You are on page 1of 14

ALIRAN DAN TOKOH DALAM TATABAHASA MELAYU

PENGENALAN Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan. Menurut Siti Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataanperkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Menurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977), nahu atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang tertentu, umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis. Sebagai kesimpulannya, Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.

Aliran tatabahasa

ALIRAN TATABAHASA TRADISIONAL Tokoh Tatabahasa Tradisional Barat Zaman Yunani Cratylus- Plato Aristotle (384-322 SM) Tehne Grammatike -Dionysius Thrax Zaman Romawi Institutiones Grammatikae-Priscian Zaman India Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini Tokoh Tatabahasa Tradisional Melayu Era Tahun 1800-1950 Bustanul Katibin (1857) Raja Ali Haji Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Talib Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Zaba Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Dato Hj. Muhammad Said bin Sulaiman Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Zaba

Konsep Seperti yang diketahui umum, tatabahasa tradisional bermula semenjak zaman Yunani, Romawi, Pertengahan dan India. Berbalik kepada konsep dan sejarah, perkataan tatabahasa atau nahu ialah terjemahan daripada perkataan gramatikos (berasal daripada perkataan Greek atau Yunani) yang bermaksud seni bacaan dan penulisan yang betul. Tatabahasa Tradisional (TT) yang berkembang di Yunani lebih mementingkan bentuk tulisan daripada bentuk ujaran. (Lyons, 1971). Seterusnya beliau menjelaskan bahawa TT yang biasa juga disebut tatabahasa nosional bermula dengan timbulnya andaian-andaian bahawa ada kategori-kategori di luar bidang bahasa yang bebas daripada fakta-fakta yang kebetulan sesuatu bahasa dan bersifat sejagat dan oleh sebab itu dapat diterapkan kepada semua bahasa. Dapat dikatakan bahawa ahli-ahli TT berkonsep kepada penerangan (explaination). Oleh sebab itu, ahli-ahli TT mentakrifkan tatabahasa sebagai a fixed and unalterable set of rules (Gaeng, 1971). Maksudnya lebih kurang peraturan yang tetap dan tidak boleh diubahsuaikan.

Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional

Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional Secara kasarnya, asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang penting iaitu: Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani) Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif

Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan misalan-misalan. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal (seperti logik, falsafah dan yang lainnya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama. Salah satu sifat nahu tradisional ialah berasaskan kepada satu model bahasa, iaitu bahasa yang ideal yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya dan daripada model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa lain. Biasanya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek dan Latin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani Latin. Antara pengkaji terawal ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan analisis kajian nahu ini. Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikan saintifik, ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang dijadikan pola acuan. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan. Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akan berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa itu hidup. Secara khususnya, ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah: Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural Percampuran teori semantik dan gramatik Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak. Ayat-ayat dibina menggunakan konsep word building Dalam memerikan bahasa, TT bersifat preskriptif, humanistik dan normatif. Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan.

Perbezaan antara Tatabahasa Tradisional dengan Tatabahasa Preskriptif


Tatabahasa Tradisional (TT) Bersifat turun-temurun, mengikut tradisi. merujuk kepada huraian konsep preskriptif dengan penekanan kepada aspek semantik pengguna bahasa kebiasaanya TT bersifatkan preskriptif dalam prestij dialek dari aspek sosial. beracuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani dan menganggap bahasa tersebut mulia dan agung. Mengutamakan aspek makna dan semantik sebagai asas kepada sintaksis. Prinsip tatabahasa umum yang mengamalkan pendekatan preskriptif dan nosional. Bertujuan memberi pemahaman asas mengenai pembinaan struktur bahasa. Elemen Perbezaan Definisi Struktur Tatabahasa Preskriptif (TP) Bersifat menentukan atau panduan, ketentuan, atau ketetapan. merujuk kepada struktur bahasa berdasarkan atau berpandukan peraturan, hukum dan ketetapan. kajian tentang penggunaan kata, frasa, klausa dan ayat yang mana menekan kepada aspek betul semata-mata. Berasaskan TT tetapi lebih memberi penekanan kepada aspek betul mengikut peraturan tatabahasa. Mengutamakan peraturan mengenai rumus penggunaan tatabahasa yang betul sahaja. Merupakan sebahagian daripada pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam TT. bertujuan melahirkan masyarakat yang menggunakan bahasa yang tepat sama ada lisan mahupun tulisan tanpa mengelakkan kekeliruan. penentuan kaedah baku sebagai rujukan, pedoman dan pegangan. Dapat diaplikasikan dalam aspek bahasa: ejaan, tatabahasa, semantik, sebutan dan laras. Tatabahasa Dewan

Konsep

Asas Pegangan

Penekanan

Pendekatan

Tujuan

diaplikasi pada tatabahasa lain Tidak menunjukkan dengan jelas sudut pengaplikasiannya. Hanya jelas pada ejaan, tatabahasa dan makna. Pelita Bahasa

Konsep 2 Sudut Aplikasi

Contoh Karya

Kelemahan Tatabahasa Tradisional Pertama, pemerian bahasa dalam tatabahasa tradisional sebahagian besarnya berdasarkan pada pemerian bahasa Yunani, Latin dan bahasa-bahasa di India yang telah berkembang daripada kajian-kajian yang dibuat terhadap bahasa Sanskrit. Bahasa Latin merupakan bahasa yang dicirikan oleh sistem infleksi, tetapi bahasa Inggeris bukan daripada bahasa berinfleksi yang tinggi, kebanyakannya bergantung pada susunan dan fungsi kata. Tidak semua kategori yang didapati dalam bahasa Sanskrit terdapat dalam bahasa Tamil. Kita tentunya tidak boleh menghuraikan suatu bahasa mengikut penghuraian bahasa yang lain, setiap bahasa harus dihuraikan mengikut istilah yang tersendiri. Kedua, Klasifikasi kadang-kadang tidak menentu (eratik). Kita ambil sahaja ayat:[Kami bergantung pada dinding yang sedang dalam pembinaan] Kita akan bertanya, Bagaimanakah kita hendak menghuraikan klausa yang sedang dalam pembinaan dalam hubungan tersebut? Masalah makna boleh wujud kerana boleh menimbulkan ketaksaan. Ayat itu boleh bermaksud Kami bergantung pada dinding yang sedang dibina atau Kami bergantung pada pembinaan dinding sekarang. Ketiga, semua ini menimbulkan masalah keseluruhan sikap tradisional terhadap bahasa dan tatabahasa. Walaupun sesetengah ahli tatabahasa menganggap tatabahasa sebagai identifikasi golongan kata dan analisis ayat, pada umumnya tatabahasa diberikan maksud sebagai kajian bahasa yang betul. Tatabahasa tidak dianggap kajian bahasa dan dialek secara deskriptif, tetapi sebaliknya merupakan disiplin preskriptif dan proskriptif. Keempat, disebabkan kekeliruan dalam pendefinisian subjek ayat dan kasus dalam ayat, subjek dapat diklasifikasikan sebagai subjek gramatikal, subjek nasional, subjek eliptis, subjek apositif, subjek frasa, subjek klausa dan sebagainya. Kelima, dalam tatabahasa tradisional, pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi. Ini kerana tatabahasa tersebut gagal menyelesaikan masalah ketaksaan sedangkan ia dapat diterangkan dengan mengaitkan fonologi. Sebagai tambahan, semua masalah ketaksaan nahuan juga telah diabaikan dalam nahu tradisional. Dalam ayat seperti Dia bercadang mengambil bas untuk ke Kelantan, Dengan cara berjalannya sahaja, kita sudah mengetahui siapa dia dan Dia mengetahui banyak maklumat tanpa kajian, hubungan dalaman dapat menunjukkan sebab -sebab untuk ketaksaan dalam nahu.

ALIRAN TATABAHASA STRULTURAL Tokoh Tatabahasa Struktural Tokoh Tatabahasa Struktural Barat Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics L. Bloomfield Language (1933) Edward Sapir Language (1881) Z.S. Harris - Structural Linguistics (1951) dan ramai lagi lagi. Tokoh Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an Antara buku tatabahasa aliran Struktural di Malaysia ketika itu ialah: Asmah Hj. Omar (1968) Morfologi - Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) An Introduction to Malay Grammar Asmah Hj. Omar (1970) Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktur (Buku 1-V) Asraf (1971) Mari Belajar Bahasa Kita

Konsep Tatabahasa Struktural TS mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran TS menekankan bahawa tatabahasa: is concerned with the observable forms, structural functions and inter-relations of the components of sentences of stretches of utterance (Robins, 1971). Maksud dalam bahasa Melayu lebih kurang begini merangkumi bentuk -bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan.

Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural Fokus pengkajian TS ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini: Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitrari Bahasa adalah untuk perhubungan

Seperti yang dinyatakan di atas, aliran struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagianbahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). (Fries, 1957). Secara khususnya, Ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah: Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa, justeru makna tidak diambil kira. Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain. Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa. Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat. Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik. Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul. Rumusannya, aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

Unsur dan Unit Yang Membentuk Struktur Dalam Tatabahasa Struktural

TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Barat Noam Chomsky- Aspect of the Theory of Syntax Jackendoff (1971), Halle (1973), Siegel (1974), Aronoff (1976), Allen (1978) dan lain-lain. Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Melayu Era Tahun 1970 - 2009 Antara buku tatabahasa aliran TG di Malaysia ialah: Lufti Abas (1971) Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu Abdullah Hassan (1980) Linguistik Am Nik Safiah Karim et al. (1991) Tatabahasa Dewan Mashudi Kader (1981) The Syntax of Malay Interrogatives Nik Safiah Karim (1978) Bahasa Malaysia Syntax Ramli Hj. Salleh (1995) Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan Konsep Tatabahasa Transformasi Generatif Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis , iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin. Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam Aspects, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu: sintaksis, semantic, dan fonologi

Aspek Tatabahasa Transformasi Generatif Menurut Nik Safiah Karim (1993), adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi. Contohnya: Ayat Dasar (struktur dalaman) Encik Ali guru. Ayat Transformasi (struktur permukaan) Encik Ali bukan guru. Encik Alikah guru? Siapakah Encik Ali? Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra. Guru itu Encik Ali. Menurut Nik Safiah Karim (1993), Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi (RT). RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. KESIMPULAN Kesimpulannya, perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari yang seterusnya diaplikasikan ke atas tatabahasa Melayu mengikut acuan atau kefahaman masing-masing. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada satu tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta menerapkan ke atas bahasa Melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh diperturunkan kepada generasi akan datang.

SUMBER RUJUKAN Asmah Hj Omar.(2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Laman sesawang http://www.ifi.unizh.ch/CL/volk/syntaxVorl/Chomsky.html Laman sesawang http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20%20CHOMSKY%20MERUPAKAN%20PELOPOR%20GERAKAN%20TATABAHASA%20TRANSFORMA SI%20GENERATIF.pdf Laman sesawanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_transformasi_generatif Laman sesawang http://www.scribd.com/doc/65446858/57/Perbezaan-antara-TatabahasaTradisional-dengan-Tatabahasa-Preskriptif

You might also like