You are on page 1of 2

Peribahasa dalam Cerpen Mahar Asmara. 1. Ada Padang Adalah belalang. Setiap cerpen mengandungi peribahasa di dalamnya.

Peribahasa ini digunakan bagi menggambarkan sesuatu keadaan itu sama ada suasana sedih, sakit, gembira dan sebagainya. Dalam cerpen Mahar Asmara ini turut mengandungi peribahasa iaitu pada kronologi cerita yang pertama. Contohnya :

Dang Raya Rani, ketua pengasuh bagaikan tidak terlayan lagi dengan kenakalan Sang Puteri yang baru. Pada setiap kali sang Puteri memasuki taman larangan bersiar-siar dalam matahari pagi dan matahari petang yang cemerlang, Dang Raya Rani akan terbongkok-bongkok mengikuti Sang Puteri di belakang bersama tujuh orang inang pengasuh yang lain, masingmasing mengampu pakaian Sang Puteri yang tidak mahu dipakainya lagi.

Peribahasa yang digunakan dalam petikan ini ialah ada padang, adalah belalangnya. Maksudnya ialah apabila ada negara tentulah ada rakyatnya. Petikan ini menunjukkan bahawa Sang Puteri mempunyai sebuah negara iaitu yang terletak di puncak Gunung Ledang. Negeri tersebut merupaka negeri di alam bunian. Sang Puteri merupakan seorang ketua negara bagi negaranya dan rakyatnya pula seramai lapan orang termasuklah tujuh orang inang pengasuh dan seorang ketua pengasuh. Ada padang membawa maksud sesuatu yang luas atau besar. Jika dilihat dari sudut tersirat maksud padang digambarkan dengan sebuah kerajaan atau negara. Manakala ada belalang pula membawa maksud rakyat bagi sesebuah negara. Peribahasa ini dapat dikaitkan dengan masyarakat masa kini iaitu negara kita merupakan sebuah negara yang aman damai yang dinamakan sebagai Malaysia. Di Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri. Perdana Menteri merupakan ketua pentadbir negara dan penduduk di negara Malaysia pula merupakan rakyat bagi negara tersebut.

You might also like