You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH KE ZOO TAIPING DAN MUZIUM TAIPING PERAK
TEMPAT TAIPING, PERAK DARUL REDZUAN TARIKH 11 - 13 JULAI 2012 ANJURAN UNIT PRASEKOLAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN

1.0 NAMA PROGRAM Program Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah Tunas Duranni IPGKKB Ke Zoo Dan Muzium Taiping Perak.

2.0 PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti julung-julung kali bagi Kelas Prasekolah Tunas Durrani IPGKKB ke Taiping Perak. Program lawatan sambil belajar ini merupakan satu aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid-murid prasekolah yang mana murid-murid ini akan didedahkan dengan dunia sebenar hidupan haiwan di zoo. Dengan itu, murid-murid prasekolah lebih memahami pembelajaran yang akan diajarkan dalam kelas.

3.0 RASIONAL Perlaksanaan program ini dilihat perlu kepada murid prasekolah kerana ia sedikit sebanyak akan memberi peluang kepada murid-murid ini untuk memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat sendiri persekitaran sebenar hidupan haiwan di zoo. Program lawatan sambil belajar yang dirancang ini bukan sahaja boleh menimbulkan minat belajar namun ianya mampu mewujudkan pembelajaran berkesan dikalangan murid-murid prasekolah. Selain itu, ia juga dilihat sebagai aktiviti yang dapat memenuhi kehendak Standart Kandungan Kurikulum Prasekolah di mana salah satunya ialah, dibawah tunjang kurikulum Sains dan Teknologi (Awal Sains) kanak-kanak dapat menjalankan penerokaan ke atas ciri-ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai.

3.0 OBJEKTIF Program lawatan sambil belajar ini mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut: i. Mendedahkan murid Prasekolah mengenai dunia sebenar hidupan haiwan di zoo. ii. Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah secara tidak formal. iii. Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai hidupan liar.

5.0 KUMPULAN SASARAN 1. Warga Prasekolah Tunas Durrani yang terdiri daripada : Seramai 18 orang murid Prasekolah Tunas Durrani Seramai 18 orang guru pelatih Prasekolah Sem 2, seorang guru prasekolah dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. 2 orang Pensyarah pengiring.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT Tarikh Hari Tempat : 11 hingga 13 Julai 2012 : Rabu, Khamis dan Jumaat : Taiping, Perak (Zoo Taiping dan Muzium Taiping)

7.0 ANJURAN Unit Prasekolah Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKKB.

8.0 JANGKA MASA PROGRAM 3 Hari 2 Malam

9.0 PENGANGKUTAN Sebuah bas Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

10.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK Pengarah IPGKKB : Tn.Hj Hashim bin Deraman

Tim. Pengarah IPGKKB : Dr. Mohd Aziz bin Mohd Din Ketua Jabatan JIP Ketua Unit Prasekolah Penyelaras Prasekolah Guru Prasekolah : Tn Hj Mohd Zarawi B. Mat Nor : En Wan Ahmad Jazlan B. Wan Ab Rahman : Puan Kasnimi Bt Seman : Puan Wan Haslili Bt. Wan Hassan

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setaiusaha Bendahari

: Muhammad Rafie Bin Mahmud Husni : Sarah Binti Mohd Yusoff : Knee Shin Ni : Nanthini A/P Sinnathamby : Eleanor Ling Kai Xin

Ahli Jawatankuasa : AJK Pengangkutan : Macnaughton Ak Salih Wan Nur Fatin Shuhada Bt Wan Muda

AJK Buku Program : Juwairiyah Bt Mohamed Michelle Yong Suek Jun

AJK Penginapan : Ong Pei Si Chong Win Wei

AJK Keselamatan Revathi A/P Munian Wan Abdul SyaKur B Wan Abdul Majid

AJK Persegaran Mohd Noor Ariff B Mahassan Siti Nur Farahana Bt Jauhari

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil 1. 2. 3. Untuk Guru/ PPM Prasekolah dan Murid Prasekolah Tunas Durrani Perkara Makanan Penginapan Tiket Zoo Taiping Perbelanjaan RM 10 X 20 RM 30 X 20 RM 6 X 20 Jumlah Keseluruuhan Jumlah RM 200 X (3 hari ) RM 600 RM 120 : RM 1320

Bil 1. 2. 3.

Untuk Guru Pelatih IPGKKB Perkara Makanan Penginapan Tiket Zoo Taiping Perbelanjaan RM 15 X 18 RM 30 X 18 RM 10 X 18 Jumlah Keseluruhan Jumlah RM 270 X (3 hari) RM 540 RM 180 : RM 990

13.0 TENTATIF LAWATAN Hari Pertama ( Rabu, 11 Julai 2012 ) 8.00 pagi 12.00 t/hari 6.00 petang 6.30 petang 7.00 malam 9.00 malam 10.00 malam : Bertolak dari IPGKKB : Makan tengah hari : Dijangka tiba di Taiping (Perak) : Daftar masuk ke penginapan dan urus diri : Urus diri dan persiapan Solat Maghrib : Makan malam : Istirehat

Hari Kedua (Khamis, 12 Julai 2012) 8.00 pagi 9.00 12.00 t/hari : Sarapan : Melawat ke Zoo Taiping

12.30 2.00 petang : Makan tengah hari dan Solat Zohor 2.00 4.00 petang : Melawat ke Muzium Taiping 4.00 6.00 petang : Bertolak balik ke Homestay dan istirehat 7.00 8.00 malam : Urus diri dan persiapan Solat Maghrib 9.00 malam 10.00 malam : Makan malam : Istirehat

Hari Ketiga (Jumaat, 13 Julai 2012) 8.00 pagi 4.00 petang : Sarapan pagi dan bertolak balik ke IPGKKB : Dijangka tiba di IPGKKB

14.0 PENUTUP Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi faedah kepada warga Prasekolah Tunas Durrani dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu alternatif guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Pada dasarnya, program ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu ke arah menjana pemikiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman secara langusung dan tidak langsung dapat diperolehi oleh murid-murid prasekolah. Semoga murid-murid dapat memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman sepenuhnya sewaktu pembelajaran di kelas nanti.

Adalah besar harapan kami agar program ini akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................. (KNEE SHIN NI) Setiausaha, Lawatan Prasekolah 2012

........................................... (KASNIMI BT SEMAN ) Penyelaras Prasekolah Tunas Durrani

Disahkan oleh,

......................................... (MOHD ZARAWI B. MAT NOR ) Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan

Diluluskan oleh, Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan program Lawatan Prasekolah 2012, pelajar Pendidikan Prasekolah Semester 2 (PISMP Ambilan Januari 2012).

............................................. (HASHIM B. DERAMAN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan.

You might also like