You are on page 1of 17

TAJUK KARANGAN RANGSANGAN

Usaha-usaha yang harus dilaksanakan memajukan industri buah-buahan di negara ini.

Pengenalan: Malaysia kaya dengan buah-buahan tempatan industri buah-buahan dikenal pasti sebagai salah satu bidang komersial yang berpotensi untuk mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan 247.1juta tahun lalu. buah-buahan dieksport ke pasaran antarabangsa seperti Jepun dan Eropah dan masa depan cerah (ciku, belimbing besi, betik eksotik dll).

1. Kempen makan buah-buahan tempatan


rakyat digalakkan makan buah-buahan melalui kempen menerusi media massa oleh Kementerian Pertanian & Jab. Penerangan. diseru makan buah-buahan tempatan dan disedarkan tentang kelebihan buah-buahan tersebut dari segi khasiat dan harganya. kejayaan kempen dapat memberangsangkan pekebun berusaha meningkatkan daya pengeluaran. kempen yang berjaya-kempen minum air kelapa muda.

2. Usaha MARDI (Institut Penyelidikan & Pembangunan Pertanian Malaysia) hasilkan klon baru yang bermutu tinggi dan tahan serangan penyakit, memperkenalkan teknik penanaman serta penggunaan racun serangga dan jenis baja yang sesuai untuk meningkatkan pengeluaran dan mutu buah- buahan. MARDI berjaya menemukan klon baru D24, D99, D158, D159. Cth: D99 - isi durian lebih tebal & lebih sedap. Saiz pokok D99 lebih kecil & boleh ditanam rapat- boleh berbuah hingga 250 biji.

3. Memajukan teknologi pembungkusan dan pemprosesan MARDI menemukan kaedah pembungkusan atmosfera terubahsuai. Kaedah ini membolehkan buah durian tahan 3 bulan dan buah belimbing besar boleh disimpan sehingga 9 minggu selepas dipetik. Memungkinkan buah-buahan dieksport dengan kapal pada kos yang lebih rendah dan kuantiti yang lebih banyak. menjamin mutu buah-buahan sentiasa segar.

4. Usaha FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan )


PROGRAM Belian Dan Jualan Terus Buah-Buahan, Jualan 'Truck/Scan Sales' iaitu program jualan dengan kerjasama hypermarket atau supermarket mengikut persetujuan antara FAMA dengan pengurusan pasar raya yang berminat seperti Giant, Carrefour, TESCO, JUSCO dan lain-lain. pendekatan rutin yang akan dilaksanakan pada musim lambakan buah-buahan - Membantu menstabilkan harga buah-buahan pada peringkat ladang di kawasan pengeluaran.

5. Bantuan kewangan dan kepakaran


kerajaan berikan bantuan subsidi, kemudahan kredit dan khidmat nasihat kepada pekebun. Cth: Lembaga perusahan nanas adakan pelbagai insentif, antaranya Skim Subsidi Baja Separuh Harga, Skim Bantuan Tanam Semula dan khidmat sokongan kepada pekebun. Institut kewangan menyediakan kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah- memperluas kebun buah-buahan.

6. Menggalakkan Penyertaan Sektor Swasta

Pihak kerajaan memberi galakan kepada sektor swasta untuk mewujudkan sistem perladangan buah-buahan yang bercorak komersial. yang berminat boleh mendapatkan pinjaman khas menerusi Tabung Pelaburan Baru/ Insentif cukai melalui taraf perintis serta pengecualian duti import ke atas peralatan dan bahan mentah, khasnya untuk pemprosesan buah-buahan.

7. Meneroka pasaran baru


Pengusaha buah-buahan - mempelbagaikan penggunaannya -jeruk, jem,jus, agar-agar, puding meluaskan pasaran tempatan. kerajaan & syarikat swasta menghantar sombongan perniagaan keluar negera untuk meneroka pasaran baru, di samping membuat publisiti yang meluas untuk memperkenalkan keistimewaan buah-buahan tempatan kepada dunia luar. Cth: Syarikat Guthrie Development Sendirian Berhad berjaya mengeksport betik eksotika ke Eropah.

PENUTUP
Industri buah-buahan haruslah dimajukan kerana membawa prospek yang baik. Dengan adanya usaha sama daripada MARDI, FAMA, pihak swasta dan pekebun, maka sektor buah-buahan tempatan akan memasuki era baru yang lebih berjaya lagi gemilang.

Frasa Indah/Kata Hikmat/ Slogan

tak kenal maka tak cinta. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Sekian, selamat mencuba! Hantar karangan pada Isnin depan!

Terima kasih!

You might also like