You are on page 1of 12

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SEKOLAH SUKAN NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 TIME/CUE Pengumuma

n TEXT Assalamualaikum dan salam sejahtera: Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puanpuan ke majlis yang begitu bermakna pada malam ini. Untuk melancarkan perjalanan majlis kita pada malam ini, saya memohon kerjasama daripada para hadirin untuk mematuhi beberapa perkara berikut: Sepanjang majlis ini berlangsung, pihak majlis memohon kerjasama tuantuan/puan-puan agar dapat mematikan telefon bimbit masing-masing atau menukar kepada mod senyap sebagai tanda menghormati majlis. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta untuk mengurangkan pergerakan keluar dan masuk dewan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar Bagi memeriahkan majlis, pihak majlis memohon para hadirin untuk berdiri serta memberikan tepukan semasa pengacara mengumumkan ketibaan YAB Ketua Menteri Melaka Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai. Sekian harap maklum, terima kasih.

Ketibaan VIP

Raimi

Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka diiringi Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Melaka dan dif-dif kehormat masuk ke dewan.

Nyanyian lagu patriotik

Raimi

Nyanyian lagu Negaraku Hadirin diminta untuk bersedia. ** Selesai nyanyian: Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan hadirin dipersilakan duduk. ** Persembahan pembukaan (Overture) dari SMK Durian Tunggal ** Selepas selesai persembahan Bismillahirahmanirahim.. Mayang berliut berisi padat, Tidak bercabang lembut empulur, Resamnya timur menjunjung adat, Pabila bertandang salam dihulur. Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau,
2

Salam Melaka 750 tahun. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka , Yang Berhormat Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka Yang Berhormat Datuk Haji Ab Rahaman bin Haji Ab Karim Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka Yang Berbahagia Puan Ee Hong Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Berbahagia Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Melaka Yang Berbahagia, Encik Abdul Mutalib bin Osman Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka Yang dihormati Ketua-ketua sektor Jabatan Pelajaran Melaka Yang dihormati Pegawai Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Yang dihormati Ketua Ketua Unit Jabatan Pelajaran Melaka Yang dihormati Pengetua-pengetua sekolah-sekolah sukan negeri

Laili Salutasi

Yang dihormati pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Melaka, Yang dihormati pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Laili Kata kata aluan MC Yang dihormati ketua-ketua kontijen, pengurus-pengurus pasukan, jurulatih dan pegawai-pegawai teknikal kejohanan, Yang dikasihi, peserta-peserta kejohanan Seterusnya tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian. Sukacita dimaklumkan bahawa persembahan pembukaan tarian selamat datang sebentar tadi dibawa khas dari SMK Durian Tunggal, Melaka dipimpin oleh Cikgu Zainal Abidin bin Joned. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, marilah kita bersama-sama merafakan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan Inayah-Nya, nikmat kesihatan dan kelapangan yang dikurniakan, maka kita dapat meraikan MAJLIS ANUGERAH KARNIVAL SEKOLAH-SEKOLAH SUKAN NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN 2012. Majlis merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga buat tetamu kehormat kita iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka kerana sudi bertandang dan meluangkan masa untuk menyempurnakan majlis yang gilang gemilang ini. Sesungguhnya dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri, bertambahlah meriah majlis kita pada malam ini.

Raimi YAB Datuk Seri dan hadirin sekalian, Kejohanan Sekolah Sukan Negeri Peringkat Kebangsaan 2012 ini, adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Melaka telah bermula pada 16 November 2012 dan telah berlangsung selama 4 hari di bumi Hang Tuah ini. Buat makluman Yang Amat Berhormat Datuk Seri, sebanyak 15 kontijen dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam menjayakan kejohanan yang berprestij ini. Antara pertandingan yang telah dianjurkan sepanjang kejohanan ini adalah Bola Jaring, Sepak Takraw, Bola Sepak serta Balapan dan Padang. Para atlet yang mengambil bahagian telah mempamerkan kemahiran dan semangat kesukanan yang tinggi serta memberikan komitmen bagi memastikan pasukan mereka menjadi juara. Namun sudah bertonggak adat, pasti ada yang menang, sudah pasti ada yang kecundang. Lantaran itu, malam yang berbahagia ini, kita akan sama-sama menyaksikan anugerah-anugerah yang akan disampaikan bagi mengiktiraf atlet-atlet harapan negara, dan negeri manakah yang akan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sekolah Sukan 2012. Sama-samalah kita tunggu... Laili Ucapan aluan YAB Datuk Seri dan hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Pengarah Pelajaran

Pengarah Pelajaran Melaka

Melaka. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Melaka untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Raimi UCAPAN YAB Ketua Menteri Melaka

Demikianlah tadi ucapan daripada Yang Berbahagia Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Melaka. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

YAB Datuk Seri dan hadirin dimuliakan sekalian, Kalau dilipat sebesar kuku Kalau dibentang seluas alam Yang jauh diimbau Yang dekat digamit Seuntai salam sejambak kata Degup bicara, merisik rasa. Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, iaitu ucapan daripada tetamu kehormat kita. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Laili

Demikianlah tadi bait bait kata yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi. Semoga kata-kata daripada YAB Ketua Menteri yang penuh aspirasi itu tadi akan menyuntik inspirasi dan motivasi.

Laili Persembaha n tari robik YAB Datuk Seri dan hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tari robik dari adik-adik Sekolah Kebangsaan Kemendor Melaka. Dipersilakan. ** Persembahan tari robik dari Sekolah Kebangsaan Kemendor, Melaka Buat maklumat hadirin sekalian, persembahan itu tadi telah dipimpin oleh _________________________________________________.

Penyampaia n hadiah dan anugerah

Raimi

YAB Datuk Seri dan hadirin sekalian Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian hadiah dan anugerah kejohanan. Bagi menyempurnakan upacara, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Melaka untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Puan Ee Hong,

Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka untuk sama-sama berada di atas pentas. Dipersilakan. [RUJUK SENARAI PENERIMA HADIAH ANUGERAH]

Buat makluman hadirin sekalian, pemenang anugerah akan membawa pulang sebuah trofi iringan dan juga sijil. Raimi & Laili Pertandingan Bola Jaring: # Pemain terbaik : #Penjaring terbanyak : #Johan keseluruhan : Mohon pengurus pasukan untuk menerima hadiah Pertandingan Sepak Takraw Kategori Bawah 14 tahun: # Tekong terbaik : # Apit Kanan terbaik : # Apit Kiri terbaik : Pertandingan Sepak Takraw Kategori Bawah 16 tahun: # Tekong terbaik : # Apit Kanan terbaik : # Apit Kiri terbaik :

#Johan keseluruhan : Mohon pengurus pasukan untuk menerima hadiah Pertandingan Bola Sepak: # Pemain terbaik : #Penjaring terbanyak : #Johan keseluruhan : Mohon pengurus pasukan untuk menerima hadiah

Raimi & Laili

Pertandingan Balapan & Padang bawah 14 tahun: # Olahragawati : #Olahragawan : Pertandingan Balapan & Padang bawah 16 tahun: # Olahragawati : #Olahragawan : #Johan keseluruhan : Mohon pengurus pasukan untuk menerima hadiah

Seterusnya, anugerah keseluruhan. Kontijen manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sekolah-Sekolah Sukan Negeri Peringkat Kebangsaan 2012?

Diumumkan tempat: # Kelima : # Keempat: # Ketiga: # Naib johan: Dan, Johan Keseluruhan Kejohanan Sekolah-Sekolah Sukan Negeri Peringkat Kebangsaan 2012 ialah :

Laili Penyampaia n Cenderamat a

Sebagai tanda kasih sayang dan ingatan tulus ikhlas daripada pihak majlis, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Melaka untuk menyampaikan cenderamata kenangkenangan kepada Yang Berbahagia Puan Ee Hong, Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dipersilakan. Seterusnya kepada, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Dipersilakan. *(jika perlu pantun) Terbang terbang si burung kenari Terbang tinggi burung kedidi Cenderamata menjadi memori Tanda ingatan tulus abadi

10

Raimi

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka kerana sudi menyempurnakan penyampaian hadiah dan anugerah sebentar tadi. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga terus cemerlang pada masa akan datang. Bagi yang tidak bernasib baik, gunakan peluang dan ruang ini sebagai pengalaman untuk memperbaiki kelemahan seterusnya mencipta kejayaan suatu hari nanti.

Laili Nyanyian lagu 1M1S

YAB Datuk Seri dan hadirin sekalian, Sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Satu Murid, Satu Sukan sebagai tanda menyokong sepenuhnya hasrat murni kerajaan dalam melahirkan modal insan yang cerdas dan cergas. Hadirin diminta bersedia.

11

Penutup

Raimi

Sebelum kami mengundur diri, kami lontarkan santapan minda untuk difikirkan bersama: Orang yang kuat dan hebat mungkin akan kalah tetapi tidak pernah mengalah dan.. orang yang berharap untuk menang telah bersedia untuk kalah Fikir-fikirkanlah, Sekian, wabillahitaufik... ...assalamualaikum wbt dan Salam permisi.

Jamuan VIP

Laili

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka dan dif-dif jemputan untuk ke bilik ___________ bagi menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. **Setelah VIP keluar dewan

Pengumuma n

Raimi

Diminta seorang seorang wakil pengurus kontijen dan 5 orang pelajar untuk ke khemah di luar dewan bagi mendapatkan makanan yang telah disediakan.

12

You might also like