You are on page 1of 34

PENGHANTARAN

PENGHANTARAN TALIAN PENDEK

Stesan Kuasa

Penghantaran Pengagihan

Pengguna

Rajah 2.0 Sistem penghantaran pada talian atas 2.0 Pengenalan Sistem penghantaran merupakan satu sistem yang besar menghubungkan stesen penjanaan kepada pengguna melalui sistem pengagihan. Jika sistem penghantaran membekalkan jumlah tenaga yang besar daripada stesen jana kuasa ke pusat-pusat beban. Sistem pengagihan pula akan membekalkan tenaga daripada sistem penghantaran dan mengagihkannya kepada pencawang-pencawang utama dan pencawang kecil kepada pelbagai pengguna.

PENGHANTARAN

Tenaga elektrik boleh dibekalkan dan diagihkan sama ada dalam bentuk arus ulang-alik (A.U) atau arus terus (A.T) . Dalam praktiknya sistem 3-fasa 3-talian digunakan dalam sistem pengahantaran manakala bagi sistem 3-fasa 4-talian A.U digunakan dalam sistem pengagihan. Rajah 2.0 menunjukkan sistem penghantaran talian atas. Pertimbangan yang penting dalam operasi talian penghantaran adalah merujuk kepada kejatuhan voltan dan kehilangan kuasa yang berlaku dalam talian dan juga kecekapan talian penghantaran. Komponen-komponen seperti rintangan R, kearuhan L dan kemuatan C yang terdapat pada talian penghantaran mempengarhui keadaan-keadaan tersebut.

2.1 Talian Pendek Talian penghantaran yang mempunyai panjang kurang daripada 60 km dan beroperasi pada kadar voltan di bawah 20 kV dikategorikan sebagai talian pendek dalam sistem pengahantaran. Merujuk kepada jarak yang singkat dan voltan operasi yang rendah, maka kesen daripada kemuatan dalam talian ini juga kecil maka kesan kemuatan boleh diabaikan dalam sistem talian ini. Oleh itu prestasi talian pendek adalah bergantung kepada rintangan dan kearuhan yang terdapat pada talian penghantaran. Pada talian penghantaran sebenar, rintangan dan kearuhan terdapat disepanjang talian penghantaran tersebut. Tetapi dalam kes talian pendek jumlah rintangan dan kearuhan tergumpal pada satu tempat atau bahagian. 2.2 Rintangan dan Kearuhan dalam Talian Talian penghantaran bagi litar elektrik biasanya mempunyai beberapa parameter seperti rintangan, kearuhan dan kemuatan. Parameter ini tidak seragam disepanjang talian penghantaran yang mana memberi kesan kepada pengaturan voltan dan juga kecekapan talian penghantaran. Kesan ini juga bergantung kepada panjang sesuatu talian penghantanran. Pada perbincangan ini kita akan melihat kewujudan rintangan dan kearuhan pada talian penghantaran. 2.2.1 Rintangan Siri Pengalir Apabila kita memperkatakan mengenai rintangan siri dalam pengalir talian penghantaran, beberapa faktor perlu diambil kira di antaranya panjang talian, luas keretan rentas talian, bahan dan suhu persekitaran. Seperti mana yang kita ketahui setiap pengalir talian penghantaran yang membawa kuasa elektrik mempunyai Pengaliran arus yang berlawanan arah di dalamnya dan keadaan ini dikenali sebagai rintangan. Rintangan R dalam ohm yang terbentuk dalam

PENGHANTARAN

pengalir talian penghantaran ini merujuk kepada panjang dan keratan rentas a pengalir dan boleh dinyatakan sebagai ; R=

a (Pers: 2.1)

Di mana adalah kerintangan pengalir. Kerintangan pengalir ( ) bergantung bukan sahaja kepada bahan yang digunakan oleh pengalir tetapi bergantung juga kepada suhu persekitaran. Nilai rintangan siri yang terdapat pada talian dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut:Katakana Jika 1 dan 2 adalah nilai kerintangan yang mana dengan nilai suhu t1 dan t2 maka, 2 = 1[1 + (t1 - t2)]
(Pers: 2.2)

berhubungkait

Di mana adalah pekali bagi suhu bahan yang digunakan bagi merekabentuk pengalir. Nilai pekali suhu bagi rintangan juga tidak tetap tetapi bergantung kepada suhu permulaan. Pekali suhu bagi rintangan diberikan sebagai; = 0 / (1 + 0t1) (Pers: 2.3) dimana 0 adalah pekali suhu bagi rintangan ketika 0C Melalui persamaan-persamaan yang ditunjukkan dapat disimpulkan bahawa rintangan yang terdapat dalam pengalir penghantaran sentiasa wujud dan berterusan bermula daripada talian penghantaran sehingga tiba kepada talian pengagihan kepada pengguna. 2.2.2 Kearuhan Pengalir pada sistem talian penghantaran bukan sahaja mempunyai kerintangan malahan kearuhan juga wujud dalam talian tersebut. Jika kita merujuk kepada Rajah 2.1(a), menunjukkan dua pengalir satu fasa, perhatikan pada bahagian pemisah kedua-dua pengalir tersebut yang ditandakan dengan jarak D. Ketika arus mengalir melalui kdua-dua pengalir ini pada sebarang masa ia akan mengalir pada arah yang bertentangan dan seterusnya mengwujudkan medan disekitar kedua-dua pengalir tersebut. Medan yang wujud ini akan sentiasa memberikan tekanan di antara satu dengan yang lain seperti yang digambarkan pada Rajah 3.1(b). (lihat pergerakkan anak panah medan).

PENGHANTARAN

2.1 Urat magnet

D (a)

(b) antara dua pengalir

Rajah daya teraruh

Kedua-dua pengalir pada rajah 2.1(a) dan 2.1(b), akan membentuk gelung segiempat tepat bagi setiap pusingan melalui fluks yang wujud hasil pengaliran arus pada kedua-dua pengalir. Ketika fluks yang terhasil ini merangkai kepada gelung tersebut ia akan menghasilkan kearuhan. Meskipun jarak pimisah di antara pengalir ini besar biasnya daripada 1 meter hingga 10 meter, oleh kerana wujudnya jumlah fluks yang padat ini akan membentuk gegelung yang lebih besar dan mempengaruhi kewujudan kearuhan. Kewujudan kearuhan dalam pengalir bagi setiap pusingan per meter ( bila D ) dapat dibuktikan melalui persamaan seperti berikut;
L=
D i + 4 henry / meter (Pers: 2.4) loge

di mana,

= Kebolehtelapan mutlak bahantara. i = Kebolehtelapan mutlak bahan pengalir. 2.3 Rajah Litar Talian Pendek R I X I Vm Beban

Talian

Vsn

Neutral

Rajah 2.2 Litar garis tunggal talian pendek

PENGHANTARAN

Talian penghantaran pendek boleh dikenali secara ringkas dengan melukiskan litar garis tunggalnya. Beberapa komponen yang terdapat dalam talian ini boleh digunakan untuk membuat pengiraan bagi menentukan kecekapan dan kejatuhan voltan yang berlaku dalam sistem penghantaran talian pendek. Rajah 2.2 menunjukkan sebuah litar garis tunggal talian pendek. Merujuk kepada rajah 2.2, beberapa parameter boleh dikenalpasti iaitu, Vsn - Voltan pada penghujung penghantaran Vm - Voltan hujung penerima I - Arus beban pada R mengekor R X - Rintangan gelung () - Kearuhan gelung ()

2.4

Rajah Vektor Talian Pendek C

Vsn

Im kos m AA

IX G IR H

Vm sn m O Vm kos m D Vm kos m

B IX sin m

Rajah 2.3 Diagram vektor talian penghantaran pendek

PENGHANTARAN

Rajah vektor bagi talian pendek mempunyai hubungkait dengan parameterparameter yang terdapat pada rajah garis tunggal talian pendek. Dalam kes ini rajah vektor mengekor boleh dilukiskan seperti pada Rajah 2.3. Merujuk kepada Rajah 2.3, parameter-parameter dikenalpasti sebagai; OA OI ABBCOCVoltan hujung penerima, Vm Arus beban, I Kejatuhan kesan kerintangan dalam talian, IR Kejatuhan kesan kearuhan dalam talian, IX Voltan pada hujung penghantar, Vsn

Merujuk kepada parameter-parameter ini kita boleh mencari nilai voltan hujung penerima dan seterusnya menentukan faktor kuasanya. Cuba perhatikan penyelesaian berikut:OC dan
kos S =
= (OD + DF ) 2 + ( FB + BC ) 2

= (V R kosR + IR) 2 + (V R sin R + IX ) 2

OF V R kos R + IR = OC VS

Sebenarnya daripada rajah vektor ini bukan sahaja kita dapat menentukan nilai V S dan faktor kuasa, tapi kita juga dapat menentukan peratus pengaturan bagi sebuah talian pendek dengan merujuk kepada parameter-parameter yang diberikan. Peratus pengaturan voltan merujuk kepada Rajah 2.3 boleh ditulis sebagai. Peratus Pengaturan =
IR kos R + IX sin R x 100 VS
(Pers: 2.5)

2.5 Perubahan Pengaturan Voltan dengan Faktor Kuasa Beban Pengaturan berubah dengan faktor kuasa beban walaupun voltan pada penghunjung penerima dan arus talian tetap nilainya. Dalam keadaan begini susutan voltan adalah sama dalam magnitud dan fasa tetapi perhubungan fasa antaranya dengan voltan penghujung penerima dan pada hujung penghantaran berubah. Membincangkan kejatuhan voltan pada hujung penerima dengan peningkatan beban bagi kes peningkatan beban induktif (faktor kuasa mengekor) dan meningkat dengan peningkatan beban bagi beban kemuatan (faktor kuasa mendulu). Voltan hujung penerimaan bukan sahaja bergantung kepada beban tapi juga pada faktor kuasa. Perubahan pengaturan voltan pada hujung penghantaran bagi faktor kuasa yang berbeza boleh digambarkan melalui rajah lokus seperti Rajah 2.4.

PENGHANTARAN

Merujuk kepada Rajah 2.4, vektor AO menunjukkan voltan fasa hujung penerima (VR) pada keadaan berbeban dan garisan OX bersedut R, merupakan faktor kuasa beban dengan kos R. selain itu garis OX juga menunjukkan arus (I) fasa beban. Garis AB yang dilukiskan selari dengan garis OX mempunyai kejatuhan rintangan IR dan garis tegak BC yang dilukis menegak kepada garis OX mempunyai kejatuhan kearuhan IX. Merujuk kepada rajah, ABC merupakan segitiga galangan dan CA adalah jumlah kejatuhan galangan talian IZ. Manakala OC menunjukkan voltan fasa hujung penghantaran (VS) dan perbezaan antara VS dan VR atau ( OC OA ) adalah kejatuhan voltan dalam talian dan juga dikenali sebagai pengaturan hujung penghantaran. Perubahan pengaturan ini dapat dilihat dengan jelas sekiranya kita melihat regulasi maksima pada titik B dan regulasi kosong pada titik S dengan merujuk kepada rajah lokus (Rajah 2.4) melalui persamaan berikut :-. Pengaturan = IR kos R + IX sin R Pengaturan akan menjadi maksima apabila d ( pengaturan ) / d = 0 IR (-sin ) + IX ( kos ) = 0 atau X/R Voltan Hujung Penerima, VR N E G Voltan Hujung Penghantaran, VS Tan =

H F

VS C IX VR A IR B

Faktor Kuasa Mendulu

O IX O I D R

VS

K Q

Faktor Kuasa Mengekor

VR

Rajah 2.4 Lokus Vm dan Vsn

PENGHANTARAN

4.6 Pengaturan Per Unit Apabila beban pada hujung penerimaan mendapat bekalan kuasa maka akan berlaku kejatuhan voltan akibat kesan kerintangan dan kearuhan pada pengalir. Oleh sebab itu nilai voltan pada hujung penerimaan Vm biasanya kurang berbanding voltan pada hujung penghantaran Vsn. Kejatuhan voltan yang berbeza pada hujung penerimaan dan juga hujung penghantaran dinyatakan sebagai peratus voltan hujung penghantaran dan dikenali sebagai pengaturan. Pengaturan per unit boleh ditakrifkan sebagai perubahan voltan pada bahagian hujung penerima bila beban penuh di dihentikan, ini akan menjadikan voltan pada hujung penghantaran sama dengan hujung penerimaan. Keadaan ini dapat dijelmakan dalam bentuk persamaan seperti berikut;
Vsn Vm x 100 Vm

Peratus Pengaturan =

(Pers: 2.6)

Dimana Vsn adalah voltan hujung penghantaran dan Vm voltan dihujung penerimaan. Sepertimana diketahui pengaturan menolong mengekalkan nilai voltan pada tamatan beban dengan menetapkan had (5% voltan ralat) dengan menggukan peralatan kawalan yang sesuai. 2.7 Kecekapan Penghantaran Bila beban diberikan bekalan melalui talian penghantaran akan berlaku kehilangan dalam pengalir akibat kesan rintangan dan kuasa yang dihantar pada hujung beban talian penghantaran kurang daripada kuasa yang dibekalkan pada hujung penghantaran. Kecekapan talian penghantaran didapati sebagai nisbah kuasa yang diterima kepada kuasa yang dihantar atau boleh boleh ditulis sebagai;

PENGHANTARAN
Kuasa diterima

Kecekapan Penghantaran = Kuasa dihantar x 100 = Kuasa keluaran + Kehilangan kuasa x 100 T = VsnIsn kos sn x 100
Vm Im kos m Kuasa keluaran

(Pers: 2.7)

Di mana Vm, Im dan kos m adalah voltan, arus dan faktor kuasa hujung penerima manakala Vsn, Isn dan kos sn adalah voltan, arus dan faktor kuasa hujung penghantaran. 2.8 Pengiraan Per Unit Pengaturan dan Kecekapan Pengaturan voltan dan juga kecekapan talian penghantaran dapat dilihat dengan lebih jelas melalui contoh-contoh pengiraan mudah seperti yang dimuatkan dalam bahagian ini.

Contoh Contoh2.1: 2.1:


Sebuah talian penghantaran satu fasa berkeupayaan kuasa 1,100 kW ke kilang dengan voltan 11 kV pada faktor kuasa 0.8 mengekor. Talian ini mempunyai jumlah rintangan 2 dan gegelung kearuhan 3. Dapatkan;

i). Nilai voltan pada hujung penghantaran. ii). Peratus pengaturan. iii). Kecekapan talian penghantaran. Penyelesaian : Diberikan; Rintangan talian, R = 2 Kearuhan talian, X = 3 Kuasa yang dihantar, P = 1,100 kw Faktor kuasa beban m = 0.8 (mengekor) Voltan hujung penerima, Vm = 11,000 V Arus beban, I = Vm kos m
P x 1,000

PENGHANTARAN
1,100 x 1,000

10

I = 11,000 x 0.8 I = 125 A i). Nilai voltan pada hujung penghantaran pula. Diketahui, kos m = 0.8 oleh itu sin m = 0.6

Vsn = (Vm kosm + IR) 2 + (Vm sin m + IX ) 2 Vsn =


(11,000 x0.8 +125 x 2) 2 + (11,000 x 0.6 +125 x 3) 2

Vsn = 11,426 V ii). Peratus pengaturan voltan. Vsn = 11,426 V Vm = 11,000 V Peratus Pengaturan =

Vsn Vm x 100 Vm 11,426 11,000 x 100 = 11,000

= 3.873 % iii). Kecekapan talian penghantaran. Kehilangan dalam talian = I2 R = (125)2 x 2 = 31,250 atau 31.25 kw Kecekapan Penghantaran = Kuasa dihantar x 100 T = 1,100 + 31250 x 100 T = 97.24%
1,100
Kuasa diterima

Contoh Contoh2.2: 2.2: Sebuah talian penghantaran tiga-fasa 11 kV mempunyai rintangan 1.5 dan kearuhan 4 bagi setiap fasa. Kirakan peratus pengaturan dan kecekapan talian jika jumlah beban hujung penerimaan 5,000 kVA pada faktor kuasa 0.8 mengekor dan voltan dibekalkan sehingga jarak terakhir ialah 11 kV.

PENGHANTARAN

11

Penyelesaian : Rintangan bagi setiap pengalir, R = 1.5 Kearuhan bagi setiap pengalir, X = 4.0 Voltan fasa pada hujung penerimaan, Vm =
11,000 = 6,351 V 3

Beban penghantaran = 5,000 kVA Faktor kuasa beban, kos m = 0.8 (mengekor)
Kuasa dibekalkan dalam kVA x100 3 x Vm

Arus talian, I =

5,000 x1,000 3 x 6,351 =

262.4 amp =

Voltan hujung penghantaran setiap fasa, Vsn = Vm + IR kosm + IX sin m = 6,351+(262.43x1.5x0.8)+(262.43x4x0.6) = 7,295.8 V Voltan hujung talian penghantaran oleh itu, VSL =
3 x 7,295.8 = 12,637V

Peratus pengaturan voltan, =

Vsn Vm x 100 Vm 12,637 11,000 x 100 = 11,000

= 14.88 % dan Kecekapan talian penghantaran = Kuasa keluaran + Kehilangan kuasa x 100 T = 5000 x 0.8 + 310 x 100 T = 92.8%
5000 x0.8

Kuasa keluaran

PENGHANTARAN

12

PENGHANTARAN TALIAN SEDERHANA DAN PANJANG


2.9 Pengenalan Setelah kita mempelajari kendalian sistem talian pendek bagi sesuatu sistem talian penghantaran, seperti mana yang telah dibincangkan pada INPUT A. Dalam bahagian ini pula kita akan membincangkan dua lagi jenis talian yang terdapat pada sistem talian penghantaran. Talian penghantaran tersebut adalah talian sederhana dan talian panjang. Jika dibandingkan kedua-dua talian ini dengan talian pendek, kesan kehilangan disebabkan kerintangan dan kearuhan dalam pengalir adalah lebih banyak dan besar. Dengan wujudnya kehilangan kuasa yang besar dalam talian sederhana dan panjang maka ia juga turut mempengaruhi kecekapan talian penghantaran. Oleh itu pengaturan voltan yang perlu dilakukan juga adalah besar bagi mengatasi kehilangan pada hujung penerimaan talian penghantaran ini. 2.9.1 Talian Sederhana dan Talian Panjang Talian penghantaran yang mempunyai panjang talian di antara 60 hingga 150 km dan voltan talian di antara 20 kV hingga 100 kV dikelaskan sebagai talian sederhana. Jika bagi talian pendek kesan kemuatan diabaikan, pada talian sederhana kesan kemuatan diambil kira. Talian penghantaran yang mempunyai panjang melebihi 150 km dan voltan menjangkau lebih 100 kV ia dikelaskan sebagai talian panjang. Seperti mana yang diketahui setiap talian dipengaruhi oleh rintangan, kemuatan, kearuhan dan kealiran.

PENGHANTARAN

13

Oleh yang demikian dari segi pengiraan kehilangan yang terdapat pada talian panjang adalah sangat besar berbanding talian pendek dan sederhana.

2.9.2 Litar Talian Sederhana dan Talian Panjang Litar Talian Sederhana Merujuk kepada Rajah 2.5, beberapa parameter boleh dikenalpasti iaitu, Vsn Vm IsnIm Ic R X C Voltan pada penghujung penghantaran Voltan hujung penerima Arus hujung penghantaran Arus hujung penerimaan Arus kemuatan Rintangan gelung () Kearuhan gelung () Kemuatan (farad) ISn R
Talian

X IC C

Im

Vsn

Vm

Beban

Neutral

Rajah 2.5 Litar garis tunggal talian sederhana Sebenarnya terdapat tiga cara yang boleh kita gunakan bagi menentukan rajah garis tunggal talian sederhana seperti kaedah pemeluap hujung, kaedah T dan kaedah . Rajah 2.5 merupakan kaedah pemeluap hujung. Kaedah ini menggumpal kemuatan pada bahagian hujung beban. Sekiranya pada talian pendek kemuatan diabaikan, pada talian sederhana pula kemuatan diambil kira ini kerana terdapatnya penambahan kepada nilai voltan dan panjang talian. Oleh yang demikian pengiraan pengaturan pada talian sederhana akan turut menimbangkan kemuatan dan kebocoran reaktan pada talian dan ianya dapat dihuraikan bergantung kepada nilai voltan yang dihantarkan. Merujuk kepada litar dalam Rajah 2.5, kita dapat perhatikan arus talian (Isn) merupakan jumlah arus beban (Im) dan juga arus mengecas (Ic) bagi kemuatan. Dan boleh ditulis sebagai;

PENGHANTARAN Isn = Im + Ic
(Pers: 2.8)

14

Jika kita menulis persamaan bagi arus mengecas bagi kemuatan, Ic = jwCVm arus beban Im = Im (kos m - jsin m)

dan

Kita akan dapati Isn = Im kos m - jIm sin m + j, oleh itu dengan persamaan ini didapati; Kejatuhan voltan dalam talian = Isn ( R + jX ) dari persaman ini kita akan ketahui nilai voltan yang terdapat pada hujung hantaran seperti berikut; Vsn = Vm + Isn (R + jX).
(Pers: 2.9)

Melalui persamaan ini kita dapat melihat bagaimana aliran kuasa berlaku dalam sistem penghantaran talian sederhana dan seterusnya kita dapat menentukan nilai pengaturan voltannya.

Litar Talian Panjang Satu talian penghantaran yang menghantar kuasa elektrik melepasakan haba disebabkan oleh rintangan pengalir. Jadi talian yang panjang bertindak sebagai satu rintangan. Talian penghantaran juga bertndak sebagai satu kearuhan kerana setiap pengalir dikelilingi oleh satu medan magnet di sepanjang talian penghantaran. Talian penghantaran yang panjang juga bertindak sebagai satu kapasitor kerana pengalirnya bertindak sebagai pelit kapasitor. Rintangan, kearuhan dan kemuatan sebagai satu talian penghantaran adalah diagihkan seragam di sepanjang talian, dengan medan magnet di sekeliling pengalir bersama-sama dengan medan elektrik yang diwujudkan oleh bezaupaya di antara medan tersebut. Kita boleh mengambarkan bahawa satu talian penghantaran mengandungi beribu-ribu perintang, induktor dan kapasitor asas seperti yang ditunjukkan pada rajah 2.6. ISn R/n X/n Im

Vsn

B/n

G/n

Vsn

Beban

Rajah 2.6 Litar garis tunggal talian panjang

PENGHANTARAN

15

Merujuk kepada Rajah 2.6, beberapa parameter boleh dikenalpasti di antarnya; - Voltan pada penghujung penghantaran Vsn Vm- Voltan hujung penerima Isn - Arus hujung penghantaran Im - Arus hujung penerimaan Selain itu beberapa kenyataan dapat dilakukan merujuk kepada litar yang sama, i). Talian terdiri dari beberapa parameter malar ialaitu rintangan, kearuhan, kemuatan dan kealiran yang wujud disepanjang pengagihan talian penghantaran yang panjang. ii). Rintangan (R) dan regangan beraruhan (X) merupakan element siri dalam talian pengehantaran. iii).Rentetan kemuatan (B) dan kealiran bocor (G) merupankan element pirau, kealiran bocor juga menyebabkan kehilangan kuasa dalam talian. Ia berpunca daripada kebocoran penebatan atau kesan korona pada pengalir. iv) Arus bocor yang mengalir melalui lepasan pirau adalah maksima pada hujung penghantaran talian penghantaran dan berkurangan secara berterusan ketika menuju ke hujung penerima dan akhirnya menjadi sifar setelah tiba ke hujung talian penerima. 2.10 Kesan-Kesan Voltan ke atas Kecekapan Penghantaran. Kecekapan talian penghantaran bukan sahaja dipengaruhi oleh beberapa pemalar yang terdapat dalam talian penghantaran iaitu rintangan, kearuhan dan kemuatan sepertimana yang kita telah bincangkan sebelum ini. Namun kecepakan talian juga dipengaruhi oleh nilai voltan yang dibawa oleh sesuatu talian dan kesan korona pada talian tersebut. Pada bahagian ini kita akan membincangkan kesan-kesan tersebut secara ringkas. 2.10.1 Penghantaran Voltan Tinggi ( 132 kV / 275 kV) Biasanya tenaga elektrik yang dikeluarkan oleh sesebuah stesen jana kuasa adalah kira-kira 33 kV, 22 kV dan 11 kV. Daripada jana kuasa tersebut tenaga hantaran kebeberapa buah pengubah peninggi melalui talian rentang atas dengan berbagai-bagai cara sambungan seperti sistem gelang, sistem jejari, sistem rangkaian dan sebagainya. Voltan yang terjana itu dinaikan kenilai yang dikehendaki seperti 132 kV, 275 kV atau 500 kV. Tujuan menaikkan voltan ini ialah untuk mengurangkan perbelanjaan pada penggunaan saiz kabel yang besar kerana saiz kabel yang digunakan berdasarkan kepada besarnya arus yang mengalir. Di samping itu juga kecekapan talian penghantaran dapat ditingkatkan.

PENGHANTARAN

16

Keadaan ini dapat dijelaskan dengan mengandakan kuasa (W) yang dihantar melalui sistem pengahantaran tiga fasa yang mempunyai voltan talian (E) dan faktor kuasa kos , menghasilkan persamaan-persamaan seperti berikut Arus Talian
I= W 3 E kos

(Pers: 2.10)

katakan : = Panjang talian pengalir = Rintangan tentu bahan pengalir

= Ketumpatan arus A = Keratan rentas pengalir

Kehilangan dalam talian boleh ditulis sebagai:


= 3I 2 R = 3W E kos

(Pers: 2.11)

Kecekapan talian talian penghantaran: =


Keluaran = ( 1 3 ) (Pers: 2.12) E kos Masukan (Pers: 2.13)

Kejatuhan voltan bagi setiap talian: = IR = Isipadu tembaga:

= 3 A = E kos (Pers: 2.14) Merujuk kepada persamaan ini beberapa andaian boleh dilakukan di antaranya:i). Persamaan (2.11), memberikan gambaran bahawa kehilangan kuasa adalah berkadar songsang dengan E, juga berkadar songsang dengan faktor kuasa kos . ii). Persamaan (2.12), menunjukkan bahawa cekepan talian penghantaran bertambah dengan menambahkan jumlah voltan pada talian dan faktor kuasa. iii). Persamaan (2.13), rintangan menyusut pada setiap talian adalah tetap ( ketika dan diandaikan tetap. Pengaturan voltan dapat diperbaiki kerana peratusan kejatuhan voltan dapat dikurangkan dengan meningkatkan nilai E. iv). Isipadu tembaga yang diperlukan bagi talian penghantaran adalah berkadar songsang dengan voltan dan 16ystem kuasa dengan ini keperluan tembaga semakin berkurangan. Dapat disimpulkan daripada kesemua persamaan ini, apabila nila voltan dan 16ystem kuasa ditingkatkan maka hasilnya akan memberikan kecekapan pada talian penghantaran di samping penjimatan bahan pengalir juga dapat dilakukan dan seterusnya mengurangakan kos penghantaran dengan saiz kabel yang kecil sudah pada talian yang panjang.

3 W

PENGHANTARAN

17

Oleh yang demikian keupayaan talain meningkat dengan meningkatnya voltan talian penghantaran. Tidak dapat dinafikan bahawa kos bagi talian penghantaran dan peralatan terminal juga meningkat dengan meningkatnya voltan talian penghantaran tetapi secara keseluruhannya kos adalah berkadaran dengan voltan penghantaran. Lagipun ia akan menjimatkan kos sesuai dengan pengurangan kehilangan kuasa yang berlaku dalam talian penghantaran. Kesanya jumlah kos penghantaran berkurangan dengan meningkatnya voltan talian penghantaran. 2.10.2 Korona Korona ialah nyahcas elektrik yang terbit disekeliling pengalir talian atas, disebabkan oleh pengaliran udara di mana boleh mengganggu gelombang radio dan menyebabkan kehilangan kuasa. Pada voltan rendah tidak terdapat perubahan yang berlaku yang boleh dipengaruhi oleh keadaan udara disekitar pengalir. Walaubagaimanapun bila bezaupaya berbeza dan beransur-ansur meningkat, pada satu tahap, bara lar (luminous glow) warna ungu yang lemah akan terbit bersama bunyi desiran. Penomena ini dikenali sebagai korona maya dan disertai oleh penghasilan gas yang mana telah dikenalpasti melalui 17yste-ciri baunya. Semua keadaan seperti bunyi desiran, sinaran ungu dan penghasilan gas berbau dikenali sebagai korona. Jika pengalir adalah seragam dan licin dan keadaan yang serupa ditetapkan disepanjang pengalir, dalam keadaan lain bahagian-bahagian yang tidak rata akan menerbitkan kecerahan. Jika jarak di antara pengalir tidak terlalu besar berbanding dengan garispusatnya, arka mungkin boleh mengbil tempat sebelum bara lar kelihatan. Ini berlaku sesuai dengan kenyataan di mana jarak di antara pengalir yang kecil tidak mempunyai masa yang cukup membolehkan bara lar berlaku. Bagi kes 17ystem A.T pengalir positif mempunyai bara yang seragam dan terbit dengan kecerahan pada bahagain negatifnya. Bagi 17ystem A.U, arus yang sesuai bagi korona adalah bukan berbentuk sinus. Korona diringi oleh kehilangan kuasa, kehilangan ini disebabkan oleh cahaya, kepanasan, bunyi dan tindakbalas kimia. Korona yang wujud pada talian penghantaran memberi sedikit kesan-kesan sampingan di antaranya; i). Mengakibatkan kehilangan kuasa iaitu ketika keadaan cuaca tidak menentu. ii). Terdapat kejatuhan voltan yang bukan bentuk sinus bersesuaian dengan arus bukan bentuk sinus korona, keadaan ini menyebabkan sedikit gangguan daripada litar perhubungan kesan daripada elektromagnetik dan aruhan elektrostatik. iii). Perubahan bentuk gelombang harmonik yang banyak terutama pada hormonik ketiga, yang wujud pada talian penghantaran. iii) Pembentukkan korona menghasilkan gas ozon beserta tindakbalas kimia pada pengalir dan menyebabkan kakisan. Kesan korona dalam talian pernghantaran seperti yang dinyatakan di atas memang tidak dapat dinafikan terutama menglibatkan talian penghantaran yang

PENGHANTARAN

18

panjang. Meskipun demikian ianya dapat diatasi dan dikurang melalui langkahlangkah berikut; i). Menambah garispusat pengalir (misalnya dengan ACSR). ii). Menggunakan lebih dari satu pengalir bagi setiap fasa, iaitu gunakan pengalir jambak (bundle conductor) iii). Menambahkan lagi jarak di antara pengalir dengan ini tegasan oleh magnetik statik dapat dikurangkan dan dengan yang demikian kesan korona juga dapat dikurangkan.

PENEBAT TALAIAN ATAS


Prinsip dan Rekabentuk dan Binaan Talian Atas Sistem pengagihan talian atas biasanya melibat beberapa komponen utama iaitu dawai talian. penebatan, tiang menara dan sebagainya. Walaubagaimanapun dalam input ini kita akan membincangkan penebat yang digunakan dalam sistem pengagihan talian atas. Penebat yang digunakan ini boleh dikenalpasti berdasarkan kepada rekabentuk dan binaannya. 2.11.1 Penebat-Penebat Talian Atas Pengalir bagi sistem pengagihan talian atas adalah terjamin keselamatannya dengan bantuan peralatan elektrik yang dinamakan penebat, dengan adanya penebat ini maka tidak akan terdapat kebocoran arus kebumi dari pengalir melalui perlatan ini. Oleh yang demikian penebat memainkan peranan yang penting menjayakan kendalian pengagihan sistem talian atas. Rajah 2.7 menunjukkan salah satu bentuk peralatan penebat.

Rajah 2.7 Gambarajah menunjukkan beberapa bentuk penebat talian atas

PENGHANTARAN

19

Beberapa cirri-ciri yang penting dan perlu diambil kira sebelum penebat diguunakan dalam pemasangan mana-mana sistem pengagihan talian atas antaranya; i.). Kekuatan fizikal : kemampuan menahan beban bersesuaian dengan berat sesuatu pengalir ii). Mempunyai rintangan penebatan yang tinggi bagi mencegah kebocoran arus kebumi. iii).Nisbah ketahanan yang tinggi daripada pecah akibat lonjakkan voltan. iv). Bahan yang digunakan bagi menghasilkan penebat adalah jenis yang tidak boleh diresapi cecair atau berongga dan dipengaruhi oleh perubahan suhu. v). Pembinaannya tidak mengandungi bendasing dan retak serta tidak telus daripada bahan cecair dan gas daripada ruang angkasa. Penebat talian atas yang biasa digunakan termasuklah penebat pin, penebat gantungan, penebat tengangan, penebat belenggu dan penebat umbang. Dalam perbincangan ini kita akan menyentuh hanaya penebat pin, penebat gantungan dan penebat tegangan. 2.10.2.1 Penebat Pin Penebat pin direkabentuk dengan mempunyai pin keluli yang boleh dipasang pada palang tiang menara. Penebat ini mempunyai skru pada bahagian pin keluli manakala pengalir diletakkan pada bahagian atas penebat ini dan diikat bersama menggunakan dawai almunium yang lembut dengan beberapa belitan. Bahagian tembikar diasingkan dari bahagian keluli dengan sejenis logam lembut ( timble). Rekabentuk penebat pin ini dapat dilihat pada rajah 2.8(a) Bagi voltan rendah sebuah penebat pin digunakan sudah memadai. Bagi talian penghantaran voltan tinggi pula penebat pin yang lebih kukuh dan besar diguna. Jenis penebat pin voltan tinggi adalah berbeza dengan pembinaan penebat pin voltan rendah. Pembinaan penebat pin voltan tinggi mengandungi dua atau lebih lapisan siramik yang simen serentak. Penggunaan satu unit penebat pin sudah memadai bagi sistem penghantaran 33 kV jika melebihi dari pada kadaran voltan ini dua atau lebih susunan penebat pin digunakan. Walaubagaimanapun penggunaan penebat pin dalam sistem penghantaran talian atas adalah tidak ekonomi bagi voltan melebihi 80 kV. Rajah 2.8(b) menunjukkan rajah skematik sebuah penebat pin bagi talian atas.

PENGHANTARAN

20

(a) Rekabentuk Pengalir Dawai Pengikat Tembikar Berkilat (glazed porcelain)

Plumbum

Bumbung (shield)

Pin Keluli Palang Menara keluli (b) Skematik Rajah 2.8 Penebat pin

PENGHANTARAN 2.11.1.2 Penebat Gantungan (Suspension Insulator)

21

Pemasangan penebat gantungan pada talian atas bergantung kepada keupayaan voltan yang di bawah oleh pengalir pada satu-satu talian. Pertambahan keupayaan voltan pada satu talian akan turut menambah bilangan pemasangan penebat gantungan pada talian tersebut. Oleh kerana kebanyakan talian penghantaran dan pengagihan berkendali melebihi 33 kV maka sistam menjadi lebih besar dan jarak antara talian bertambah jauh. Keadaan ini menyebabkan penebat pin tidak mempunyai keupayaan untuk menanggung sistem talian ini. Oleh yang demikian untuk mengatasi masalah ini penebat gantungan direkabentuk, bentuk sebenar penebat pin boleh diperhatikan pada Rajah 2.9(a) Penebat gantung di gantungkan pada palang tiang menara berbeza dengan penebat pin yang diletakan pada bahagian atas palang. Bagi jenis penebat ini, pengalir akan disambungkan pada bahgian bawah penebat gantungan. Oleh itu kita boleh menambahkan jarak di antara palang menara dengan pengalir melalui penambahan penebat gantungan yang disusun secara rangkaian. Penambahan bilangan penebat gantungan pada satu talian adalah merujuk kepada keupayaan voltan talian, keadaan cuaca, jenis pemasangan talian penghantaran dan saiz penebat gantungan yang digunakan. Oleh kerana penebat ini dipasang secara rangkaian maka penggantian mana-mana penebat boleh dilakukan tampa menukar keseluruhan rangkaian penebat. Rajah 2.9(b) menunjukkan bentuk skematik sebuah penebat gantungkan.

Rajah 2.9(a) Bentuk sebenar penebat gantungan

PENGHANTARAN

22

Soket Simen Tudung Keluli

Kaca atau Tembikar

Bebola

Pin Keluli

Rajah 2.9(b) Skematik penebat gantungan 2.11.1.3 Penebat Tegangan (Strain Insulator) Pada satu keadaan talian atas mempunyai tegangan yang tinggi, misalnya pada hujung atau selekoh tajam pada sesuatu talian penghantaran. Bagi ketegangan talian voltan rendah ia menggunakan penebat belenggu (shackle). Manakala bagi ketegangan talian voltan tinggi penebat tegangan digunakan. Biasanya dalam pemasangan penebat pada talian penghantaran dua atau lebih penebat digunakan. Cakera penebat tegangan diselakukan dengan melintangkannya berbeza dengan penebat gantungan yang diselakukan secara menegak.. Binaan penebat tegangan adalah serupa dengan penebat gantungan namun demikian saiz ketinggian penebat gantungan adalah melebihi penebat tegangan (Rujuk kepada Rajah 2.10)

Rajah 2.10 : Skematik penebat tegangan

PENGHANTARAN

23

2.10.3 Kebaikan dan Keburukan Penebat Talian Atas Setelah kita menyentuh beberapa jenis penebat talian atas seperti penebat pin, penebat gantungan dan penebat tegangan. Cuba kita perhatikan pula kebaikan dan keburukan setiap penebat yang digunakan ini Kebaikan penebat gantungan berbanding penebat pin dapat jelaskan seperti berikut; i). Penebat gantungan adalah lebih murah dari segi kosnya bagi keupayaan talian yang melebihi 50 kV. ii). Setiap unit penebat jenis gantungan direkabentuk merujuk keupayaan voltan rendah dalam lingkungan 11kV. Apabila digunakan pada keupayaan voltan tinggi maka memadai dengan menyambungkan penebat gantungan secara siri, bilangan cakera yang digunakan bergantung kepada nilai voltan pada talian. iii). Jika berlaku kerosakan yang tidak dijangka pada mana-mata penebat gantungan, memadai dengan mengantikan cakera yang rosak sahaja dan tidak perlu mengantikan keseluruhan rangkaian penebat gantungan tersebut. iv). Penebat gantungan adalah lebih fleksibel dipasang pada pada talian. Penyambungan penebat tegangan pada palang menara memudahkannya dipusingkan kepada sebarang arah. v). Penebat pin sesuai dipasang pada tiang yang rendah berbanding penebat gantungan. Keburukan penebat gantungan berbanding penebat pin dapat jelaskan seperti berikut; i). Penebat gantungan tidak sesuai dipasang pada tiang menara yanh rendah. ii). Penebat bantungan memerlukan tiang yang tinggi dan kukuh dan ini meningkatkan kos penghantaran. iii). Kerosakan pada penebat pin sukar untuk dikesan berbanding penebat gantungan. iv). Keupayaan penebat pin terhad hanya pada voltan dibawah 80 kV sahaja. v). Penebat gantungan memerlukan ruangan yang luas di antara pengalir berbandin penebat pin. 2.10.4 Ujian-Ujian yang Dijalankan ke atas Penebat Talian Atas Penebat talian atas merupahkan peralatan penting bagi menjayakan proses penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik disesuatu kawasan. Oleh yang demikian pemilihan penebat yang bersesuaian dan selamat perlu diambil kira, agar keroasakan pada talian tidak berlaku. Bagi mempastikan penebat-penebat yang digunakan pada talian atas berada dalam keadaan selamat beberapa ujian perlu dilakukan sebelum ianya digunakan atau dipasarkan. Di antara ujian-ujian yang biasa dilakukan terhadap penebat seblum ianya boleh dipasarkan dan digunakan ialah;

PENGHANTARAN (a). Ujian rekaan (Ujian terbit arka atau lampau kilat) (b). Ujian prestasi (c). Ujian kebiasaan (a). Ujian Rekaan

24

Ujian kebiasaan dilakukan bagi memastikan prestasi elektrik dan mekanikal penebat terhadap beberapa keadaan ujian seperti ujian terbit arka kering, ujian terbit arka basah dan ujian terbit arka kecemaran. Ujian penebat bagi kaedahkaedah yang disenaraikan ini biasanya dilakukan terhadap tiga penebat yang dipilih secara rawak. Penebat ini akan diuji samada menepati piawaian ataupun sebaliknya. i. Ujian Terbit Arka Kering

Voltan terbit arka adalah voltan yang menyebabakan permukaan penebat pecah tebat, membenarkan arus mengalir melalui muka penebat dari pengalir ke palang penyokong. Suatu penebat ditetapkan dengan satu voltan minimum yang selamat dikenakan padanya. Voltan minimum ini bergantung kepada jenis dan saiz penebat. Dalam ujian terbit arka kering ini, satu penebat bersih dan kering dipasang pada satu penyokong. Satu voltan dengan frekuensi kuasa sistem dikenakan pada penebat tersebut. Voltan ini dinaikan dengan cara berperingkat sehingga voltan minimum bagi penebat di bawah ujian. Voltan minimum ini hendaklah dikenakan pada penebat dalam tempoh tidak kurang daripada 30 saat (katakana satu minit). Jika terbit arka tidak berlaku pada tempoh tersebut, penebat adalah baik. Voltan dinaikkan sekali lagi dengan cara beransur-ansur sehingga lampau kilat (flashover) berlaku dalam tempoh 10 saat. Voltan lampau kilat dicatatkan. Proses ini diulang sebanyak empat kali. Voltan purata bagi lampau kilat tidak boleh kurang daripada voltan minimum bagi lampau kilat kering yang ditetapkan. ii. Ujian Terbit Arka Basah

Ujian ini sama dengan ujian (a) kecuali di bawah hujan tiruan yang mempunyai rintangan dan suhu yang ditetapkan. Sudut dan kadar lajuan air hujan tiruan menurun juga di tetapkan. Pada kali ini, penebat hendaklah menahan voltan minimum yang lebih rendah daripada ujian (a) selama 30 saat sekurangkurangnya tanpa terbit arka. iii. Ujian Terbit Arka Kecemaran

Ujian ini sama dengan ujian (b) kecuali melibatkan kecemaran dengan kabu, garam, asap, debu atau kimia. Bianya voltan lampau kilat adalah nilai dari ujian (b).

PENGHANTARAN

25

(b). Ujian Prestasi Ujian prestasi merupakan satu lagi ujian yang digunakan bagi menentukan penebat talian atas berada dalam keadaan selamat (menepati piawaian yang dikehendaki). Di antara ujian-ujian yang terlibat dalan ujian prestasi ialah; i. Ujian Pecah Tebat

Ujian pecah tebat dijalankan terhadap 3% peratus daripada jumlah penebat yang dihasilkan. Untuk menguji dielektrik penebat. Penebat mungkin boleh menahan kejadian lampau kilat menghadapi kerosakan, tetapi ia mesti digantikan sekiranya ia telah pecah tebat. Untuk merekabentuk penebat, lampau kilat hendaklah berlaku pada voltan kurang dari pada voltan pecah tebat. Pada masa ujian, penebat itu hendaklah direndam dalam penebat minyak yang bersih bagi mencegah lampau kilat. Nilai voltan ujian dinaikan dengan perlahan-lahan dan penebat mesti berkemampuan menahan 1.3 kali voltan lampau kilat keringnya tanpa pecah tebat. ii. Ujian Denyut.

Voltan lampau kilat denyut didapati dengan menggunakan denyut yang mempunyai semboyan seperti Rajah 2.11.
Magnitud Gelombang Depan Gelombang Ekor

Masa

Rajah 2.11 Bentuk gelombang ujian denyut


Vol tan Lampau Denyut Vol tan Lampau Kilat Frekuensi Kuasa

Nisbah Denyut =

iii.

Ujian Mekanikal

PENGHANTARAN

26

Satu rangkaian penebat gantung diuji dengan satu tegangan 1.2 kali ganda beban maksima biasanya dan penebat jenis pin diuji dengan momen bentokan 2.5 kali ganda beban maksima biasanya. Selepas ujian itu, ujian voltan lampau kilat kering dikehendaki lagi bagi mempastikan jika ada perubahan dalam voltan lampau kilat. iv. Ujian Suhu

Penebat itu direndamkan secara bergilir-gilir dalam tong-tong air bersuhu 70 darjah selsius dan 7 darjah selsius. Keseluruhannya jumlah rendaman adalah enam kali, setiap kali mengambil masa satu jam. Penebat itu kemudian dikeringkan dan ujian kilat kering dilaksanakan.

v.

Ujian Keliangan (Porosity) ditimbang di bawah mukanya air dalam

Ini adalah ujian gelis (glaze) pada penebat tembikar. Penebat itu dalam keadaan kering kemudian ia direndamkan dalam air dan tekanan selama 24 jam. Selepas itu penebat itu dikeluarkan, dikeringkan. Perbezaan antara kedua-dua bacaan itu menunjukkan tembikar itu akibat gelis tidak sempurna. (c). Ujian Kebiasaan

Ujian kebiasaan adalah melibatkan ujian voltan tinggi dan ujian kakisan yang mana dijalankan ke atas semua penebat. Bagi ujian hakisan dan kekaratan penebat biasanya didedahkan kepada larutan sulfat tembaga pada suhu 15.6 celsius dalam masa satu minit. Selepas seminit penebat yang diuji akan di dipindahkan dan kemudian digilap dan dibersihkan dan kemudian didedahkan semula kepada larutan sulfat tembaga. Ianya dilakukan berulangulang sehingga empat kali. Selepas itu diperiksa untuk memastikan tidak terdapat sebarang kekaratan dan logam yang melekat pada penebat yang diuji. Ujian voltan tinggi dilakukan terhadap penebat pin, di mana ia diterbalikkan dan diletakkan kedalam air yang mencecah keparas leher penebat. Air juga diletakkan pada lubang pengumpar. Kemudian voltan tinggi dibekalkan dalam tempoh 5 minit. Selepas melalui ujian ini sepatutnya penebat yang baik tidak akan mengalami kerosakan.

RANGKAIAN PENEBAT TALAIAN ATAS

PENGHANTARAN

27

2.12 Pengenalan Setelah kita mempelajari beberapa bentuk penebat talian atas dan juga ujian-ujian yang dijalankan ke atas penebat. Kita telah mendapat gambaran serba sedikit kerperluan penebat bagi sistem penghantaran talian atas. Walaubagaimanapun perlu juga kita ketahui bahawa penebat yang digunakan pada talian atas iaitu penebat gantungan (Rajah 1.12), mempunyai taburan voltan yang berbeza dalam satu rangkaian. Bezaupaya ini akan mengakibatkan ketidak cekapan rangkaian penebatan berlaku apabila berlakunya gangguan (kilat) terhadap talian atas. Meskipun demikian kecepan ini dapat diperbaiki dengan beberapa kaedah yang akan di bincangkan selanjutnya dalan input ini. Rajah 2.12 Gambarajah menunjukkan pemasangan penebat gantungan pada talian atas 2.12.1 Taburan Bezaupaya dalam Penebat Rangkaian Talian atas yang beroperasi pada keupayaan voltan tinggi menggunakan beberapa bilangan cakera (penebat gantungan) yang disambung secara siri. Penyambungan cakera-cakera ini secara siri keseluruhannya dikenali sebagai penebat rangkaian. Setiap penebat gantungan mempunyai pemasangan logam sendiri dan setiap pemasangan logam bagi setiap unit ini mempunyai nisbi kemuatan terhadap pemasangan logam kepada unit yang lain. Bagi rangkaian penebat ini kemuatan saling adalah merujuk di antara pemasangan logam setiap unit penebat gantungan. Kemuatan pirau atau kemuatan udara pula merujuk kepada setiap pemasangan logam di antara unit penebat gantungan dengan tiang menara ke kebumi. Oleh kerana terdapatnya berkasan voltan pada rangkaian penebat gantungan apabila dihidupkan, menyebabkan pembahagian voltan yang tidak sama pada setiap penebat akan berlaku. Bezaupaya voltan yang terdapat pada rangkaian penebat adalah berbeza, bagi penebat rangkaian yang berhampiran dengan pengalir mempunyai nilai

PENGHANTARAN

28

peratusan voltan yang tinggi berbanding penebat yang berhampiran dengan tiang menara. Keadaan ini menyebabkan pembahagian voltan tidak lelurus (linear) dalam penebat rangkaian ini. Keadaan ini dapat dijelaskan merujuk penyelesaian pada Rajah 2.13 (a) dan (b).

I1 V1 A E V2 B V3 C
C C1

i1 I2
C

V1 A V2 B E

V1
C1

i2
C

V1 + V2
C1

i3

I3 I4

V3

V1 + V2 + V3

Rajah a

Rajah b

Rajah 2.13 Binaan (a) dan Litar setara (b) bagi penebat rangkaian Merujuk kepada Rajah 2.13, diketahui; C : Kemuatan saling C1 : Kemuatan pirau atau kemuatan udara V1 : Voltan yang merintangi unit penebat gantungan pertama (berhampiran dengan tiang menara) V2 : Voltan yang merintangi unit penebat gantungan kedua. V3 : Voltan yang merintangi unit penebat gantungan ketiga (berhampiran dengan pengalir) E : Voltan di antar pengalir dan bumi. Ambil K = C1 / C atau C1 = KC Menggunakan hukum kirchhoff pada nod A kita dapati:C1 = KC

PENGHANTARAN I2 = CV2 = CV2 = CV2 = V2 = V2 = I1 + i 1 CV1 + C1V1 CV1 + KCV1 C(V1 + KV1) (V1 + KV1) V1(1 + K) Dapatkan V1

29

Menggunakan hukum kirchhoff pada nod B kita dapati:I3 = I 2 + i 2 CV3 = CV2 + C1( V1 + V2) ....Voltan merintangi kemuatan udara C1 dari tiang menara ke unit penebat ke dua = ( V1 + V2) Lihat rajah di atas dan nota CV3 = CV2 + KC( V1 + V2) CV3 = C[V2 + K ( V1 + V2)] Diketahui V2 = V1 (1 + K)

V3 = [V2 + K( V1 + V2)] V3 = [KV1 + V2(1 + K)] V3 = [KV1 + V1 (1 + K) (1 + K)] V3 = V1 [K + (1 + K) (1 + K)] .Permudahkan. V3 = V1 (K + 1 + 2 K + K) V3 = V1 (1 + 3 K + K) .....Dapatkan V1 Voltan di antara pengalir dan tiang menara (ke bumi) :E = V 1 + V2 + V3 E = V1 + V1(1 + K) + V1 (1 + 3 K + K) E = V1 ( 3 + 4K + K2 ) Dari persamaan ini didapati :V1 = E / ( 3 + 4K + K2 )
..{Pers: 2.16)

Setelah mendapatkan nilai V1 seterusnyadapatkan nilai V2 dan V3. Daripada pada dapatan ini kita akan melihat bezaupaya voltan yang merintangi setiap penebat rangkaian ini.

Contoh Contoh2.3: 2.3: Satu rangkaian bagi empat penebat digunakan untuk menggantungkan satu pengalir 33kV, tiga fasa talian atas. Kapasitan udara atau pirau di antara tiap-tiap tudung dan menara ialah sepersepuluh (1/10) dari kemuatan tiap-tiap unit. Kirakan voltan melintangi tiap-tiap penebat.

PENGHANTARAN

30

Penyelesaian : Diberikan: E = 33kV K = C1/C = 1/10 = 0.1 Dengan mengunakan persamaan yang telah diperolehi daripada 8.1 kita ketahui; V2 = V1(1 + K) V3 = V1 (1 + 3 K + K) Bagi persamaan voltan V4 yang melintangi penebat keempat, boleh didapati dengan menggunakan kaedah yang sama seperti pada 8.1 dan didapati sebagai; V4 = V1 (1 + 6K + 5K2 + K3) Oleh itu; V2 = V1(1 + K) V2 = V1(1 +0.1) V2 = 1.1V1 V3 = V1 (1 + 3 K + K) V3 = V1(1+ 3(0.1) +(0.1)2) V3 = 1.31V1 V4 = V1 (1 + 6K + 5K2 + K3) V4 = V1(1+ 6(0.1) + 5(0.1)2 + (0.1)3) V4 = 1.651V1 Voltan di antara pengalir dan tiang menara (ke bumi) :E = V 1 + V2 + V3 + V4 E = V1 + 1.1V1 + 1.31V1 + 1.651V1 E = 4.062V1 dan E=
33000 3

= 19050V

Oleh itu; V1 = E / 4.062 V1 = 19050 / 4.062 V1 = 4690V Dengan memasukan nilai V1 dalam persamaan V2,V3, dan V4, dari persamaan ini didapati :V2 = 1.1V1

PENGHANTARAN V2 = 1.1(4690) V2 = 5159V V3 = 1.31V1 V3 = 1.31(4690) V3 = 6144V V4 = 1.651V1 V4 = 1.651(4690) V4 = 7743V

31

Merujuk kepada nilai-nilai voltan yang merintangi setiap unit penebatan didapati nilai voltan V4 yang merintang penebat keempat dalam rangkaian penebatan (berhampiran dengan pengalir) adalah besar berbanding nilai voltan V 1 pada penebat yang berhampiran dengan tiang menara iaitu penebat pertama. 2.12.2 Kecekapa Rangkaian Oleh kerana terdapatnya pembahagian voltan yang tidak sama pada setiap penebat rangkaian yang digunakan pada talian atas apa bila berlakunya sampukan atau ganguan akibat kilat. Iaitu voltan yang merintangi penebat yang berhampiran dengan pengalir lebih tinggi dan menyusut sehingga kepenebat yang berhampiran dengan tiang menara. Maka akan mengurangkan kecekapan pada rangkaian penebatan yang digunakan. Kecekapan rangkaian juga dipengaruhi oleh bilangan penebat gantungan yang digunakan dalam satu rangkaian. Selain daripada itu bergantung juga kepada nisbah kemuatan udara (kemuatan di antara unit dan tiang menara) dengan kemuatan saling (kemuatan di antara unit) pada satu rangkaian. Kecekapan rangkaian bagi penggunaan talian atas boleh ditakrifkan sebagai; Voltan Melintangi Rangkaian n x Voltan Meklintangi Penebat yang hampir dengan pengalir
E

Kecekapan Rangkaian = atau boleh ditulis sebagai,

x 100%

KecekapanRangkaian = nVT x 100% Di mana;

..{Pers: 2.17)

E = Voltan melintangi rangkaian n = Bilngan penebat yang disusun secara siri dalam penebat rangkaian VT = Voltan melintangi penebat yang hamper dengan pengalir Contoh Contoh2.4: 2.4:

PENGHANTARAN

32

Satu rangkaian bagi empat penebat digunakan untuk menggantungkan satu pengalir 33kV, tiga fasa talian atas. Kapasitan udara atau pirau di antara tiap-tiap tudung dan menara ialah sepersepuluh (1/10) dari kemuatan tiap-tiap unit. Kirakan kecekapan penebat rangkaian ini.. Penyelesaian : Dengan menggunakan jawapan yang diperolehi daripada contoh 2.3 iaitu; V4 = 7743V (Nilai voltan yang hamper dengan pengalir) Diberikan; E=
33000 3

= 19050V

n= 4 Oleh itu; Kecekapan Rangkaian = nVT x 100% = 4 x 7743 x 100% = 0.615 @ 61.5%
19050
E

2.12.3 Membaiki Taburan Bezaupaya dalam Penebat Rangkaian Meskipun terdapat bezaupaya voltan dalam satu sistem penebat rangkaian yang mengurangkan kecekapan penebat rangkaian bagi talian atas. Masalah ini boleh diatasi dan dibaiki dengan berbagai cara di antaranya memanjangkan palang menara, penggredan kemuatan, perisaian static dan mengunakan gelang adang. Dalam input ini hanya dua cara yang akan dibincangkan bagi meningkatkan kecekapan dalam penebat rangkaian iaitu cara lengan bersilang (cross-arm) dan cara menggunakan gelang adang (guard ring).

(a)

Lengan Bersilang (cross-arm)

Cara lengan bersilang bermaksud menambahkan jarak palang yang digunakan untuk mengantungkan penebat rangkaian daripada tiang menara. Melalui kaeadah ini kecekapan rangkaian dapat ditingkatkan. Jika merujuk kepada contoh 2.3, bagi mendapatkan kecekapan rangkaian adalah jelas iaitu dengan

PENGHANTARAN

33

menambahkan jarak palang dari tiang menara akan turut mengurangkan nilai K (nisbah kapasitor). Apabila nilai K berkurang iaitu lebih rendah daripada 0.1 maka dengan yang demikan akan meningkat kecekapan penebat rangkaian. Walaubagaimanapun kaedah ini adalah terhadap kepada tiang menara yang tinggi dan besar sahaja kerana bagi tiang menara yang kecil tidak mempunyai keupayaan yang cukup untuk menampung berat palang yang panjang dan juga penebat rangkaian. Rajah 2.14 menunjukkan skematik bagi kaedah lengan bersilang.
Palang Menara

D
D = Panjang palang

Pengalir

Rajah 2.14 Skematik lengan bersilang

(b)

Gelang Adang (guard ring)

Cara gelang pengadang boleh dilakukan dengan mengunakan perisai statik. Perisai statik ini dipasang pada bahagian bawah akhir unit penebat yang disambung dengan menggunakan penyambungan logam pada penebat gantungan dan kemudian disambungkan kepada pengalir talian. Gelang adang yang berfungsi sebagai tabir bagi setiap unit, megurangkan kemuatan bumi dan mengwujudkan kemuatan di antaraTiang talianMenara dan tudung penebat. Nilai kemuatan yang wujud ini adalah besar pada bahagian unit yang berhampiran dengan gelang adang dan ini akan mengurangkan kejatuhan voltan yang merintangi I1 Tiang Menara rangkaian. Melalui cara ini pengagihan setiap unit penebat voltan yang sama V1 merintangi setiap unit adalah mustahil diperolehi dalam Cpraktikal sebebanar. Cx C1 i1 meningkatkan Ix Walaubagaimanapun ianya boleh dipertimbangkan bagi kecekapan rangkaian sebaik mungkin. Kaedah gelang adang ini dapat dilihat seperti pada rajah 2.15(a). C Tanduk Arka V
C1

i2

I2
C

Iy

Cy

V3 Iz
Cz

Gelang Pengadang

C1

i3

I3

Pengalir (a) Binaan

Gelang Pengadang

(b) Litar setara

PENGHANTARAN

34

Rajah 2.15 :

Gelang adang

Merujuk kepada rajah 2.15(b), satu gelang adang telah dipasang pada bahagian pengalir supaya voltan-voltan ceper menjadi sama nilai. Dalam keadaan ini arus-arus kemuatan atau kapasitan kebumi i1, i2 dan i3 menjadi sama dengan arus kemuatan pengalir kepenyambung pin Ix, Iy dan Iz. oleh itu nilai voltan yang merinkai setiap unit penebatan adalah sama iaitu V1 = V2 = V3 = V. Andaikan Cx, Cy dan Cz adalah kapasitan-kapasitan pengadang yang perlu untuk pembahagian voltan yang sama; Melalui penyelesaian dengan menggunakan kaedah hukmum kirchhoff pada setiap nod kita akan perolehi; Pada simpang A, C1V = Cx3V C1V = Cx3V Cx = C1 / 3 Pada simpang B, C12V = Cy 2V C1V = Cy 2V Cy = C1 Pada simpang C, C13V = CzV C13V = CzV Cz = 3C1

You might also like