You are on page 1of 16

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

KESIHATAN KOMUNITI MACH 1113

TAJUK:

KESIHATAN KELUARGA
KLINIK IBU & ANAK (KLINIK ANTENATAL)

NAMA: IZZAT AMIR BIN HAMZAH

NO. KAD PENGENALAN: 940831-08-5915

NO. MATRIK: DBMA13-1880

PENGAJAR: ENCIK RAMLI BIN SULONG

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013

TOPIK

MUKA SURAT

PENGENALAN KLINIK IBU DAN ANAK

3-4

KLINIK IBU DAN ANAK

5 -6

OBJEKTIF PERKHIDMATAN KLINIK ANTENATAL

6 -7

AKTIVITI UTAMA KLINIK ANTENATAL

7-9

AKTIVITI PENJAGAAN DI KLINIK ANTENATAL

9 - 12

RUTIN KLINIK LAWATAN KE KLINIK ANTENATAL

13

PERANAN PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN DALAM KLINIK ANTENATAL

14

KESIMPULAN

15

RUJUKAN

16

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013

1) PENGENALAN

Perkhidmatan Kesihatan Keluarga merupakan antara perkhidmatan yang penting dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak merupakan teras perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar yang telah berkembang kepada satu perkhidmatan yang komprehensif di peringkat penjagaan primer. Pada peringkat awal, Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak menggunakan system 3-tier(3-peringkat) yang hanya menfokuskan kepada perkhidmatan luar Bandar iaitu Kesihatan Ibu dan anak , Pergigian dan Pesakit luar. Klinik Bidan merupakan fasiliti peringkat utama yang paling hampir dengan penduduk, dan dijaringkan melalui system rujukan yang teguh dengan Pusat Kesihatan Kecil dan Pusat Kesihatan Besar dan perkhidmatan ini adalah lebih bersifat segregrasi. Semenjak itu, Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar telah dibangunkan secara meluas dengan kemudahan-kemudahan melalui Pusat Kesihatan Luar Bandar yang berkonsepkan Sistem 3-peringkat(3-tier). Perkhidmatan Pergigian dan pesakit luar juga disalurkan melalui Pusat Kesihatan Besar dan Pusat Kesihatan Kecil dan manakala perkhidmatan Kebidanan di rumah disediakan di Rumahrumah Bidan dan Klinik. Pada 1979, Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar yang merangkumi PusatPusat Kesihatan Besar , Pusat-Pusat Kesihatan Kecil , Rumah Bidan serta Klinik dinaiktaraf dari Sistem 3-tier kepada Sistem 2-tier yang merangkumi Klinik Kesihatan dan Klinik Desa. Aktiviti Kesihatan Ibu dan Anak dalam program Kesihatan Keluarga telah diperluaskan merangkumi Unit Ibu dan Anak, Unit Pesakit Luar dan Unit Pergigian. Pada 1995, Kesihatan Kementerian Kesihatan(KKM) telah mewujudkan unit baru iaitu Kesihatan Mental, Kesihatan Remaja dan Kesihatan Warga Tua. Manakala Pusat Kesihatan telah bertukar nama kepada Klinik Kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih komprehensif kepada masyarakat. Dalam sistem 2-tier semasa Konsensus Alma Ata , Rusia telah mengisytiharkan konsep penjagaan kesihatan primer telah memberikan penekanan terhadap kesihatan keluarga melalui elemen asas seperti penjagaan antenatal , imunisasi , pemakanan dan lain-lain. Pada 1996, Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan mendrafkan satu polisi operasi klinik kesihatan yang merangkumi seksyen perkhidmatan kesihatan keluarga secara integrated dan Bahagian Kesihatan Keluarga di bawah Jabatan Kesihatan Awam ditukar nama kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga berdasarkan kepada perluasan skop yang telah diperkenalkan. Unit

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013


Kesihatan Primer telah dinaiktaraf kepada Cawangan Penjagaan Kesihatan Primer dan selari dengan kehendak Rancangan Malaysia (RM) ke 7 dan ke 8, Penaiktarafan Klinik Kesihatan dan Pembinaan Klinik Kesihatan yang baru bagi mengikut kesesuaian program ini dan buat pertama kalinya Pakar Perubatan Keluarga mula melaporkan diri di klinik- klinik kesihatan untuk memberi perkhidmatan yang telah diperluaskan. Di tahun-tahun berikutnya, Perkhidmatan Kesihatan Keluarga telah berkembang selari dengan pembangunan modal insan yang teguh. Perkhidmatan ini meliputi penduduk di pendalaman, yang terpinggir dan miskin di Bandar. Kini Perkhidmatan Kesihatan Keluarga dan Primer menjadikan Liputan Sejagat sebagai slogan dan memfokuskan setiap rakyat Malaysia mempunyai hak yang sewajarnya dan semua pendekatan sedang menumpu meluaskan lagi akses kepada masyarkat pada zaman ini.

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013


KLINIK IBU DAN ANAK

Keluarga adalah satu kumpulan asas di dalam setiap masyarakat. Struktur dan saiz akan sentiasa berbeza mengikut sesuatu masyarakat secara khusus dari masa ke semasa. Sesuatu organisasi kekeluargaan dapat memberikan impak dan pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Antaranya ialah ekonomi, sosial dan pembangunan modal insan negara pada masa hadapan.

Kepentingan Klinik Ibu dan Anak


Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak (Perkhidmatan Ibu dan Anak) merupakan salah satu daripada 8 elemen kesihatan negara yang digariskan World Health Organisation (WHO) bagi mencapai satu tahap kesihatan yang membolehkan rakyatnya hidup secara produktif dari segi fizikal, mental, sosial dan ekonomi. Perkhidmatan ini merupakan satu tanda aras yang penting kepada taraf kesihatan negara berdasarkan statistik kesihatan berkaitan kumpulan wanita yang subur(fertile) dan kanak-kanak yang menjadi perbandingan perkhidmatan kesihatan negara di peringkat antarabangsa. Maternal Mortality Ratio (MMR) digunakan di peringkat antarabangsa untuk tujuan laporan dan perbandingan. Negara yang rendah Maternal Mortilility Ratio (MMR) menunjukkan bahawa khidmat kesihatan yang maju dan komprehensif. Perkhidmatan ini juga dapat dilakukan dengan pencegahan dan kawalan penyakit peringkat primer dan perkara ini dapat mengelakkan sesuatu penyakit menjadi lebih teruk . Secara tidak langsung, kos yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit dapat dikurangkan. Asas Kesihatan Keluarga adalah perkara yang utama dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak kerana banyak masalah kesihatan seperti Maternal Mortility dapat diselesaikan dengan asas kesihatan keluarga yang maju dan sistematik.

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013 Klinik Kesihatan Ibu dan Anak terbahagi kepada EMPAT (4) bahagian sub unit iaitu:
1) Kesihatan Antenatal Pengendalian pelanggan yang hamil dan belum bersalin.

2) Kesihatan Postnatal Pengendalian pelanggan yang sudah melahirkan anak.

3) Perancang Keluarga / Kesihatan Reproduktif Pengendalian Pelanggan berkaitan Infertiliti(Kemandulan) dan menjarakkan kehamilan

4) Kesihatan Kanak-Kanak Pengendalian aktiviti Penyaringan kesihatan kanak-kanak dibawah 6 tahun.

KLINIK ANTENATAL

Objektif Perkhidmatan :
1) Untuk memastikan kesihatan ibu semasa mengandung, bersalin dan selepas bersalin kerana banyak masalah kesihatan berlaku selepas bersalin akibat semasa mengandung. 2) Bagi membolehkan ibu bersedia melalui proses mengandung, melahirkan anak dan menjaga bayi kerana persediaan sebelum dan semasa mengandung dapat menyelesaikan banyak masalah kesihatan.

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013

3) Untuk mengenalpasti masalah ketika mengandung. Masalah kesihatan ketika mengandung terbahagi kepada DUA (2) iaitu: i) Masalah-Masalah Kesihatan Ringan (Minor illness) Kes ini akan dirujuk ke Klinik Antenatal atau Klinik Pesakit Luar. Masalah-Masalah Kesihatan Berisiko (Major illness) Ibu hamil yang berisiko akan dikendalikan oleh Klinik Ibu dan Anak.

ii)

4) Bagi memastikan kelahiran yang selamat kepada ibu yang mengandung Staf Klinik Ibu dan Anak perlu melakukan prosedur yang betul semasa kelahiran bayi dan memeriksa kesihatan ibu dan bayi untuk mengenalpasti samada ibu dan bayi mempunyai sebarang penyakit. Staf Klinik Ibu dan Anak perlu membuat/menyediakan laporan sekiranya berlaku kematian ibu atau bayi dan kedua-duanya sekali dalam maternal.

Aktiviti Utama Klinik Antenatal


1) Mengenalpasti tahap risiko ibu mengandung melalui Sistem Kod Berwarna. Klinik akan melakukan ujian pengesanan mengandung secara percuma jika Wanita mengesyaki atau mengalami simptom-simptom kehamilan. Kandungan Pertama, kebiasaannya tidak mempunyai risiko yang tinggi Selepas melakukan ujian tahap risiko terhadap ibu yang mengandung tersebut, ibu mengandung akan ditagkan melalui system berwarna iaitu MERAH , KUNING , HIJAU dan PUTIH

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013

2) Melakukan Pemeriksaan Fundus (Ketinggian Fundus / Pemeriksaan Uterus). Pemeriksaan Uterus akan dilakukan untuk memastikan Ibu mengandung dan kandungan dalam keadaan yang sihat dan selamat dari apa-apa komplikasi.

3) Meminta Ujian Makmal untuk Mengetahui Perimeter Kesihatan Ibu Hamil. Jika seseorang wanita itu didapati hamil, klinik akan mendaftarkan kehamilan dan membuat ujian untuk mengenalpasti risiko-risiko semasa kehamilan. Staf Klinik akan mengambil ketinggian, berat, tekanan darah dan melakukan ujian makmal untuk mengenalpasti penyakit seperti Hepatitis, HIV dan lain-lain. Ujian juga dilakukan untuk mengesan Kehadiran Haemoglobin dalam darah.

4) Melakukan Pemeriksaan Ultrasound Pemeriksaan Ultrasound yang dilakukan akan dapat melihat keadaan dan kedudukan fetus normal atau abnormal(songsang)

5) Melakukan Pemeriksaan Fizikal Pemeriksaan Abdomen , biasanya pemeriksaan ini akan dilakukan apabila usia kandungan melebihi 12 minggu. Jangkaan Tarikh Bersalin (DUE DATE) akan ditentukan berdasarkan usia kandungan(minggu).

6) Pendidikan Kesihatan / Demonstrasi Masakan Staf Klinik Ibu dan Anak akan mengajar pasangan yang bakal mendapat bayi tentang pendidikan kesihatan dan demonstrasi makanan agar anak yang bakal lahir akan sihat dan mendapat zat dan nutrient yang sempurna dari segi pertumbuhan fizikal dan mental.

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013


7) Pendidikan Keibubapaan Ibu bapa akan diajar pengetahuan tentang Pendidikan Keibubapaan. Perkara ini dilakukan untuk melengkapkan pasangan yang bakal mendapat anak tentang ilmu keibubapaan agar anak yang bakal lahir dapat diasuh dan mendapat didikan yang baik dari ibu bapa dari segi perkembangan fizikal dan mental.

Aktiviti Penjagaan Kesihatan di Klinik Antenatal

1) Mengenalpasti Kes dan Risiko Kandungan

Pengambilan sejarah obsektrik, perubatan dan lain-lain. Bagi ibu yang pertama kali mengandung, Segala data tentang kesihatan ibu akan direkodkan untuk kegunaan masa hadapan sebagai rujukan. Untuk Ibu yang mengandung untuk kali Kedua dan seterusnya, Sejarah obsetrik amatlah penting kerana ia dapat menbantu staf klinik ibu dan anak untuk mengenalpasti segala masalah obsektrik dan perubatan. Perkara dapat mengelakkan masalah seperti masalah kesihatan ibu semasa mengandung dan selepas bersalin.

2) Pengidentitian Kes Berisiko mengikut Kod Warna MERAH Ibu yang mempunyai risiko yang tinggi dan perlu dirujuk ke hospital dengan segera. Contoh Kes : Eclampsia iaitu Tekanan darah tinggi dan berisiko mendapat Sawan disebabkan Central Nervous System tidak berfungsi dengan baik dan ia akan memberi kesan kepada bayi kerana oksigen tidak dapat diangkut dengan secukupnya kepada bayi.

High Risk Ibu tidak boleh melahirkan bayi di klinik kesihatan atau di rumah. Ibu tersebut perlu melahirkan bayi tersebut di hospital dan dipantau oleh Doktor Pakar.

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013

KUNING Ibu berisiko sederhana dan pemeriksaan dilakukan oleh FMS dalam jangka masa 48 jam / rujuk Klinik Obsektrik & Gineakologi. Contoh Kes : i) Postdate melebihi 7 Hari selepas Due Date. ii)Hepatitis B positive. iii)HIV mother. HIJAU Ibu berisiko rendah dan kes ini boleh dikendalikan di klinik Kesihatan oleh doktor / FMS. Contoh : i) Mild PIH Tekanan Darah Sistolik 140-150 mmHg Tekanan Darah Diastolik 90-100 mmHg ii)Mild Gestational Diabetes Diabetes yang hanya berlaku semasa mengandung

PUTIH

Ibu yang tiada risiko dan kes ini boleh dikendalikan di klinik desa. Tag putih dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu : i) Bersalin di Rumah. - Kandungan Ke 2 ,3 ,4 dan 5 sahaja. Bersalin di Hospital.

ii)

Kondisi Tag Putih Bersalin Di Rumah


Gravida 2 5. Bukan mengandung untuk pertama kali Ibu tiada masalah perubatan. Tiada masalah berkaitan kandungan semasa Ketinggian ibu mestilah MELEBIHI 145 cm Ibu yang berketinggian kurang 145 cm berkemungkinan Mempunyai bukaan ruang pelvic yang kecil. Perkara ini Boleh menyebabkan masalah/kesukaran semasa melahirkan anak. Usia kandungan mestilah diantara 37-41 minggu. Persekitaran rumah yang sesuai.

10

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013 Kondisi Tag Putih Bersalin Di Hospital
Primagravida Kandungan / Bayi Pertama. Grandmulti. Maternal Age MELEBIHI 18 tahun atau KURANG 40 tahun Jarak melahirkan anak melebihi 2 tahun atau Sub-Fertile kurang 5 tahun. Ketinggian melebihi 145 cm. Single Mother. Keadaan rumah tidak sesuai.

3) Pemeriksaan rutin bagi memastikan tahap kesihatan yang baik bagi ibu mengandung. Berat badan dan Tinggi. Untuk memantau Berat Ibu dan Bayi. Ujian Ultrasound. Memantau bayi dalam kandungan seperti tumbesaran dan kedudukan bayi. Ujian Urin. Ujian Haemoglobin. Ujian Kumpulan Darah dan Rhesus Factor. Ujian Saringan.: i) Veneral Disease Research Laboratory (VRDL) ii) Hepatitis B iii) Human Immunodefieciency Virus (HIV)

4) Pemeriksaan Fizikal Pemeriksaan Umum (General Condition). Kebersihan, Anaemia, Keadaan Kulit, Sistemik seperti Jantung. Pemeriksaan Abdomen. Saiz dan Ketinggian Fundus. Kedudukan Fetus (Janin) samada normal, melintang atau melintang. Denyutan Jantung Janin (Fetus Heart Rate). Keadaan Perubatan yang lain seperti Vericose Vein.

11

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013


5) Pemberian Tablet Hematinik. TABLET FERUM FUMURATE untuk mengimbangi peningkatan penggunaan zat ferum dengan itu mengelakkan daripada anaemia. TABLET ASKORBIK untuk membentuk sel darah dan seterusnya meningkatkan antibodi. TABLET FOLIK untuk membantu pembentukan sel darah. TABLET B.- KOMPLEKS untuk mengelakkan kekurangan vitamin yang asas.

6) Pemberian Immunisasi Menghalang Jangkitan Tetanus. Suntikan Anti Tetanus Toxide (ATT) sebagai satu langkah pencegahan jangkitan Tetanus.

7)

Membuat Rujukan.

8)

Penetapan Tarikh Susulan dan Pemeriksaan Ulangan. Tarikh Susulan dan Pemeriksaan Ulangan secara berkala.

9)

Ceramah Kesihatan Pemakanan serta Demonstrasi Masakan. Ceramah Kesihatan Pemakanan serta Demonstrasi merupakan salah satu Pendidikan Kesihatan yang perlu diberikan penekanan kepada ibubapa kerana ia memberikan impak yang besar kepada kesihatan bayi. Staf Klinik Ibu dan Anak akan mengajar pasangan yang bakal mendapat bayi tentang pendidikan kesihatan dan demonstrasi makanan agar anak yang bakal lahir akan sihat dan mendapat zat dan nutrient yang sempurna dari segi pertumbuhan fizikal dan mental.

10) Pemeriksaan ke Rumah terhadap Kes Cicir dan Berisiko Staf Klinik Ibu dan Anak kebiasannya Jururawat Masyarakat akan melakukan lawatan dan pemeriksaan ke rumah bagi Kes Cicir dan Berisiko

12

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013

Rutin Lawatan Ke Klinik Antenatal.

1) Lawatan Pertama. Pendaftaran kehamilan sebaik sahaja disahkan mengandung melalui ujian pengesanan mengandung. Penetapan tarikh dijangkakan melahirkan anak (Due Date).

2) Lawatan Kedua Lawatan pada Minggu ke-12 kandungan Pemeriksaan Abdomen akan dilakukan untuk mengukur ketinggian Fundus sesuai dengan usia kandungan. Klien mungkin mengalami dan muntah (minor illness) dan jikalau keadaan Minor illness semakin teruk, ia perlu dirujuk kepada Hospital untuk rawatan lanjut.

Lawatan Ke Klinik Antenatal

Usia Kandungan Kurang dari 28 minggu. 28 / 52 hingga 35 / 52. 36 minggu keatas


Jadual 1 : Lawatan Ke Klinik Antenatal.

Kekerapan Sekali Sebulan. Sekali Setiap 2 Minggu. Sebulan Sekali

13

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013 Peranan Pembantu Perubatan dalam Klinik Antenatal
1) Mengesan Ibu Hamil dan Merujuk kepada Klinik Antenatal. Klinik akan melakukan ujian pengesanan mengandung secara percuma jika Wanita mengesyaki atau mengalami simptom-simptom kehamilan. Kandungan Pertama, kebiasaannya tidak mempunyai risiko yang tinggi. Selepas melakukan ujian tahap risiko terhadap ibu yang mengandung tersebut, ibu mengandung akan ditagkan melalui system berwarna iaitu MERAH , KUNING , HIJAU dan PUTIH

2) Memeriksa Kes Rujukan kepada Pegawai Perubatan ketika personel berkenaan tiada rujukan ke Hospital atau tindakan yang bersesuaian hendaklah dilakukan berdasarkan bidang kuasa dan kebolehan.

3) Mengesan Penyakit atau Keadaan yang merbahaya kepada ibu hamil semasa pemeriksaan untuk rawatan pesakit luar. 4) Pembantu Pegawai Perubatan perlu melakukan pemeriksaan terhadap keadaan kesihatan ibu yang hamil untuk mengenalpasti masalah kesihatan yang merbahaya semasa pemeriksaan untuk rawatan pesakit luar. Antara masalah kesihatan yang kerap terjadi kepada ibu hamil ialah : Hipertensi. Penyakit Kardiovaskular. Diabetes Mellitus. Masalah Ginjal.

5) Merawat Kes-Kes Ringan bagi Ibu Hamil yang mendapat rawatan di Unit Pesakit Luar. Pembantu Pegawai Perubatan akan mengendalikan Kes-Kes Ringan bagi Ibu Hamil yang mendapatkan rawatan di Unit Pesakit Luar. Pembantu Pegawai Perubatan akan merawat Kes-Kes yang ringan seperti : Alahan Mengandung. Backache. Urinary Tract Infection. Demam yang ringan.

14

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013 Kesimpulan


Konklusinya, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ialah satu perkhidmatan yang penting dalam sistem kesihatan negara kerana ia memberikan impak yang besar kepada negara dalam pelbagai aspek dari segi ekonomi, sosial, dan lain-lain. Perkhidmatan ini menjadi penekanan oleh World Health Organisation (WHO).Klinik Perkhidmatan ini telah berkembang dengan pesat menjadi satu perkhidmatan yang komprehensif di peringkat penjagaan primer seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara

15

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR 2013 Rujukan


1. W.O Phoon & P.C.Y Chen (1987).Textbook of Community Medicine in South-East Asia. Singapore: John Wiley & Sons. 2.

16

You might also like