You are on page 1of 6

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862) ialah Maharaja Johor de facto Sultan Johor

ke20, sebuah negeri di selatanSemenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.

Latar belakang
Daeng Ibrahim dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau, anak kepada Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan menerima pendidikan swasta di Singapura. Beliau juga dikenali dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku Chik dan Daeng Kechil.

Pemerintahan
Pada tahun 1833, Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua Sultan, iaitu Sultan Hussain Shah dan Sultan Ali. Walaubagaimanapun, secara rasminya beliau telah memegang jawatan ini pada 19 Ogos 1841. Majlis perlantikan beliau yang diadakan di New Harbour, Singapura, telah disaksikan oleh Gabenor Bonham dan Bendahara Tun Ali dari Pahang. Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, Temenggungnya, kecuali Kesang yang terletak di sebelah tebing utara Sungai Muar di daerah Muar. Dengan itu, Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai Sultan Johor, tetapi gelarannya tidak boleh diwariskan kepada keturunannya. Sebagai Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri yang kemudian digelarkan Johor Bahru oleh anaknya, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, pada tahun 1866. Beliau mewujudkan suatu sistem pentadbiran kerajaan yang teratur and tersusun. Baginda memperkenalkan "Sistem Kangcu" pada tahun 1833 untuk memajukan perusahaan ladang lada hitam dan gambir di Johor.

Mangkat
Baginda mangkat pada 1 Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura dan dimakamkan di Makam Temenggong, Masjid Teluk Belanga.

Keturunan
Moyang beliau adalah Sultan Abdul Jalil IV yang memerintah Johor selepas 1699. Keturunan beliau yang mula memakai gelaran Temenggung adalah Temenggung Tun Abdul Jamil (mangkat selepas 1762) iaitu anak kepada Bendahara Tun Abbas (mangkat selepas 1736) cucu kepada Sultan Abdul Jalil. Temenggung Tun Abdul Jamal telah beristerikan Raja Maimunah iaitu saudara perempuan kepada Daing Kemboja. Daripada perkahwinan ini lahir 3 orang cahayamata iaitu Daing Chelak, Daing Kechil dan Engku Muda (mangkat 1806).

Sistem Kangcu
"Kangcu" ialah bahasa Cina untuk "Tuan Sungai". Melalui sistem ini, Daeng Ibrahim membawa orang-orang Cina dari Singapura ke Johor untuk mengerjakan ladang lada hitam di sepanjangSungai Johor. Orang-orang Cina diberikan "Surat Sungai" yang merupakan surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan pertanian di Johor. Kawasan perladangan dikenali sebagai "kangkar", iaitu perkataan bahasa Cina untuk "kaki sungai". Setiap kangar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai untuk kerajaan Johor.

Abdul Rahman bin Andak (1850 - 10 September 1930) yang bergelar Datuk Seri Amar Diraja adalah pembesar di Johor. Bapa beliau ialah Haji Andak bin Haji Jamak manakala adiknya Tan Sri Taib Andak. Beliau telah mendapat pendidikan British. Oleh itu, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai British dan pedagang asing di Johor. Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British. Tugas yang dilakukan sememangnya amat berat. Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang. Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang amat tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka. Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England dalam tahun 1870'an. Abdul Rahman memulakan kerjayanya dalam JCS dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah Inggeris, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan British dalam tahun 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris. Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu Sultan Ibrahim telah dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan Dato'Sri Amar DiRaja dan di'amankan' di England dalam tahun 1909. Ini menyebabkan Gabenor Anderson menyingkir Abdul Rahman dengan pesetujuan Sultan Ibrahim. Anderson mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor dalam tahun 1909 dan menguasai Johor mulai 1914. Beliau kemudian membawa diri ke London dan meninggal dunia di sana. Pada tahun 1888 satu pertubuhan yang dinamakan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan oleh Muhammad Ibrahim Munsyi . Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti : setiausaha, pejabat, dan kerja raya. Pada tahun 1934 nama pertubuhan ini ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak. Beliau menetap di London dan berkahwin dengan Gustel Reis. Beliau telah mendapat 3 orang anak lelaki iaitu Henry, Mansour and Walter Beliau meninggal dunia di London pada 10 September 1930 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Woking London.

Dato' Muhammad Salleh bin Perang (1841 - 21 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting dari tahun1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau adalah merancang pembangunan negeri Johor.

Sumbangan
Datuk Mohd.Salleh Perang adalah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan gambir dan lada hitam. Selaku ketua Jabatan Tanah dan Ukur Negeri beliau telah dapat membuat peta negeri yang lengkap serta bertulisan jawi. Tindakan pertamanya adalah pelukisan sebuah peta pembangunan negeri Johor. Peta itu menunujukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga menunjukkan bentuk muka bumi dan daerah-daerah di negeri itu. Inilah peta lengkap yang pertama sekali dilukis bagi sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893), beliau juga menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil semula bertugas di Johor Bahru. Datuk Bentara Luar dapatlah dikatakan arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor. Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina membolehkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Sistem Kangchu Cina. Beliau mengiringi Sultan melawat negeri China dalam tahu 1880'an. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Pesuruhjaya Polis Negeri, dan berakhir sebagai ahli Dewan Negeri dan juga ahli Jemaah Menteri.

Membuka Bandar Batu Pahat


Ketika itu, Batu Pahat merupakan sebuah petempatan kecil yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung. Batu Pahat yang terletak di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat dikenali ketika itu sebagai "Pulau Kundur". Pada 4 November 1893, Muhamad Salleh yang tinggal di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Seminggu kemudian pada 11 November, Sultan Abu Bakar menitahkan beliau untuk membuka Batu Pahat. Namun beliau memulakan usaha bagi membangun bandar itu dan menyediakan kemudahan jalan serta pejabat-pejabat kerajaan, dengan sistem pentadbiran moden. Pembukaan rasmi Batu Pahat diadakan pada 1 Januari 1894 oleh Muhamad Salleh sendiri dan dihadiri oleh Orang-orang Kaya, penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Bandar itu mula berkembang maju di bawah Muhamad Salleh yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat. Beliau kemudian menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, dan menggalakkan orangorang kampung membuka kebun dan membuat parit tali air. Dalam masa yang sama, pelabur-pelabur asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Muhammad Sallehberbahasa Cina merupakan faktor yang menyebabkan beliau disukai oleh orang Cina serta faktor yang membawa kemajuan ekonomi dan harmoni kepada daerah ini. Kejayaan beliau dalam pentadbiran Batu Pahat diakui oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor, dalam rangka lawatan tugas Ungku di Batu Pahat pada 21 Disember 1896.

Bersara
Apabila Sultan Abu Bakar mangkat, perubahan pemerintahan telah dirasai apabila Kerajaan British telah mula memperluaskan pengaruh mereka. Sedikit demi sedikit penasihat-penasihat di semua Daerah di Johor dan mula memecat orang-orang Melayu yang berkebolehan dalam pentadbiran dan pembangunan termasuk juga Dato' Luar. Pada 3 April 1909, Dato' Luar telah menerima surat dari Dato' Seri Amar Di Raja menyuruh beliau bersara dari jawatannya. Dalam pentadbiran Batu Pahat juga tidak dikecualikan dimana Pegawai-pegawai Negeri telah menukepada mereka yang bijak menilai samada segala perkhidmatan Dato' Luar itu dikira sebagai jasa atau tidak. Sepanjang hayat Dato' Luar, beliau telah membuktikan kesetiaannya kepada Raja dan telah membuktikan bahawa beliau mampu memperlihatkan hasil kerja yang terbaik dengan menggunakan daya usaha sendiri. Dato' Bentara Luar duh Dato' Luar membuat penyelewengan tetapi tidak dapat membuktikannya. Akhirnya pada 21 Mei, 1912, Dato' Luar terus bersara dan usia beliau ketika itu adalah 71 tahun. Beliau digantikan oleh Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat. Di bawah Ungku Ahmad, Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat British untuk menjalankan pentadbiran.

Meninggal Dunia
Beliau telah kembali ke Rahmahtullah pada Hari Jumaat, 21 Julai 1915 (pukul 6.15 petang) bersamaan dengan 18 Syaaban 1333 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sekalipun diketahui bahawa Datuk Bentara Dalam adalah gelaran salah seorang menteri kanan Negeri Johor, tetapi sepanjang catatan Sejarah, jawatan tersebut hanya pernah diisi oleh seorang tokoh sahaja iaitu Muhamad Ibrahim Munsyi. Tetapi riwayat hidup beliau agak sukar diperolehi kerana beliau tidak seperti bapanya Munsyi Abdullah yang gemar menulis latarbelakang diri dan pengalaman-pengalamannya (contoh Hikayat Abdullah, Hikayat pelayaran Abdullah) Muhamad Ibrahim Munsyi telah dilahirkan pada 02 Mei 1849 di Melaka. Beliau dibesarkan di Singapura dan mendapat Pendidikan Agama dan Inggeris. Di samping itu beliau juga mengajar Bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai Inggeris seperti Allan Skinner, Dadley Harvey dan sebagainya. Dan dipercayai bermula dari sinilah beliau mendapat gelaran "Munsyi" (pengajar). Kebolehannya dalam aspek penterjemahan bahasa dan tulisan menyebabkan beliau dilantik menjadi jurubahasa, jurutulis dan juga pembantu khas kepada Maharaja Johor (Fawzi Basri, 1978, 82). Pada tahun 1870-an Ibrahim berpindah ke Jalan Air Molek Johor Bahru dan beliau kemudiannya diberi gelaran "Datuk Bentara Dalam", dan menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan. Melalui jawatan ini beliau telah memberikan idea-idea pengembangan pendidikan di Johor dan beliau juga merupakan penasihat pendidikan kepada Maharaja Abu Bakar. Mengenai penggunaan gelaran "Datuk Penggawa" dan "Datuk Bentara" dikatakan dihidupkan semula pada tahun 1883. Hanya tidak dapat dipastikan bila Muhamad Ibrahim Munsyi menerima gelaran Datuk Bentara Dalam (Mohd Fadzi Othman-ANCJS). Tetapi selain beliau juga terdapat pegawai-pegawai lain yang turut menerima pengurniaan seperti Muhamad Salleh - Ketua Jabatan Tanah Negeri (Datuk Bentara Luar), Abdul Rahman Andak - Setiausaha Kerajaan Johor (Datuk Seri Amar Diraja) Abdullah Tahir - Pesuruhjaya Polis Negeri (Datuk Seri Setia Raja), Abdul Samad Ibrahim ( Datuk Penggawa Barat) dan Jaafar Nong Yahya ( Datuk Penggawa Timur) (Ahmad Fawzi Basri,1988,67) Sumbangan-sumbangan Datuk Bentara Dalam Sumbangan besar beliau adalah dalam bidang pendidikan Negeri Johor, beliau merupakan Ketua jabatan pertama apabila Jabatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1883. Pada tahun itu juga beliau menubuhkan 4 buah Sekolah Melayu di Johor Bahru, Pengerang, Padang dan Tanjung Surat. Beliau kemudiannya membentuk Jawwatankuasa Pelajaran Negeri dan beliau menjadi pengerusinya. Beliau juga tokoh yang berusaha keras bagi memastikan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan. Pada tahun 1890 beliau mendirikan Sekolah Melayu Perempuan di Johor Bahru. (Fawzi Basri 1978,84) Ibrahim Munsyi telah benar-benar menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Jabatan Pelajaran dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri, untuk memajukan taraf pendidikan di Negeri Johor. Beliau telah mendesak pendidikan wajib bagi kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dan akhirnya beliau berjaya apabila desakan itu diwartakan secara rasmi pada 01 Jun 1902. (Fawzi Basri 1978,85) Selain sebagai penggerak pendidikan, Ibrahim Munsyi juga dikenali dalam bidang persuratan. Namanya sering dikaitkan dengan "pakatan Belajar MengajarPengetahuan Bahasa". Persatuan ini dikatakan persatuan persuratan yang pertama lahir di negara kita. (Fawzi Basri, 1978,85) Beliau juga adalah seorang penulis, sekalipun tidak mencapai taraf bapanya. Antaranya "Kisah pelayaran Muhamad Ibrahim Munsyi" yang menceritakan perjalanannya ke luar negeri sesperti England, Eropah dan India. Beliau juga menulis beberapa buah buku nahu seperti Kitab Pemimpin Jauhar (1877) dan pada tahun 1900, beliau menghasilkan 'Benih Pengetahuan' buku bacaaan untuk sekolah rendah. (Mohd Fadzil Othman ANCJS) Beliau juga menulis rencana umum dalam akhbar Bintang Timor terbitan Singapura.

Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (1838- 3 Julai 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama . Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882. Perlu diingat, negeri Johor tidak pernah ditakluk oleh British.

Kerjaya
Beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim. Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri, dan kemudiannya beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh (Maharaja) Sultan Abu Bakar. Perlantikan Datuk Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor, kerana inilah julung-julung kalinya seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor Moden. Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1866. Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja. Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya.

Mementingkan pelajaran
Dato Jaafar mementingkan pelajaran terutama pendidikan Barat , agama Islam dan kebudayaan Melayu. Beliau menetap di istana Bukit Senyum yang terletak berhadapan dengan Selat Johor / Selat Tebrau. Anak-anaknya dimestikan membaca Hikayat dan Syair, sastera dan puisi Inggeris disamping mengaji al Quran , makanan dan pakaian Melayu. Sejak 1991, rumah itu mempunyai tutor iaitu seorang perempuan Inggeris dari Singapura bernama Nanny. Guru tersebut dijemput dengan kuda dari Woodland dan menyeberang Selat Johor dengan feri dan menaiki beca ke Bukit Senyum.Seorang mualim/guru buta bernama Sheikh Salimi mengajar agama Islam.Kemudian Cikgu Sharifah Enson dari Johor Bharu mengajar tulisan Jawi dan membaca al Quran. Anak-anaknya diajar alat muzik seperti violin, gambus dan tabla serta maruas iaitu sejenis gendang kecil. Mereka membentuk kumpulan Ghazal dan membuat persembahan di sekitat Johor Bahru.Seorang tukang masak dari Turki memperkenalkan masakan Timur Tengah seperti 'harisa' .Tukang masak India, Thambi Shah [1][2] memperkenalkan nasih beriyani kepada rakyat Johor.

Sumbangan
Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai British yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British, haruslah dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu. Pada 1904, Jaafar diarahkan oleh Sultan Johor menjadi Pemangku raja dan meraikan Putera Arthur (of Connaught) ke Tanah Melayu. Pada 1889, Duke Sutherland mengadap Sultan Johor dan perbualan itu dirakamkan oleh Florence Caddy.

Johor tidak dijajah British


Pegawai British di Negeri Selat berpejabat di Singapura menganggap Datuk Jaafar sebagai seorang yang tegas 'Straight forward man'. Datuk Jaafar bersama Datuk Sri Amar Diraja menentang cita-cita British menakluk negeri Johor sehingga terjadi sedikit keretakan hubungan dengan Sultan.Sebenarnya Sultan Johor mahu menerima seorang penasihat atau 'General adviser' pada 1910 kerana kalau Setiausaha Negeri jatuh sakit, tiada siapa lagi [3] akan menasihati baginda. Gabenor Negeri-Negeri Selat beberapa kali cuba membawa Johor di bawah kawalan British sebagaimana Singapura . Mereka tidak menemui sebarang bukti pemerintahan buruk, tidak terdapat konflik atau persengketaan untuk mewajarkan campur tangan.Pada 1885, Gabenor Negeri-Negeri Selat, Cecil Smith telah memantau penjara, kerja-kerja awam, dan jabatan-jabatan kaji selidik di Johor.Beliau melaporkan kepada Pejabat Tanah Jajahan bahawa terdapat "organisasi baik", "memuaskan kemajuan ", dan kerja-kerja" mengagumkan dilakukan "oleh pegawai-pegawai dan kerani Melayu. Dalam erti kata lain, tidak ada bukti salah atur untuk mewajarkan perlantikan Residen British. Faktor utama ialah pentadbir Johor tidak buta huruf. Mereka mendapat pendidikan Melayu atau pendidikan Barat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Anugerah
Datuk Jaafar Mohamad juga berjaya menyelesaikan pergaduhan di Pahang dan Klang dan atas jasanya itu beliau juga dikurniakan Darjah Ketiga Bintang St. Michael dan St. George oleh Queen Victoria England. Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor, baginda Sultan telah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau. .

You might also like