You are on page 1of 3

Soalan Set 8 S4 : Huraikan ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13

Masihi.

Fakta Keterangan Catatan


Pendahuluan Seni bermaksud sesuatu yang bersifat halus atau lembut
dan mengandungi unsur-unsur keindahan.
Seni bina membawa maksud keindahan yang dicetuskan
daripada kemahiran dalam binaan,reka bentuk binaan
dan pertukangan.
Seni bina Islam merupakan salah satu cabang
kebudayaan dan ketamadanunan Islam yang dihasilkan
manusia. Ia merupakan hasil kreativiti umat Islam bagi
memenuhi keperluan rohani dan jasmani.
Seni bina Islam berkembang pesat di Andalusia
terutama pada zaman Dinasti Nasriyyah yang
meninggalkan seni bina agung iaitu Alhamra yang
menjadi The Artistic Genius of Muslim Spain.
Pada masa itu, tokoh-tokoh seni bina Islam pada zaman
kerajaan Andalusia mula untuk membuat seni bina Islam
yang menarik serta indah sehingga dapat mencipta
sejarah di Andalusia.
Oleh itu, terdapat ciri seni bina Islam di Andalusia pada
abad ke-13 Masihi.

Fakta Keterangan Catatan


Isi 1 : Seni bina Antara ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13
bangunan bukan Masihi ialah seni bina bangunan bukan hanya berfokus
hanya berfokus kepada masjid.
kepada masjid Hal ini dikatakan demikian kerana, seni bina bercirikan
Islam Andalusia bermula di Kota Cordova diikuti bandar
Toledo,Serville,Granada,Amneria,Saragossa dan
Velencia meliputi pelbagai jenis bangunan dan binaan.
Contohnya bangunan masjid,menara,tempat mandi
awam (hammam),taman dan istana yang cantik sama
ada di bahagian luaran mahupun dalamannya.
Ia telah menjadi kelaziman bagi kaum muslimin untuk
membina masjid ketika membuka sebuah bandar.
Oleh itu, akhir abad ke 10 Masihi, Kota Cordova telah
mempunyai banyak binaan seperti 1600 masjid,900
hammam, 60,300 rumah orang kenamaan,setiausaha
dan ketua-ketua tentera.

Fakta Keterangan Catatan


Isi 2 : Fungsi Seni Selain itu, fungsi seni bina bangunan.
Bina Bangunan Hal ini dikatakan demikian kerana, seni bina Andalusia
mempunyai fungsi khas,antaranya menara untuk
tujuan pemantauan manakala bahan binaan
disesuaikan untuk menyerap cuaca sejuk dan panas
serta gema bunyi.
Kerajaan Andalusia turut menitikberatkan isu
pencahayaan agar isi bangunan lebih terdedah kepada
pancaran cahaya yang tidak terik mahupun tidak
kurang sehingga menyebabkan ruang dalam sesebuah
bangunan nampak muram.
Contohnya, dengan sistem pencahayaan yang baik
dalam seni bina Islam, bangunan yang dibina kelihatan
lebih cerah,hening dan tenang.
Oleh itu, bangunan-bangunan yang dibina di Andalusia
sama ada masjid atau istana mengambil kira soal
pancaran cahaya yang menembusi sesuatu bangunan
itu sehinggalah bahagian fungsi seni bina yang lain
yang telah menjadi faktor utama dalam sesebuah
binaan ciri islamik.

Fakta Keterangan Catatan


Isi 3 : Motif corak Seterusnya, motif corak hiasan.
hiasan Hal ini dikatakan demikian kerana, bahagian dalam
Alhamra dihias indah dengan ukiran geometri
bermotifkan bunga-bungaan, ukiran khat nasakh dan
kufi tanpa bermotifkan makhluk hidup.
Ukiran kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-
quran,puji-pujian,gelaran pemerintah dan sebagainya.
Contohnya, binaan Masjid Al-Mulk yang didirikan oleh
Sultan Muhammad II.
Di pintu masuk tertulis tulisan Arab ‘Azza Maulana al-
Sultan Abdillah’. Dan dibawahnya terdapat syair yang
menyentuh kemurniaan agama Islam, di bahagian
dinding masjid diukir hiasan yang berselang dengan
ayat al-quran, mihrab masjid pula dipenuhi dengan
hiasan berwarna emas dan struktur mihrab
bertakhtakan permata zamrud,yaqut dan sebagainya.
Oleh itu, motif corak hiasan merupakan ciri seni bina
Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

Fakta Keterangan Catatan


Isi 4 : Kategori Disamping itu, kategori seni bina.
Seni Bina Seni bina Andalusia terdiri daripada dua kategori
utama iaitu seni bina yang dipengaruhi dengan unsur
luar.
Contohnya, di Granada dan seni bina yang hanya
dipengaruhi unsur Islam sahaja seperti di Seviille.
Kesenian di Granada yang lahir di Granada dikenali
sebagai kesenian Granada dan kesenian di luar
Granada dikenali sebagai mudejar.
Keseniaan di Granada dihasilkan oleh seniman-
seniman yang beragama Islam seperti Istana Al-Hamra.
Oleh itu, kategori seni bina merupakan ciri seni bina
Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

Fakta Keterangan Catatan


Kesimpulan Kesimpulannya, konsep kesenian yang dihasilkan
adalah penting untuk membimbing manusia ke arah
mentauhid dan mengabdikan diri kepada Allah Taala.
Seni bina Islam yang terdapat di Andalusia adalah
gabungan nilai-nilai kesenian tempatan dan luaran
terutamanya pengaruh Arab,Turki dan Parsi.
Oleh itu, kewujudan seni bina yang indah di Andalusia
telah membuktikan bahawa agama Islam tidak
menolak bidang kesenian sehingga ke hari ini selagi ia
tidak disalahgunakan oleh seseorang individu
mahupun sesetengah komuniti.

You might also like