You are on page 1of 10

PERUNDANGAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN

JUAL BELI (AL-BAI)

Segi Bahasa – pertukaran harta dengan harta, sesuatu dengan sesuatu, barang dengan harta.

• Fuqaha Hanafi – pertukaran harta dengan harta


• Fuqaha Maliki – akad pertukaran terhadap sesuatu yg bukan manfaat dan kepuasan.
• Fuqaha Shafi’i – pertukaran harta dengan harta mengikut cara yang khusus.
• Fuqaha Hambali – pertukaran harta dengan harta yg membawa penyerahan dan penerimaan hak milik.

Fuqaha sepakat jualbeli adalah berdasarkan nas-nas Quran, Hadith dan Ijma.

RUKUN JUALBELI

• Fuqaha Hanafi - rukun jualbeli hanya tawaran dan penerimaan sahaja(sighah)


• Jumhur Fuqaha – ada 3 i) Tawaran Penerimaan (sighah)
(3 Mazhab) ii) Dua pihak berakad ( al-Aqidani)
iii) Barang yang berakad (mu’qud alaih)

i) Tawaran Penerimaan (sighah)

- Rukun akad bagi semua mazhab fiqh.


- Berlaku dlm bentuk perkataan menunjukkan kerelaan pihak yang berakad utk membentuk akad.
- Ada Ijab dan Qabul bagi mazhab Maliki, Shafi’i dan Hambali.
- Mazhab Hanafi ucapan awal mana-mana pihak dikira sebagai penerimaan.

Syarat tawaran dan penerimaan dalam akad jualbeli.


a.Ketetapan antara tawaran dengan penerimaan -jelas kadar harga, akad dan jenis barang.
b.Berlaku dalam satu majlis akad – tawaran dan penerimaan berlaku serentak.(melaui telefon)
- dikira apabila menerima surat tawaran dan membuat penerimaan (melalui surat)
Fuqaha Hanafi – tidak nenetapkan had masa membuat penerimaan bergantung kepada penerima samada segera @
menangguhkan.
Fuqaha Hambali – bergantung kepada uruf amalan perniagaan menentukan masa penerimaan segera @ tertangguh.
c.Tawaran mestilah sah sebelum penerimaan dibuat , jika tawaran ditarik balik sebelum penerimaan adalah akad
tidak sah.
d. Tawaran tidak terputus disebabkan kelewatan penerimaan @ ada urusan lain @ telah luput masanya.
e. Tawaran dibuat atas barang yg masih ada dan selamat , jika barang itu musnah sebelum penerimaan maka akad
tidak sah.

ii)Akad Jualbeli Secara Bertulis dan Bersurat

-memerlukan kata-kata tawaran dalam tulisan dan surat yang jelas menunjukkan tawaran jualan.
a)Akad Jualbeli dengan Bahasa Isyarat
-Digunakan kalangan orang bisu adalah sah mengikut jumhar fuqaha.
-Jumhur Fuqaha berpendapat tidak sah bagi orang yg boleh bercakap.
-Fuqaha Maliki berpendapat adalah sah bagi orang yg boleh bercakap.
-Fuqaha Hanafi berpendapat adalah sah bagi orang yg boleh bercakap kerana kedua-duanya boleh dijadikan buku.

b)Jualbeli Secara Memberi dan Mengambil


- Jualbeli tanpa mengungkapkan ucapan tawaran menjual ketika jualan dan tanpa mengungkapkan menerima ketika
menerima dianggap sah kerana berlaku diantara penjua dengan pembeli membentuk akad.
-Jumhur fuqaha Hanafi, Maliki, Hambali menerima akad ini kerana menjadi amalan dan memudahkan masyarakat.
-Sebahagian fuqaha Shafi’I tanpa ungkapan tawaran dan penerimaan adalah tidak sah kerana menimbulkan
penipuan(gharar).

iii) Dua Pihak yang Berakad

- Mengikut jumhur fuqaha adanya dua pihak berakad.


- Terdiri orang membuat tawaran dan orang yang menerima tawaran.
- Orang mukallaf’ – berakal, baligh dan waras.
- Fuqaha Hanafi & Shafi’i sah akad bagi mumayyiz(kanak-kanak) tetapi perlu mendapat keizinan dari wali @ wasi.
- Gila 2 jenis i. Sepenuhnya – hilang kelayakan jualbeli.
ii. Bermusim – sah jika masa jualbeli waras.
-Jumhar Fuqaha berpendapat orang yang tidak waras hartanya akan diserahkan balik apabila dia waras sepenuhnya.
- Fuqaha Hanafi berpendapat hartanya orang tidak waras akan diserahkan kepadanya selepas umur 25 tahun kerana
kewarasann itu berlaku pada peningkatan umur.

iv) Barang dan Harga yang Diakadkan (Mabi/Ma’quadala)

-Menjadi salah satu rukun jualbeli.


-Mesti ada masa akad jualbeli, jika tidak ianya tidak sah.
-Mesti bernilai pada pandangan manusia dan dapat dimanfaatkan.
-Mesti mampu diserahkan kepada pembeli , penyerahan barang boleh dibuat atas persetujuan dua pihak yg berakad.
-Mesti diketahui dua belah pihak berakad secara jelas dan tepat.
-Mesti ditentukan secara khusus.
-Penjual mempunyai hak milik sepenuhnya keatas barang yg dijual , jika barang digadai @ disewa perlu mendapat
kebenaran pemunya asalnya.
-Fuqaha Maliki dan Shafi’I mensyaratkan barang yg diakad adalah suci dar segi syara’.
-Fuqaha Hanafi mengharuskan barang najis dapat dihilangkan selepas proses pembajaan & penyamakkann.

iv)Harga

- Pertukaran barang dengan barang @ barang dengan harganya.


- Kadar yg dipersetujui kedua belah pihak yg berakad untuk mandaji sesutau harga ketika akad jualbeli dijalankan.
- Harga berbeza daripada nilai kerana dipersetujui kedua belah pihak berdasarkan harga barang tetapi nilainya
berdasarkan kadar sesama manusia mengikut kaedah setiap barang perlu dijual.
-Wang diiktiraf sebagai harga kepada urusan jualbeli samada dalam bentuk emas , perak @ wang kertas .
-Mesti diketahui ketetapan harga jika tidak ia fasid (terbatal).
-Bayaran tertangguh perlu ketetapan masa yang jelas.
-Mazhab Hanafi penjual berhak menahan penyerahan barang kepada pembeli sehingga pembayaran barang secara
tunai, jika pembayaran tertangguh maka menahan penyerahan barang akan gugur.
-Mazhab Maliki & Shafi’I berpendapat penjual berhak menahan penyerahan barang sehingga penjual menyerahkan
harga.
-Mazhab Hambali berpendapat penjual tidak berhak menahan penyerahan barang kepada pembali sbb tidak
menyerahkan harga kerana adalah tuntutan akad jualbeli.

KHIYAR DALAM JUALBELI

-Suatu hak yang sabit bagi pihak yg berakad untuk membuat pilihan samada untuk meneruskan @ membatalkan
akadnya mengikut syarat yg ditentukan dalam akad.
-Penting untuk menjaga kepentingan, kemaslahatan dan kerelaan kedua pihak yg melakukan kontrak serta melundungi
dari bahaya yang mungkin merugikan.

JENIS-JENIS KHIYAR
-Mazhab Hanafi – 17 jenis
-Mazhab Shafi’i – 16 jenis
-Mazhab Hambali – 8jenis
-Mazhab Maliki – 2 jenis

* 3 jenis Sahaja
A) Khiyar Majlis B) Khiyar Syarat c) Khiyar Aib

A) Khiyar Majlis

- Hak untuk membuat pilihan bagi pihak berakad samada untuk diteruskan @ dibatalkan kontrak jualbeli selagi
mereka masih dlm majlis akad (tempat kontrak).
-Terbatas 2 akad i) Akad Muawazhot(pertukaran) ii) Akad Ijarah(sewa @ upah)
-Mazhab Syafi’i dan Hambali membenarkannya.
-Mazhab Maliki dan Hanafi menolaknya.

B) Khiyar Syarat

- Akad jualbeli dipersetujui kedua belah pihak dengan bersyarat samada salah satu pihak ingin meneruskan @
membatalkan akad dalam masa yg ditetapkan.
-Berlaku dalam kontrak lazim dan diharuskan sahaja spt Akad Jual-Beli dan Al-Mudharabah
-Kontrak yg tidak lazim spt wakalah,wadiah,hibah & wasiyah tidak perlu pelaksanaan Khiyar.
i) Mazhab Hanafi & Shafi’i menetapkan kadar masa tidak lebih 3 hari berdasarkan nas Hadith jika melebihi 3 hari
dikira terbatal (fasid)

ii) Mazhab Hambali tidak mengikut masa tetapi bergantung kepada persetujuan dua pihak berakad samada sigkat @
panjang.

iii) Mazhab Maliki bergantung kepada keperluan dan jenis barang yang diakad, jika barang mudah rosak tidak lebih 1
hari , barang tahan lama tidak lebih 3 hari dan barangan tanah & bangunan kemungkinan memerlukan masa yang lama
iaitu satu bulan.

C)Khiyar A’ib (Khiyar Kerana Kecacatan)


-hak diberikan kepada pemilik barang samada ingin meneruskan @ membatalkan akad jika dapati barang itu cacat.

Khiyar A’ib Diharuskan dengan Sebab-sebab berikut:-


a)Kecacatan yang berlaku pada barang yang diakad itu nyata(nampak) yang membawa kekurang nilainya pada
pandangan peniaga.
b)Kecacatan berlaku sewaktu barang itu berada dalam pengawasan pemilik samada sebelum akad @ sesudah akad
tetapi belum diserahkan kepada pembeli.
c)Kecacatan ini tidak diketahui ketika akad dan ia tidak diterima oleh pembeli selepas diketahuinya.
d)Pemilik barang tidak mensyaratkan dalam akad jualbeli bahawa barangnya selamat dari sebarang kecacatan.

Syarat-syarat Kecacatan Yang Mengharuskan Khiyar

-Berlaku kecacatan yang nyata.


-Mengikut Fuqaha sesuatu yang menjelaskan rupa asal yang boleh membawa kurang nilainya pada penilaian peniaga
samada sedikit @ banyak.
-Mazhab Safi’i – kecacatan sebagi sesuatu yang boleh mengurang rupa sesuatu barang, nilai @ manghalang tujuan
keperluan sesuatu barang yang diakadkan.

Gugur Hak Khiyar

i)Dengan pilihan muktamad dibuat oleh pihak mempunyai hak khiyar.


ii)Secara perbuatan seperti pihak yg mempunyai hak Khiyar menjual barang yg dimiliki dalam mas khiyar(wujud
kerelaaan)
iii)Masa khiyar berlalu tidak pembatalan oleh pihak yg mempunyai khiyar.
iv)Kematian pihak mempunyai khiyar dan tidak boleh diwarisi mengikut Mazhab Hanafi.
-Mazhab Maliki & Shafi’i mengharuskan khiyar diwarisi dan tidak terbatal dengan sebab kematian.
-Mazhab Hambali hak khiyar terbatal dengan sebab kematian.
v) Gugur dengan sebab cacat @ rosak berlaku di tangan pembeli maka akad itu mengikut kepadanya.
vi)Barang yang diakad tak boleh di alih dan hak khiyar diberikan kepada pembeli kemudian pembeli meminta hak
syufa’ah maka dengan tuntutan itu menjadikan hak khiyar gugur maka akad diteruskan sebab hak syufa’ah sebagai
keputusan untuk meneruskan akad.

Kedudukan Hukum Akad dalam Masa Khiyar

Mazhab Hanafi,Maliki & Shafi’i akad dianggap belum mengikat dan tergantung(mauquf) sehingga ada keputusan
muktamad daripada yang mempunyai khiyar samada ingin meneruskan @ membatalkan maka barang itu masih milkan
asal(penjual)

Mazhab Hambali hak milik terus berpindah kepada pembeli dengan berlakunya kad jualbeli dan khiyar tidak mengikut
penjual @ pembeli @ kedua-duanya.

Gugur Hak Khiyar dan Halangan Pemulangan Barang

i)Pembeli bersetuju dengan keadan barang yg cacat yang dibeli melalui perkatan dan perbuatan.
ii)Pembeli menggugurkan hak Khiyar dengan ungkapan yang jelas.
iii)Musnahnya barang dijualbeli @ berlaku kecacatan baru @ merubah barang dari bentuk asal ketika ditangan
mempunyai hak khiyar.
iv)Berlaku penambahan terhadap barangan yang dibeli ditangan pihak mempunyai hak khiyar.
v)Pembeli membeli barang cacat dan memindahkannya kepada orang lain secara jualbeli @ hibah.
Menuntut Gantirugi di atas Kecacatan sedikit Terhadap Barang yang Tidak Dikembalikan
Mazhab Hanafi menjelaskan pembatalan tidak dilakukan dan pemulangan tidak boleh dibuat.Boleh menuntut gantirugi
jika memenuhi syarat-syarat.Gantirugi hanya melibatkan susut nilai bagi barangan yang cacat.

Luput Waktu Khiyar

Pembeli dapati barang yang dibeli cacat maka baginya samada membatalkan , memulangkan @ meneruskan akad
dengan menerima barang yang cacat.Jika pembatalan akad tidak berlaku maka harga barang itu dipersetujui
sebagaimana dalam akadnya, @ dia kembali dan boleh meminta pengurang harga daripada kecacatan barang berlaku.

HUKUM-HUKUM KONTRAK JUALBELI

-Mengikut Jumhur Fuqaha terdapat 2 ~~~~~ i) Akad Jualbeli yang Sah ii) Akad Jualbeli tidak Sah

i)Akad Jualbeli yang Sah memenuhi rukun dan syarat jualbeli bagi melahirkan kesan undang-undang kedua belah
pihak yang berakad.

ii)Akad Jualbeli tidak Sah tidak memenuhi rukun dan syarat jualbeli tidak melahirkan kesan undang-undang kedua
belah pihak yang berakad.

Fuqaha Hanafi berpendapat hokum jualbeli ada 3 ; i) Jualbeli Sah ii) Jualbeli yang Fasid iii) Jualbeli tidak Sah

Jualbeli Sah diiktiraf oleh syara’ memenuhi rukun dan sifatnya sempurnana iaitu penawaran dan penerimaan jelas
tentang barang yang diakad disamping tidak melibatkan hak orang lain serta tiada syarat Khiyar dan melahirkan
kesan undang-undang dimana pertukaran hak milik berlaku antara dua pihak.
Jualbeli Fasid memenuhi tuntutan rukun tetapi tidak memenuhi sifat-sifat akad.Kedua-dua mempunyai hak untuk
membatalkan akad maka barang yang dimiliki perlu dipualangkan kepada pemilik asal.
Jualbeli tidak Sah tidak memenuhi tuntutan asal dan tidak memenuhi sifat-sifatnya.

KONTRAK JUALBELI SALAM(BAI’ AS-SALAM)

Mazhab Hanafi – Jualbeli sesuatu secara tunai dengan penangguhan penyerahan barang @ menjual sesuatu
diserahkan kemuadian dan harga dibayar tunai.
Mazhab Shafi’i dan Hambali akad jualbeli sesuatu akan diserahkan kemudian dalam majlis akad.
Mazhab Maliki menjual sesuatu di mana pembayarannya tunai sedangkan barang diserahkan kemudian.

Rukun Jualbeli Salam


- Sama dengan rukun jualbeli biasa.
- Jumhur Fuqaha berpendapat meliputi 2 pihak berakad (musallam dan musaalam alaih), barang diakad(ma’qudalaih),
tawaran dan penerimaan(sighah).
-Fuqaha Hanafi,Maliki dan Hambali 3 perkatan boleh dipakai dalm jualbeli salam:-
i) Salam(jual salam) ii)Salaf(jual salaf) iii)Bai’(jualbeli)
-Fuqaha Safi’i menerima 2 perkataan ;-
i) Salam(jual salam) ii)Salaf(jual salaf)

Syarat-syarat Jualbeli Salam


-Melibatkan barang dan harga.

Syarat-syarat Pada Barang

- Pembayaran mesti tunai diserahkan dalam akad sebelum 2 pihak berakad berpisah dalam satu majlis jika
perpisahan sebelum pembayaran tunai dibuat maka akad jualbeli salam terbatal.
- Barang yang ada dalam pasaran ketika akad sehingga masa penyerahan.
- Barang yang dijual mesti diserahkan pada masa akan dating(mu’ajjal).
-Fuqaha Hanafi berpendapat kadar masa tangguh penyerahan singkat 3 hari @ ½ hari dan fatwa memutuskan sebulan
daripada tarikh akad, jika masa yg dipersetujui kurang maka akad salam tidak sah.
-Fuqaha Shafi’i tidak menetapkan masa penyerahan singkat.
-Barang yang dijual mesti jelas dan tepat (secara khusus) semasa akad dijalankan.
-Barang itu mestilah diserahkan pada suatu temapat yang dipersetujui.

Syarat-Syarat yang perlu Ada Pada Harga

-Harga menjadi bayaran mestilah jelas sama dibayar dalam bentuk matawang @ barang.Jika bentuk matawang perlu
nyata matawang yg digunakan @ bentuk barangan perlu ada jenis , kadar dan sukatan.
-Harga mesti jelas kadarnya.
-Mesti dibayar dan diterima dalam satu majlis akad.

Barang-barang yang diterima Untuk Jualbeli Salam

-Fuqaha Hanafi mengharuskan sebarang barang untuk dijual salam kecuali jenis yg tidak boleh dipastikan @ tidak
boleh ditentukan spesififikasinya dan kadarnya.
-Fuqaha Maliki & Shafi’i berpendapat harus jual Salam bagi binatang serta barang yg boleh dibilang tetapi perlu
ditimbang.
-Fuqaha sepakat berpendapat harus jual salam barang bijiran dan barang lain yang boleh ditimbang,diukur dan
dibilang.

Kesan Hukum Jualbeli Salam

-Pembeli boleh mendapatkan hak samada ingin menerima barang yang dibeli cacat samada diterima @ dipulangkan.

KONTRAK JUALBELI ISTISNA(BAI’ AL-ISTISNA)

-Mengikut takrif Fuqaha sesuatu barang yang ditempah supaya pengusaha menyiapkannya.
-Barang yang diakad masa tiada.
-Pengusaha mempunyai 2 tangungan – i) menyiapkan ii) menyerahkan
-Sama dengan jualbeli salam dari segi rukun dan syarat-syarat.
-Fuqaha Maliki,Hambali & Shafi’i menerima jika memenuhi akad jualbeli salam.

Syarat-Syarat Jualbeli Istisna

-Barang dijualbeli diterangkan jenis dan spesifikasinya supaya jelas kapada dua pihak berakad.
-Barang yang biasa yang dijual.
-Masa penyerahan tidak perlu dihadkan.
-Penyertaan harga tidak disyaratkan mesti berlaku dalam majlis akad.
Kesan Hukum Jualbeli Istina

KONTRAK JUALBELI AL-BAI’ BI THAMAN AJIL

-Merupakan satu tranksasksi jual beli melibatkan penyerahan segera sesuatu barang yang dijual kepada pembeli dan
bayaran pada harga barang ditangguhkan sehingga suatu masa yang ditetapkan samada sekali gus (tunai) @ secara
bulanan @ tahunan mengikut tempoh tertentu di atas persetujuan bersama.

Penambahan Harga

-Majoriti ulama mengharuskan penambahan harga kerana menangguhkan pembayaran dengan syarat kedua-dua pihak
mengetahui terma-terma dan syarat-syarat yang ada dalam kontrak semasa berakad.
-Fuqaha Hanafi berpendapat dibolehkan.
-Fuqaha Maliki berpendapat jika pemebli diberi pilihan untuk memilih harga sama tunai @ tertangguh maka ia adalah
harus.
-Fuqaha Shafi’i bersetujui kedua pendapat diatas.

KONTRAK JUALBELI AL-MURABAHAH

-Merupakan kontrak @ akad jualbeli yang mana penjual menjual sesuatu barang dengan harga meliputi kos belian dan
kadar keuntungan yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.keuntungan itu dikira secara keseluruhan dari harga asal
@ jumlah unit sesuatu barang.

Jenis Al-Murabahah

i)Barang yang telah ada ii)Barang yang dipesan

Syarat Kontrak Al-Murabahah

i)Pembeli perlu tahu harga asal sesutau barang yang ingin dibeli.
ii)Pembeli perlu tahu kadar keuntungan yang diambil oleh penjual dengan jelas.
iii)Jika jualbeli berbentuk tukar barang maka modal hendaklah berbentuk barang-barang mithli,jika barangan ribawi
tidak boleh dijual berlebih kurang kerana manjadi riba.
iv)Kontrak jualbeli pertama hendaklah sah.

KONTRAK SEWAAN & UPAHAN(AL-IJARAH)

- Merupakan 2 kontrak melibatkan urusan sewa menyewa dan upah mengupah terhadap harta benda dan ganjaran
kepada orang melakukan sesuatu pekerjaan.
Rukun Dan Syarat Al-Ijarah

i)Orang berakad baligh dan berakal.


ii)Ketahui bayaran sewaan dan upah dipersetujui
iii)Barang disewa bermanafaat dan harga diketahui kedua belah pihak.
iv)Wujud Sighah(Ijab dan Qabul)
v)Orang yang menyewa hendaklah memulangakan barang sewa selepas tempoh tamat dan orang yang menerima upah
perlu menunjukkan hasil kerjanya mengikut kontrak.
vi)Sewa & upah tidak boleh dilakukan pada sesuatu kewajipan yang bersifat fadu ain.

Syarat-syarat mengekalkan kedudukan kontrak Al-Ijarah.


-Benda yg disewa tidak mengalami kecacatan bagi menghalang penggunaanya.
-Tidak berlaku keuzuran yang boleh menyababkan kontrak termansuh.

Jenis-Jenis Al-Ijarah
a) Ijarah Ke Atas Manfaat- penggunan barangan
-Terbahagi 3 i)Harta tak alih spt bangunan
ii)Barangan dagangan spt pakaian iii)Binatang tunggang & kenderaan

b)Ijarah ke atas perkhidmatan –menggunakan tenaga kepakaran.


-Terbahagi 2 i)Penerima upah khas(Ajir al-khas) pekerja hanya pihak tertentu @ majikannya sahaja.
ii)Penerima upah bersekutu(Ajir al-mustarak) mengambil upah tidak khusus kepada 1 majikan.

Penamatan Kontrak Al-Ijarah


-Berakhir tempoh sewaan @ upah dipersetujui bersaman.
-Pembatalan kontrak dan penamatan kontrak (al-Iqalah)
-Kemusnahan dan kecacatan barang sewaan.
-Kematian @ keuzuran ke atas pihak yang berkontrak.

KONTRAK PERKONGSIAN AL-MUDHARABAH (AL-QIRADH)

- Kontrak(akad) perkongsian antara pemilik modal(Rabbu al-mal) dengan pengusaha (amil).


-Pemilik modal akan menyerahkan modal sebagai pelaburan kepada bagi mewujudkan keuntungan dalam perniagaan
dan akan dikongsi keuntungannya mengikut persetujuan bersama.Jika kerugian maka pemilik modal akan kerugian
modal dan pengusaha akan rugi tenaga kerja.

Rukun Perkongsian
a)Pemodal (Rabbu al-mal @ Sahibu al-mal)
b)Pengusaha(‘Amil)
c)Modal(Al-mal)
d)Jenis Perniagaan
e)Kadar keuntungan yang dipersetujui
f)Sighah(Ijab & Qabul)

Syarat Al-Mudharabah

i)Modal hendaklah berbentuk matawang yang sah dan bukannya hutang.


ii)Kedua-dua pihak yang mengikat terdiri dari orang islam mempunyai kelayakan mentadbir.
iii)Pemodal hendaklah memberi kuasa mutlak kepada pengusaha untuk menjalankan perniagaan.
iv)Bidang perusahaan dan perniagaan mestilah jelas dan dipersetujui dalam kontrak.
v)Perjanjian perkongsian dan ijab qabul dinyatakan dalam bentuk lafaz yang jelas diterima bersama samada bertulis
atau lisan.
vi)Ditetapkan kadar untung kedua-dua pihak daripada keuntungan yang diperolehi.

Tanggungjawab Pengusaha

a)Melaksanakan perniagaan seperti yang ditetapkan dalam kontrak dengan pemodal.


b)Pengusaha tidak boleh berhutang untuk syarikat mudharabah kecuali keizinan pemodal.
c)Pengusah tidak boleh menyerahkan modal bagi melakukan mudrabah dengan orang lain kecuali keizinan pemodal.
d)Menyediakan laporan aktiviti perniagaan dan kewangan untuk diserahkan kepada pemodal.
e)Bertanggungjawab perniagaannya berkesan, jika gagal perlu menjelaskan kegagaglan samada dari luaran @
dalaman.

Hak Pengusaha

a)Mendapat perbelanjaan daripada harta mudharabah mengikut kadar perbelajaan yang dipersetujui bersama.
b)Mendapatkan keuntungan seperti yang dinyatakan dalam kontrak.

Hak Pemodal

a)memastikan pengusaha menggunakan wang modal mengikut perjanjian dalam kontrak.


b)mandapat laporan aktiviti perniagaan dan kewangan dari pengusaha.
c)Membatalkan perkongsian jika pengusaha menyalahi kontrak.
d)Mendapat keuntungan seperti yang tertulis dalam kontrak.
e)Mengambil tindakan undang-undang jika pengusaha pecah amanah, salah urus dan menyeleweng.
BAI’ AL-DAIN

-Jualbeli hutang iaitu transaksi jualbeli ke atas hutang.


-Dilakukan ke atas dokumen-dokumen perdagangan dan pembiayaan untuk pengeluaran serta perkhidmatan.

QARDH AL-HASAN

-Kontrak hutang terhadap sesuatu yang bernilai(mithli) dengan pembayaran balik kadar yang sama.
-Merujuk kepada pinjaman tanpa faedah.

KONTRAK JUALBELI MATAWANG(AQD AL_SARF)

-Jualbeli matawang dengan matawang sama ada yang berlainan jenis atau sama jenis.
-Mesti penerimaan dan pertukaran berlaku dalam majlis akad.

KAFALAH

-Jaminan.
-Fuqaha mendefinisikan sebagai jaminan ke atas tanggungan tuntutan , harta dan nyawa.

KONTRAK JUALBELI YANG HARAM

-Perniagaan yg mengandungi unsure perjudian dan pertaruhan.


-Perniagaan melibatkan barang-barang yang haram.
-Ada unsur riba
-Ada unsure gharar(tidak pasti)

You might also like