You are on page 1of 22

1

Sinopsis Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di Kings House Kuala Lumpur merupakan satu dasar baru yang telah pun dirangka oleh oleh Satu Unit Perancangan Tanah Melayu yang telah ditubuhkan pada Julai 1943. Ia melibatkan beberapa siri rundingan yang telah diadakan di antara Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Perang untuk merangka satu sistem pentabdiran baru bagi Tanah Melayu. Pada 31 Mei 1944, Kabinet Perang telah meluluskan syor mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukan oleh Unit Perancangan yang diketuai oleh Major-General H R Hone. Ia seterusnya membawa kepada pengenalan Malayan Union yang telah pun diumumkan secara rasmi oleh George Hall, Setiausaha Tanah Jajahan dalam Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Malayan Union sehinggakan hari ini masih diselubungi pelbagai misteri. Polisi yang telah dirancang ketika dunia masih dalam kancah peperangan dan hanya mampu bertahan untuk tempoh beberapa bulan sahaja. Lantaran itu, kertas kerja ini menumpukan perbincangan kepada reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union. Di mana terdapat pelbagai reaksi yang timbul lantaran daripada dasar kontroversi British. Rata-rata orang Melayu menentang Malayan Union walaupun terdapat segelintir yang menyokongnya. Manakala penerimaan golongan imigran pula agak dingin dan pada masa yang sama, Malayan Union turut mendapat kecaman daripada bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.

Pendahuluan Era Pasca Perang Dunia Kedua telah menyaksikan perubahan ketara dalam polisi British di Tanah Melayu. Dasar pro-Melayu yang diamalkan sebelum ini dilihat sebagai tidak sesuai lagi sebaliknya British cuba memperkenalkan satu dasar baru yang dianggap perlu bagi menangani senario politik di negara ini selepas perang. Dasar baru itu menjurus ke arah sebuah kesatuan yang dilihat mampu mewujudkan suatu pentadbiran yang lebih cekap dan seragam. Ia dianggap penting dalam menjimatkan kos pentadbiran selain daripada memperkukuhkan pertahanan British. Pada masa yang sama, London turut berpendapat sudah tiba masanya bagi memikirkan kedudukan serta nasib golongan imigran di Tanah Melayu. Perkembangan ini selaras dengan perubahan demografi negara ini dari sebyah negeri Melayu ke sebuah negara majmuk yang dikenali sebagai plural

2 society. Ia jelas dalam populasi penduduk Tanah Melayu di mana pada tahun 1911, orang Melayu membentuk 53.5% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu tetapi menjelang tahun 1931 mereka telah pun kehilangan majoriti itu dan hanya membentuk 41% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu pada tahun 1941. golongan imigran di Tanah Melayu. Malayan Union Malayan Union dilihat sebagai satu kesinambungan daripada usaha British untuk membentuk satu kesatuan Tanah Melayu yang telah bermula pada tahun 1920 lagi. Kerajaan British telah melaksanakan langkah desentralisasi dengan mengagihkan kuasa pusat secara berperingkat. Sir Cecil Clementi Smith yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1930 mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang bersatu. Dasar Pengagihan kuasa pusat dijadikan daya penarik kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersatu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersatu.2 Walau bagaimanapun, desentralisasi itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941. Malayan Union telah menggabungkan semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka di bawah sebuah kesatuan yang akan diketuai oleh seorang Gabenor yang berpusat di Singapura. Ia akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan. Di peringkat negeri pula, Majlis Kerajaan negeri diadakan dan diletakkan dibawah penyeliaan seorang Pesuruhjaya Negeri. Manakala kedaulatan serta kekuasaan raja-raja Melayu pula akan dihapuskan dan mereka cuma berada dalam Majlis Raja-raja Melayu yang tertakluk kepada kuasa Gabenor British. Ia bukan sahaja menyatukan Tanah Melayu dan membantu ke arah keseragaman pentadbiran tetapi juga menjimatkan perbelanjaan pentadbiran yang dianggap janggal dan mahal.3
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, Oxford University Press, Oxford, 1991, hlm.15. 2 James de V. Allen, The Malayan Union, Yale University, United State, hlm. 5. 3 Ibid, hlm. 4.
1

Justeru itu, suatu

perubahan perlu dilakukan demi untuk menjamin serta memperseimbangkan hak

Dalam usaha membentuk sebuah bangsa Malaya Union dan menghargai sumbangan golongan imigran dalam pembangunan ekonomi Tanah Melayu, dasar kerakyatan yang liberal telah diperkenalkan. Kewarganegaraan yang berlandaskan prinsip jus soli iaitu hak kerakyatan diberikan berdasarkan tempat kelahiran seseorang. 4 Di mana taraf kerakyatan diberikan kepada semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.5 Ia telah dikaitkan dengan perasaan anti-Melayu di kalangan pegawai British yang mensyaki orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun. Ia dapat dilihat dalam laporan V. Radharkrishnan, seorang sukarelawan Negeri Selat kepada Pejabat Kolonial di London yang menyatakan bahawa: The Japanese were very cordial with the MalaysThere was much fifth column work favour of the JapaneseWhen the Japanese entered Singapore many Malays came with them some of whom wore the same uniform as the Japanese soldiers. I myself saw two Malays dressed in this way. 6 British terkilan dengan perkembangan itu dan beranggapan orang Melayu telah pun mengkhianati mereka semasa Perang Dunia Kedua. Sebaliknya mereka bersimpati dengan MPAJA dan orang Cina yang telah menentang pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Kelonggaran dalam soal kerakyatan itu dilihat sebagai satu insentif kepada kaum bukan Melayu yang bekerjasama dengan British semasa pendudukan Jepun.

Malayan policy: Cabinet memorandum by Mr Hall, 26 Fenruari 1946, in CAB 129/7, CP ( 46 ) 81. Local reactions to Malayan Union citizenship: inward telegram no 08009 from Major-General H R Hone to War office, 23 February 1946, in CO 537/ 1528, no 43. 6 Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.71-72.
5

4 REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION Malayan Union telah mengundang kontroversi di kalangan penduduk Tanah Melayu. Ia telah menimbulkan reaksi yang negatif di kalangan orang Melayu. Kertas Putih Malayan Union yang diterbitkan pada 22 Mac 1946 seolah-olah satu kejutan elektrik kepada orang Melayu. Mereka menentang Malayan Union kerana melihat polisi itu bukan sahaja tidak menguntungkan mereka malah mengancam kedaulatan serta ketuanan orang Melayu. Di mana penghapusan kuasa serta terhakisnya tamadun orang Melayu bakal menjadikan mereka senasib dengan Red Indian di Amerika Syarikat. Pengalaman pahit sejurus penyerahan kalah Jepun dan ketegangan kaum yang tercetus selepas itu menyedarkan orang Melayu betapa perlunya mereka mempertahankan kedudukan mereka selaku pribumi bagi menjamin kesinambungan mereka di Tanah Melayu. Manakala reaksi golongan imigran pula berbelah bagi dan gagal memberi respon yang positif terhadap Malayan Union walaupun pada dasarnya polisi itu dilihat berpihak kepada mereka.7 Orang Cina dan India dilihat mengamalkan sikap tunggu dan lihat dan pada masa yang sama lebih memberi keutamaan kepada perkembangan politik di negara masing-masing. Lantaran itu reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji memandangkan ia telah mencetuskan satu polemik baru dalam perkembangan sejarah Perlembagaan Malaysia. PENENTANGAN ORANG MELAYU Suasana politik di Tanah Melayu agak berkecamuk selepas Perang Dunia Kedua. Ketegangan kaum tercetus di antara orang Melayu dan Cina. MPAJA yang bermaharajalela selepas penyerahan kalah Jepun telah menimbulkan penentangan orang Melayu.8 Rusuhan kaum serta kekacauan tercetus di beberapa buah negeri termasuklah di
Local reactions to Malayan Union citizenship: inward telegram no 08009 from Major-General H R Hone to War Office, 23 February, in CO 537/ 1528, no 43. 8 Communal violence and political militancy: HQ Malaya Command weekly intelligence reviews, nos 30-32, 31 May-22 June 1946, in CO 537/ 1581, nos 14, 15 and 16.
7

5 Batu Pahat dan Muar Johor. Manakala di Perak pula, kekacauan tercetus di Sungai Manik, Perak. Lantaran itu, pengumuman kertas putih Malayan Union pada 22 Januari 1946 telah mencetuskan suasana panik di kalangan orang Melayu yang bimbangkan penguasaan serta dominasi orang Cina terhadap Tanah Melayu. Albert Lau ( 1991) menggambarkan situasi orang Melayu pada ketika itu seolah-olah satu kejutan elektrik dan kenyataan itu jelas tidak dapat diterima oleh orang Melayu berasaskan beberapa pertimbangan yang utama iaitu penghapusan kuasa serta kedaulatan raja Melayu serta terhakisnya ketamadunan serta budaya orang Melayu akibat daripada dasar kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli. Perasaan mereka terpapar dalam hampir ke semua akhbar Melayu yang membidas Malayan Union yang dianggap merampas hak serta menghapuskan ketuanan Melayu di bumi mereka sendiri. Utusan melayu misalnya pada 12 Oktober 1945 mencatatkan: dari pandangan sepintas lalu dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan Union itu menguntungkan orang-orang bukan Melayu. Hal ini amat mencemaskan fikiran dan perasaan orang Melayu mengenai hari depan mereka.9 Manakala Majlis pula dalam ulasannya tentang Malayan Union telah menggesa orang Melayu untuk bangun menentang Malayan Union dengan menekankan kesefahaman dan kerjasama orang Melayu. Mereka perlu bersatu untuk menumbangkan Malayan Union dan berusaha untuk mendirikan sebuah kerajaan sendiri yang ditadbir oleh anak-anak tempatan.10 Akhbar tersebut juga mendakwa sesiapa yang tidak berkabung bererti menyokong Malayan Union dan mereka tidak akan diakui sebagai orang Melayu.11

Peranan akhbar dalam penentangan Malayan Union telah berjaya menimbulkan kesedaran serta membina perpaduan di kalangan orang Melayu. Ia dijadikan medium para

Utusan Melayu, 12 Oktober 1945. Majlis, 3 April 1946. 11 Ibid, 4 April 1949.
10

6 pemimpin Melayu dalam melahirkan pendapat serta membidas dasar British yang dianggap sebagai mengkhianati kepercayaan orang Melayu. Kesedaran politik dan pengalaman semasa pendudukan Jepun telah melahirkan golongan intelektual Melayu yang begitu prihatin tentang nasib mereka. Golongan ini yang rata-rata terdiri daripada wartawan mahupun kakitangan kerajaan telah lantang mengkritik serta menentang Malayan Union. Antaranya Dato Onn yang dianggap sebagai penyatu bangsa Melayu. Beliau telah menyeru orang Melayu bersatu padu secara berorganisasi di peringkat kebangsaan dan berjaya menganjurkan Kongres Melayu pada 1 hingga 4 Mac 1946 di kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.12 Kongres Melayu tersebut mendapat sambutan dari segenap masyarakat Melayu dan telah dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Ia telah dipengerusikan oleh Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaba).13 Dalam ucapan pertamanya, Dato Onn menegaskan bahawa nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa sekali pun.14 Kongres Pertama itu telah dirasmikan oleh Sultan Hishammudin Alam Shah dan berjaya membawa kepada penubuhan United Malays National Organization ( UMNO ). Ia telah menjadi sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan serta ketuanan orang Melayu. Kejayaan terbesarnya ialah berjaya menumbangkan Malayan Union dan mendapat mandat British untuk membincang serta merangka satu perlembagaan baru bagi Tanah Melayu.

1 12

Pan-Malayan Malay Congress: inward telegram no 08312 from HQ, British Military Administration ( Malaya ) to War Office, 5 March 1946, in CO 537/ 1548, no 31. 13 Local reactions to the White Paper: HQ Malaya Command weekly intelligence review, no 17, 23 February 1946 in CO 537/ 1581. 14 Ucapan Dato Onn di Kongres Melayu se-Tanah Melayu yang pertama pada 1946, dalam Biografi Dato Onn: Hidup Melayu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004, Lampiran Satu.

7 Dato Onn turut berperanan menasihati raja-raja Melayu untuk memulau pengistiharan Edward Gent selaku Gabenor Malayan Union pada 1 April 1946. Beliau telah menghadap raja-raja Melayu yang telah berkumpul di Station Hotel, Kuala Lumpur untuk membatalkan hasrat mereka menghadiri upacara pertabalan itu. Mereka turut digesa memboikot semua majlis rasmi yang dianjurkan British sempena pengistiharan Malayan Union yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada orang Melayu.15 Raja-raja Melayu juga telah mengambil tindakan tegas dalam membantah Malayan Union. Sultan Johor misalnya telah menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan dengan menyatakan bahawa: Saya amat terharu dengan perkembangan di Tanah Melayu dan bertekad untuk menarik balik keputusan awal saya bersetuju dengan pelaksaan Malayan Union. Saya berbuat demikian untuk menjaga kepentingan orang Melayu.16 Sultan Perak, Sultan Aziz turut menyuarakan bantahannya dengan mengutus surat kepada Lord Marchwood dan Lord Elibank dengan menyatakan bahawa: my real burden was concerned the question of sovereignty and on receiving the White Paper I became very disturbed at what I perceived was a blatant attempt by the Colonial Office to deprive my sovereignty.17 Selain itu, raja-raja Melayu turut sebulat suara untuk tidak menghadiri Mesyuarat pertama Majlis Melayu yang diadakan pada 2 April 1946.18 Sebaliknya raja-raja Melayu telah menyokong usaha Dato Onn dan UMNO dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan mendesak British untuk menghapuskan Malayan Union. Ia dapat dilihat dalam mesyuarat agung UMNO yang biasanya akan dirasmikan oleh sultan atau raja Melayu. Ini menunjukkan wujudnya satu kerjasama yang akrab antara UMNO dan golongan raja yang merestui perjuangan parti itu.

1 15

Boycott of governors installation: inward telegram no 1 from Sir E Gent to Mr Hall, 1 April 1946, in CO 537/ 1548, no 66. 16 CO 537/ 1550. 17 Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.131. 18 Boycott of governors installation: inward telegram no 1 from Sir E Gent to Mr Hall, 1 April 1946, in CO 537/ 1548, no 66.

8 Penentangan masyarakat massa Melayu turut begitu terasa dan demonstrasi secara besar-besaran telah diadakan di bandar-bandar di seluruh Tanah Melayu. Di Kota Bharu, kehadiran Mac Michael pada 15 Disember 1945 telah mencetuskan satu demonstrasi yang melibatkan 10,000 orang. Mereka membawa sepanduk yang mengecam Mac Machael dan menentang Malayan Union.19 Di Johor pula, pada 10 Februari 1946, Dato Onn telah memimpin 15,000 orang Melayu telah mengadakan satu demonstrasi secara besar-besaran untuk menyatakan pendirian mereka terhadap Malayan Union.20 Pada masa yang sama, orang Melayu turut mengadakan rapat umum semasa kehadiran dua wakil parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Rees Williams. Lawatan kedua-duanya Pada Mei 1946 telah menyaksikan rapat umum di Singapura, Jahor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Alor Star dan George Town. Di samping itu, orang Melayu juga memakai kain lilit putih di songkok sebagai tanda berkabung menentang Malayan Union. REAKSI GOLONGAN RADIKAL MELAYU Walaupun Malayan Union ditentang oleh sebahagian besar Melayu tetapi terdapat segelintir orang Melayu yang bersifat radikal dan menganggotai parti-parti haluan kiri dan mengambil pendirian yang menentang arus perdana kesedaran orang Melayu. Tindakan ini dapat dilihat dengan jelas dalam pergerakan serta perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) . Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh, Perak dan dibawah kepimpinan Mokhtaruddin Lasso, ketua rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya. Pendirian PKMM terhadap Malayan Union jelas, ia telah bertindak mengalu-alukan dasar itu dan telah dinyatakan dengan tegas dalam Kongres PKMM yang ketiga yang telah diadakan di Ipoh pada 30 November.21

1 19

Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification in the Malaysia Region 1945-65, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 25. 20 Ibid. 21 Ramlah Adam, Gerakan radikalisme di Malaysia ( 1938-1965), Dewan Bahasa Pustaka, Selangor, 2004, hlm. 140.

9 Sokongan PKMM terhadap Malayan Union berlandaskan kepada beberapa perkara utama. Pertama, ia menyokong usaha British dalam menyatukan kesemua negeri Melayu untuk tujuan penyeragaman pentadbiran. Ia dipercayai akan melicinkan pentabdiran serta menyatupadukan kesemua negeri dan mengelakkan perpecahan. Kedua, PKMM turut menerima dasar kerakyatan jus soli sebagai satu langkah ke arah melahirkan satu identiti kebangsaan yang bersifat Malayan.22 Ia penting dalam melahirkan satu bangsa yang taat setia kepada Tanah melayu di samping menjamin satu hubungan yang baik antara kaum. Selain itu, PKMM turut tidak keberatan apabila kuasa sultan Melayu dilucutkan dan mengambil sikap antifuedal yang kuat. PKMM beranggapan golongan raja dan bangsawan ini tidak bekerja untuk rakyat bawahan, sebalik mereka menjadi penghalang kemajuan orang Melayu. Pandangan ini telah disuarakan oleh Ahmad Boestamam yang menyatakan bahawa: Maka dengan jalan Malayan Union dan demokrasi, PKMM berharap dalam masa yang akan datang wakil-wakil rakyat dalam majlis-majlis kerajaan, pangkat dan gelaran dalam negeri tidak akan lagi menjadi pusaka keturunan dan hak bagi satu puak yang amat kecil melainkan akan menjadi pusaka dan hak rakyat jelata. Siapakah yang tidak bersetuju dengan aturan ini.23 Dalam usahanya memperjuangkan ideologinya, PKMM telah bekerjasama dengan dua lagi parti Melayu haluan kiri iaitu Angkatan pemuda Insaf ( API ) dan Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ). Kedua-dua parti ini dianggap sebagai sayap kepada PKMM dan telah membentuk Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ) pada 22 Februari 1947 bagi menentang perlembagaan baru yang telah dicadangkan oleh Jawatan kuasa Kerja.24 API pimpinan Ahmad Boestamam telah diasaskan pada Febuari 1946 apabila satu perjumpaan telah diadakan di ibu pejabat PKMM di Ipoh.25 Ia mempunyai corak perjuangan yang keras dan beranggapan bahawa kemerdekaan hanya dapat dicapai menerusi pertumpahan darah dan tidak seharusnya wujud sebarang toleransi dalam soal penentangan terhadap penjajahan.26 Dalam perjuangannya API menuntut sebuah negara
Ibid, hlm. 145. Ibid, hlm. 141. 24 Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification in the Malaysia Region 1945-65, hlm. 41. 25 Malay extremism and API: despatch no 1 form Sir E Gent to Mr Creech Jones, 24 Februari 1947, in Co 537/ 2151, no 1. 26 Ibid.
23 22

10 yang benar-benar merdeka iaitu tanpa campur tangan kuasa asing dan menekankan prinsip demokrasi. Selain itu, API turut menekankan ketuanan Melayu terhadap Tanah Melayu dan bercadang untuk mengamalkan dasar tutup pintu. Gerakan radikalisme Melayu di Tanah Melayu turut diwarnai dengan pergerakan wanita Melayu yang turut menyokong PKMM. Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ) pimpinan Shamsiah Faqeh turut mewarisi corak perjuangan yang radikal dengan propaganda bahawa pemuda-pemudi Melayu tidak seharusnya mati di atas katil tetapi perlu bangkit dan menentang penjajahan demi kemerdekaan Tanah Melayu.27 Di samping itu, AWAS turut menyeru kaum wanita Melayu untuk bersatu dalam memperjuangkan kemerdekaan Melayu. AWAS turut menggesa agar segala adat serta cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang mengongkong kebebasan serta menafikan hak kaum wanita dihapuskan. PKMM dan sayapnya API dan AWAS telah berjaya menubuh Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ) dan mendapat sokongan daripada Barisan Tani Malaya ( BATAS ) dan Gerakan Pemuda Melayu ( GERAM ). PUTERA memperjuangkan empat prinsip utama iaitu Bahasa Melayu harus dijadikan bahasa rasmi negara, hal ehwal dan pertahanan menjadi tanggungjwab bersama kerajaan Tanah Melayu dan British. Di samping itu, perkataan Melayu hendaklah digunakan sebagai nama kerakyatan Tanah Melayu dan bendera kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu.28 Dalam menunjukkan keikhlasannya dalam membentuk sebuah negara Malayan yang bersatu, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA pada bulan Mac 1947 untuk menentang Persekutuan Tanah Melayu. Gabungan ini telah mendesak British untuk menggugurkan segala persetujuan yang telah dicapai antara British dengan wakil UMNO dan raja-raja Melayu. Sebaliknya AMCJA-PUTERA telah meluluskan bersama satu perlembagaan baru yang dikenali Perlembagaan Rakyat dan mengandungi 10 prinsip. Ia
Ibid. B. Simandjuntak, Malayan Federalism 1945-1963: A Study of Federal Problems in a Plural Society, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1969, hlm. 49.
28 27

11 telah dikemukakan pada April 1947 sebagai satu alternatif kepada cadangan Jawatan kuasa sebelum ini.29 Namun begitu, ia tidak diterima oleh British yang berpegang teguh dengan persetujuan yang telah dicapai sebelum ini dan Persekutuan Tanah Melayu telah diistiytiharkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. Ia jelas melemahkan pakatan AMCJAPUTERA walaupun kedua-dua berjaya melancarkan hartal tetapi ia tidak meninggalkan impak yang besar dalam pentadbiran Tanah Melayu. Di mana British telah mengamalkan semula dasar politiknya yag pro-Melayu dengan menganggap bahawa Tanah Melayu milik orang Melayu dengan mengiktiraf semula kedaulatan raja-raja Melayu. Ia dapat dilihat dalam kenyataan Malcom MacDonald yang menegaskan bahawa: In some quarters criticism has been leveled at us to talk exclusively with the Malays first, but that was the right and proper course to take. It is not simple that the Malays are the indigenous inhabitants of this country, that is their original and only homeland. Also what is under discussion is on a revision of treaties between their Highness, the Malay Ruler and his Majesty King. The differences of opinion that existed between the Malays and the British must be settled.30

REAKSI BEKAS-BEKAS PEGAWAI BRITISH Menurut Mohamed Nordin Sopiee, penentangan oleh bekas pegawai-pegawai British terhadap Malayan Union turut merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi keputusan British untuk meminda Malayan Union.31 Bekas-bekas pegawai British seperti Sir Frank Swettenham, Sir Richard Winstedt, Sir Goerge Maxwell dan Sir Cecil Clemneti
2 29

Ibid, hlm. 51. Ramlah Adam, Gerakan radikalisme di Malaysia ( 1938-1965), hlm. 261-262. 31 Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification in the Malaysia Region 1945-65, hlm. 30.
30

12 menganggap perubahan yang cuba dilaksanakan dalam Malayan Union sebagai sesuatu yang terlalu drastik dan bakal menimbulkan suasana yang tegang di Tanah Melayu. Ia dapat dilihat dalam penulisan Albert Lau ( 1991 ), The Malayan Union Controversy 1942-1948 yang menyatakan bahawa: In London, the Malay campaign against the Malayan Union had also stirred the interest of several prominent ex-MCS pensioners.32 Mereka telah menyuarakan bantahan mereka menerusi media massa dan juga parlimen Britian. Sir Frank Swettenham misalnya telah menyuarakan pendapatnya menerusi The Times, 26 Oktober 1945 menyatakan Does that mean annexation ?
33

Manakala Sir Richard Winstedt pula menyatakan bahawa Malayan Union bermakna penghapusan kuasa politik orang Melayu dan mengesa Pejabat Tanah jajahan London untuk memikir semula polisi terebut. Sir Cecil Clementi dan George Maxwell pula membidas Malayan Union yang dilihat akan menjejaskan hubungan baik antara British dan orang Melayu.34 Ia seterusnya akan mendorong orang Melayu untuk bertindak secara agresif dan kemungkinan besar akan bergabung dengan gerakan di Indonesia.

Penentangan yang tercetusnya ini telah membawa kepada satu siri rundingan antara Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan London dengan bekas-bekas pegawai yang diwakili oleh F. Swettwnham, Cecil Clementi dan Winstedt. Rundingan itu yang dipengerusikan oleh Creech Jones dikatakan bertujuan untuk mendapat pandangan daripada pegawai-pegawai tersebut tentang Malayan Union yang telah dilakukan pindaan.35 Namun begitu, bekas-bekas pegawai itu tetap tidak bersetuju dengan polisi kerakyatan yang liberal dan juga proses pemindahan kuasa dari raja Melayu kepada British. Mereka menggesa kuasa politik orang Melayu untuk dipulihkan dan hak serta keistimewaan mereka perlu dilindungi.

Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm. 136. Ibid. 34 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000, hlm. 100. 35 Ibid, hlm. 101.
33

32

13

REAKSI ORANG BUKAN MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION Malayan Union mendapat sambutan dingin daripada golongan imigran. Di mana dasar yang diperkenalkan sejurus Perang Dunia Kedua itu dilihat telah diperkenalkan pada masa yang tidak sesuai. Keadaan Tanah Melayu yang masih huru-hara serta kemusnahan setelah peperangan mengakibatkan golongan imigran sibuk mengatur kehidupan masingmasing tanpa memberi perhatian yang serius terhadap dasar itu. Selain itu, keputusan British untuk menangguhkan fasal mengenai kewarganegaraan pada 30 Mac 1946 turut menghilangkan minat orang bukan Melayu terhadap Malayan Union.36 Kemusnahan akibat daripada peperangan dan kekacauan yang tercetus lantaran daripada ketegangan hubungan antara Melayu dan Cina mengakibatkan golongan itu lebih menumpukan kepada usaha pemulihan ekonomi dan sosial.37 Di samping itu, sikap tidak acuh masyarakat Cina terhadap Malayan Union turut berpunca daripada faktor kurangnya kesedaran politik dan tahap pendidikan yang rendah. Lantaran itu, sebahagian besar daripada komuniti itu gagal menghayati ciri-ciri Malayan Union serta impaknya terhadap mereka. Mereka mengambil pendirian bahawa sebarang perubahan itu tidaklah ketara selagi tidak menjejaskan kepentingan peribadi masing-masing.38 Di kalangan masyarakat Cina yang mempunyai kepentingan serta kesedaran politik pula, pendirian mereka berbelah-bagi dan gagal mencerminkan aspirasi komuniti itu. Golongan ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri.39 Ia terdiri daripada golongan Cina yang berhaluan kiri iaitu penyokong Parti Komunis Malaya, golongan haluan kanan iaitu penyokong Parti Kuomintang yang berkiblatkan Negara China serta golongan fahaman sederhana ( tengah ) yang majoritinya mendapat pendidikan Inggeris dan merupakan orang Cina Negeri Selat yang pro-British.
36

Postponement of Citizenship: minute by Mr Creech Jones to Mr Attl15 March 1946, in PREM

8/ 459. Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000, hlm. 97. 38 Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.127. 39 Ibid, hlm. 127.
37

14

Golongan haluan kiri yang dipelopori PKM pada peringkat awal kurang memberi perhatian terhadap Malayan Union. Ia dilihat giat menyusun semula organisasi parti itu bersesuaian dengan usahanya untuk mengambil alih kuasa menerusi perlembagaan dengan bekerjasama dengan British. Menurut Malayan Security Services, Political Intelligence Journal ( P JJ ), aktiviti PKM sehingga 30 April 1946 tertumpu dalam usaha penstrukturan semula parti itu dan memperjuangkan kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan cuba mempromosikan manifesto parti yang telah dilancarkan pada 27 Ogos 1945. Dalam membicarakan Malayan Union pula, golongan haluan kiri ini tidak menyatakan pendirian mereka secara terbuka agar ia tidak kelihatan menyokong dasar imprealisme British. Walaupun Malayan Union dilihat memenuhi sebahagian daripada manifestonya namun PKM telah mengkritik Malayan Union kerana kegagalannya mewujudkan sebuah negara yang demokrasi di samping menafikan hak mengundi bagi semua kaum.40 Selain itu, PKM turut membidas pemisahan Singapura dari Tanah Melayu dan beranggapan dasar itu bertujuan untuk meneruskan agenda penjajahan Barat di Timur. PKM mendesak Brtish untuk memenuhi tuntutan mereka berdasarkan prinsip demokrasi yang akan membentuk sebuah kerajaan Pan-Malayan Unified SelfGovernment yang akan berpusat di Singapura dengan penekanan kepada prinsip demokrasi yang merangkumi aspek seperti persamaan hak politik, ekonomi dan sosial. 41 Masyarakat Cina haluan kanan pula mengambil pendirian berkecuali dalam penerimaan Malayan Union. Golongan ini yang majoritinya dilahirkan di China lebih berminat dengan perkembangan politik di negara asal mereka. Golongan yang berfikiran sempit ini menganggap dasar kewarganegaraan Malayan Union sebagai ancaman kepada identiti mereka. Perkara ini dilaporkan oleh Malayan Security Service di mana hasil pemerhatiannya mendapati:

Publicity for British policy and the aims of the Malayan Communist Party: inward telegrams nos 433 and 434 from M E Dening to FO, 3 September 1945, in CO 203/5642. 41 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 99.

40

15 it appears to have been generally thought that acceptance of Malayan Union citizenship would entail renunciation of Chinese nationality and this was regarded as ridiculous by the Chinese. If such renunciation had been necessary no Chinese would have thought of applying for Malayan citizenship unless it was necessary for business reasons, in which case some special arrangements would, they have been made with the Chinese Government.42 Selain itu wujud juga tanggapan bahawa penerimaan terhadap Malayan Union bermakna orang Cina terpaksa tunduk kepada kekuasaan sultan Melayu dan ia adapat dilihat dalam komentar akhbar Chung Hwa yang mengulas bahawa: The sultan of the Malay States only represent their own individual interests. If they are retained in the Malayan Union future of democracy will be greatly affected. 43 Sikap berkecuali golongan ini juga turut berpunca daripada kekurangan

pemimpin yang berkaliber selepas Perang Dunia Kedua. Di mana ramai yang telah melarikan diri atau terkorban semasa peperangan. Manakala pemimpin-pemimpin yang tinggal pula seolah-olah kehilangan taring politik mereka. Golongan pemimpin ini telah bekerjasama dengan Jepun semasa pendudukan Jepun dan dikritik hebat sebagai pengkhianat bangsa oleh golongan haluan kiri. Lantaran itu, menurut Victor Purcell, pemimpin-pemimpin seperti Tan Kah Kee dan Aw Boon Hwa dikatakan lebih selesa untuk mendiamkan diri bagi mengelakkan sebarang konflik dengan golongan haluan kiri dan juga demi kesinambungan karier politik masing-masing.44 Kemunculan Malayan Union mendapat sambutan hangat daripada golongan Cina fahaman sederhana yang mendapat pendidikan Inggeris. Golongan Cina Peranakan yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat melihat dasar baru ini sebagai satu platform terbaik bagi mereka memperjuangkan persamaan hak serta kerakyatan yang lebih liberal. Usaha kea rah ini telah pun bermula seawal tahun 1930an lagi di mana pemimpin-pemimpin masyarakat Cina Peranakan seperti Tan Cheng Lok, Dr Lim Boon Keng, Song Ong Siang, Han Hoe Lim dan Lim Chong Ean yang menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat lantang memperjuangkan hak politik masyarakat itu. Ia dapat dilihat
42 43

Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.128. Ibid, hlm. 128. 44 Ibid.

16 dalam akhbar Ikhwan pada 16 Februari 1931 yang telah dipetik oleh Bahari Muhammad Shah( 1979 ) dalam latihan ilmiah yang bertajuk Persoalan orang-orang Asing dalam Akhbar Melayu 1931: siapa kata ini negeri Melayu ? Apabila Kapitan Light datang, ia tidak lihat orang dan kampung Melayu. Datok dan nenek kami datang bekerja sebagai buroh dan mereka tidak mengirim wang balik ke negeri, atau kembali ke negeri China. Mereka belenja wang di sini dengan ini bermakna kerajaan yang buka negeri ini kepada satu negeri yang bertamadon. Kami adalah salah seorang yang berhak di dalam negeri ini. Ini adalah kami punya negeri. 45

Justeru itu, Tan Cheng Lok telah tampil ke hadapan dan mengalu-alukan polisi Malayan Union dengan berkatawho intend to settle permanently in this country welcome the opportunity to acquire the rights of citizenship, so that they may completely identify themselves with Malaya and be loyal and faithful to the land of their adoption, to which they are prepared to give their undivided allegiance.46 Pendirian Tan Cheng Lok yang mencerminkan aspirasi golongan Cina yang pro-British itu jelas menunjukkan minat golongan sederhana terhadap perkembangan politik di Tanah Melayu. Malah pada 8 Julai 1946, beliau telah bertindak mengutus telegram kepada para pemimpin Cina dan mengesa mereka agar mendesak British untuk menimbang semula cadangan pindaan perlembagaan Malayan Union kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dilihat sebagai imbasan polisi British sebelum Perang Dunia Kedua yang pro-Melayu. Pada dasarnya, reaksi masyarakat Cina terhadap Malayan Union berbelah-bagi dan gagal menyatakan satu pendirian yang kukuh terhadap dasar itu walaupun secara keseluruhannya ia berpihak kepada mereka. Komuniti itu kurang berminat terhadap polisi itu kerana melihatnya sebagai satu lagi dasar penjajah yang bersifat kolonial dan tidak demokratik. Namun begitu menjelang proses rundingan pindaan terhadap Malayan Union yang telah diadakan di sekitar Jun, masyarakat Cina mula menunjukkan minat mereka terhadap perkembangan itu. Ia telah menyaksikan satu senario baru dalam politik masyarakat Cina di Tanah Melayu. Di mana golongan yang berlainan mahzab dari
Bahari Muhammad Shah, Persoalan Orang-orang Asing dalam Ahkbar Melayu, Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1979, hlm.9. 46 Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 98.
45

17 komunis, koumintang dan fahaman sederhana berjaya bekerjasama dan mendesak British untuk menimbang semula pindaan perlembagaan Malayan Union. Ia telah membawa kepada penubuhan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu ( AMCJA ) pada 22 Disember 1946.47 Ia telah menggabungkan parti-parti politik dan kesatuan seperti Kesatuan Demokratik Malaya, Kongres India Malaya ( MIC ), Malayan Peoples Anti-Japanese Ex- Services Comrades Association dan Pan-Malayan Federation of Trade Unions dan dibawah kepimpinan Tan Cheng Lok. AMCJA telah mengemukakan 3 prinsip utama dalam usahanya untuk membentuk satu perlembagaan baru iaitu penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura, pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan Perundangan Pusat dengan keahliannya dipilih oleh rakyat. Manakala hak kerakyatan pula, sama bagi semua penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan setia kepadanya.48 AMCJA semakin lantang bersuara apabila ia mendapat mula mendapat sokongan daripada dewan-dewan perniagaan Cina yang bimbangkan kepentingan ekonomi mereka akan terjejas lantaran daripada kejayaan golongan nasionalis Melayu dalam memberi tekanan sehingga membawa kepada pindaan terhadap dasar Malayan Union. Kebimbingan golongan itu tertumpu kepada dua perkara utama iaitu kekuasaan raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Melayu yang dijangka akan menjadi penghalang kepada sebarang pindaan perlembagaan itu pada masa hadapan.49 Selain itu, mereka turut berpendapat pemulihan kedudukan orang Melayu bakal menyukarkan lagi proses kerakyatan yang akan menindas dan menghalang penguasaan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu.50 Dalam usaha untuk menunjukkan penentangan masyarakat Cina terhadap

Persekutuan Tanah Melayu, AMCJA bersama-sama dengan dewan perniagaan Cina telah
47 48

James de V. Allen, The Malayan Union, hlm. 24. Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm.

110. Chinese demand for constitutional review: inward telegram no 367 from M J Macdonald to Mr Creech Jones, 8 November 1947, in CO 537/2144, no 264. 50 Ibid.
49

18 melancarkan beberapa siri hartal di Tanah Melayu. Ia bermula di Melaka pada 9 September 1947, Perak pada 25 September 1947 dan hartal secara besar-besaran di seluruh negara pada 20 Oktober 1947. Ia dikatakan telah melumpuhkan hampir ke semua bandar-bandar besar di Tanah Melayu dan melibatkan kira-kira 90% perniagaan persendirian di Tanah Melayu. Di mana menurut The Malaya Tribune, hartal tersebut mendapat sambutan kira-kira 95% penduduk Asia di Singapura dan kira-kira 99% peniagaan berketurunan Asia.51 Namun begitu, hartal tersebut hanya mendapat sambutan di bandar-bandar besar yang dikuasai oleh masyarakat Cina sahaja. Di mana ia dikatakan gagal sama sekali di negeri-negeri Pantai Timur serta negeri-negeri Melayu seperti Kedah , Perlis dan Johor.52 Menurut Lee Kong Chian yang mewakili Dewan Perniagaan Cina, hartal tersebut sebenarnya merupakan protes daripada komuniti Cina yang jelas tidak menyenangi keputusan British dalam meminda perlembagaan Malayan Union.53 Di mana dalam pertemuan dengan Encik Creech Jones, Lee mendakwa penglibatan Dewan Perniagaan Cina dalam hartal tersebut merupakan jalan terakhir dewan itu meminta British untuk memperhalusi pindaan perlembagaan yang bakal dibuat agar kepentingan kaum lain diambil kira.54 Pergolakan politik di Tanah Melayu akibat daripada pengenalan Malayan Union turut menyemarakkan perkembangan politik masyarakat India di Tanah Melayu. Ia telah membawa kepada penubuhan Kongres India Malaya ( MIC ) pada 8 Ogos 1946. John Thivy merupakan presiden MIC yang pertama dan beliau merupakan seorang pemimpin yang anti-British. Semasa Perang Dunia Kedua, Thivy telah menyertai Liga Kemerdekaan India pimpinan Subhas Chanda Bose yang bertujuan membebaskan India daripada imprealism British. Lantaran itu, beliau dianggap sebagai seorang yang bersikap
Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification in the Malaysia Region 1945-65, hlm. 43. 52 B. Simandjuntak, Malayan Federalism 1945-1963: A Study of Federal Problems in a Plural Society, hlm 52. Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.241. Chinese demand for constitutional review: inward telegram no 367 from M J Macdonald to Mr Creech Jones, 8 November 1947, in CO 537/2144, no 264.
54 53 51

19 a grave danger to the peace and security of Malaya oleh badan perisik British.55 MIC telah menyertai AMCJA pada bulan Disember 1946 untuk menentang Persekutuan Tanah Melayu. Tindakan itu dilakukan setelah MIC menyedari wujudnya satu rundingan sulit antara British dengan wakil UMNO dan raja-raja Melayu dalam meminda perlembagaan Malayan Union. Penentangan orang India yang diwakili MIC berterusan setelah Budh Singh menggantikan Thivy apabila parti itu memulau Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan telah menolak semua perwakilan dalam Majlis Persekutuan dan Majlis Negeri. DARI MALAYAN UNION KE PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Penentangan yang berterusan serta menyeluruh daripada orang Melayu telah memberi satu tekanan yang besar kepada pentadbiran British di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, Malayan Union gagal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat bukan Melayu. Menyedari hakikat ini, Gent telah menasihati kerajaan Britian untuk bersedia meminda perlembagaan Malayan Union. Gent telah menyatakan pendapatnya kepada Encik Hall dalam telegram yang bertarikh 4 Mei 1946 bahawa pentingnya untuk memenuhi tuntutan orang Melayu yang yang inginkan sebuah kerajaan Persekutuan bagi menggantikan Malayan Union.56 Ia penting bagi menjamin kestabilan politik di Tanah Melayu yang menggelakkan orang Melayu menentang British secara agresif. Ini kerana timbul kebimbangan orang Melayu akan bekerjasama dengan PKM atau mendapatkan bantuan daripada golongan extremist dari Indonesia bagi menentang British secara kekerasan.57 Lantaran itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh pegawai kanan British seperti AT Newboult, K K OConnor, W D Godshall, W. Linehan, A Williams dan W C Watherston. Manakala raja-raja Melayu dan UMNO pula
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.216. Sultans constitutional proposals: inward telegram no 222 from sir E Gent to Mr Hall recommending conciliation, 4 May 1946, in CO537/ 1528, no 95A. 57 Indonesian influences in Malaya: minute by H T Bourdillon recording the views of Mr M J Mac Donald, 23 Januari 1948, in CO 537/ 2177.
56 55

20 diwakili oleh Dato Hamzah b. Abdullah, Dato Nik Ahmed Kamil, Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Rahman b. Mohd Yasin, Hj Mohamed Sherrif dan Raja Kamaralzaman b. Raja Mansur.58 Perbincangan itu telah diadakan sebanyak empat pusingan iaitu dari 6-16 Ogos, 6-28 September, 11 Oktober- 1 November dan 11- 18 November 1946.59 Rundingan antara British dengan raja-raja Melayu dan UMNO berakhir dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 dan telah membawa kepada terbentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.60 KESIMPULAN Pada dasarnya kaum imigran yang masih dalam keadaan membina semula kehidupan mereka selepas peperangan gagal memberi sokongan yang kuat terhadap Malayan Union. Mereka menganggap dasar baru itu satu lagi polisi British yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka tanpa membawa perubahan yang besar dalam kehidupan seharian masyarakat pendatang. Namun begitu apabila rundingan dan pindaan terhadap Malayan Union dicadangkan ia telah menyaksikan satu kesedaran di kalangan golongan ini. Mereka mula menyatakan sokongan mereka terhadap Malayan Union dan menentang Persekutuan Tanah Melayu yang dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan ekonomi serta menyukarkan lagi proses untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu. AMCJA telah ditubuhkan dan berjaya mendapat sokongan yang menggalakkan daripada pelbagai parti serta pertubuhan bukan Melayu. Dalam usaha mendesak British untuk menolak rundingan dengan orang Melayu dan menimbang semula cadangan pindaan itu. AMCJA telah bekerjasama dengan PUTERA, sebuah parti radikal orang Melayu. Pakatan itu telah mengemukakan Perlembagaan Rakyat tetapi telah ditolak oleh British. Ia kemudian telah membawa kepada tercetusnya beberapa siri hartal. Namun begitu, ia gagal mengubah keputusan British untuk meminda Malayan Union.

Developments in Malayan constitutional discussions: note by H T Bourdillon on deliberations of the Anglo-Malay working committee, 29 Ogos 1946, in CO 537/ 1530, no 245. 59 Ibid. 60 Signing the State and Federation Agreements: letter from Sir E Gent to H T Bourdillon, 22 Januari 1948, in CO 537/ 3671, no 28.

58

21 British dilihat lebih selesa untuk berunding dan menerima UMNO daripada PUTERA atau AMCJA yang dilihat mempunyai pertalian dengan PKM yang sentiasa memberi pelbagai masalah kepadanya. Lantaran itu, British akur dengan kehendak orang Melayu yang menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. Selain itu, mereka inginkan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu dan menolak kerakyatan jus soli. Mereka turut mahu taraf negeri naungan dipulihkan dan raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu. Walaupun terdapat pelbagai teori tentang kejatuhan Malayan Union, tetapi factor keselamatan serta kesinambungan untuk terus berada di Tanah Melayu dilihat sebagai faktor pendorong British untuk mengalah dan kembali ke dasar pro-Melayu. Ia dapat dilihat dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu yang mendapat sambutan orang Melayu.

22 SENARAI RUJUKAN A.J. Stockwell (ed. ). 1995. Malaya: The Malayan Union Experiment 1942-1948. London: University of London. Albert Lau. 1991. The Malayan Union Controversy 1942-48. Singapore: Oxford University Press. Anwar Abdullah. 2004. Biografi Dato Onn: Hidup Melayu. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. James de V. Allen. 1967. Malayan Union. United States: Yale University Southeast Asia Mohamed Noordin Sopiee. 1974. From Malayan union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-65. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Oong Hak Ching. 2000. Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramlah Adam. 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia ( 1938-1965). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

You might also like