You are on page 1of 26

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

BAB 7: KERJASAMA SERANTAU DI ASIA

Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) b) c) d) Menjelasakan konsep kerjasama serantau Memperihalkan peranan dan isu-isu berkaitan ASEAN Menjelaskan kewujudan APEC dan peranannya Menilai peranan SAARC dan isu-isu yang berkaitan

Bab 1: Lokasi & Bentuk Muka Bumi Bab 2: Iklim & Tumbuhan-Tumbuhan Asal Bab 3: Tamadun Awal 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 7.8 7.9 Pengenalan Maksud Kerjasama Serantau ASEAN Bidang Kerjasama ASEAN SAARC GCC APEC CAREC ACD Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Bab 5: Agama-Agama Asia Bab 6: Globalisasi Bab 7: Kerjasama Serantau Bab 8: Politik & Konflik Bab 9: Masa Depan

Ringkasan Rujukan

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia 7.1 Pengenalan

KERJASAMA SERANTAU NEGARA-NEGARA ASIA PASIFIK

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa negara-negara di Asia Pasifik meningkatkan mekanisme kerjasama demi menjamin keamanan dan keselamatan rantau ini. Beliau berkata, rantau itu perlu terus mengamalkan pendekatan menyeluruh ke arah menilai kestabilan serantau dengan penekanan seimbang antara isu keselamatan tradisi dan berbangkit. Katanya, dengan peningkatan kuasa ketenteraan di kalangan negara di rantau itu sejak kebelakangan ini, mekanisme seperti itu boleh menggunakan kekuatan sederhana terhadap lawan dengan memupuk dialog bagi membincangkan langkah konstruktif berbanding langkah kemusnahan serta memberi respon sewajar terhadap tanggapan cabaran oleh manamana kuasa. "Platform serantau seperti itu boleh membantu meletakkan perkara dalam perspektif yang betul, memisahkan mitos dengan fakta serta mengawal respon berbalas yang produktif yang memburukkan keadaan daripada memperbaiki situasi," katanya. Muhyiddin berkata demikian semasa menutup persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-24 di sini. Katanya, negara-negara di rantau itu perlu bersatu-padu dengan kepercayaan bahawa kerjasama serantau merupakan kunci bagi membina keamanan dan keselamatan berkekalan dan kunci untuk membuka pintu potensi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan. Katanya, bagi memastikan rantau itu merentasi jalan yang aman, adalah kritikal bagi China, India, Jepun dan Amerika Syarikat menampung kepentingan masingmasing dan mengelak semangat nasionalisme kekitaan daripada menunjukan keburukan. Bagaimanapun, beliau menegaskan perpaduan kuasa utama tidak harus atas kepentingan negara Asean dan anggota negara serantau lain. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kuasa ketenteraan juga harus dipupuk untuk kepentingan bersama dan digunakan untuk menangani kebimbangan keselamatan bersama. Katanya, Kumpulan Penghubung Mengenai Kegiatan Lanun dekat Pantai Somalia (CGPCS) di mana Malaysia merupakan peserta aktif bersama negara serantau seperti China, Indonesia, jepun dan Korea Selatan, adalah salah satu daripada banyak contoh di mana keupayaan ketenteraan boleh digunakan untuk tujuan murni. "Mungkin ini merupakan pandangan optimistik keterlaluan mengenai peningkatan kekuatan kemampuan ketenteraan di rantau ini. "Tetapi saya percaya ia adalah tidak bertanggungjawab bagi kita untuk mengabaikan kemungkinan kerjasama dan kepentingan bersama kerana kita membenarkan diri kita dikaburi dengan persepsi ancaman tradisi," katanya. - BERNAMA

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Baca petikan akhbar di atas. a) "Platform serantau seperti itu boleh membantu meletakkan perkara dalam perspektif yang betul, memisahkan mitos dengan fakta serta mengawal respon berbalas yang produktif yang memburukkan keadaan daripada memperbaiki situasi". Apakah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri dengan pernytaan beliau di atas?

b) Tetapi saya percaya ia adalah tidak bertanggungjawab bagi kita untuk mengabaikan kemungkinan kerjasama dan kepentingan bersama kerana kita membenarkan diri kita dikaburi dengan persepsi ancaman tradisi," Apakah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri dengan pernytaan beliau di atas?

7.2 Apakah yang dimaksudkan dengan Kerjasama Serantau?

Kita telah membincang tentang globalisasi dalam Bab 6 yang membawa perspektif Dunia Tanpa Batas atau Dunia Tanpa Sempadan yang pada kini menjadi realiti dan menjadikan dunia mengecil. Kini negara-negara sedar bahawa, untuk mereka terus maju, mereka terpaksa bekerjasama. Dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit disebabkan impak globalisasi, jalinan kerjasama dengan negara lain adalah diperlukan bagi memanfaatkan idea, amalan terbaik dan pengalaman selain menggubal dasar bersesuaian demi faedah bersama. Konsep kerjasama serantau (regional cooperation) bukanlah sesuatu konsep yang baru dan telah wujud sebelum konsep globalisasi diperluaskan. Kerjasama serantau ialah gabungan beberapa buah negara untuk kebaikan ahli-ahli yang terlibat. Kerjasama serantau dijalin atas dasar saling menghormati kedaulatan dan senstiviti setiap ahli. Kerjasmana serantau diwujudkan dalam pelbagai bidang seperti kerjasama ketenteraan, kerjasama ekonomi, kerjasama kewangan, kerjasama perundangan, kerjasama pendidikan & budaya dan sebagainya. Sejarah Kerjasama Serantau: Selepas Perang Dunia Kedua (1946), beberapa jenis kerjasama serantau telah berkembanga. Yang paling terkenal ialah Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (atau North Atlantic Treaty
3

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Organisation - NATO). NATO yang merupakan kerjasama ketenteraan di antara 28 buah negara-negara Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat termasuk Turki. Kerjasama serantau ini merupakan usaha Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk menyekat peluasan kuasa dan pengaruh komunisme di dalam masyarakat antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua.
Rajah 7.1 Persidangan Nato

Kerjasama serantau di Asia Tenggara wujud pada September, 1954 dengan penubuhan Perjanjian Organisasi Asia Tenggara (Southeast Asia Treaty Organization - SEATO) yang melibatkan Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Australia, New Zealand, Filipina, Thailand serta Pakistan. Penubuhan SEATO adalah bagi menyekat perluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara selepas peristiwa kejayaan komunis bertapak di Indochina. Ia merupakan amaran kepada Rusia dan China supaya jangan masuk campur dalam hal ehwal yang terlibat. Jika perlu, angkatan tentera daripada semua negara-negara terlibat akan digunakan untuk mempertahankan serangan daripada kedua-dua negara komunis berkenaan Selain itu, selepas tahun 1960an, kerjasama serantau mula berkembang dengan pesat dengan penubuhan Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia - ASA) pada tahun 1961, diikuti oleh Persekutuan Malaysia-Filipina-Indonesia (MAPHILINDO) pada tahun 1963 dan kemuncak kerjasama serantau dengan penubuhan Association of Southesat Asian Nations (ASEAN) pada tahun tahun 1967 (Kita akan membincang dengan lebih dalam kelak). 7.3 Kewujudan Persatuan Negara-Negara Asia (ASEAN)

Persatuan Negara-Negara Asia (The Association of Southeast Asian Nations), atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos, 1967 di Bangkok, Thailand dengan menandatangani Deklarasi ASEAN oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapure dan Thailand. Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Ramos (Setiausaha Luar Filipina). Lihat Rajah 7.2.
4

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Brunei Darussalam menjadi ahli pada Januari, 1984 dan diikuti oleh Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Cambodia pada tahun 1999. Kini terdapat 10 negara yang menganggotai ASEAN dengan jumlah penduduk seramai 500 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer persegi (Lihat Rajah 7.3).

Rajah 7.2 Pengasas ASEAN [Dari kiri: Nacisco Ramos, Adam Malik, Thanat Khoman, Tun Abdul Razak & S. Rajaratnam]

TUJUAN ASEAN Sepertimana termaktub dalam Deklarasi ASEAN, tujuan ASEAN ialah untuk: Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.

Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran. Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai
5

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk.

Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.

Rajah 7.3 Negara-Negara ASEAN

PRINSIP-PRINSIP ASAS ASEAN digariskan seperti berikut: Saling menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan identiti nasional setiap negara Hak setiap negara wujud tanpa campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara Penyelesaian perbezaan atau pertikaian dengan cara aman Penolakan ancaman atau penggunaan kekerasan Kerjasama yang berkesan di antara ahli-ahli

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerjasama serantau? b) Mengapakah ASEAN ditubuhkan? c) Senaraikan prinsip-prinsip asas ASEAN.

7.4 Bidang-Bidang Kerjasama ASEAN

Kerjasama negara-negara ASEAN bertumpu kepada tiga bidang utama; iaitu politik, ekonomi dan sosial (Lihat Rajah 7.4).

Ekonomi

KERJASAMA

Sosial

Politik

Rajah 7.4 Bidang-Bidang Kerjasama Negara-Negara ASEAN A) KERJASAMA POLITIK

Perjanjian Kerjasama dan Keamanan Asia Tenggara (The Treaty of Amity and Cooperation TAD) menetapkan bahawa dialog dan kerjasama keselamatan dan politik ASEAN hendaklah bertujuan untuk mencapai dan meningkatkan kestabilan politik rantau Asia. Ini berasaskan kepada prinsip-prinsip keyakinan diri, kebergantungan diri (self-reliance), perasaan saling hormat-menghormati, kerjasama dan semangat perpaduan, di mana semua
7

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

faktor ini menjadi pemangkin kepada kewujudan masyarakat ASEAN yang kuat dan seterusnya memperkukuhkan politik ASEAN. Konsep ZOPFAN Negara-negara ASEAN mengamalkan konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) atau Zon Aman, Bebas dan Berkecuali yang diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971. Konsep ini memastikan Asia Tenggara tidak terlibat dalam sengketa antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China ketika Perang Dingin. Konsep ini juga memastikan kawasan ini tidak mempunyai pangkalan tentera asing. Semua negara ASEAN telah menerima konsep ini dan Malaysia pula telah menjadi konsep ini sebagai kerangka utama dasar luar negara. Begitu juga dengan negara-negara ASEAN lain. Negara-negara menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan. Zon Bebas Senjata Nuklear dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear. Salah satu kerjasama yang jalinkan ialah memberantas keganasan dengan menandatangani Konvensyen Memberantas Keganasan ( ASEAN Convention on Counter Terrorism - ACCT). Konvensyen ini mengeratkan kerjasama untuk mencegah dan memberantas keganasan.

B) KERJASAMA EKONOMI

Mungkin pencapaian utama ASEAN ialah keamanan dan kestabilan yang wujud di Asia Tenggara sejak ditubuhkan yang membantu negara-negara menumpukan perhatian kepada usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pemodenan yang berterusan. Dinamisme ekonomi Asia Tenggara adalah sesuatu yang memang diingini oleh banyak negara-negara lain. Adalah dianggarkan di antara tahaun 1970 hingga tahun 1995, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ASEAN berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 7.0 peratus. Hari ini, Asia Tenggara mempunyai pasaran sebanyak kira-kira 500 juta orang dan KDNK gabungan lebih daripada AS $ 700 bilion. Dariapda segi nilai dagangan, ASEAN adalah dagangan entiti ke4 terbesar di dunia selepas Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun. 1) Kewujudan Kawasan Pertumbuhan - ASEAN menyokong pembentukan dan operasi "kawasan pertumbuhan semulajadi" yang melibatkan kawasan-kawasan berdampingan beberapa negeri. Kini terdapat tiga kawasan pertumbuhan aktif dalam operasi, iaitu Kawasan Pertumbuhan Segitiga Singapura-Johor-Riau, Kawasan Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand, dan Kawaan Pertumbuhan Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina. 2) AFTA Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN: AFTA (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN untuk pengeluaran produk tempatan bagi semua negara-negara yang terlibat. Perjanjian ini bertujuan mewujudkan kawasan
8

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

perdagangan bebas dengan penghapusan tarif dan cukai secara beransur-ansur. Contohnya, Sistem Lorong Hijau (Green Lane System) dirancangkan untuk mempercepatkan pelepasan kastam dan penghapusan cukai kastam. Hasrat AFTA ialah: Untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dalam ASEAN. Menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap ASEAN Mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar.

3) Kerjasama Kewangan Kerjasama dalam bidang kewangan dan perbankan bertujuan menggalakkan pembangunan pasaran modal, pergerakan bebas modal, perkara-perkara kastam, hal-hal insurans, cukai dan sumber manusia dalam bidang perkhidmatan kewangan. 4) Kerjasama dalam Makanan, Pertanian dan Perhutanan Ini bermula hampir serta-merta berikutan penubuhan ASEAN dengan perjanjian untuk mewujudkan Jawatankuasa Pengeluaran Makanan dan kerjasama Bekalan dan Perikanan pada tahun 1968. Ditubuhkan Rizab Keselamatan Makanan dan Rizab Beras Kecemasan ASEAN pada tahun 1979. Ahli ASEAN juga menjalankan kerjasama teknikal untuk menguruskan dengan lebih baik, memelihara, membangun dan sumber hutan. 5) Kerjasama dalam Mineral dan Tenaga Untuk menyokong perkembangan pesat perindustrian di negara-negara ASEAN, usaha dilakukan untuk sistem maklumat mineral dengan mewujdukan pangkalan data tentang penghasilan pelbagai jenis galian.

Rajah 7.5 Projek menghubungkan bandar-bandar ASEAN dengan negara-negara lain dengan kabel dasar laut 40-gigabit-setiap-saat telah bermula pada Ogos, 2012.

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Kerjasama dalam Pengangkutan dan Komunikasi Negara-negara ASEAN telah mengadakan perjanjian membangunkan telekomunikasi dan pengangkutan serta menyelaraskan undang-undang dan peraturanperaturan pengangkutan jalan. Salah satu projek ialah pelaksanaan kabel gentian optik dasar laut (submarine optical cable) dan komunikasi satelit dengan tujuan menghubungkan negara-negara ASEAN dengan dunia luar (Lihat Rajah 7.5). Kini telah mulakan pelaksanaan pembangunan rangkaian keretapi dari Singapura ke Kunming di selatan China, melalui Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam (Lihat Rajah 7.6).
D Rajah 7.6 Projek Jalan Keretapi SingapuraKunming

6) Kerjasama dalam Pelancongan Negara-negara berazam mempromosikan rantau ASEAN sebagai destinasi pelancongan sambil memelihara budaya dan warisan alam sekitar setiap negara, menggalakkan perjalanan intra-ASEAN dan pembangunan sumber manusia dalam sektor pelancongan. Contohnya, di adakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992. Kini ketibaan pelancong di negara-negara ASEAN telah berkembang hingga 40 juta pelancong dan ASEAN telah menjadi kawasan ke-5 sebagai destinasi utama pelancong di dunia
C) KERJASAMA SOSIAL

Kerjasama sosial dalam ASEAN mencakupi bidang-bidang kebudayaan, penerangan, pendidikan, lingkungan hidup, ilmu pengetahuan dan teknologi, bencana alam, kesihatan, tenaga kerja, pembangunan sosial, pembasmian kemiskinan, perlindungan wanita & kanakkanak dan peningkatan pentadbiran kerajaan. Antara projek-projek usahasama yang dilaksanakan ialah seperti berikut: Bengel dan simposium seni & budaya seperti Minggu Budaya ASEAN (ASEAN Culture Week), Kem Belia ASEAN (ASEAN Youth Camp), pertukaran kunjungan antara seniman ASEAN, pertukaran berita melalui tv, penyiaran berita dan informasi mengenai ASEAN melalui radio-radio nasional. Pembentukan Jaringan Universiti ASEAN (ASEAN University Network - AUN) yang kini melibatkan 27 universiti dariapda ASEAN. Hasrat jaringan ini ialah penubuhan Universiti ASEAN tetapi hingga hari ia masih belum wujud. Bagaimana pun, universiti-universiti terlibat dengan perbincangan tentang dasar dan kurikulum. Usaha
10

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

sedang dilakukan untuk memperkenalkan konsep Sistem Pemindahan Kredit ASEAN (ASEAN Credit Transfer System) yang membolehkan pelajar memindahkan kredit di antara pusat-pusat pengajian tinggi ASEAN. Kerjasama dijalankan di anatara negara-negara ASEAN untuk mencegah dan memberantas penyeludipan dadah dan penyalahgunaan ubat-ubatan.

a) b) c) d)

Terangkan kerjasama politik yang dicapai oleh negara-negara ASEAN. Apakah AFTA? Nyatakan kerjasama telekomunikasi dan pengangkutan yang dicapai oleh ASEAN. Terangkan kerjasama sosoal yang dicapai oleh negara-negara ASEAN

7.5 SAARC Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan

Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) adalah sebuah organisasi ekonomi dan politik yang terdiri daripada TUJUAH egara dalam Asia Selatan. Dalam terma populasi, pengaruh linkungan sosialnya adalah besar dari mana- mana organisasi serantau yang lain: hampir 1.5 bilion penduduk, gabungan populasi negara- negara ahli. Penghujung 1970-an, Presiden Bangladesh, Ziaur Rahman mencadangkan untuk membentuk blok perdagangan yang terdiri daripada negaranegara di kawasan Asia Selatan (Lihat Rajah 7.7). Setiausaha luar kepada TUJUH buah negara bertemu buat pertama kalinya di Colombo pada April 1980 dengan memberi penumpuan kepada LIMA bidang utama yang Rajah 7.8 Negara-Negara SAARC telah dikenalpasti iaitu pertanian, pembangunan luar bandar, telekomunikasi, meteorlogi, serta kesihatan. Pada 8 Disember 1985, SAARC ditubuhkan secara rasmi
11

Rajah 7.7 Riaur Rahman

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

dengan pengenalan piagamnya. Ahlinya terdiri daripada negara India, Pakistan, Nepal, Bhutan, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives (Lihat Rajah 7.8). Afghanistan menyertai SAARC pada 13 november 2005 dan menjadi ahli pada 3 april 2007. Dengan adanya Afghanistan, ahli SAARC menjadi lapan. Matlamat Penubuhan SAARC: Sepertimana termaktub dalam piagam, SAARC bertujuan: Untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan dan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka. Untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan pembangunan kebudayaan dalam rantau dan untuk memberi semua individu peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri mereka. Untuk promosi dan memperkuatkan kebergantungan terhadap diri sendiri secara kolektif antara negara-negara Asia Selatan. Mewujudkan kepercayaan, pemahaman dan ambil berat tentang masalah satu sama lain. Untuk promosi kerjasama dan bantuan satu sama lain dalam ekonomi, sosial, budaya, teknikal dan lapangan saintifik. Untuk memperkuatkan kerjasama dengan negara membangun yang lain. Untuk memperkuatkan kerjasama antara mereka dalam forum antarabangsa untuk mempersoalkan kepentingan bersama. Untuk bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan serantau dengan matlamat dan tujuan yang sama.

Prinsip-prinsip yang menjadi asas penubuhan SAARC ialah:


Menghormati kedaulatan setiap ahli Tidak mencampur tangan dalam hal ehwal dalaman ahli Kerjasama untuk faedah semua ahli Setiap keputusan hendaklah mendapat persetujuan setiap alhi

Sekretariat SAARC ditubuhkan di Kathmandu pada 16 januari 1987 dan dilancarkan oleh Raja Nepal, Bivendra Bir Bikram Shah Dev. Sekretariat bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengetuai pelaksanaan aktiviti, membuat persediaan dan memberi
12

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

perkhidmatan untuk mesyuarat dan bertindak sebagai saluran komunikasi antara negaranegara ahli sepertimana organisasi rantau yang lain. Pada april 2006, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan membuat permintaan untuk menjadi pemerhati dalam SAARC Mesyuarat Majlis Menterin pada 2006 dan pada 2007, Iran juga meminta status pemerhati. Selepas SAARC tertubuh secara rasmi pada 1985, SAARC memperluasakan kerjasama yang berterusan dengan menyentuh soal kesihatan, kebajikan kanak-kanak, budaya dan juga sukan. Ini membuktikan bahawa SAARC tidak hanya berfokus pada kerjasama ekonomi semata- mata

AKTIVITI-AKTIVITI SAARC

Negara-negara SAARC telah bersetuju memfokus kepada TIGA perkara penting; iaitu pemindahan modal, pembasmian kemiskinan dan ekonomi antarabangsa. Mereka berjaya mendapat kata sepakat dalam perjanjian perkhidmatan dan juga aktiviti pertukaran maklumat, serta menjalankan penyelidikan sistematik yang merangkumi kerjasama ekonomi. Pada Disember 1995, SAARC Preferential Trading Arrangement (SAPTA) ditubuhkan bagi mempromosikan kerjasama ekonomi dan perdagangan secara bersama. Melalui SAPTA, kadar tarif yang sesuai difikirkan kepada barangan yang didagangkan dikalangan negara ahli. Sebarang bentuk diskriminasi dalam perdagangan dan juga halangan atau sekatan perdagangan dilarang. Pada 1 januari 2006, Kawasan Bebas Perdagangan Asia Selatan (South Asian Free Trade Areas SAFTA) telah ditubuhkan dengan harapan ia dapat meransang atau meningkatkan perdagangan dalam rantau tersebut. Ahli-ahli bersetuju mengurangkan cukai dan duti ke tahap 20% pada tahun 2007 dan secara beransur-ansur dihapuskan langsung pada tahun 2012. Bhutan, Bangladesh, Afghanistan dan Maldives diberi tambah 3 tahun (iaitu pada tahun 2015) untuk menhapuskan segala cukai dan duti.

Negara-negara SAARC telah menubuhkan Bank Makanan yang bertujuan saling membantu negara-negara yang memerlukan bantuan makanan disebabkan bencana alam yang melanda sesuatu kawasan. Selain itu, beberapa pusat telah ditubuhkan untuk mengeratkan kerjasama di antara ahli-ahli seperti berikut: o Pusat Budaya SAARC Telah mengadakan pameran lukisan pelukis-peluku daripada Sri Lanka, Bangladesh, India, Maldives. Aktivitiaktiviti lain ialah Pesta Filem dan Pesta Budaya.
13

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

o Pusat Tenaga SAARC Ditubuhkan pada Deklarasi Dhaka pada tahun 2005 yang bertujuan membawa ahli akademik, pegawai kerajaan, pakar alam sekitar serta badan-badan bukan kerajaan membincang tentang tenaga dan implikasinya kepada negara-negara SAARC dengan tumpuan kepada konservasi dan pencarian tenaga alternatif. o Pelancongan SAARC Tindakan diambil untuk menjadikan kawasan SAARC sebagai pusat pelancongan dengan mengadakan kemudahan & perkhidmatan yang dapat memajukan pelancongan. Negara-negara SAARC mempunyai warisan budaya yang tertua di dunia serta pelbagai budaya, bahasa dan pemandangan yang indah yang dapat menarik pelancongan. ISU-ISU NEGARA SAARC Perdagangan antara negara-negara SAARC hanya 5% walau pun negara-negara adalah berhampiran. Ini adalah rendah berbanding dengan perdagangan di antara negara-negara ASEAN yang ada pada kadar 25%. Mengapakah negara-negara SAARC lebih berminat mengadakan hubungan dua-hala dan tidak berdagang sebagai satu gabungan? SAARC menghadapi beberapa masalah yang telah membantut kemajuan gabungan tersebut. India adalah negara yang paling berkuasa daripada segi ekonomi, ketenteraan dan pengaruh antarabangsa dan ahli-ahli ragu-ragu dominisai dalam SAARC. Contoh India telah mencampur tangan dalam masalah dalaman Sri Lanka apabila pemberontak minoriti Tamil menentang kerajaan. Ini membuatkan hubungan India-Sri Lanka menjadi tegang sehingga 2010 apabila pendamaian tercapai di antara pemberontak dan kerajaan setelah berperang selama 14 tahun. Pertikaian Kashmir juga telah mengancam persahabatan di antara India dan Pakistan [Kita akan membincang konflik Kashmir dengan mendalam dalam Bab 8 kelak]. Masalah ini telah wujud selama 40 tahun dan kini usaha-usaha pendamaian kelihatan telah berjaya. Pertikaian Kashmir telah merumitkan hubungan India-Pakistan dalam SAARC. Negara-negara SAARC lebih berminat mengadakan perjanjian dua hala atau bilaterial untuk kepentingan ekonomi. Contohnya, India dan Bangladesh mengadakan perjanjian perdagangan dua hala untuk untuk kepentingan kedua-dua negara. Lebih kurang 60% perdagangan Bangladesh ialah dengan India. India juga mengadakan perjanjian ekonomi dua hala dengan Nepal yang mengimport sebahagian barangan daripada India dengan mengadakan kemudahan bebas cukai. Peningkatan perjanjian dua hala (bilateral) menunjukan ahli-ahli tidak bergantung pada SAARC untuk mencapai tujuan ekonomi mereka. Walaupun wujud kerjasama serantau, namun kerjasama itu lebih berbentuk kerjasama bi-lateral di mana urusan perja njian dilakukan antara 2 pihak atau 2 negara bukan dengan kesemua ahli SAARC serentak. SAARC dilihat tidak penting untuk masa depan ahli-ahli. Ini telah melemahkan usahausaha menyatupadukan ahli-ahli SAARC untuk saling bergantung dan bersama-sama maju.
14

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Juga, beberapa aspek perjanjian perdagangan bebas tidak menggalakkan negara-negara SAARC mempertingkatkan mengimport dan mengeksport barangan. Contohnya, barangan boleh diimport daripada Afghanistan ke India melalui Pakistan tetapi barangan daripada India tidak boleh dieksport ke Afghanistan melalui Pakistan. Juga, infrastruktur pelabuhanpelabuhan di negara-negara SAARC tidak mencukupi untuk menampung perkembangan perdagangan. Untuk meningkatkan perdagangan di antara negara-negara SAARC, usha harus dilakukan untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

a) b) c) d) e)

a) Senaraikan ahli-ahli SAARC. b) Siapakah yang mencadangkan penubuhan SAARC? c) Apakah yang mendorong penubuhan SAARC? c) Nyatakan jenis kerjasama yang telah wujud setakat ini. d) Apakah isu-isu yang menjejas kemajuan kerjasama diantara ahli-ahli SAARC?

7.6 GCC Majlis Negara-Negara Teluk

Majlis Negara-Negara Teluk (The Gulf Cooperation Council - GCC) ialah gabungan politik dan ekonomi negara-negara Arab yang bersempadan dengan Teluk Parsi yang terdiri daripada Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, Arab Emiriah Bersatu dan Oman. Negara-negara ini kaya dengan sumber pertroliam. Majlis ini ditubuhkan pada Mei, 1981 di Riyadh, Arab Saudi sebagai gabungan ketenteraan akhibat daripada perang di antara Iran dan Iraq selama lapan tahun. Kemudian Kuwait diserang oleh Iraq pada tahun 1991 dan keenam-enam negara GCC telah bersetuju mewujudkan suatu tentera bersama yang melibatkan angkatan tentera darat, tentera laut dan tentera udara yang diketuai oleh Arab Saudi.

Rajah 7.9 Negara-Negara GCC

Selain, kerjasama ketenteraan, GCC telah mula perbincangan tentang Perjanjian Kebebasan Perdagangan (Free Trade Agreement) pada tahunn1990 tetapi kemajuan adalah perlahan. Pada tahun 2007, usaha dimulakan sekali lagi untuk mempercepatkan proses perdagangan bebas.
15

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Pada tahun 2008, menteri-menteri daripada negara-negara Eropah - Iceland, Liechtenstein, Norway and Switzerland telah membuat perjanjian dengan GCC untuk mewujudkan kebebasan perdagangan dengan tujuan mengerat pertalian ekonomi di antara Eropah dan negara-negara Arab. Ini bermakna enam negara-negara GCC dan tiga negara Eropah boleh mengeksport dan mengimport barangan tanpa membayar duti dan cukai. Secara tak langsung ini telah mempertingkatkan pertukaran barangan di antara negara-negara Eropah dan negaranegara Arab. Contohnya, negara-negara Arab mengeksport barangan pertanian ke Eropah dan mengimport barangan pembuatan. PROJEK-PROJEK KERJASAMA Projek Grid Elektrik Projek ini bertujuan menyambung negara-negara GCC dengan grid elektrik yang mencukupi untuk menampung keperluan perkembangan pesat kawasan berkenaan (Lihat Rajah 7.10). Juga dalam projek ini, teknologi yang paling moden dan canggih digunakan untuk membekalkan elektirk kepada negaranegara GCC.

Rajah 7.10 Grid Elektrik yang menghubungkan NegaraNegara GCC

16

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Projek Jalan Keretapi Projek jalan keretapi sepanjang 2000 km yang menalan belanja US$15 bilion akan menghubungkan Musat melalui Dubai, Abu Dhabi, Doha, Manama, Bandaraya Kuwait, Riyadh dan pelabuhan Dammam di Arab Saudi (Lihat Rajah 7.11). Projek ini dijangka siap pada tahuan 2014. Projek ini dijangka akan meningkatkan perdagangan di antara negara-negara GCC daripada US$20 bilion pada tahun 2003 kepada US$100 bilion pada tahun 2014. Juga dijangkakan bahawa penunpang yang akan menggunakan jalan keretapi akan meningkatkan kepada 6 juta pada tahun 2016. Rajah 7.11 Jalan Keretapi yang menghubungkan NegaraDengan adanya jalan keretapi Negara GCC berkenaan, beberapa pelabuhan akan berkembang pesat apabila dihubungkan kelak.

a) Apakah tujuan asal GCC ditubuhkan? b) Siapakah yang menjadi ahli GCC? c) Bincangkan projek-projek usahasama yang telah dilaksanakan. Mengapa?

7.7 APEC Kerjasama Ekonomi Asia Pacifik Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation - APEC) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik. APEC ditubuhkan pada tahun 1989 berdasarkan cadangan Perdana Menteri Australia, Bob Hawke. Tujuan forum ini ialah untuk memperkuatkan pertumbuhan ekonomi kawasan dengan mempromosihubungan pelbagai hala atau multilateral. Anggota APEC terdiri dari 21 negara yang terdiri daripada Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico,
17

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, New Zealand dan Vietnam (Lihat Rajah 7.12). Negara-negara ini mewakili 60% ekonomi seluruh dunia dan 47% jumlah perdagangan dunia. Sekretariat APEC berpusat di Singapura. APEC mengadakan persidangan kemuncak setiap tahun yang dihadiri oleh ketua kerajaan setiap negara ahli. Lokasi persidangan bergilir-gilir antara negara-negara ahli. Perbincangan bertumpu kepada isu-isu ekonomi serantau, kerjasama perdagangan dan pelaburan.

Rajah 7.12 Negara-Negara anggota APEC

Matlamat utama APEC terkandung dalam Matlamat Bogor (Bogor Goals) yang berhasrat mewujudkan perdangagan & pelaburan bebas di kalangan negara-negara maju pada tahun 2010 dan perdagangan & pelaburan bebas di kalangan negara-negara sedang membangun pada tahun 2020. Matlamat Bogor ditandatangani di Bogor, Indonesia. Sejak ditubuhkan, APEC telah mencapai banyak kejayaan seperti berikut: Eksport dan import di antara negara-negara APEC telah meningkat sebanyak 100% Pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment) telah meningkat sebanyak 200%. Iaitu, negara-negara maju telah banyak melabur di negara-negara sedang membangun APEC dalam bidang pembuatan, pelancongan, kewangan, perbankan, pendidikan dan sebagainya. Contohnya, Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan China telah banyak melabur di Malaysia dengan mendirikan kilang pembuatan, perushaan teknolohi tinggi, penubuhan pusat-pusat kewangan & pembankan dan sebagainya. Keluaran Kasar dalam Negara (KDNK) negara-negara APEC telah meningkat terutama di kalangan negara-negara sedang membangun seperti Indonesia, Papua New Guinea, Filipina dan Vietnam yang telah
18

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Kerjasama ekonomi di antara negara-negara APEC berlainan daripada kerjasama serantau lain (seperti ASEAN) kerana kerjasama lebih berdasarkan konsep kesukarelaan (volunteerism). Apakah yang dimaksudkan? Kerjasama negara-negara APEC adalah lebih fleksibel dan tidak terikat (non-binding) oleh peraturan tertentu. Berbagai keputusan diperoleh secara konsensus dan komitmen berlandaskan prinsip-prinsip konsultatif, transparan, terbuka dan pengakuan atas perbezaan pembangunan antara ekonomi maju dan ekonomi berkembang. 7.8 CAREC Kerjasama Ekonomi Serantau Asia Tengah

Kerjasama Ekonomi Rantau Asia Tengah (Central Asia Regional Economic Cooperation CAREC) ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini terdiri daripada 10 negara Afghanistan, Azerbaijan, China, Kyrgyz, Mongolia, Pakistan, Tajikistan, Kazakhstan, Turkmenistan dan Uzbekistan. Kerjasama Serantau ini berbeza dengan gabungan-gabungan lain yang kita telah membincang setakat ini. Ia melibatkan 6 institusi yang terdiri daripada Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank), Bank Dunia (World Bank), Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank) dan Bank Rekonstruksi & Pembangunan Eropah (European Bank for Reconstruction & Development).

Rajah 7.13 Jalan Raya di Kazakhstan 19

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Tujuan CAREC ialah untuk bersama-sama meningkatan pertumbuhan ekonomi serta membasmi kemiskinan dengan melaksanakan projek-projek dalam sekotor pengangkutan, perdagangan, tenaga dan sektor-sektor lain untuk kebajikan sama. Lihat Rajah 7.13. Bank Pembangunan Asia (ADB) ialah urusetia yang mengkordinasi segala projek yang dilaksanakan. Tiga sektor yang menjadi tumpuan CAREC ialah sektor pengangkutan, sektor tenaga dan sektor perdagangan.

Rajah 7.14 Negara-Negara anggota CAREC

Projek-Projek Usahasama CAREC Projek Pengangkutan. Lihat Rajah 7.14. Projek 1: Jalanraya sepanjang 13,600 km dan 12,000 km jalan keretapi yang menghubungi Kazakhstan dan Republik Kyrgyz dengan China dan Eropah. Projek 2: Jalanraya sepanjang 9,900 km dan jalan keretapi sepanjang 9,700 km yang menghubungi Azerbaijan, Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan, dan Republik Kyrgyz dengan China dan negara-negara Mediterranean.

20

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Projek 3: Jalanraya sepanjang 6,900 km dan jalan keretapi sepanjang 4,800 km yang menghubungi Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan, dan Republik Kyrgyz dengan Rusia dan Afghanistan (Lihat Rajah 7.15). Projek 4: Jalanraya sepanjang 2,500 km dan jalan keretapi sepanjang 1,100 km yang menghubungi Rusia dengan Mongolia dan China. Projek 5: Jalanraya sepanjang 3,700 km dan jalan keretapi sepanjang 2,000 km yang menghubungi China dengan Tajikistan, dan Republik Kyrgyz negara-negara Arab. Projek 6: Jalanraya sepanjang 10,600 km dan jalan keretapi sepanjang 7,200 km yang menghubungi Eropah dengan Rusia dan negara-negara Arab di Teluk Parsi.

Rajah 7.15 Jalan Keretapi di Uzbekistan

Sejak 2001, negara-negara CAREC telah membelanja lebih US$20 bilion dalam sekor pengangkutan dan angka ini dijangka akan meningkat ke US$100 bilion menjelang 2020. Selain projek pengangkutan, CAREC juga terlibat dengan usaha memudahkan perdagangan di ahli-ahli. Tindakan-tindakan diambil untuk mengurangkan cukai dan duti yang dikenakan apabila barangan diimport dan dieksport. Beberapa peraturan kastam dikaji semula dan diubahsuai untuk memudahkan pengaliran barangan di antara negara-negara CAREC. Juga beberapa projek tenaga dilaksanakan untuk membekalkan tenaga elektrik untuk kawasana-kawasan tertentu dengan tujuan memperkembangkan proses perindustrian di negara-negara CAREC. Contohnya, grid elektrik telah dibina yang membekalkan tenaga elektrik kepada kawasan-kawasan perindustrian dan perumahan di negara-negara yang memerlukannya.

21

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

a) b) c) d)

Apakah tujuan penubuhan APEC? Siapakah ahli-ahli APEC? Berikan contoh kerjasama negara-negara APEC. Apakah tujuan penubuhan CAREC? Bincangkan projek-projek kerjasama yang dilaksanakan oleh negara-negara CAREC. e) Bagaimana projek-projek ini membantu pembangunan CAREC?

7.9 ACD Dialog Kerjasama Asia

Dialog Kerjasama Asia (Asia Cooperation Dialogue - ACD) ditubuhkan pada Jun, 2002 di Cha-Am, Thailand apabila 18 Menteri Luar negara-negara Asia berjumpa buat pertama kali. ACD ialah suatu forum yang bertujuan mempertingkatkan daya persaingan negara-negara Asia dengan berlandaskan kepelbagaian dan kekayaan sumber benua Asia. Sejak ditubuhkan, menteri-menteri ACD berdialog setiap tahun. Contohnya, dialog ini diadakan di Chiang Mai pada 2003, di Qingdao pada 2004, di Islamabad pada 2005 dan di Doha pada 2006. Pada tahun 2012 dialog diadakan di Kuwait di antara menteri-menteri luar negara-negara ACD. Tujuan penubuhan ACD ialah: Mengeratkan kerjasama di antara ahli untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti kehidupan penduduk Asia Memperluaskan perdagangan dan pasaran kewangan dalam Asia dan mempertingkatkan daya persaingan dalam pasaran global Menuju ke arah penubuhan Komuniti Asia yang dapat berinteraksi dengan negaranegara lain dalam dunia dan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran global. Beberapa negara ACD telah mencadangkan projek-projek yang ingin dilaksanakan yang terdiri daripada berikut: Pertanian China, Pakistan & Kazakhstan E-Pendidikan Malaysia Tenaga Bahrain, Indonesia, Filipina & Qatar Pendidikan Alam Sekitar Jepun Kewangan Thailand Teknologi Maklumat Korea Selatan Bencana Alam Rusia Pembasmian Kemiskinan Bangladesh, Cambodia & Vietnam Pelancongan Thailand, Pakistan & Myanmar

22

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Rajah 7.16 Negara-Negara ACD

Kini 31 negara-negara telah menjadi ahli ACD seperti berikut: Bahrain, Bangladesh, Bhutan, Brunei Darussalam, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Japan, Kazakhstan, Korea Selatan, Kuwait Laos Malaysia, Mongolia, Myanmar, Oman, Pakistan, Filipina, Qatar, Rusia Arab Saudi Singapura, Sri Lanka Thailand, Emiriah Arab Bersatu Vietnam, Tajikistan Uzbekistan Kyrgyzstan
23

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Penubuhan Asia e University (AeU) Di antara projek-projek yang dicadangkan, E-Pendidikan yang dicadangkan oleh Malaysia adalah yang paling berjaya dengan penubuhan Asia e University (AeU) pada tahun 2008. Deklarasi Islamabad yang diistiharkan pada April, 2005 oleh ahli-ahli ACD telah memutuskan untuk menyokong penubuhan AeU sebagai institusi untuk memajukan epembelajaran dan mengurangkan jurang digital (digital divide). Ini diikuti dengan Deklarasi Doha pada 2006, Deklarasi Seoul pada 2007 dan akhirnya Deklarasi Kazakhstan pada 2008. Semua Deklasrasi-Deklarasi ini telah memberi sokongan penuh penubuhan Asia e University yang ditugaskan menawarkan program-program yang mudah diakses oleh pelajar, menggunakan kepakaran yang terdapat di Asia dan meningkatkan penggunaan ICT. Pada April, 2008, Asia e University ditubuhkan secara rasmi di Kuala Lumpur, Malaysia. Selain Malaysia, pelajar-pelajar yang mengikuti program-program yang ditawarkan datang daripada Bahrain, India, Vietnam, Indonesia, Maldives, Malawi, Kazakhstan, Bangladesh dan lain-lain. Visi AeU ialah untuk menjadi hub e-pembelajaran yang menawarkan program-program yang berharga berpatutan dan berkualiti tinggi. Misi AeU ialah untuk: Untuk bekerjasama dengan universit dan institusi lain in Asia Menawarkan program-program dengan berlandaskan kepakaran dan prestij institusiinstitusi Asia Memperkembangkan strategi pedagogi dan teknologi yang dapat mempertingkatkan pemikiran kritis dan kebolehan kreatif pelajar Menawarkan program-program yang fleksibel dan relevan Memastikan program-program yang ditawarkan menepati kualiti antarabangsa

a) b) c) d)

Apakah tujuan ACD? Siapakah menjadi ahli ACD? Nyatakan projek-projek yang dilaksanakan/ Mengapakah AeU ditubuhkan?

24

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Konsep kerjasama serantau (regional cooperation) bukanlah sesuatu konsep yang baru dan telah wujud sebelum konsep globalisasi diperluaskan. Kerjasama serantau ialah gabungan beberapa buah negara untuk kebaikan ahli-ahli yang terlibat. Persatuan Negara-Negara Asia (The Association of Southeast Asian Nations), atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos, 1967 di Bangkok, Thailand dengan menandatangani Deklarasi ASEAN oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Tujuan utama ASEAN ialah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur. ASEAN ditubuhkan berasaskan prinsip aaling menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan identiti nasional setiap negara dengan setiap negara wujud tanpa campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara. Negara-negara ASEAN mengamalkan konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) atau Zon Aman, Bebas dan Berkecuali yang diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971. ASEAN menyokong pembentukan dan operasi "kawasan pertumbuhan semulajadi" yang melibatkan kawasan-kawasan berdampingan beberapa negeri.

Negara-negara ASEAN telah mengadakan perjanjian membangunkan telekomunikasi dan pengangkutan serta menyelaraskan undang-undang dan peraturan-peraturan pengangkutan jalan. AFTA (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN yang bertujuan mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan penghapusan tarif dan cukai secara beransur-ansur. Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) adalah sebuah organisasi ekonomi dan politik yang terdiri daripada 7 buah negara dalam Asia Selatan.

25

Bab 7: Kerjasama Serantau di Asia

Tujuan utama SAARC ialah untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan dan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan pembangunan kebudayaan dalam rantau dan untuk memberi semua individu peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri mereka. Negara-negara SAARC telah bersetuju memfokus kepada TIGA perkara penting; iaitu pemindahan modal, pembasmian kemiskinan dan ekonomi antarabangsa. Majlis Negara-Negara Teluk (The Gulf Cooperation Council - GCC) ialah gabungan politik dan ekonomi negara-negara Arab yang bersempadan dengan Teluk Parsi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation - APEC) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik. Kerjasama Ekonomi Rantau Asia Tengah (Central Asia Regional Economic Cooperation CAREC) ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini terdiri daripada 10 negara

ACD ialah suatu forum yang bertujuan mempertingkatkan daya persaingan negaranegara Asia dengan berlandaskan kepelbagaian dan kekayaan sumber benua Asia.

John Whiteclay Chambers II. "SEATO." The Oxford Companion to American Military History. 2000. Encyclopedia.com. 7 Nov. 2012 Central Asia Regional Economic Cooperation. http://www.carecprogram.org/ Association of Southeast Asian Nations -ASEAN. www.aseansec.org South Asian Association for Regional Cooperation - SAARC ww.saarc-sec.org Asia Pacific Economic Cooperation APEC. http://www.apec.org/ Asia Cooperation Dialog ACD http://www.acddialogue.com

26

You might also like