You are on page 1of 7

DASAR-DASAR NEGAR KE ARAH MEMBENTUK PERPADUAN NEGARA

Dasar Ekonomi Baru Rukun Negara Dasar Pendidikan Negara Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Pembangunan Negara

Dasar Ekonomi Negara


Objektif Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya sat u pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan nega ra dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Strategi Pelaksanaan
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Pembukaan Tanah (FELDA) pemberian subsidi kepada para petani kecil dan nelayan. Latihan kemahiran kepada golongan belia luar bandar. Perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar.

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi

Rukun Negara
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia

Objektif Rukun Negara


Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. Memelihara cara hidup demokratik. Mencipta satu masyarakat yg adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil & saksama. Membentuk satu sikap yg liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya & berbagai-bagai corak. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains & teknologi moden.

You might also like