You are on page 1of 7

Nota SJH1107 Sejarah Malaysia Moden

BAB ENAM: PERLETAKAN ASAS PEMBINAAN NEGARA PERLETAKAN ASAS DALAM PENDIDIKAN NEGARA Laporan Barnes (1951) Laporan Barnes telah disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan clan memperbaiki taraf pendidikan orang Melayu. Selain itu, Laporan Barnes bertujuan untuk mewujudkan satu sistem persekolahan yang bersifat kebangsaan di Tanah Melayu. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

1. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. 2. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. 3. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. 4. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu. 5. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. 6. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

Laporan Fenn-Wu (1951) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.

1 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota SJH1107 Sejarah Malaysia Moden

Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Antara syor yang dikemukakan oleh Laporan Fenn-Wu termasuklah:

1. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan. 2. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. 3. Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung

keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Sistem Persekolahan Kebangsaan (Ordinan Pendidikan 1952) Berdasarkan Laporan Barnes 1951 dan Laporan Fenn-Wu 1951, kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengeluarkan Ordinan Pendidikan 1952 yang menjadi halatuju kepada perlaksanaan pendidikan di Tanah Melayu. Ordinan ini telah menetapkan bahawa penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Selain itu, Bahasa Cina dan tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik darjah dan Sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajaran kebangsaan. Walau bagaimanapun, Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana menghadapi pelbagai masalah termasuklah masalah kekurangan guru, kewangan dan tentangan kaum Cina dan India. Namun begitu Jawatankuasa Khas telah dilantik untuk menguruskan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952 melalui tiga objektif, iaitu:

1. Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah vernakular Melayu iaitu bahasa Melayu dan Inggeris;

2 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota SJH1107 Sejarah Malaysia Moden

2. Penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu akan secara beransur-ansur dapat diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing; 3. Mengehadkan kadar kemasukan murid ke sekolah jenis kebangsaan Inggeris; 4. Penubuhan pendidikan menengah vokasional diperluas sebagai usaha mewujudkan tenaga mahir di Tanah Melayu.

Namun begitu, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada kepada hala tuju dan falsafah pendidikan yang boleh memberikan kepuasan kepada semua pihak.

Manakala kaum Cina terus menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu tinggal seperti sediakala.

Penyata Razak (1956) Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein. Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

3 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota SJH1107 Sejarah Malaysia Moden

Antara tugas jawatankuasa ini ialah untuk:

1. membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa 2. menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan 3. menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain 4. mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama 2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. 4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. 7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. 8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. 9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

4 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota SJH1107 Sejarah Malaysia Moden

PELAN PEMBANGUNAN MALAYA (1950-1955) Pelan Pembangunan Malaya 1950 dirangka bertujuan untuk menentukan polisi pembangunan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun bermula pada tahun 1950 sehingga ke 1955. Draf pembangunan ini telah dirangka pada tahun 1949 dan diselesaikan pada Jun 1950 dan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan. Antara penekanan yang diberikan melalui pelan pembangunan ini termasuklah:

1. Menekankan pembangunan luar bandar di bawah Rural and Industrial Development Authorities (RIDA) yang merupakan sebuah agensi

pembangunan yang telah diperbadankan. 2. Membasmi masalah buta huruf melalui pembentukan kurikulum pendidikan yang lebih tersusun dan bersifat kebangsaan, selain memulakan sistem pendidikan di peringkat kolej latihan, pendidikan menengah dan vokasional selain memberi penekanan terhadap pendidikan tinggi. 3. Memberi penekanan terhadap usaha-usaha meningkatkan pertahanan dan keselamatan Tanah Melayu melalui usaha-usaha membasmi ancaman pengaruh komunis. (hampir 45% perbelanjaan kerajaan Persekutuan dihabiskan untuk membanteras ancaman komunis) 4. Mewujudkan undang-undang perburuhan melalui Labour Code termasuklah menekankan kebajikan dan kesihatan buruh bagi mengelakkan pengaruh komunisme terus meresap ke dalam persatuan buruh di Tanah Melayu. 5. Meningkatkan taraf kesihatan di luar bandar dan membasmi masalah penularan wabak batuk kering (tubercolosis).

5 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota SJH1107 Sejarah Malaysia Moden

PELAN LIMA TAHUN MALAYSIA (1956-1960) Kerajaan British telah melaksanakan satu rancangan ekonomi lima tahun setelah mendapat ilham daripada kejayaan rancangan ini di Russia dan India serta pengalaman Marshall Plan. Perancangan ekonomi ini bermula dengan lawatan yang dibuat oleh wakil Bank Dunia pada tahun 1954. Sebelum itu, satu draf pembangunan telah dibuat oleh kerajaan British iaitu Draft Development Plan of Malaya pada tahun 1950.

Rancangan Malaya Pertama (1955 - 1960) Pemimpin tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab untuk

mengendalikan pembangunan negara melalui pemerintahan sendiri selepas Pilihanraya Umum 1955 yang membawa kepada pembentukan kerajaan oleh Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman. Dalam Rancangan Malaya Pertama ini, tumpuan yang serius telah diberikan dalam sektor ekonomi, sosial dan perkhidmatan awam. Dalam bidang ekonomi misalnya, antara usaha penting kerajaan termasuklah:

1. Mempergiat pembukaan tanah baru untuk pertanian 2. Menggalakkan penanaman semula getah melalui pekebun kecil dan ladang 3. Mempelbagaikan hasil pengeluaran pertanian 4. Memperluas perusahaan bijih timah

Dalam aspek sosial, kerajaan mula memajukan sektor perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan.

Dalam aspek perkhidmatan awam, kerajaan telah mula membina pelbagai infrastruktur seperti balai polis,kem tentera, pejabat pos,mahkamah dan rumah kakitangan awam.

6 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

Nota SJH1107 Sejarah Malaysia Moden

Pembangunan luar bandar dan orang Melayu telah menjadi keutamaan dalam rancangan ini. Antaranya adalah dengan penubuhan agensi seperti Rural Industry Development Agency (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Peranan RIDA termasuklah:

Ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar. Memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil. Membantu pemasaran hasil pertanian Menggalakkan orang Melayu menceburi sektor perniagaan

Peranan FELDA pula termasuklah:

Bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar Meningkatkan hasil pertanian negara dengan menumpukan penanaman getah dan sawit Membantu orang Melayu yang miskin dengan membuka tanah baru yang lengkap dengan kemudahan asas

Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan disebabkan:

I.

Ancaman komunis dalam zaman darurat memaksa sejumlah besar wang negara beralih kepada perbelanjaan keselamatan negara

II.

Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia

7 Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

You might also like