melaksanakan keharmonian masyarakat setempat dalam Malaysia. Contohnya, penubuhan Rukun Tetangga di kampung-kampung, taman-taman perumahan serta di bandar bagi memupuk semangat kejiranan diantara kaum yang berlainan bangsa dalam satu masyarakat Malaysia.

You might also like