You are on page 1of 4

29 JANUARI, 19 MAC, 16 APRIL,

6 OGOS, 20 OGOS, 15 OKTOBER,


5 NOVEMBER 2014
Aktiviti boling di Sunshine, Pulau Pinang
1. Rasional

Aktiviti ini boleh membantu murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP)
belajar membaling. Aktiviti ini juga merupakan satu terapi bagi membina psikomotor murid itu
sendiri. Melalui aktiviti ini murid PKBP akan terdedah pada kehidupan luar dan menyesuaikan
diri mereka dengan masyarakat dan diri mereka khasnya.

2. Matlamat

2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengikuti lawatan luar kelas.

2.2 Memberi pendedahan kepada murid tentang aktiviti luar kelas.

3. Objektif

3.1 Murid-murid PKBP dapat mengenal keadaan luar selain daripada kawasan sekolah mereka
sahaja.

3.2 Murid-murid PKBP dapat berinteraksi dengan persekitaran dan masyarakat.

3.3 Mengajar murid bermain boling dengan cara yang betul.

4. Strategi
4.1 Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah tentang aktiviti boling di Sunshine, Pulau
Pinang.

4.2 Memohon surat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat lawatan.

4.3 Menyediakan senarai nama murid-murid yang akan mengikuti aktiviti.

4.4 Mengedarkan surat kebenaran waris kepada murid PKBP.


4.5 Membuat senarai perbelanjaan bagi tujuan tuntutan perbelanjaan dari PCG

Perbelanjaan bagi aktiviti Boling di Sunshine, Pulau Pinang

1. Makanan

RM5.00 x 36 orang murid = RM180.00

2. Pengangkutan (bas) = RM200.00

Jumlah = RM380. 00
TENTATIF PROGRAM

MASA
8.00 pagi Berkumpul di sekolah

8.30 pagi Sarapan

9.30 pagi Bertolak ke Premium Lanes, Sunshine

9.45 pagi Dijangka sampai

10.00 pagi Aktiviti terapi boling bermula

11.00 pagi Tamat aktiviti terapi

11.15 pagi Makan

12.00 tgahari Bertolak pulang

You might also like