You are on page 1of 35

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya Kerja Kursus Sejarah tingkatan satu (KKS) Keluarga Saya

Nama: Putri Nur Aida Sofiea Binti Ritakamal Kelas: 1 Elit Tahun: 2009 Nama Guru: Pn Dayang Melati Binti Abdullah

ISI KANDUNGAN

Bilangan 1.0 2.0 3.0 4.0 Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian

Tajuk

Muka surat 4 6 8

5.0 6.0 7.0

Hasil Kajian o 4.1 Salasilah Keluarga 4.1 a) Salasilah Keluarga Bapa 4.1 b) Salasilah Keluarga Ibu 4.1 c) Salasilah Keluarga Saya o 4.2 Biodata Keluarga 4.2 a) Biodata Bapa 4.2 b) Biodata Ibu 4.2 c) Biodata Kakak 4.2 d) Biodata Abang Pertama 4.2 e) Biodata Abang Kedua 4.2 f) Biodata Saya o Tokoh Keluarga o Peristiwa Bersejarah Rumusan Lampiran Rujukan

10-26

28

PENGHARGAAN

1.0 Penghargaan
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga saya atas sokongan dan tunjuk ajar. Terutamanya kepada ibu saya, Tunku Zuhriah Binti Tunku Izham, yang telah banyak memberi bantuan kepada saya sepanjang jalan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih juga saya ingin mengucapkan kepada pengetua Sekolah Seri Puteri, Puan Hajah Rashidah Binti Mad Arif kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan Kerja Kursus Sejarah 2009.

Saya juga ingin merakamkan ribu-ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya, Puan Dayang Melati Binti Abdullah atas segala bimbingan dan dorongan yang beliau telah berikan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya iaitu, Nurin Athirah Binti Azman, Ku Nurul Ain Binti Ku Mahadzir dan Raihana Binti Ridzuan yang turut sama-sama membantu saya melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2009.

OBJEKTIF KAJIAN

2.0 Objektif Kajian


Bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan Satu ini, terdapat tiga objektif yang telah ditetapkan, iaitu untuk mengenali dan memahami dengan lebih lanjut tentang asal usul keluarga saya.

Tambahan pula, saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu kejayaan sebagai pedoman dan panduan untuk meneruskan kesinambungan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang dengan begitu sahaja. Dengan itu, saya juga dapat menanam rasa bangga terhadap keluarga saya.

Terakhir, saya juga dapat menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek sehinggalah kepada generasi saya.

KAEDAH KAJIAN

3.0 Kaedah Kajian


Bagi mendapatkan maklumat bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini daripada keluarga saya, saya telah pun menggunakan kaedah pemerhatian. Saya telah melihat dan mengkaji perkembangan ahli keluarga saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.

Selain itu, saya telah menggunakan kaedah lisan. Saya telah menemu bual ibu saya, Tunku Zuhriah Binti Tunku Izham dan bapa saya, Ritakamal Bin. Sadiman. Dengan ini, saya telah mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal usul keluarga saya.

Terakhir, saya juga telah menggunakan kaedah rujukan. Saya telah melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan ibu bapa saya dan megumpul beberapa gambar dari album keluarga.

HASIL KAJIAN

4.1 S A L A S I L A H K E L U A R G A

4.1 a) Salasilah keluarga bapa

Sadiman Bin. Morsyad (Embah)

Marmah Binti Haji Salleh (Embah)

Ritakamal Bin. Sadiman (Babah) + Tunku Zuhriah Binti Tunku Izham (Mami)

Rostam Effendi Bin. Sadiman (Acik Ipin) + Siti Bariah Binti Abdul Rahman (Aunty Bari)

4.1 b) Salasilah keluarga ibu

Tunku Izham Bin. Tunku Idris (Pak)

Tunku Faizah Bini Tunku Ismail (Mak)

Tunku Zuhriah Binti Tunku Izham (Mami) + Ritakamal Bin. Sadiman (Babah)

Tunku Zainol Bin. Tunku Izham (Abg. Non) + Datin Ramziah Binti Arshad (Aunty Ram)

Tunku Rokiah Binti Tunku Izham (Kak Cik) + Syed Yusof Bin. Syed Zain (Abg. Cop)

Tunku Zawiyah Binti Tunku Izham (Mak Su) + Datuk Khalid Bin. Mohd Jiwa (Uncle K.)

Tunku Zaidah Binti Tunku Izham (Mak Ngah) + Soleh Bin. Muhammad (Pak Ngah)

4.1 c) Salasilah keluarga saya

Ritakamal Bin. Sadiman (Babah)

Tunku Zuhriah Binti Tunku Izham (Mami)

Tanti Eziani Binti Ritakamal (Tanti)

Ezran Bin. Ritakamal (Yan)

Adli Bin. Ritakamal (Ayi)

Putri Nur Aida Sofiea Binti Ritakamal (Aida)

4.2

B I O D A T A K E L U A R G A

4.2 a) Biodata bapa

Ritakamal Bin. Sadiman adalah nama yang telah diberi kepada ayah tersayang saya. Beliau dilahirkan pada 16 November 1956, di Banting, Selangor. Beliau anak sulung daripada dua. Beliau sekarang berumur 53 tahun.

Beliau mempunyai sebuah syarikat yang bernama Technology Innovation Resources SDN. BHD. Beliau bekerja sebagai pengarah syarikat tersebut. Beliau juga mempunyai sarjana dalam bidang Sains Komputer.

Beliau seorang yang bijak dan baik hati. Warna kegemaran beliau ialah hijau. Makan kegemarannya pula ialah mi hailam. Beliau suka membaca buku pada masa lapang. Beliau juga fasih berbahasa dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil.

4.2 b) Biodata ibu

Nama yang telah diberi kepada ibu kesayangan saya ialah Tunku Zuhriah Binti Tunku Izham. Beliau dilahirkan pada 21 September 1964 di Sungai Petani, Kedah. Beliau anak ketiga daripada lima. Beliau sekarang berumur 45 tahun.

Beliau merupakan suri rumahtangga dan telah berumahtangga bersama ayah saya selama 25 tahun. Beliau merupakan seorang yang sedia berkorban demi anak-anaknya. Beliau dulu telah pun bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas sebagai seorang guru Geografi dan Sains.

Beliau seorang yang penyayang lagi bijaksana. Warna kegemaran beliau ialah hijau. Makanan kegemarannya pula ialah nasi lemak. Pada masa lapang, beliau gemar membeli-belah di kompleks membeli-belah berdekatan. Beliau sangat fasih berbahasa dalam Bahasa Jepun.

4.2 C) Biodata kakak

Nama kakak saya ialah Tanti Eziani Binti Ritakamal. Dia dilahirkan pada 7 Jun 1983 di Pulau Pinang. Dia bekerja sebagai pengurus syarikat di salah satu daripada syarikat ayah saya iaitu, Visual Xtreme SDN. BHD. Syarikat tersebut terletak di Bangi, Selangor.

Dia sangat menggemari membaca novel cinta pada masa yang lapang. Novel pertama yang telah dibacanya dibeli oleh ayah saya sebagai hadiah hari jadinya. Semenjak itu, dia telah pun menerapkan perasaan cinta terhadap novel dan telah bermula mengumpulnya. Sehinggalah sekarang, dia masih mengumpul novel-novel yang telah dibeli.

Dia seorang yang sangat prihatin dan baik hati. Warna kegemaran kakak saya ialah ungu. Makanan kegemarannya pula ialah nasi ayam yang dimasak oleh ibu saya. Dia sangat fasih berbahasa Jepun kerana telah menjalani beberapa kelas sebelum ini.

4.2 D) Biodata abang pertama

Abang sulung saya bernama Ezran Bin. Ritakamal. Dia dilahirkan pada 6 Februari 1984 di Kuala Lumpur. Dia anak kedua daripada tiga. Dia berumur 25 tahun pada tahun ini. Dia sekarang bekerja di salah satu daripada syarikat ayah saya iaitu, Visual Xtreme SDN. BHD. Dia bekerja sebagai pereka bentuk di syarikat tesebut.

Dia sangat gemar menonton permainan bola sepak di televisyen. Dia juga sangat meminati pasukan bola sepak Malaysia. Impiannya ialah, untuk suatu hari berjaya untuk menyertai pasukan bola sepak Malaysia. Oleh kerana dia, saya juga menggemari bola sepak.

Dia seorang yang sangat kreatif. Subjek kegemarannya semasa zaman persekolahannya ialah Pendidikan Seni dan Muzik. Dia juga pandai bermain gitar. Makanan kegemarannya ialah ayam percik.

4.2 e) Biodata abang kedua

Abang saya diberi nama Adli Bin. Ritakamal. Dia dilahirkan pada 17 July 1986 di Kuala Lumpur. Dia baru sahaja tamat pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur. Dia telah mengambil kursus farmasi.

Dia sangat suka akan mengelilingi dunia. Sehinggalah sekarang, dia telah pun pergi ke 26 negara seluruh dunia. Apabila dia balik kembali ke Malaysia, dia akan membawa buah tangan bersamanya untuk diberi kepada ahli keluarga.

Dia seorang yang sangat suka mengembara dan menonton wayang. Wayang kegemarannya ialah Anakku Sazali. Pelakon kegemarannya pula ialah Almarhum Tan Sri Datuk Amar Dr P. Ramlee. Dia berharap agar suatu hari, dia juga akan menjadi seorang yang berjaya seperti Almarhum Tan Sri P. Ramlee.

4.2 f) Biodata saya

Nama yang diberikan kepada saya ialah Putri Nur Aida Sofiea Binti Ritakamal. Saya dilahirkan pada 12 Mei 1997. Saya bersekolah di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor pakar bedah.

Saya sangat gemar melayari internet. Bukan sahaja di rumah, malah di sekolah juga. Saya sangat gemar melayari internet kerana bagi saya, internet mempunyai pelbagai faedah seperti kursus pembelajaran online dan sebagainya.

Saya sangat suka makan masakan ibu saya kerana ia sangat sedap. Minuman kegemaran saya pula ialah jus oren. Saya juga sangat gemar bersukan. Antara sukan kegemaran saya ialah badminton dan bola sepak.

4.3 Tokoh keluarga

Bapa saya yang bernama Ritakamal Bin. Sadiman boleh dijadikan sebagai tokoh keluarga saya. Bapa saya boleh dikatakan sebagai seorang yang serba boleh, banyak sungguh kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa pun yang mustahil dalam hidup ini, asalkan kita mempunyai keyakinan diri bahawa apa yang kita lakukan akan menuju kepada kejayaan. Beliau juga berkata bahawa kejayaan itu tidak senang untuk dicapai, kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa pun demi masa depan kita.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang tidak berada, kecermelangan bapa saya dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah telah menganugerahkannya Tokoh Murid di sekolah rendahnya iaitu, Sekolah Rendah Jenis Methodist, Telok Datok. Di samping kecermelangan akademik, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum, terutamanya ragbi dan hoki. Beliau sudah pun beberapa kali mewakili

sekolah dalam permainan-permainan tersebut. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pengawas sekolah dan juga pendebat sekolah.

Dengan itu, beliau telah diberi peluang untuk memasuki sebuah sekolah berasrama penuh iaitu, The Malay College Kuala Kangsar yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Sekali lagi, beliau telah menjadi seorang pengawas sekolah. Beliau juga mewakili sekolah dalam permainan ragbi dan bola tampar. Menurut kawan-kawan beliau, beliau merupakan seorang yang tegas dan dihormati di sekolah tersebut.

Selepas memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan Malay Certificate Education (MCE), beliau telah mendapat biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Beliau telah mendaftar diri di Northern Illinois University. Pada tahun 1979, beliau telah kembali ke Malaysia dengan membawa kembali bersamanya sebuah sarjana dalam bidang Sains Komputer. Selepas itu, beliau telah pun bekerja bersama MARA sebagai pengaturcara program.

Selepas beberapa bulan, beliau telah berhenti kerja untuk bekarja untuk sebuah syarikat yang bernama Malaysian Mining Company. Beliau bekerja di syarikat tersebut sebagai penganalisa system. Selepas 4 tahun bekerja di sana, akhirnya, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengurus kumpulan bahagian komputer.

Pada tahun 1997, beliau telah menubuhkan perniagaan sendiri di Damansara Utama, iaitu Technology Innovation Resources SDN. BHD. Tetapi, beliau sekarang telah pun berpindah ke Wangsa Maju, Selangor.

Beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang keusahawanan. Di samping itu, beliau juga mengadakan kursus dan bengkel mengajar untuk menjadi seorang usahawan yang baik. Oleh kerana itu, beliau juga kerap tidak ada di rumah.

Sejak saya kecil lagi, bapa saya telah menanamkan minat untuk membaca dalam diri saya disebabkan beliau juga gemar membaca. Tambahan pula, beliau juga mahu saya memperoleh kejayaan dalam kehidupan di dunia ini. Bapa saya akan membawa saya ke perpustakaan awam sekurang-kurangnya 3 kali dalam sebulan. Beliau selalu berpesan kepada saya bahawa membaca itu ialah jambatan ilmu.

Memang benar kata-katanya itu, kemahiran membaca bukan sahaja membantu saya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan malah ia membantu proses perkembangan mental dan sosial saya dengan lebih baik. Sehingga sekarang, saya gemar membaca buku pada masa lapang dan sebelum saya tidur.

Bapa saya tidak pernah berkompromi untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada adik-beradik saya. Bapa saya sering memberi nasihat dan dorongan kepada kami supaya kami dapat mencapai kejayaan yang cemerlang bagi masa dapan kami.

Banyak yang telah saya memperoleh daripada bapa saya. Sesungguhnya, saya amat bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah S.W.T seorang bapa yang cemerlang sepertinya. Sememangnya, beliau amat layak untuk menjadi tokoh keluarga saya.

4.4 Peristiwa Bersejarah Kenangan Manis


Kenangan ini telah berlaku pada 25 Februari 2009. Pada tarikh tersebut, saya telah berjaya memasuki Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Peristiwa ini akan dikenang selamalamanya oleh saya dan ahli keluarga.

Tetapi, sebelum saya berjaya merealisasikan impian saya, iaitu untuk memasuki sebuah sekolah berasrama penuh, saya terpaksa bekerja dengan keras sepanjang tahun 2008. Ibu bapa saya juga telah banyak member dorongan kepada saya.

Pada 9 September 2008, saya telah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah bertungkus lumus selama 4 bulan, Alhamdulillah, saya berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut.

Dengan itu, saya pun telah memohon untuk memasuki Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Ibu bapa saya juga menyokong keputusan saya untuk memasuki sekolah tersebut kerana sekolah itu ialah sebuah sekolah elit.

Pada 19 Februari 2009, saya telah menerima surat tawaran daripada Sekolah Seri Puteri. Saya berasa amat gembira. Ahli kelurga saya turut gembira atas kejayaan saya.

Pada hari pendaftaran, saya berasa teramat teruja. Jikalau kita bekerja keras untuk mendapat sesuatu, tentu kita akan berjaya. Saya yakin, tanpa usaha gigih, tentu saya tidak dapat untuk merealisaikan impian saya.

RUMUSAN

5.0 Rumusan
Sesungguhnya, dengan melakukan Kerja Kursus Sejarah ini, saya telah mendapat banyak maklumat mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum saya ketahui sebelum ini. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap keluraga saya setelah melakukan kajian ini.

Selepas melakukan Kerja Kursus Sejarah ini, saya juga telah mengenal dengan lebih rapat lagi ahli keluarga saya. Dengan itu, hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim dapat dirapatkan lagi.

Terakhir, kajian ini juga telah membuat saya menguasai kemahiran yang sangat berguna. Antara kemahiran tersebut ialah, kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dan data tentang salasilah keluarga saya.

LAMPIRAN

6.0 Lampiran

Saya, bersama kakak saya. Tahun 2000.

Saya, bersama ayah saya semasa di Langkawi.

Saya, di rumah. Tahun 2002

Saya, bersama ahli keluarga di Kedah. Hari Raya 2000.

Saya, bersama ahli keluarga di Kedah. Hari Raya 2000.

Saya bersama saudara saya. Tahun 1999.

RUJUKAN

7.0 Rujukan
*Buku Ahmad Fauzi Bin. Mohd. Basri, 2002, Sejarah Tingkatan Satu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

*Internet http://www.scribd.com/doc/15429736/Vurmila-Folio-Sejarah-Salasilah-Keluarga http://www.scribd.com/doc/4674701/Salasilah-Keluarga

*Folio Folio Salasilah Keluarga Tingkatan Satu, Putri Nur Dayana Binti Kamaruzaman, Sekolah Menengah Sri Hartamas, 2002

*Temubual Tunku Zuhriah Binti Tunku Izham. No. 101, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur. 1 September 2009. 3.30 p.m. Ritakamal Bin. Sadiman. No. 101, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur. 3 September 2009. 8.25 p.m.

You might also like