You are on page 1of 1

Kata Pascakata

Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah -nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya.

Kata penekan Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. contoh dalam ayat: Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. Bahawasanya pindaan perlembagaan itu wajar dilakukan pada masa ini. Kata pembenda kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya. Contoh dalam ayat: Lajunya ialah 100 km sejam Dia berhujah dengan lantangnya. -Tatabahasa Dewan ms:295-296

You might also like