You are on page 1of 14

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS MAJOR IN ENGLISH SEMESTER 2 HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO.TELEFON EMAIL

: CRISTINA JOHNNY : 781226125338001 : 781226125338 : 012-8661887 : mrskennyfred@rocketmail.com crisfred@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN TUTOR

: OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER) : EN. JUSMAN AMAN SETIA

CristinaJohnny 781226125338

Perkara

Muka Surat

1.0

Isi Kandungan

2.0

Pengenalan

3.0

Dasar Pendidikan dan Falsafah Pendidikan

4.0

Kelemahan-Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara (Kebangsaan) 4-6

5.0

Kejayaan-Kejayaan Dasar Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara (Kebangsaan) 7-8

6.0

Cadangan-Cadangan Penambahbaikan dan Peningkatan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara 9 - 11

7.0

Kesimpulan

12

8.0

Rujukan

13

CristinaJohnny 781226125338

2.0

Pengenalan

Mengikut Kamus Pelajar, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Kedua (2008), masyarakat bermaksud sekumpulan orang yang hidup bersama di seatu tempat dengan cara-cara dan peraturan tertentu manakala majmuk pula bermaksud masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai (suku) kaum.Oleh yang demikian, Malaysia sebagai sebuah negara majmuk mencerminkan keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai suku dan kaum yang hidup harmoni di dalam sebuah negara. Menurut John Sydhenham Furnivall, masyarakat majmuk wujud apabila dasar penjajahan menggalakkan penghijrahan penduduk berdasarkan keperluan ekonomi mereka. Meskipun kelompok-kelompok kaum ini bercampur tetapi mereka masih kuat berpegang kepada agama, bahasa, budaya dan idea-idea mereka sendiri. Terdapat 3 kaum yang utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India manakala terdapat kira-kira 80 etnik yang mempunyai sistem adat dan budaya yang berbeza, contohnya, etnik Kadazandusun, etnik Bajau, etnik Melanau dan sebagainya. Kesemua kaum ini mengamalkan budaya dan kepercayaan agama yang berbeza, tetapi hidup dalam suasana yang aman dan saling bertolak ansur antara satu sama lain. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mampu membina pengintegrasian kaum yang berjaya. Walaubagaimanapun, jalan untuk mencapai keharmonian negara seperti yang sekarang ini tidak dilalui dengan sebegitu mudah. Sejarah masyarakat majmuk di Malaysia ini bermula apabila berlaku penjajahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu, yang telah membawa kemasukan dua bangsa asing iaitu Orang Cina dari China dan orang India dari India, secara besar-besaran. Ini telah menyebabkan konflik antara kaum berlaku di awal kemerdekaan Tanah Melayu dahulu. Untuk menangani masalah ini, maka pemimpin-pemimpin negara telah menumpukan perhatian kepada pendidikan dengan membuat kajian demi kajian kerana mereka tahu bahawa pendidikan merupakan salah satu kunci kepada penyatupaduan kaum di Malaysia. Atas kesedaran inilah, maka Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan. Dasar ini dimulakan dengan hasil Laporan Razak, kemudian dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 seterusnya dikaji semula melalui Laporan Rahman Talib dan akhirnya dimaktubkan sekali lagi sebagai Akta Pelajaran 1961.

CristinaJohnny 781226125338

3.0

Dasar Pendidikan dan Falsafah Pendidikan

Jusman Bin Aman Setia dan Mohd. Haniff Hj. Hassan dalam tulisan mereka bertajuk Pembentukan Negara Bangsa Malaysia Berteraskan Perpaduan mengatakan bahawa, ada 3 hala tuju utama dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu; pertama, pendidikan diadakan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara seterusnya menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik; kedua, ia dapat menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati ibubapa; dan ketiga, menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) dijadikan bahasa pengantar utama. Falsafah Pendidikan Negara pula secara ringkasnya bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi warganegara yang baik. Falsafah Pendidikan Negara ini menggariskan supaya pendidikan di Malaysia dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja menekankan kepentingan ilmu dan peranan ilmu tetapi juga menitik beratkan hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Semua ini ditikberatkan dengan tujuan supaya rakyat Malaysia menjadi rakyat yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.

CristinaJohnny 781226125338

4.0

Kelemahan-Kelemahan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara (Kebangsaan)

Dari segi teori, sememangnya dasar dan falsafah pendidikan negara adalah amat ideal tetapi sebenarnya pelaksanaannya mempunyai kelemahan-kelemahannya tersendiri selain daripada kelebihan-kelebihan yang nyata. Kelemahan yang paling ketara dalam dasar ini ialah sistem persekolahan itu sendiri. Dr. Sanusi Osman, dalam tulisan beliau bertajuk, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia (1989), mengatakan bahawa sebahagian besar sekolah-sekolah yang wujud di Malaysia sekarang adalah dihadiri oleh satu golongan kaum sahaja setiap satu sekolah. Maksudnya di sini, polarisasi kaum masih wujud dan setiap kaum ini masih hidup terpisah antara satu sama lain. Kaum Melayu majoritinya masih tinggal di kawasan luar bandar, kawasan felda dan kawasan kampung di mana sekolah yang ada di sini adalah sekolah kebangsaan(SK). Kaum India juga masih tinggal di estetestet dan ladang-ladang dan ini menggalakkan pembinaan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK(T)) di kawasan-kawasan tersebut. Majoriti kaum Cina(SJK(C)) pula tinggal di bandar kerana keluarga mereka menjadi peniaga, maka wujudlah banyak sekolah jenis kebangsaan Cina di bandar-bandar. Pengaruh dari sistem pendidikan barat juga masih ada, di mana sekolahsekolah elit yang dikenali sebagai sekolah saint (SK St.), yang mana kebanyakannya pelajarnya adalah anak-anak golongan atasan. Apabila murid-murid daripada sekolah-sekolah berbeza ini ke satu sekolah menengah yang sama, mereka sudah terbiasa untuk berkumpul dengan kelompok etnik atau kaum mereka masing-masing sahaja dan kurang bergaul dengan kaum lain. Ini adalah salah satu daripada impak yang wujud hasil Laporan Jawatankuasa Razak (1961). Jawatankuasa ini diketuai oleh menteri pelajaran pada waktu itu, iaitu Dato Abdul Razak Bin Hussien disertai seramai 15 orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang menjadi wakil 3 kaum terbesar dalam jawatankuasa itu. Salah satu hasil Laporan Razak adalah mengekalkan 4 jenis sekolah yang ada iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah Inggeris. Ini telah menggalakkan kaum Melayu, Cina dan India pergi ke sekolah yang berbeza dan menghalang penyatupaduan etnik dan kaum melalui pendidikan. Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan hanya dijadikan matapelajaran wajib sahaja di sekolahsekolah jenis kebangsaan. Keadaan ini menambahkan kesukaran penyatupaduan etnik melalui pendidikan kerana murid melayu tidak dapat belajar di sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa
4

CristinaJohnny 781226125338

Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar. Manakala masyarakat Cina dan India pula lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar daripada menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Dasar pendidikan negara melalui hasil Laporan Jawatankuasa Rahman Talib (1959) yang diketuai oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu, iaitu Abdul Rahman Talib, telah menggariskan bahawa pendidikan wajib diberikan kepada semua kanak-kanak di Tanah Melayu sehingga mereka berumur 15 tahun. Pendidikan sekolah rendah pula diberikan secara percuma. Walaubagaimanapun, tidak ada usaha yang dilakukan untuk benar-benar merealisasikan dasar ini. Ditambah pula dengan dasar kerajaan di satu sudut yang lain iaitu, peruntukan kewangan kepada sesebuah sekolah diberikan berdasarkan jumlah murid dan bukan kepada keperluan fizikal sekolah itu sendiri. Ini menyebabkan sekolah-sekolah rendah di kawasan luar bandar begitu daif kerana tidak mendapat bantuan yang mencukupi. Malah, jika adapun bantuan yang diterima, ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai kerana faktor jarak dan juga sistem birokrasi. Guru-guru juga lebih memilih untuk mengajar di kawasan bandar atau pekan yang mempunyai kemudahan yang cukup daripada mengajar di sekolah luar bandar yang serba serbi kekurangan. Keadaan sekolah yang kekurangan dari segi peralatan dan juga guru ini, tidak menarik perhatian ibubapa di kawasan-kawasan luar bandar untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Ini menyebabkan masalah keciciran di kalangan murid-murid sekolah di kawasan luar bandar terus berlaku. Ini bermakna, anak-anak dari kaum melayu dan etnik minoriti yang masih ketinggalan dari segi pendidikan mengakibatkan jurang antara etnik masih berlaku. Sejak akhir-akhir ini, satu lagi kelemahan dalam dasar pendidikan negara yang kelihatan semakin ketara ialah dasar yang membenarkan guru-guru melibatkan diri secara aktif berpolitik. Perpecahan mula wujud di kalangan guru-guru akibat perbezaan fahaman politik dan akan membuka ruang kepada anasir-anasir luar yang berniat jahat untuk menabur benih kebencian. Lebih membimbangkan kebanyakan parti-parti politik ini ditubuhkan berdasarkan kaum dan etnik jadi tidak mustahil jika kelonggaran berpolitik ini nanti akan menimbulkan semula perasaan racist atau perkauman yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Institusi pendidikan yang diharapkan menjadi sumber penyatupaduan kaum akhirnya akan menjadi alat untuk memecah belahkan rakyat Malaysia.
5

CristinaJohnny 781226125338

Jika melihat kepada keadaan semasa, dasar pendidikan sekarang seolah-olah membelakangkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang diumumkan pada tahun 1979(dimulakan pada tahun 1974), yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran pada waktu itu, iaitu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad(Tun). Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 ini merupakan respon negara kepada rusuhan kaum 1969, pembentukan rukunegara dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970. Hasil laporan ini, kurikulum ala Malaysia yang telah diwar-warkan sejak Laporan Rahman Talib lagi, diberi penegasan. Semangat kenegaraan cuba dibangkitkan dengan menekankan pendidikan kerohanian dan unsur-unsur disiplin yang diingini dengan harapan membentuk rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran. Pembentukan keperibadian insan ditegaskan selaras dengan

pembangunan kemanusiaan dan dititik beratkan sama dengan pendidikan formal. Jika dinilai dari senario sekarang, dikhuatiri, tindakan golongan guru-guru bergiat aktif dalam politik ini akan menjejaskan fokus sebenar mereka, iaitu mendidik anak bangsa. Mohd. Khir Hassan, Pengerusi Persatuan Guru-Guru Bersara, yang dipetik dari UMNO Online, misalnya, telah menyuarakan pendapat supaya guru-guru perlu tahu tugas menyeimbangkan politik dengan tugas mereka di sekolah dan perlu bertanggungjawab supaya tidak sesekali menyebarkan dakyah politik yang boleh mepengaruhi minda kanak-kanak ini, yang dikhuatiri akan memecah belahkan masyarakat. Kelemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula boleh dilihat dengan jelas daripada kesukaran yang ditempuhi dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Meskipun dengan jelas, falsafah pendidikan sudah menggariskan bahawa murid-murid ini harus dibangunkan jasmani mereka dahulu diikuti dengan emosi, seterusnya rohani barulah intelek dan jika semua ini sudah berkembang maka, sosial mereka juga akan berkembang. Masalahnya, sistem pendidikan di Malaysia masih membelakangkan pembangunan jasmani dan emosi, tetapi lebih mementingkan pencapaian intelek murid-murid. Murid-murid sekolah rendah, misalnya, pencapaian mereka akan dinilai berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata. Matapelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral dan Pendidikan Seni contohnya, seumpama dianak tirikan kerana dianggap kurang penting berbanding mataplejaran yang diuji dalam UPSR. Walhal, pembangunan jasmani, emosi dan rohani juga seharusnya sama penting dengan pembangunan intelek.

CristinaJohnny 781226125338

5.0

Kekuatan-kekuatan Dasar Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara (Kebangsaan)

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mencapai kejayaan yang besar dari segi pembentukan satu sukatan pelajaran yang seragam, hasil daripada Laporan Razak. Pelaksanaan sukatan pelajaran yang sama di semua sekolah ini telah menghalang penggunaan sukatan pelajaran yang

menggunakan kurikulum dari negara China. Begitu juga dengan penggunaan sukatan pelajaran sekolah Inggeris yang masih berpaksikan negara England. Penyeragaman sukatan pelajaran ini telah mengelakkan pengaruh dari negara-negara asing tersebut daripada terus menular di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya penularan fahaman ekstrim dan komunis, pada tahun 1960-an. Ketegangan antara kaum juga berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit dengan pemansuhan penggunaan sukatan pelajaran dari negara asing ini. Sukatan pelajaran yang seragam dan ala Malaysia mula mewujudkan perasaan satu negara di kalangan kaum-kaum di Malaysia. Keinginan untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu melalui pelaksanaan dasar pendidikan begitu jelas dalam kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 diumumkan pada tahun 1979. Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 telah menjadi pemankin kepada Laporan ini. Dasar negara pada waktu bersungguh-sungguh menanamkan pembentukan jati diri masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sebagai rakyat Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan hasil dari Laporan Rahman Talib yang menggariskan kepentingan memberikan pendidikan wajib kepada murid sehingga berumur 15 tahun telah menggalakkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak di Malaysia sekaligus membekalkan modal insan (tenaga kerja) yang diperlukan oleh negara Malaysia yang sedang membangun. Statistik dari portal kerajaan yang boleh dicapai di

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/PST-Siri11.pdf, menunjukkan bahawa hanya 39.3 peratus sahaja dari penduduk Malaysia yang berumur 12-16 tahun meneruskan persekolahan pada tahun 1970 berbanding 81 peratus pada tahun 2007. Peningkatan yang begitu ketara ini, menunjukkan bahawa dasar pendidikan wajib yang diamalkan oleh negara mula menampakkan hasil. Kesedaran masyarakat tentang pentingnya pelajaran semakin meningkat. Meskipun masalah keciciran masih berlaku tetapi jumlahnya semakin menurun. Jurang perbezaan antara etnik dan kaum juga telah dapat dikurangkan, walaupun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, dengan mewajibkan matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah Inggeris. Sekurang-kurangnya semua
7

CristinaJohnny 781226125338

murid ini boleh memahami antara satu sama lain apabila berjumpa. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan juga dapat menerapkan kesedaran antara etnik dan kaum bahawa mereka hidup dalam satu negara, iaitu Negara Malaysia. Dasar pendidikan negara memperkenalkan pendidikan vokasional juga merupakan satu langkah yang amat berjaya. Pembukaan sekolah-sekolah vokasional dan sekarang ini sekolah teknik, telah membantu melahirkan ramai tenaga kerja yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di bidang perkilangan dan pembuatan. Menjelang tahun 80-an Malaysia mengalami pembangunan yang begitu pesat dalam bidang perkilangan dan pembuatan. Ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak muda negara yang mendapat pendidikan vokasional. Demikian juga dengan dasar pendidikan untuk melahirkan guru-guru terlatih yang diberi pendidikan perguruan di maktab-maktab perguruan. Perkembangan dasar pendidikan juga telah melahirkan guru-guru yang mempunyai opsyen khusus untuk menumpukan perhatian mengajar matapelajaran tertentu. Semua dasar ini telah membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang berpendidikan. Falsafah Pendidikan Negara juga memberikan garis panduan kepada institusi pendidikan kita bahawa, adalah penting untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam usaha untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berketrampilan dan berdisiplin. Walaupun pelaksanaannya agak lembab tetapi, sekurangkurangnya idea sudah didasarkan dan sekarang negara sedang dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang dari semua segi. Kesedaran bahawa melahirkan masyarakat yang intelektual semata-mata tidak menjamin kesejahteraan negara kini semakin kuat dan keinginan untuk melahirkan masyarakat yang mampu menggunakan akal fikiran dan mempunyai jati diri yang kukuh untuk mempertahankan keharmonian negara juga semakin kukuh.

CristinaJohnny 781226125338

6.0

Cadangan-Cadangan Penambahbaikan dan Peningkatan Dasar Pendidikan Negara.

Saya berpendapat bahawa sebagai guru, hal pertama yang harus dielakkan adalah melibatkan diri secara aktif dalam politik. Saya sedar bahawa sejarah awal kemerdekaan banyak dipengaruhi oleh golongan guru dan tokoh-tokoh pendidikan, tetapi keadaan pada zaman itu tidak sama dengan keadaan pada zaman sekarang. Pada waktu itu, perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu tak kira kaum serta melindungi negara dari anasir-anasir luar, di mana, ahli-ahli akademik adalah pemankin kepada usaha tersebut. Berbeza dengan senario pada hari ini, yakni kita tidak bergelut dengan anasir luar tapi bergelut dengan masalah politik dalaman kita sendiri. Saya khuatir, jika guru-guru terus dibenarkan bergiat aktif dalam politik, maka perpecahan akan semakin banyak berlaku dan jurang perkauman akan terbuka kembali. Mungkin ramai cendekiawan akademik akan mengatakan bahawa ini adalah satu langkah ke belakang dan menghalang perkembangan idea, tetapi bagi saya sebagai seorang guru biasa yang hanya melihat dari jauh senario politik semasa- merasakan bahawa, adalah lebih baik mencegah dari mengubati. Jika seseorang guru itu menyokong sesuatu fahaman politik sekalipun, dia tidak perlulah menunjukkannya secara terang-terangan ataupun melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti perhimpunan jalanan dan sebagainya. Tugas seorang guru adalah mendidik anak bangsa jadi lakukanlah tugas yang diamanahkan itu. Memetik kata-kata Mok Song Sang dalam buku beliau, Pendidikan Di Malaysia (1996), beliau mengatakan bahawa, guru merupakan tenag ikhtisas dalam bidang pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid dalam institusi pendidikan. Maka, adalah lebih elok jika hal politik diuruskan oleh mereka yang memang ditakdirkan dan dipertanggungjawabkan menjadi ahli politik. Saya juga berharap agar pihak kementerian dapat menguatkuasakan pekeliling yang menyatakan bahawa, ibubapa yang gagal menghantar anak mereka untuk menerima 6 tahun pendidikan wajib sekolah rendah boleh dikenakan denda sebanyak RM5000. Jika pekeliling ini benar-benar diikuti, maka masalah keciciran dikalangan murid akan berkurangan dan mungkin akan terhapus. Ini kerana, ibubapa, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar, yang selama ini tidak mengambil serius pelajaran anak-anak akan mula berubah akibat takut dikenakan denda tersebut. Masalahnya sekarang, walaupun pekeliling ini ada tetapi
9

CristinaJohnny 781226125338

pelaksanaanya tidak dibuat malah ramai ibubapa masih tidak tahu mengenai pekeliling ini. Pihak Kementerian melalui pejabat-pejabat pelajaran dan juga sekolah-sekolah sendiri, haruslah mengambil langkah aktif dan proaktif untuk mewar-warkan pekeliling ini. Pada pendapat saya, tidak salah untuk mendenda ibubapa yang gagal menghantar anak-anak mereka menerima pendidikan wajib, supaya mereka sedar bahawa pihak Kementerian benar-benar serius untuk menangani masalah keciciran dikalangan murid-murid sekolah rendah. Peruntukan kewangan yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada sekolah-sekolah juga patut dikaji semula cara pemberiannya. Alangkah baiknya jika bukan hanya jumlah enrolment murid dalam satu-satu sekolah itu sahaja yang dijadikan ukuran tetapi keadaan keseluruhan fizikal sekolah juga turut diberi perhatian. Jika menunggu masa-masa seperti pilihan raya sahaja atau meminta ehsan dari wakil-wakil rakyat sahaja barulah sesebuah sekolah di luar bandar itu mendapat bantuan, maka keadaan ini amatlah menyedihkan. Tentulah sekolah-sekolah luar bandar ini mengambil masa yang lama untuk maju. Pada pendapat saya, Kementerian perlu mencari jalan atau menubuhkan satu bahagian khas yang memberi perhatian khusus kepada sekolah-sekolah luar bandar ini supaya semua yang diperlukan oleh sekolah-sekolah ini dapat disediakan dengan cepat. Saya juga berpendapat bahawa, sudah tiba masanya sekolah-sekolah di Malaysia (sekolah rendah dan sekolah rendah jenis kebangsaan) disatukan. Jika benar-benar mahu memberikan pendidikan yang sama rata kepada semua kaum dan untuk benar-benar mahu menyatupadukan semua kaum melalui bidang pendidikan, maka masyarakat Malaysia perlulah pergi ke sekolah yang sama, bukan sahaja di peringkat sekolah menengah tetapi bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah untuk semua kaum. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil pula diajar sebagai matapelajaran pilihan bagi semua kaum sebagaimana matapelajaran bahasa etnik-etnik lain di Malaysia, sebagai contoh Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban yang merupakan matapelajaran pilihan kepada sesiapa sahaja murid yang mahu belajar bahasa-bahasa tersebut. Ini benar-benar akan menggalakkan integrasi kaum dalam institusi pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga perlulah diikuti dengan telus, di mana usaha untuk membangunkan fizikal, emosi dan rohani murid dianggap sama penting dengan usaha membangunkan intelek mereka. Murid-murid ini nanti akan menjadi modal insan bagi negara
10

CristinaJohnny 781226125338

dan jika mereka mempunyai keseimbangan dari segi JERIS, meraka akan berupaya menolak anasir-anasir jahat yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia seterusnya membawa negara untuk terus maju ke hadapan. Kementerian perlulah mengurangkan penekanan kepada pencapaian murid dalam UPSR semata-mata tetapi turut mengambil kira juga pencapaian murid dalam bidang sukan dan kokurikulum. Selain itu, kelebihan-kelebihan murid dari aspek yang tidak berbentuk akademik juga perlulah diambil kira. Contohnya, murid yang tidak cemerlang dalam UPSR tetapi berpotensi dalam bidang pertanian atau pertukangan (dilihat melalui matapelajaran Kemahiran Hidup) bukanlah murid yang gagal, cuma mereka cemerlang di bidang lain. Hal inilah yang patut diberi perhatian lebih dalam dasar pendidikan negara. Diharapkan agar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) yang dimulakan pada tahun 2011, dapat membantu dasar pendidikan untuk tidak terlalu menekankan peperiksaan di kalangan murid-murid mengurangkan pemberatan kepada sistem peperiksaan tetapi menilai potensi murid-murid secara menyeluruh.

11

CristinaJohnny 781226125338

7.0

Kesimpulan

Dasar dan falsafah pendidikan negara secara ringkasnya menyatukan semua etnik di dalam satu sistem pendidikan kebangsaan yang sama dalam usaha untuk menerapkan semangat kenegaraan, memberikan pendidikan percuma dan sama rata kepada semua etnik sebagai usaha untuk memberikan hak kesamarataan antara etnik dan mengelakkan rasa tidak puas hati antara satu kaum dengan kaum yang lain. Pemartabatan Bahasa Melayu diharapkan mengukuhkan lagi semangat kenegaraan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia dan menanamkan perasaan satu bangsa di kalangan kita iaitu bangsa Malaysia. Dasar dan falsafah pendidikan yang bermula dengan Laporan Razak, sentiasa berevolusi seiring dengan perubahan zaman dan keperluan pendidikan. Perubahan-perubahan yang dilakukan diharapkan dapat membentuk masyarakat Malaysia yang lebih proaktif dan berdaya saing selain bertrampilan dan berdisiplin. Jika dasar dan falsafah pendidikan negara terus disokong oleh semua golongan maka usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju yang masih kukuh dengan nilai-nilai murni dan kemasyarakatan, menjelang 2020 akan menjadi kenyataan. Semoga Malaysia akan terus terkenal dimata dunia sebagai salah satu negara yang mempunyai kaum dan etnik yang paling ramai tetapi mampu hidup dalam satu negara, saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing dan sentiasa berusaha untuk menjaga kepentingan bersama sebagai satu negara berbanding kepentingan sendiri. Semoga dasar-dasar pendidikan negara yang digubal akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya sebagai bukan sahaja sebagai wadah pembangunan pendidikan semata-mata tetapi juga sebagai wadah perpaduan nasional.

3061 patah perkataan


12

CristinaJohnny 781226125338

8.0

Rujukan

Jabatan Perangkaan Malaysia. (Siri11/2009). Perangkaan Sosial Terpilih. Boleh


Siri11.pdf

dicapai

di

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/PST-

J.S Furnivall. (1956). Colonial Policy and Practice; A Comparative Study of Burma and India. New York University Press. New York.

Jusman Aman Setia. Mohd. Haniff Hj. Hassan. (n.d). Pembentukan Negara Bangsa Malaysia Berteraskan Perpaduan.

Mohd. Khir Hassan. (28 Julai 2010). Guru Berpolitik Dinasihat Guna Kebenaran Secara Profesional. Boleh dicapai di http://umno-online.com/?p=16073

Mok Soon Sang. (1996). Pendidikan di Malaysia. Penerbitan Kumpulan Budiman. Kuala Lumpur.

Sanusi Osman. (1989). Ikatan Etnik dan dan Kelas di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor Darul Ehsan.

13

You might also like