You are on page 1of 13

AYAT TERGANTUNG

Ayat mesti terdiri daripada subjek dan


predikat.

Dalam susunan ayat biasa, subjek mesti


berada di hadapan ayat dan predikat berada di belakang ayat. Contoh:- Budak itu / menangis

Dalam susunan ayat songsang, subjek terletak


di bahagian belakang ayat dan predikatnya

terletak di bahagian hadapan ayat.


Contoh:- Comel / kucing itu. Ayat tergantung merupakan ayat yang tidak mempunyai subjek dan predikat.

Ayat ini menyalahi hukum-hukum Bahasa


Melayu dan kerap dilakukan oleh pelajar-

pelajar yang lemah tatabahasanya.

JENIS-JENIS AYAT TERGANTUNG


Ayat tanpa subjek Ayat tanpa predikat Kesalahan frasa kerja transitif

Ayat yang bermula dengan kata hubung

Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata

Binaan idea ayat yang tidak berfokus

Kesalahan ayat pancangan komplemen

Kesalahan ayat pancangan relatif

Ayat tanpa subjek


Contoh ayat:- Dalam buku itu menghuraikan cara-cara membuat kuih tradisional masyarakat Melayu.

(Buku itu menghuraikan cara-cara membuat kuih


tradisional masyarakat Melayu)

Ayat tanpa predikat


Contoh ayat:- Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan

pegawai kerajaan.
(Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan perlu disegerakan)

Kesalahan frasa kerja transitif


Tidak diikuti objek Contoh ayat:- Pemberita itu melaporkan dari Boikonor Cosmodrome, Khazastan. (Pemberita itu melaporkan berita dari Boikonor Cosmodrome, Khazastan)

Ayat yang bermula dengan kata hubung


Contoh ayat:- Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini)

Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata


Contoh ayat:- Mana pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan mengarang esei, sila dapatkan borang penyertaan di pusat sumber. (Mana-mana pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan mengarang esei, sila dapatkan borang penyertaan di pusat sumber.)

Binaan idea ayat yang tidak berfokus


Contoh ayat:- Langkah itu juga merupakan satu penyelesaian bagi negara dalam

memupuk generasi muda ke arah


Wawasan 2020.

( Langkah itu ? Huraikan dengan lebih lanjut)

Kesalahan ayat pancangan komplemen


Contoh ayat:- Kerajaan berusaha mengatasi masalah setinggan dalam kalangan penduduk bandar. (tiada kata hubung komplemen iaitu untuk)

Kesalahan ayat pancangan relatif


Contoh ayat:- Banyak pelajar lulus dengan baik. (Banyak pelajar yang lulus dengan baik)

You might also like