You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT PENULISAN JURNAL MINGGU 1 (19 MAC 2012

2 23 MAC 2012 )
Masalah Isu yang saya fokuskan pada minggu ini ialah masalah kawalan kelas 5 Berlian semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Saya mendapati bahawa sebilangan murid membuat bising, tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Hal ini telah menganggu proses pengajaran saya. Menurut Dunn dan Dunn (1982), di dalam buku Pedagogi Asas Pendidikan terdapat lima elemen rangsangan yang boleh memberi kesan atau pengaruh terhadap stail pembelajaran individu iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Saya ingin membuat perubahan di dalam keadaan kelas ini. Di mana, saya ingin semua murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini tidak adil kepada mereka. Analisis masalah Saya telah membuat rujukan daripada buku dan internet untuk mencari sebab murid berkelakuan demikian. Salah satu punca kejadian ini berlaku disebabkan oleh kedudukan meja di bengkel KH adalah kurang strategik untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana terdapat 2 meja di bahagian belakang bengkel KH adalah terlalu jauh dari papan tulis. Murid-murid tidak menumpukan perhatian pada pengajaran saya. Mereka membuat bising, berbual-bual dan juga bermain-main di belakang semasa saya sedang mengajar.

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT 2012 |NORAIN ABDULLAH

Selain itu, saya mendapati terdapat segelintir murid-murid lelaki yang duduk dalam kumpulan kecil suka menimbulkan masalah iaitu membuat bising, menganggu rakan yang duduk di sebelah atau berbual-bual dalam kumpulan semasa saya sedang mengajar. Hal ini telah menjadikan suasana bilik darjah saya menjadi lebih bising. Oleh itu, saya sebagai guru seharusnya berusaha untuk mengatur semula kedudukan tempat duduk murid semasa berada di dalam makmal Sains. Saya tidak boleh membiarkan kejadian ini berlaku berterusan kerana akan menjejaskan murid yang ingin belajar. Cadangan Saya telah menyediakan beberapa langkah untuk mengelakkan murid-murid membuat bising semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Langkah-langkah tersebut ialah: a. Reverse Psychology Reverse bermakna yang bertentangan dan psychology digunakan kerana ianya menggunakan ciri-ciri yang ada dalam diri manusia untuk mendapatkan hasilnya. Teknik ini menyarankan agar guru menyuruh murid melakukan apa yang tidak mahu dilakukan atau tidak melakukan apa yang kita inginkan dariapada mereka. Ini disebabkan manusia dipercayai untuk mengelakkan atau tidak melakukan apa sebenarnya yang disuruh.

b. Modeling Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan

pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan pemerhatian sebagai tingkah model laku dan proses sebagai

pembelajaran

melalui

model

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT 2012 |NORAIN ABDULLAH

permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran.

Guru boleh memilih satu model yang dapat menunjukkan tingkah laku yang betul agar pemerhatian dapat dibuat dan percontohan dapat berlaku. Murid dikehendaki mencontohi tingkah laku yang dimodelkan dalam jangka masa yang ditentukan. Murid diberi galakkan untuk melakukan tingkah laku yang dimodelkan.

c. Menyusun semula tempat duduk murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif dan menjamin keseronokan untuk belajar. Beliau juga menekankan aspek pergurusan bilik darjah yang kondusif melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun tempat duduk murid-murid. Oleh itu, aspek-aspek yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan.

d. Peneguhan positif Skinner menganggap reward (penghargaan) dan reinforcement

(peneguhan) merupakan faktor penting dalan belajar. Ganjaran akan diberikan kepada murid-murid selepas melakukan tingkah laku yang dihajati. Peneguhan ini adalah seperti puji-pujian, pemberian hadiah, wang tunai dan sebagainya. Peneguhan positif akan memberi ruang kepada murid mengiktiraf pencapaian diri sendiri dan dengan ini akan lebih menghargai dirinya sendiri. Oleh itu, saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT 2012 |NORAIN ABDULLAH

Semasa di makmal Sains, saya meminta murid-murid penuhkan 2 buah meja di depan sekali supaya saya dapat mengawal semua murid dengan mudah dan baik.

Mengingat semua nama murid supaya saya dapat memanggil nama murid dan menegur mereka apabila mereka membuat bising.

Mengenalpasti murid-murid yang bising dan mengatur semula kedudukan semua murid di dalam makmal Sains. (murid-murid yang bising diminta duduk di depan, dan juga diasingkan dengan rakan-rakan yang berbising.)

Memberi stamp kepada murid yang berkelakuan baik dalam kelas supaya murid-murid lain akan mencontohi murid berkelakuan baik untuk mendapatkan stamp saya.

Memberi hadiah kecil kepada murid yang berjaya mengumpul stamp yang paling banyak.

Tempoh penyelesaian 19 Mac 2012 hingga 13 April 2012 (4 minggu)

Tindakan susulan Saya telah mengatur semula tempat duduk murid-murid iaitu murid yang bising diasingkan dengan murid-murid lain yang bising supaya mereka tidak dapat berbual-bual dalam kelas saya. Murid-murid juga tidak dibenarkan duduk di meja belakang. Selain itu, saya telah mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dan mengingat nama murid saya. Saya akan selalu panggil nama mereka supaya mereka akan sentiasa memberi tumpuan dalam kelas saya. Saya juga melaksanakan satu sistem barter, iaitu saya akan memberi satu stamp kepada murid yang berkelaluan baik dalam kelas pada hari itu. Sesiapa yang berjaya mendapat stamp yang paling banyak sekali akan dapat menukarkan 1 hadiah

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT 2012 |NORAIN ABDULLAH

dengan menggunakan stamp tersebut. Saya akan memberi satu hadiah kepada kumpulan yang mendapat stamp yang paling banyak pada akhir bulan. Kesimpulan Melalui pembacaan maklumat dari internet, saya mendapati bahawa

persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan. Selain itu, aspek pergurusan bilik darjah yang kondusif melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun dan mengatur tempat duduk murid-murid. Oleh itu, aspek-aspek yang terlibat dalam penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan. Selain itu, saya telah menggunakan teknik peneguhan bagi menyelesaikan masalah ini. Walaupun teknik peneguhan merupakan satu cara yang agak berkesan. Namun begitu, tidak semua perubahan tingkah laku harus diberikan ganjaran. Guru harus mengelakkan situasi peneguhan berterusan. Situasi tersebut bermaksud, setiap kali perubahan tingkah laku dikesan maka peneguhan diberikan. Peneguhan seharusnya tidak diberikan secara berterusan kerana akan mengurangkan kualiti keberkesanannya. Harapkan langkah yang saya ambil dapat mengurangkan masalah kebisingan.

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT 2012 |NORAIN ABDULLAH

You might also like