You are on page 1of 6

ISU DAN CABARAN SAINS DAN TEKNOLOGI Terbahagi kepada 7 bahagian, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Ancaman senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of Mass destruction-WMD) Pembangunan teknologi nuklear Teknologi maklumat dan komunikasi Kemajuan nanoteknologi Perkembangan sains forensic Pembangunan inovasi Perubahan iklim

1. Ancaman senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of mass destruction-WMD) seperti Senjata Kimia, Biologi, Radioaktif, dan Nuklear (CBRN). menjadi isu dan cabaran yang amat berbahaya dalam dimensi baru dan akan menyebabkan kemusnahan paling maksimum terhadap sasaran bertujuan untuk mencederakan orang dan juga menyebabkan kerugian dari segi ekonomi, di samping mewujudkan ketidaktenteraman serta melibatkan pembunuhan contoh agen CBRN paling utama ialah virus antrax, food safety threats, virus nipah, water safety threats, dan pelbagai lagi. Malaysia pernah mengalami virus penyakit yang mengancam penduduk Malaysia. Selain itu, ancaman produk makanan seperti kandungan bahan pencemar yang terdapat dalam tepung susu bayi juga mengancam ekonomi Malaysia dan negara-negara yang lain di dunia. keselamatan awam terancam jika pengunaan senjata berupa letupan ke atas orang ramai. ~contoh: serangan bom di Bali (2002) dan London (2005) Penggunaan senjata tersebut telah menyebabkan pencemaran alam dan penyakit meningkat ~contoh: serangan ddi Amerika Syarikat melalui virus antrax dalam surat telah membunuh 5 orang dan 17 orang terkena jangkitan virus tersebut Kemusnahan yang ketara juga ialah prasarana dan perhubungan terputus. Hal ini menyebabkan segala pentadbiran terbantut. Semua kemudahan seperti jaringan jalanraya, sekolah, hospital, dan pusat-pusat perhubungan turut rosak dan tidak dapat digunakan. Usaha menyelamat terjejas. Kemusnahan sekolah akan menyebab pendidikan merosot. ~contoh: letupan bom di Jakarta (2003) Aktiviti ekonomi terjejas kerana terlalu ramai tenaga kerja cedera parah dan maut. Kerugian yang besar akan berlaku dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk membaiki semula kerosakan Agen CBRN yang berupa virus tertentu yang disebarkan akan mencemarkan segala bekalan air, udara, makanan serta merebak dari satu tempat yang lain

Isu dan cabaran ini memerlukan tindakan yang bijak daripada semua pihak. Antaranya ialah: ~ Peranan peringkat global melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) : Melalui cawangan utama PBB seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat dan FAO (meningkatkan pengeluarkan makanan, membaiki sistem agihan makanan, dan mengatasi kebuluran) ~Peranan peringkat serantau melalui ASEAN:Penubuhan ZOPFAN (menjamin keamanan serantau ~Peranan setiap negara di dunia seperti Malaysia: memberi kerjasama sepenuhnya berhubung ancaman gejala ini. Tindakan yang bijak dari suddut keselamatan, kesihatan, dan pelbagai aspek yang lain harus dijalankan dengan kerjasama peringkat global.

2. Penbangunan Teknologi Nuklear Mempunyai banyak kebaikan dan kegunaannya untuk kesejahteraan. Negara-negara yang memiliki teknologi nuklear seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Jepun. Negara-negara maju cuba menyekat penguasaan teknologi nuklear oleh negara membangun. Sebagai sumber tenaga alternatif yang bersih dan mesra alam bagi menggantikan sumber tenaga berasaskan bahanapi fosil. Di Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021 Digunakan dalam bidang kesihatan dan perubatan ~mengesan penyakit berbahaya ~mengimbas pesakit bagi mengdignosis pesakit menggunakan x-ray ~radio terapi digunakan untuk merawat kanser dengan membunuh sel-sel kanser ~digunakan secara meluas di hospital seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) Digunakan dalam bidang perindustrian ~mengawal mutu produk yang dihasilkan Digunakan dalam bidang pertanian ~membantu meningkatkan produktiviti ~spektroskopi sinar gamma digunakan dalam keberkesanan aktiviti pembajaan tanah ~menghasilkan anak pokok, enzim serta baja yang bermutu tinggi Dalam bidang makanan dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan melalui pengeksportan buah-buahan. Teknik penyiaran ke atas makanan dengan sinar gamma boleh membantu meningkatkan tahap kesegaran buah-buahan. Dijadikan alat pemusnah dalam peperangan ~contoh: Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Malaysia telah menubuhkan sistem rangkaian jauh yang pertama pada tahun 1965. Sistem ini telah menggunakan gelombang mikro untuk membawa trafik telefon dan televisyen ke negeri-negeri di Malaysia Timur dan membolehkan Sabah dan Sarawak dihubungi dengan pantas. Pada awal tahun 1970, Malaysia telah membina satelit bumi di Kuantan, Pahang. Malaysia juga melancarkan Dasar Telekomunikasi Negara dan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT). Malaysia telah mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) di peringkat global. Selain itu, pembangunan ICT di Asia juga dijalankan. Penubuhan Pusat Serantau Sains di Asia telah memesatkan lagi penggunaan ICT untuk pembangunan dan keselamatan. Pada tahun 2010, Malaysia dapat pengiktirafan daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Dalam usaha memajukan negara dengan kecanggihan ICT, negara juga berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran ICT. Gejala jenayah siber iaitu perbuatan yang dilakkukan secara tidak sah atau tidak beretika pada ruang maya atau siber semakin meningkat. Antaranya: ~Penggodaan ~Peras ugut siber ~Pengintipan siber

4 . Kemajuan Nanoteknologi Melibatkan komponen kecil yang terlalu seni untuk dilihat dengan mata kita. Walaupun kecil, komponen ini mempunyai keupayaan dan kemampuan tinggi pada masa akan datang. Antara tindakan Malaysia untuk berhadapan dengan cabaran kemajuan teknologi ini masa hadapan ialah: ~Malaysia berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM144.4 juta daripada kerajaan Malaysia bagi tempoh 5 tahun mulai tahun 2006. ~Kerjasama antarabangsa dalam bidang nanoperubatan, Malaysia dapat bekerjasama dengan negara luar dalam bidang nanoperubatan. ~Malaysia turut menyertai forum tahunan antarabangsa berhubung dengan nanoteknologi. ~Malaysia menghantar delegasi untuk menghadiri pameran antarabangsa berhubung nanoteknologi. ~Mengadakan perbincangan dengan wakil Nanoteknologi Business Creation Initiative (NCBI) iaitu Dr.Ichiro Hirata dalam bidang nanoteknologi bahan termaju dalam Jepun.

~Mengetengahkan beberapa kajian tentang nanoteknologi. ~Kerjasama dan lawatan pakar di Universiti Tempatan dengan pihak luar. ~Beberapa siri lawatan ke negara-negara luar seperti China, Korea, Jepun selain negaranegara ASEAN.

5. Perkembangan Sains Forensik Kejadian jenayah terutama yang berkaitan dengan pembunuhan ataupun dadah hari ini amat mencabar pihak berkuasa untuk bertindak menyelesaikannya. Penglibatan Malaysia dalam bidang Sins Forensik di peringkat antarabangsa telah membolehkan bidang ini berupaya membantu siasatan jenayah mengikut piawaian antarabangsa. Antara usaha telah dilakukan oleh bidang ini untuk membanteras jenayah ~Analisi khas dadah ~Siasatan kes keracunan ~Siasatan DNA ~Seksyen kriminalistik ~Pemeriksaan dokumen Penglibatan Malaysia dalam bidang Sains Forensik di peringkat antarabangsa: ~Malaysia telah menyertai Asian Forensic Science Network (AFSN) bagi memastikan analisis sains forensik Malaysia sentiasa berada di tahap yang tinggi ~Pada tahun 2012, Pengarah Bahagian Forensik Kimia Malaysia telah dolantik sebagai Presiden AFSN. ~Unit-unit forensik Malaysia seperti Bahagian Forensik Kimia Malaysia dan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia sentiasa meningkatkan pembelajaran yang berterusan bagi semua kakitangan. ~Mulai tahun 2002, Malaysia telah menghantar ramai kakitangan untuk mengikuti Kursus Asas Sains Forensik dan Pengendalian Makmal di Pusat Sains Forensik dan Pengendalian Makmal di Pusat Sains Forensik Victoria, Melbourne, Australia. ~Unit-unit forensik Malaysia sentiasa mengikuti teknik-teknik terbaru dalam membuat analisis

6. Pembangunan Inovasi Inovasi merupakan eksploitasi idea untuk menghasilkan produk, perkhidmatan dan barangan yang baharu atau pembaharuan kepada sesuatu yang sedia. Banyak halangan untuk membangunkan inovasi agar mencapai tahap global. Antara halangan yang dihadapi:

~Kekurangan pendedahan tentang ilmu inovasi bertaraf dunia daripada pelbagai peringkatan. ~Kurang sokongan pihak swasta untuk menaja projek inovasi. ~Kekurangan teknologi yang canggih untuk menghasilkan dan memasarkan produk inovasi ke luar negara. ~Produk inovasi negara mendapat kurang sambutan pihak luar terutama pasaran global. ~Sikap anggota masyarakat yang pasif dan kurang bersaing terhadap inovasi antarabangsa. ~Kekurangan bahan mentah untuk dijadikan bahan sumber inovasi ~Penyelidikan yang kurang tentang inovasi bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dijalankan oleh negara untuk memajukan bidang ini hingga ke peringkat antarabangsa. Usaha kerajaan untuk menganjurkan forum inovasi dan pelbagai program antarabangsa merupakan langkah yang bijak. Antara usaha negara: ~Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Yayasan Inovasi dan Keusahawanan Global (GIEF) telah menghadiri Festival Ideas di Brisbane, Austrilia pada tahun 2009. ~Malaysia menganjurkan aktiviti Jejak Inovasi di seluruh negara bagi mengumpulkan hasil inovasi daripada rakyat tempatan pada tahun 2012. ~Untuk menarik lebih ramai pakar inovasi dari luar negara, Malaysia telah menganjurkan satu forum yang dinamakan World Innovation Forum Kuala Lumpur (WIF-KL) pada 3 hingga 7 November 2012. ~Malaysia menyertai Asia Grassroot Innovation Design Competition anjuran badan bukan kerajaan. ~ Malaysia turut mencontohi negara-negara luar seperti Switzerland dan Norway yang menggalakkan inovasi di peringkat kanak-kanak. ~Pakkar-pakar inovasi di seluruh dunia termasuk Malaysia telah dijemput untuk menghadiri simposium khas UNESCO untuk mengembangkan lagi idea tentang inovasi ~Seorang pakar inovasi tempatan iaitu pengasas MACRI telah menerima anugerah khas inovasi daripada Persatuan Kreativiti America (ACA) dalam satu majlis khas inovasi di Singapura pada 29-31 Ogos 2012.

7. Perubahan Iklim Perubahan iklim ini adalah hasil daripada peningkatan gas-gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida. Peningkatan suhu di dunia banyak membawa kesan negatif ke atas penduduk dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan iklim ini. Antara faktor penyebabnya: ~Kepadatan penduduk dunia.

~Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC) ~Perkembangan dalam industri ~Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor ~Pembakaran terbuka dan kejadian jerebu ~Faktor semula jadi Usaha menangani isu perubahan iklim ini tidak dapat dilaksanakan di peringkat nasional sahaja. Isu ini harus diatasi bersama secara global: ~Menghadiri persidangan antarabangsa anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti Persidangan Kyoto pada tahun 1997 (Protokol Kyoto) dan juga Persidangan di Copenhagen, Denmark pada Disember 2009 (COP15) ~Melaksanakan pengurusan bencana melalui Pusat Serantau Sains Asia. ~Mengadakan Kempen Program Earth Hour seluruh dunia. ~Menyertai persidangan antarabangsa tentang Kawalan ke atas Antartika. ~Menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komenwel berhubung Perubahan Iklim pada tahun 2009 (CHOGM 2009) di Trinidad & Tobago.

You might also like