You are on page 1of 1

Rumusan Khidmat masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan memberi bantuan terhadap golongan masyarakat yang memerlukan

bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Alhamdulillah pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat di Perkampungan Mah Meri memberi impak yang positif terhadap setiap pihak yang terlibat. Antara impak murni yang timbul ekoran penganjuran aktiviti khidmat masyarakat ini ialah peserta dapat memahami erti menghormati individu lain. Umpamanya, masalah jurang perbezaan budaya, kaum, bahasa, agama dan cara hidup mampu ditangani dengan baik menerusi projek ini. Malahan, tambah membanggakan apabila sebuah ikatan kekitaan sebagai rakyat Malaysia terjalin erat antara peserta dan penduduk Kampung Sungai Bumbun Pulau Carey, Selangor. Oleh hal yang demikian, adalah wajar untuk program murni sebegini diteruskan lagi dalam usaha untuk menaburkan jasa dalam kalangan masyarakat pada masa yang akan datang. Kesimpulannya, program khidmat masyarakat mampu menjana pembentukan satu kelompok remaja yang berwawasan tinggi. Dan kewujudan remaja sebegini akan mampu merealisasikan Wawasan 2020 negara iaitu untuk mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

You might also like