You are on page 1of 49

Persekutuan Tanah Melayu 1948

lATaR BELAKANG PENUBUHAN PTM 1948

Tentangan orang Melayu dan setengah-setengah ahli Parlimen Inggeris menggambarkan adanya kepincangan dalam rancangan Malayan Union. Akhirnya Kerajaan Britain bersetuju adakan persidangan bagi pertimbangkan seluruh usul yang terkandung dalam Perlembagaan Malayan Union semula. Kerajaan Britain bersetuju untuk pinda Malayan Union. Pada Jun 1946, Kerajaan British telah hantar 2 orang ahli Parlimen British iaitu Gammans (Parti Konservatif) dan Williams (Parti Buruh).

Mereka telah sampai ke Kuala Lumpur untuk tinjau keadaan politik di Tanah Melayu. Hasilnya, Kerajaan Britain telah pinda Malayan Union. Pada 23Julai 1946, British telah lantik satu Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada : 4 orang wakil Sultan Melayu 2 orang wakil UMNO 6 orang pegawai kanan British Pengerusinya ialah Sir Malcom MacDonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara. Jawatankuasa Kerja itu bertugas untuk gubal satu perlembagaan baru untuk gantikan Malayan Union.

Jawatankuasa Kerja ini telah mengesyorkan perkara berikut: a) Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. b) Kuasa politik Raja-raja Melayu dipulihkan. c) Hak istimewa orang Melayu dikembalikan. d) Syarat-syarat kerakyatan bagi kaum bukan Melayu diperketat.

Jawatankuasa ini selesai gubal satu perlembagaan baru berdasarkan syor tersebut pada Disember 1946 yang dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan ini sejajar dengan tuntutan dan kehendak UMNO. Kemudiannya, Kerajaan Inggeris telah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada akhir Disember.

Tujuannya untuk dapatkan pandangan kaum bukan Melayu mengenai draf perlembagaan Persekutuan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja itu. Perlembagaan Persekutuan mendapat tentangan daripada kaum bukan Melayu dan juga kaum Melayu yang berhaluan kiri serta revolusioner terutama daripada AMCJA dan PUTERA.

Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan pada 1 Februari 1948 bagi gantikan Perjanjian Malayan Union 1946. Kegagalan Malayan Union buktikan kejayaan orang tempatan tentang penjajahan British di Tanah Melayu.

Faktor-faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

1. Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union

Orang Melayu telah bantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar secara tegas. Mereka telah adakan demonstrasi serta hantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

2. Perpaduan orang Melayu daripada semua golongan

Perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan Raja-raja Melayu telah wujud sehingga berjaya atasi pihak lain yang sokong Malayan Union. Keupayaan orang Melayu pujuk dan desak British untuk hidupkan dasar perlindungan semula telah bantu mereka tolak Malayan Union.

3.Sokonga n bekas pegawai

Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Swettenham, Winstedt , Maxwell dan Clementi. Pegawai-pegawai British ini telah tolak dasar penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

Sokongan pegawai tinggi

Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac Donald, Sir Edward Gent, dan L.D. Gammans turut sama bantu gagalkan Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

politik orang Melayu yang

Sikap politik sederhana orang Melayu telah dorong British mulakan rundingan bagi cari jalan penyelesaian. Orang Melayu hanya bertindak dengan tulis rencana dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres, dan pujuk Raja-raja Melayu supaya pulaukan Malayan Union. Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union tidak dengan cara kekerasan seperti angkat senjata seperti yang dibuat oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

tidak menuntut kemerdek

UMNO dan Raja-raja Melayu menuntut diadakan rundingan kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan Malayan Union tetapi mereka tidak tuntut kemerdekaan daripada British. Faktor inilah menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. British bimbang orang Melayu akan terpengaruh oleh perjuangan parti politik radikal seperti KMM, API, AWAS, dan BATAS yang mendapat pengaruh gerakan politik radikal dari Indonesia.

7. Gesaan Piagam Atlantik

Piagam Atlantik dikeluarkan oleh BangsaBangsa Bersatu pada 1945 iaitu selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. a) Piagam ini tidak galakkan penjajahan baru b) Meminta negara-negara kolonial berikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan c) Pembentukan PTM 1948 selaras dengan hasrat Piagam tersebut.

1. 2.

3. 4. 5.
6.

Persekutan Tanah Melayu 1948 Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union Perpaduan orang Melayu daripada semua golongan Sokongan bekas pegawai British Sokongan pegawai tinggi British Sikap politik orang Melayu yang sederhana UMNO tidak menuntut kemerdekaan

Pada pendapat anda, apakah faktor terpenting yang membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

Langkah-langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

1.Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif

Jawatankuasa Eksekutif yang dibentuk oleh British terdiri daripada 12 orang ahli yang mewakili pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-raja Melayu. Mesyuarat Jawatankuasa itu telah diadakan di King's House, Kuala Lumpur.

Terdapat lima tuntutan yang dikemukakan oleh orang Melayu iaitu: a) UMNO dan Raja-raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. b) Mereka menuntut sebuah persekutuan berkonsepkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. c) Menolak kerakyatan terbuka dalam Malayan Union. d) Dasar perlindungan terhadap negeri Melayu dan orang Melayu hendaklah dikekalkan. e) Menuntut kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui dan dipulihkan semula.

2. Penentanga n AMCJA dan

Jawatankuasa Eksekutif yang dibentuk oleh British ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan Dr. Burhanuddin alHelmy kerana: i. Jawatankuasa tersebut tidak disertai oleh orang dagang. ii. Mereka mahukan konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh Tanah Melayu.

All Malayan Council of Joint Action(AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO. Tindakan yang diambil oleh AMCJA dan PUTERA ialah: (i) Mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok.

(ii) Mengemukakan cadangan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947 yang menuntut: a) Singapura disatukan dengan Tanah Melayu b) Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis Negeri dipilih c) Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat d) Keistimewaan orang Melayu dikembalikan.

e) Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu. f) Kerakyatan yang sama untuk semua g) Warna merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu h) Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. i) Pertahanan dan hal-ehwal luar negara menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu. j) Warganegara Tanah Melayu haruslah dinamakan Melayu

Penubuha n Jawatank

British telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan mereka dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan 1948. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada 2I Januari 1948 antara Raja-raja Melayu dengan British di King's House, Kuala Lumpur dan diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

Ciri-ciri Utama perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

1. Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada sebelas buah negeri. 2. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

3. Perlindungan khas diletakkan


di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
4.Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.

5.Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

6.British masih menguasai Tanah Melayu kerana Tanah Melayu belum lagi mencapai kemerdekaan.

7. Perkongsian kuasa dibuat antara Majlis Raja-raja dengan Pesuruhjaya Tinggi British pada peringkat pusat.

8. Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri.

9. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri diwujudkan.


10. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas kepada sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan seterusnya mewujudkan Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.

Senarai Persekutuan

Senarai Negeri

Perkara-perkara Perkara-perkara pentadbiran yang pentadbiran yang diletakkan di bawah diletakkan di bawah bidang kuasa bidang kuasa kerajaan pusat di kerajaan negeri. Kuala Lumpur.

11. Syarat kerakyatan diperketat. Prinsip jus soli hanya untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka).

12. Pengenalan Rakyat Raja Melayu (orang Melayu yang lahir di sesebuah negeri Melayu diakui sebagai rakyat negeri tersebut secara automatik) telah membuktikan penerusan dasar perlindungan British terhadap: a) b) c) d) Kedudukan istimewa orang Melayu. Status quo Negeri-negeri Melayu dilindungi. Kedudukan agama lslam. Adat istiadat Melayu.

13. British mengiktiraf ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang sememangnya diakui oleh British sejak Perjanjian Pangkor 1874.

14. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukan Raja yang jelas dalam pentadbiran. Setiap negeri telah mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri.

15.Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu antara British dengan Rajaraja Melayu dengan UMNO merupakan Kontrak Sosial (perjanjian bertulis British tentang kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan) yang diteruskan selepas tahun 1948.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

You might also like