You are on page 1of 11

Ekologi merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan

kumpulan organisma itu sendiri. Perkataan ekologi ini diambil daripada perkataan Greek oikos yang bermaksud rumah atau habitat. Istilah ini mulamula diperkenalkan oleh seorang ahli ekologi, Ernst Haeckel pada tahun 1869. Kini, istilah ini diguna secara meluas. Komponen biosis dan abiosis dalam persekitaran

Komponen Biosis Komponen biosis terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. Tumbuhan hijau merupakan satu-satunya komponen biosis yang mampu membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Oleh itu, tumbuhan hijau digelar penghasil atau pengeluar ataupun aututrof.

Komponen biosis terdiri daripada tiga kumpulan iaitu : -pengeluar -pengguna -pengurai Pengeluar ialah organisma autotrof yang mensintesiskan bahan ornaik daripada bahan tak organik melalui fotosintesis. Misanya, tumbuhan hijau dan sessetengah bakteria makanan sendiri dan perlu bergantung pada organisma lain atau jirim organik sebagai makanan.

Pengguna Primer merupakan organisma yangmendapat makanan dari pengeluar yang biasanya terdiri daripada haiwanherbivor iaitu haiwan yang hanya memakan tumbun-tumbuhan sahaja

Beberapa rantai makanan biasanya terjalin untuk membentuk satu jaringan makanan.

Setiap peringkat dalam rantai makanan mewakili satu aras trof. Aras trof merupakan kategori fungsi dan sangat penting dalam membincangkan pengaliran tenaga dan kitaran

nutrien dalam ekosistem. Pada setiap aras trof, tenaga akan hilang melalui proses respirasi dan perkumuhan. Kehilangan tenaga ini bermakna bahawa semakin kurang tenaga yang boleh disalurkan ke aras trof seterusnya. Disebabkan tenaga hilang pada setiap aras trof, jarangjarang terdapat lebih daripada lima aras trof dalam ekosistem akuatik mahupun ekosistem daratan.

Memandangkan organisma heterotrof tidak mampu membuat makanan sendiri, maka sesuatu ekosistem yang hanya mempunyai organisma heterotrof semata-mata sudah tentu tidak dapat dikekalkan selama-lamanya. Untuk sesuatu ekosistem swakekal, ia sekurangkurangnya memerlukan nutrien, autotrof dan pengurai di samping mungkin mempunyai pengguana primer, pengguna sekunder dan pengguna peringkat yang lebih tinggi. Secara ringkansya, bolehlah dikatakan bahawa organisma autotrof bertindak sebagai asas penentapan tenaga untuk keseluruhan ekosistem kerana tenaga yang tersimpan di dalam tumbuhan dipindahkan melalui beberapa organisma heterotrof sebelum dibebaskan ke persekitaran. Organisma autotrof juga merupakan asas pemekatan nutrien untuk ekosistem. Semasa pertumbuhan, tisu tumbuhan dibentuk daripada makronutrien dan mikronutrien yang diserap dari air, tanah dan udara di sekeliling. Nutrien ini dipekatkan, seterusnya dipindahkan di kalangan pengguna heterotrof (termasuk bakteria dan kulat yang menguraikan bahan organik). Tindakan penguraian oleh kulat dan bakteria ini seterusnya membantu membebaskan nutrien ini semula ke persekitaran dan membolehkan organisma autotrof menggunakan nutrien ini. Seperti yang telah dikatakan, komponen biosis dalam sesebuah ekosistem tidak hidup secara bersendirian. Dua organisma mungkin berinteraksi, sama ada buat sementara waktu ataupun secara jangka panjang. Jenis interaksi yang membabitkab dua organisma khusus dan berlaku dalam jangka masa yang panjang dikenali sebagai simbiosis. Terdapat tiga jenis simbiosis, iaitu komensalisme, parasitisme dan mutualisme. Jenis interaksi yang tidak khusus daan tidak kekela termasuk saprofitisme, perhubungan mangsa dan pemangsa dan persaingan. Komensalisme melibatkan dua organisma iaitu perumah dan epifit (tumbuhan) atau epizoit (haiwan). Epifit atau epizoit yang menumpang pada perumah tidak mendatangkan

apa-apa keuntungan atau kerugian kepada perumah tetapi mendatangkan keuntungan kepada epifit atau epizoit sahaja. Epifit yang menumpang pada perumah bertujuan mendapatkan perlindungan, pengangkutan, mendapatkan cahaya matahari atau mendapatkan sisa makanan yang terkeluar daripada mulut perumah. Dalam komensalisme, organisma yang mendapat keuntungan dinamakan komensal. Contohnya pokok duit-duit (komensal) dengan pokok meranti (perumah), ikan remora (komensal) dengan ikan jerung (perumah). Parasitisme ialah sejenis simbiosis yang menguntungkan satu organisma tetapi merugikan organisma yang satu lagi. Organisma yang mendapat keuntungan disebut sebgai parasit dan yang menanggung kerugian disebut sebagai perumah. Parasit akan mendapatkan nutrien daripada perumah melalui organ penyerap yang tumbuh masuk ke dalam perumah. Umpamanya pokok pakma (parasit) dengan pokok cengal (perumah), cacing pita (parasit) dengan manusia (perumah) dan kutu (parasit) dengan anjing (perumah). Mutualisme atau kesalingan ialah sejenis simbiosis yang menguntungkan kedua-dua pihak. Organisma-organisma yang terlibat saling bantu-membantu untuk mendapatkan keperluan yang diingini. Contohnya kulampair. Kulampair sebenarnya terdiri daripada dua organisma, iaitu kulat di luar dan alga di dalam. Dalam perhubungan ini, kulat berperanan menyerap air dan mengongsikannya dengan alga. Alga pula membina makanan dan memberikan sebahagian daripada makanan itu kepada kulat. Contoh yang lain termasuklah bakteria Rhizobium dalam akar pokok legum, umang-umang dengan buran. Saprofitisme merupakan satu hubungan antara satu organisma hidup memperoleh makanan daripada satu organisma mati. Organisma hidup itu dikenali sebagai saprofit. Bakteria pengurai dan kulat pengurai seperti kulapuk, cendawan ialah contoh saprofit yang merembeskan enzim untuk mencernakan organisma mati lalu menyerap hasil pencernaan tersebut. Pemangsa ialah haiwan yang memburu haiwan lain untuk dijadikan makanannya. Haiwan yang diburu disebut pemangsa. Pemangsa biasanya mempunyai penglihatan yang tajam untuk mengesan kedudukan mangsa. Pemangsa juga biasa mempunyai kuku yang tajam dan melengkung untuk mencengkam mangsanya. Pemangsa jenis mamalia mempunyai gigi taring yang panjang dan meruncing untuk membunuh mangsanya manakala pemangsa jenis burung mempunyai parut yang yang tajam melengkung untuk tujuan yang sama. Haiwan mangsa pula biasanya mempunyai ciri-ciri yang boleh melindunginya daripada pemangsa seperti kebolehan menyamar, kebolehan menghasilkan racun, kebolehan lari dan kebolehan menyamai warna persekitarannya. Dalam alam semula jadi, populasi mangsa dan pemangsa saling mengawal satu sama lain dari segi kuantiti. Apabila populasi pemangsa bertambah, populasi mangsa akan berkurangan kerana dimakan oleh populasi pemangsa. Manakala populasi mangsa berkurang, sebilangan populasi pemangsa akan mati kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi. Bilangan mangsa akan bertambah semula sekiranya kuantiti pemangsa berkurang. Dalam alam semula jadi, setiap organisma memerlukan keperluan asas tertentu untuk kemandiriannya. Tumbuhan memerlukan cahaya, air, garam mineral dan ruang hidup yang mencukupi. Haiwan pula memerlukan makanan, pasangan pembiakan dan ruang hidup. Apabila organisma membiak secara berlebihan di sesuatu kawasan dengan bekalan keperluan asas yang terhad, persaingan akan berlaku. Persaingan intraspesis berlaku antara organisma yang sama spesis. Misalnya, persaingan intraspesis berlaku antara tiga pokok kaktus yang sama jenis yang tumbuh dalam pasu yang sama. Persaingan interspesis berlaku antara

organisma yang berlainan spesis. Misalnya, persaingan interspesis berlaku antara pelbagai jenis tumbuhan dalam hutan untuk memperoleh lebih banyak cahaya matahari, ruang hidup, air dan garam mineral. Komponen Abiosis Semua benda hidup dalam ekosistem berinteraksi dengan komponen abiosis di sekelilingnya seperti pH tanah atau air, suhu, keamatan cahaya, kelembapan, topografi dan iklim mikro. Dan komponen abiosis ini akan mempengaruhi aktiviti-aktiviti benda hidup. Nilai pH mempengaruhi pertumbuhan dan taburan organisma akuatik dan tanah. Tanah boleh menjadi asid (pH<7), neutral (pH=7) atau beralkali (pH>7). Kebanyakan organisma menghuni di tanah yang neutral atau hampir neutral. Sesetengah tumbuh-tunbuhan suka akan tanah yang sedikit berasid atau sedikit beralkali. Misalnya tanah yang sedikit berasid sesuai untuk tanaman jagung, kacang soya, tomato, barli dan kentang. Manakala tanah yang sedikit beralkali sesuai untuk paku-pakis, pokok kelapa dan Casurina. Suhu mempengaruhi produktiviti pengeluar (tumbuh-tumbuhan hijau) dan taburan organisma tanah sesuatu ekosistem. Semakin rendah suhu, proses hidup tumbuh-tumbuhan dan haiwan menjadi semakin perlahan manakala semakin tinggi suhu (sehingga ke satu had tertentu), kadar fotosintesis semakin meningkat dan terdapat lebih banyak makanan yang secara langsungnya dapat menampung lebih banyak pengguna. Ekosistem yang bersuhu lampau seperti di kutub dan gurun adalah kurang produktif. Hanya organisma yang mempunyai penyesuaian dapat menetap di dalam habitat sedemikian. Taburan haiwan poikiloterma (yang tidak berupaya mengawal suhu badannya) biasanya di ekosistem yang panas manakala taburan haiwan homoioterma (yang berupaya mengawal suhu badannya) adalah lebih meluas. Cahaya adalah penting kerana dapat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tumbuhtumbuhan hijau dalam proses fotosintesis. Kesemua haiwan lain bergantung kepada makanan yang dibuat oleh tumbuh-tumbuhan hijau. Keamatan cahaya mempengaruhi kadar fotosintesis. Oleh itu, taburan tumbuh-tumbuhan hijau adalah lebih tumpat di kawasan yang berkeamatan cahaya tinggi. Bagi ekosistem air, kebanyakan tumbuh-tumbuhan akuatik bertaburan di bahagian yang hampir dengan permukaan air kerana keamatan cahaya semakin berkurangan apabila bertambah kedalaman air. Cahaya juga penting dalam perlakuan haiwan. Banyak organisma seperti kutu dan haiwan tanah memperoleh keadaan optimum sama ada dengan bergerak kea rah cahaya atau menjauhi cahaya. Kelembapan udara mempengaruhi kadar kehilangan air daripada haiwan dan tumbuhtumbuhan (proses transpirasi). Kadarnya paling rendah apabila udara atmosfera adalah paling lembap. Dalam ekosistem seperti gua atau hutan yang terlindung, udara lebih lembap dan banyak haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup di dalamnya. Bagi haiwan dan tumbuhtumbuhan lain yang dapat mengawal kadar kehilangan air, taburannya lebih luas. Topografi adalah huraian mengenai keadaan rupa bentuk muka bumi, tanah, sungai dan sebagainya. Ciri-ciri topografi seperti latitud, kecerunan tanah dan aspek (ke arah mana bentuk muka bumi menghadap) adalah faktor-faktor yang menentukan kuantiti sinaran suria yang sampai ke permukaan bumi, kelembapan relatif, suhu dan keamatan cahaya. Oleh itu, taburan organisma di sesuatu tempat akan berbeza-beza mengikut keadaan topografi.

RANTAI MAKANAN, JARINGAN MAKANAN DAN ARAS TROF Rantai Makanan, Aras Trofik Dan Jaring Makanan Transformasi energi makanan dari tumbuhan menuju ke berbagai organisme dapat terjadi melalui suatu proses alami secara berturutan dalam suatu peristiwa memakan dan dimakan. Proses tersebut dikenal sebagai rantai makanan. Contoh suatu rantai makanan adalah: Tumbuhan dimakan oleh serangga > serangga dimakan katak > katak dimakan oleh ular > ular dimakan oleh burung elang. Dengan melalui proses rantai makanan tersebut maka energi makanan dari tumbuhan mengalir ke tubuh serangga, kemudian ke katak, ke ular dan ke burung elang yang merupakan salah satu karnivor puncak. Kejadian di alam mengenai rantai makanan tidak sesederhana seperti contoh tersebut. Perlu diketahui bahwa serangga dapat pula dimakan oleh burung, dan burung pemakan serangga dapat dimakan oleh ular. Katak dapat pula dimakan oleh binatang yang lain. Sehingga dengan demikian dalam suatu ekosistem terdapat banyak rantai makanan. Masing-masing rantai makanan tidak merupakan rantai tunggal sederhana, tetapi rantai makanan dapat bercabang, dan dapat pula saling berhubungan atau berkaitan satu dengan yang lain. Jadi yang terjadi di alam sebenarnya adalah sangat komplek Keadaan tersebut kalau digambarkan akan membentuk gambaran sebagai jaringjaring, yang kemudian disebut jaring-jaring makanan. Dalam suatu komunitas yang kompleks, organisme-organisme menerima energi makanan dari tumbuhan dengan jumlah langkah yang berbeda-beda dan sangat tergantung pada posisi mereka di dalam rantai makanan. Makin dekat posisi mereka pada awal rantai makanan, maka makin sedikit jumlah langkahnya dalam memperoleh energi. Organisme-organisme yang mempunyai jumlah langkah yang sama dalam menerima energi makanan dari tumbuhan, dikatakan termasuk dalam aras trofik yang sama. Tumbuhan berklorofil sebagai awal dari rantai makanan disebut menempati aras trofik I, sedangkan herbivora atau konsumen primer menempati aras trofik II, dan seterusnya. Aras trofik yang terakhir menerima energi makanan dalam suatu komunitas ditempati oleh karnivora puncak. Biasanya di dalam suatu ekosistem, jumlah mata rantai makanan hanya terdapat sebanyak 3 atau 5 aras saja, meskipun mata rantai yang ke 3 dan 5 jarang ditemui dalam ekosistem. Oleh karena itu jumlah aras trofik dalam ekosistem paling banyak hanya 5 aras trofik. Dalam suatu transformasi energi dari suatu organisme ke organisme yang lain, atau dari suatu aras trofik ke aras trofik yang lebih tinggi, sebagian dari energi tersebut terlepas menjadi entropi(perhatikan hukum termodinamika II). Dengan demikian semakin pendek suatu rantai makanan, atau makin dekat suatu organisme dengan awal rantai makanan, maka jumlah energi makanan yang tersedia semakin banyak. Sebaliknya, semakin jauh posisi organisme dari awal rantai makanan, maka semakin sedikit energi makanan yang diperolehnya. Sebagai contoh; kita bandingkan jika manusia memakan daun sayur dengan kambing yang memakan daun sayur yang sama, maka energi yang diperoleh manusia dari memakan sayur langsung lebih tinggi kualitas energinya dibanding memperoleh energi dari hasil memakan daging kambing. Hal ini dapat dilihat dari perbedaan langkah dimana manusia mengambil sayur merupakan langkag pendek (energi matahari-sayur-manusia), sementara manusia memakan daging kambing energi yang diperoleh sudah melalui beberapa langkah (energi matahari-sayur-kambing-manusia).

Interaksi antara komponen biosis dari segi pemakanan

A. Interaksi antar organisme Semua makhluk hidup selalu bergantung kepada makhluk hidup yang lain. Tiap individu akan selalu berhubungan dengan individu lain yang sejenis atau lain jenis, baik individu dalam satu populasinya atau individu-individu dari populasi lain. Interaksi demikian banyak kita lihat di sekitar kita. Interaksi antar organisme dalam komunitas ada yang sangat erat dan ada yang kurang erat. Interaksi antarorganisme dapat dikategorikan sebagai berikut. a. Netral Hubungan tidak saling mengganggu antarorganisme dalam habitat yang sama yang bersifat tidak menguntungkan dan tidak merugikan kedua belah pihak, disebut netral. Contohnya : antara capung dan sapi. b. Predasi Predasi adalah hubungan antara mangsa dan pemangsa (predator). Hubungan ini sangat erat sebab tanpa mangsa, predator tak dapat hidup. Sebaliknya, predator juga berfungsi sebagai pengontrol populasi mangsa. Contoh : Singa dengan mangsanya, yaitu kijang, rusa,dan burung hantu dengan tikus. c. Parasitisme Parasitisme adalah hubungan antarorganisme yang berbeda spesies, bilasalah satu organisme hidup pada organisme lain dan mengambil makanan dari hospes/inangnya sehingga bersifat merugikan inangnya. contoh : Plasmodium dengan manusia, Taeniasaginata dengan sapi, dan benalu dengan pohon inang. Perhatikan Gambar 6.15 d. Komensalisme Komensalisme merupakan hubunganantara dua organisme yang berbeda spesies dalam bentuk kehidupan bersama untuk berbagi sumber makanan; salah satu spesies diuntungkan dan spesies lainnya tidak dirugikan. Contohnya anggrek dengan pohon yang ditumpanginya. e. Mutualisme Mutualisme adalah hubungan antara dua organisme yang berbeda spesies yang saling menguntungkan kedua belah pihak. Contoh, bakteriRhizobium yang hidup pada bintil akar kacang-kacangan. B. Interaksi Antarpopulasi Antara populasi yang satu dengan populasi lain selalu terjadi interaksi secara langsung atau tidak langsung dalam komunitasnya.Contoh interaksi antarpopulasi adalah sebagai berikut. Alelopati merupakan interaksi antarpopulasi, bila populasi yang satu menghasilkan zat yang dapat menghalangi tumbuhnya populasi lain. Contohnya, di sekitar pohon walnut (juglans) jarang ditumbuhi tumbuhan lain karena tumbuhan ini menghasilkan zat yang bersifat toksik.

Pada mikroorganisme istilah alelopati dikenal sebagaianabiosa.Contoh, jamur Penicillium sp. dapat menghasilkan antibiotika yang dapat menghambat pertumbuhan bakteri tertentu. Kompetisi merupakan interaksi antarpopulasi, bila antarpopulasi terdapat kepentingan yang sama sehingga terjadi persaingan untuk mendapatkan apa yang diperlukan. Contoh, persaingan antara populasi kambing dengan populasi sapi di padang rumput. C. Interaksi Antar Komunitas Komunitas adalah kumpulan populasi yang berbeda di suatu daerah yang sama dan saling berinteraksi. Contoh komunitas, misalnya komunitas sawah dan sungai. Komunitas sawah disusun oleh bermacam-macam organisme, misalnya padi, belalang, burung, ular, dan gulma. Komunitas sungai terdiri dari ikan, ganggang, zooplankton, fitoplankton, dan dekomposer. Antara komunitas sungai dan sawah terjadi interaksi dalam bentuk peredaran nutrien dari air sungai ke sawah dan peredaran organisme hidup dari kedua komunitas tersebut. Interaksi antarkomunitas cukup komplek karena tidak hanya melibatkan organisme, tapi juga aliran energi dan makanan. Interaksi antarkomunitas dapat kita amati, misalnya pada daur karbon. Daur karbon melibatkan ekosistem yang berbeda misalnya laut dan darat. Lihat Gambar 6.16. D. Interaksi Antarkomponen Biotik dengan Abiotik Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik membentuk ekosistem. Hubunganantara organisme dengan lingkungannya menyebabkan terjadinya aliran energi dalam sistem itu. Selain aliran energi, di dalam ekosistem terdapat juga struktur atau tingkat trofik, keanekaragaman biotik, serta siklus materi. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat mempertahankan keseimbangannya. Pengaturan untuk menjamin terjadinya keseimbangan ini merupakan ciri khas suatu ekosistem. Apabila keseimbangan ini tidak diperoleh maka akan mendorong terjadinya dinamika perubahan ekosistem untuk mencapai keseimbangan baru.

PROSES PENGKOLONIAN DAN PENYESARAN DALAM EKOSISTEM 1 Ekosistem adalah sistem semula jadi yang terbentuk daripada interaksi antara organisma hidup dengan persekitaran. 2 Nic adalah peranan organisma dalam suatu ekosistem. 3 Habitat adalah temp at semula jadi di mana organisma tinggal. 4 Populasi adalah sekumpulan organisma yang sarna speslesnya yang tinggal di habitat yang sarna. 5 Komuniti merujuk kepada tumbuhan dan haiwan yang tinggal di sesuatu habitat. Proses Pengkolonian dan Penyesaran 1 Pengkolonian adalah proses di mana tumbuhan mula menakluki temp at yang belum diduduki dan membentuk koloni di tempat itu. 2 Spesies perintis adalah spesies tumbuhan pertama yang menakluki suatu habitat baru.

3 Penyesaran adalah proses di mana sesetengah spesies tumbuhan yang dominan di suatu habitat perlahan-lahan digantikan oleh spesies tumbuhan lain yang dipanggil spesies penyesar. 4 Penyesaran berlaku sehingga suatu komuniti yang stabil dan matang yang dipanggil komuniti klimaks terbentuk. Pengkolonian dan penyesaran dalam kolam (a) Pengkolonian oleh spesies perintis (Rajah 8.8(a)) (i) Spesies perintis adalah alga dan tumbuhan tenggelam seperti Hydrilla sp. dan Elodea sp. Tumbuhan ini menjalankan fotosintesis. (ii) Apabila spesies perin tis mati dan mereput, bahan organik terenap di dasar kolam. (iii) Tebing kolam terhakis dan tanah akan termendap di dasar kolam. Kolam menjadi semakin cetek dan tidak lagi sesuai untuk spesies perintis.

(b) Penyesaran oleh tumbuhan terapung (Rajah 8.8(b)) (i) Tumbuhan terapung seperti keladi bunting, teratai dan kiambang menggantikan spesies perintis. Penyesaran pertama berlaku. (ii) Tumbuhan terapung tumbuh dengan pantas dan memenuhi permukaan air, menghalang cahaya matahari daripada sampai kepada tumbuhan tenggelam. (iii) Spesies perintis dan tumbuhan terapung yang telah tua akan mati. Bahan organik yang mereput terenap di dasar kolam. (iv) Kolam menjadi terlalu cetek dan tidak lagi sesuai untuk tumbuhan terapung. (c) Penyesaran oleh tumbuhan amfibia (Rajah 8.8(c)) I) Tumbuhan terapung perlahan-lahan digantikan oleh tumbuhan amfibia rusiga. ii) Apabila tumbuhan ini mati, lebih banyak bahan organik yang mereput dienapkan di dasar kolam. iii)Kolam menjadi kering dan lebih sesuai untuk tumbuhan darat (Rajah (d) Penyesaran oleh tumbuhan darat (Rajah 8.8(e)) (i) Tumbuhan amfibia digantikan oleh tumbuhan darat seperti pokok renek, belukar dan tumbuhan berkayu. (ii) Penyesaran berlaku berterusan sehingga komuniti klimaks seperti hutan hujan tropika terbentuk. seperti

8.8(d)).

Proses pengkolonian dan penyesaran di paya bakau 1 Spesies perintis di paya bakau adalah Avicennia sp. dan Sonneratia sp. Pneumatofor mengambil udara untuk respirasi. Akar tersebar dengan meluas bagi menyediakan sokongan dan memerangkap lumpur. Lebih banyak lumpur dikumpulkan dan tebing perlahan-lahan menjadi tinggi. Air berkurangan dan tidak sesuai lagi untuk spesies perintis. 2 Rhizophora sp. menggantikan spesies perintis secara perlahanlahan. Pokok bakau ini mempunyai biji benih vivipariti bagi memastikan anak benih dapat hidup dan mempunyai akar jangkang bagi menyokong dan mengukuhkan pokok itu. Akar jangkang memerangkap lumpur. Spesies perintis dan Rhizophora sp. yang tua mati dan terenap di tebing. Tebing menjadi lebih tinggi dan tanah adalah lebih kering dan padat. 3 Spesies bakau yang lain, iaitu Bruguiera sp. menggantikanRhizophora sp. 1a mempunyai akar banir untuk sokongan dan memerangkap lebih banyak lumpur. 1a mempunyai pneumatofor berbentuk lutut untuk pertukaran gas (Rajah 8.9). Semakin banyak mendapan dan bahan reput terenap di tebing, pesisir akan menjadi lebih jauh daripada laut. Tanah menjadi lebih keras dan daratan terbentuk.

4 Pokok bakau perlahan-lahan digantikan oleh tumbuhan darat yang akhirnya membentuk hutan hujan tropika yang merupakan komuniti klimaks. 5 Jadual 8.1 menunjukkan penyesuaian tumbuhan untuk hidup di persekitaran yang tidak sesuai.

You might also like