You are on page 1of 5

PENULISAN REFLEKTIF

AHMAD KAMAL BIN ZAINUDDIN PPISMP PENDIDIKAN KHAS PDK BRIGET 8 KEM DESA PAHLAWAN

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). Tugasan ini adalah bagi memenuhi kehendak sukatan kursus PISMP semester 6 bagi subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). Walaupun terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti kekangan masa, perselisihan faham dan sumber kewangan dan sebagainya perkara lain yang berlaku semasa saya menyiapkan tugasan ini.

Berkat kesungguhan dan azam yang tinggi setiap ahli kumpulan yang berkerjasama dan nasihat pensyarah pembimbing, kami mampu menyiapkan juga kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah semasa menyiapkannya. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami dikehendaki untuk menyediakan aktiviti Bina Insan Guru yang dilaksanakan di dalam sekolah masing-masing. Kami diminta merancang dan melaksanakan program dalam tempoh yang ditetapkan. tersebut

Selepas itu, kami diminta memilih jenis program yang akan di jalankan di sekolah.Sebelum memulakan program, saya perlu mengadakan perbincangan bersama guru besar untuk berbincang mengenai program yang akan di jalankan.Selepas berbincang saya menjemput semua guru untuk bermesyuarat tentang projek yang akan di laksanakan.Perkara pertama yang perlu di ambil berat iaitu penerangan tentang tujuan program di jalankan.Selain saya melantik Ahli Jawatankuasa bagi setiap aktiviti dan setiap ahli perlu mengetuai mana-mana ahli jawatankuasa yang diwujudkan. Saya juga perlu merancang dan menghasilkan kertas kerja yang mempunyai aktiviti seperti aktiviti keceriaan, aktiviti home base dan

aktiviti akedemik. Selepas itu kami diminta untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang di Pusat Latihan dalam Komuniti.

Selepas tugasan diberikan, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Induk untuk Program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Saya rasa berbesar hati kerana diberikan tanggungjawab sebagai pengerusi program ini. Selepas itu, saya telah membahagikan kumpulan dan juga membuat undian untuk pemilihan PDK. Saya juga bertangungjawab untuk menguruskan berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan dan berhubung dengan pensyarah pembimbing berkenaan program seperti lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, urusan berkaitan dengan dengan Program Khidmat Masyarakat dan Pembentangan Laporan Program Khidmat Siswa.

Di dalam kumpulan PDK pula, kumpulan kami telah mendapat undian untuk menjalankan program khidmat siswa di PDK 8 Bridget Kem Desa Pahlawan. Setelah kami mengetahui PDK yang akan kami pergi untuk menjalankan program khidmat siswa. Kami telah melantik Ahli Jawatankuasa berkaitan dengan program yang kami akan jalankan. Semasa mesyuarat kami sebulat suara untuk melantik Saudara Khairuldin Bin Abdan untuk menjadi pengerusi projek dan saya telah dilantik menjadi AJK keselamatan dan menguruskan berkenaan aktiviti keceriaan.

Di dalam aktiviti keceriaan saya telah diberikan tangungjawab untuk merancang dan membahagikan tugas yang dirancang bersama Saudara Khairulddin Bin Abdan. Di dalam aktiviti keceriaan kami telah merancang untuk mengadakan gotong royong, melukis mural, menghasilkan banner dan juga menghasilkan projek mega kumpulan kami iaitu menghasilkan zoo mini dengan menggunakan almari lama. Kami telah menjalankan aktiviti keceriaan pada tanggal 3 dan 4 Oktober 2010.

Pada hari pertama kami telah menjalankan aktiviti keceriaan dengan menghasilkan mural, banner dan juga projek zoo mini manakala pada hari kedua kami mengadakan aktiviti gotong-royong bersama pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Ternyata program seperti ini telah mebuka minda pelatih bahawa walaupun mereka serba kekurangan ada juga pihak yang masih menghargai mereka. Kami

juga dibantu oleh pihak Rejimen Renjer Diraja (RRD) Bridget 8, Kem Desa Pahlawan.

Aktiviti gotong royong dan juga keceriaan telah diadakan pada tanggal 3 dan 4 Oktober 2010 bermula pada pukul 9.00 pagi-5.00 petang. Penglibatan menyeluruh yang diberikan oleh semua pihak termasuklah warga pelatih PDK seramai 21 orang yang hadir dan juga 4 orang Guru Penyelia PDK yang turut serta menjayakan aktiviti kami.

Aktiviti pertama yang kami jalankan adalah aktiviti melukis mural dan banner serta menghasilkan taman zoo mini. Aktiviti ini dijalankan pada hari ahad kerana di PDK ini hari ahad adalah hari cuti dan kami menjalankan aktiviti ini bersama dengan guru-guru dan juga penyelaras. Walaupun hari cuti namun mereka tetap bersemangat untuk membantu kami menghias dan menceriakan persekitaran PDK.

Kami telah menghasilkam mural bercorak kreatif di sekeliling PDK diketuai oleh saudari Norhawani. Kami juga telah menghasilkan mural selamat datang di hadapan PDK serta lukisan kartun di bahagian tepi PDK. Ternyata hasil kerja kami sangat memuaskan kerana mendapat pujian daripada penyelaras PDK. Selain daripada itu juga kami telah menghasikan Taman Zoo Mini di kawasan pondok taman herba di PDK.

Kami telah menghasikan sangkar arnab daripada bahan terbuang iaitu almari lama. Kami telah memperbaiki almari tersebut untuk dijadikan rangka sagkar arnab tersebut. Kemudian kami memasang jaring dan menghias sangkar tersebut dengan mengecat syelek untuk mencantikkan dan memastikan sangkar tersebut tahan lama. Kami juga mengunakan sangkar burung dan juga akuarium untuk menghias Taman Zoo mini agar menjadi lebih ceria dan juga menarik

Pada keesokan harinya pula kami telah menjalankan aktiviti gotong royong bersama pelatih dan juga guru di PDK kem desa pahlawan. Kami juga dibantu oleh

pihak ATM terutamanya Rejimen Renjer yang mebantu kami membersihkan kawsan persekitaran PDK dan juga membantu kami menceriakan PDK. Bagi pelatih yang mempunyai masalah fizikal, kami tidak mengalakkan mereka melakukan kerja berat namum kesungguhan mereka untuk menolong kami dapat dilihat, kami sungguh terharu dengan usaha mereka yang cuba membantu walaupun mereka tidak sempurna seperti manusia normal yang lain.

Hasil daripada penat lelah kami akhirnya ia dapat menceriakan suasana di kawasan PDK agar lebih berwarna warni dan menarik dengan kerjasama dan juga bantua daripada warga PDK dan juga pihak ATM khususnya Rejimen Ranjer. Jelas terpancar wajah kegembiraan dan juga kepuasan di setiap ahli kumpulan kami kerana dapat berbakti untuk menceriakan dan mencantikkan kawasan persekitaran PDK.

Saya juga menjadi Ahli Jawatankuasa Keselamatan, saya bertangungjawab memastikan keselamatan setiap ahli kumpulan daripada sebarang bahaya dan juga masalah. Apa yang saya dapat lihat bahawa, keselamatan semasa perjalanan pergi dan pulang daripada PDK amatlah merbahaya disebabkan jarak antara PDK dan rumah kami yang agak jauh menjadi masalah kepada kami. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk berkonvoi bersama dan bergerak dalam kumpulan.

Semasa aktiviti dijalankan pula, ada diantara ahli kumpulan yang kurang sihat dan juga tercedera semasa menjalankan aktiviti. Mujurlah ada disediakan Kit Keselamatan di PDK tersebut. Untuk mengelakkan berlaku kecederaan semasa aktiviti, kami telah memberikan taklimat kepada guru pelatih mengenai keselamatan yang patut dipatuhi dan memastikan tempat aktiviti dijalankan adalah selamat bagi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Terdapat juga kekangan yang terpaksa kami hadapi seperti kami terpaksa menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat kami. Sebagai contoh kami terpaksa

menyelesaikan beberapa tugasan lain dalam satu-satu masa. Namun, sebagai bakal seorang pendidik kami telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya.

Selain itu juga, kami menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan dana. Banyak kekangan semasa kami mencari sumbangan dan juga dana kerana banyak alasan yang tidak munasabah diberikan oleh daripada premis dan juga pihak perseorangan semasa kami mencari sumbangan. Ada diantara mereka memberikan alasan pengurus bercuti, pengurus baru keluar, kedai baru buka dan sebagainya. 80 peratus daripada premis yang kami datangi memberikan alasan yang sama.

Akhirnya, program yang kami jalankan berjalan dengan lancar dan berjaya dengan berkat tunjuk ajar pensyarah kami dalam membantu menjelaskan segala kemushkilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak memudahkan lagi kami untuk bertindak dalam menjayakan program khidmat masyarakat PDK dalam kerja kursus ini dengan jayanya. Sesungguhnya program yang dijalankan telah menjadi satu pendedahan kepada guru pelatih dalam aktiviti kemasyaratan dan mendekatkan diri kepada pelatih Pusat Pemulihan dalam Komuniti.

Akhirnya kami berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelbagai faedah serta pengalaman yang kami perolehi semasa menjalani tugasan ini yang mana segala ilmu yang kami pelajari telah dapat kami praktikkan semasa menyiapkan tugasan ini. Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal kepada diri kami dan rakan lain agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru pendidikan khas yang hebat satu hari nanti.

You might also like